Sunday, August 22, 2010

Alisya

Masa saya termengandungkan si bongsu saya Alisya, masa tu usia saya barupun 33 tahun. Ingat lagi drama sri TV orang putih "Thirty Something". Umur wanita 30an yang sedang naik. Sedangkan saya rasa saya dah patut pencen dari memboyot lagi.


Bila saya sebut saya termengandung tu...bukanlah sebab saya berbuat `onar` lalu termengandung. Bukan. Maksud saya termengandung tu ialah apabila saya dah ambil macam-macam pre caution untuk mengelak dari mengandung tetapi siapalah saya untuk menolak kuasa Allah yang Maha Kaya.


Sebut apa sahaja langkah dan cara yang tidak saya ambil atau amalkan untuk mengelak dari mengandung, IUD, nordette, marvellon, implant...waktu subur..waktu tak subur...dekat nak period...lepas period...apa sahaja cara namun memang dah rezeki Allah nak bagi...saya suka jer....


Tapi en zainal lah....agaknya memang impian dia dulu nak anak empat jer...dua lelaki dua perempuan. Rasanya memang itu kot impian kebanyakan pasangan.
Saya ni sebagai isteri ikut jer sebab kalau boleh naklah memenuhi impian suami tu...itu yang merancang bagai.....Tapi kalau ikut saya...saya memang suka anak ramai....cita-cita nak anak lapan you.....tapi alhamdulillah dapat enam pun dah besar rahmat.


Tapi disebabkan saya ni jenis perempuan kalau di ibarat tanah tu, tanah yang subur...bak kata org pantang letak jadi....maka buatlah macam manapun asyik dok termengandung juga.


Waktu bila period saya delay sahaja, hati mula berdetak 'mengandung aku ni!'. Tanpa berlengah saya pun pergi ke klinik berjumpa doktor. Memang dah sah dah.....maka saya terima berita itu dengan perasaan yang gembira walaupun saya sedar kegembiraan itu tak mungkin saya kongsi dengan en zainal.


Sebaik saya beritahu berita yang sepatutnya dikatakan berita gembira hanya disambut oleh en zainal..."hahhhh....habis nak buat macam ni?".


Saya faham perasaan en zainal bila dia berkata begitu. Belum pun lama sebelum berita tentang saya termengandung ini tersebar...dia baru sahaja meluahkan rasa lega sebab Hafiiz dah mula minum susu biasa dan dah pandai berdikari. Jadi tak perlu membuat kunjungan wajib ke supermarket hanya semata-mata nak cari susu formula anak. Tak perlu merebehkan poket untuk berbelanja diapers anak lagi.
Part saya pulak terasa dah patut pencen dari beranak lagi bila pergi buat check up masa mengandung, saya lihat patient yang lain semua muda-muda belia. Pasangan-pasangan baru kahwin. Saya rasa sayalah paling senior kat situ yang lain semua junior-junior belaka.
Beza umur dengan saya dengan en zainal hampir sepuluh tahun...kalau dengan anak-anak dah rupe atuk dengan cucu pulak. Maka akibat malu berhadapan dengan guru kelas darjah satu si cantik bergaya yang dirasanya tersenyum sinis setiap kali dia menghantar anak bersekolah di tahun satu.
Masa hantar khairi darjah satu, dialah guru kelas tu. Lepas itu Imran cikgu tu jugak. Giliran Hafiiz pun cikgu tu jugak..maka bila tiba masa Alisya...en zainal lebih rela menyuruh saya mengambil alih tempatnya.Terasa-rasa yang cikgu cantik tu seolah-olah memerlinya ' hai setiap tahun ya en zainal, anak en zainal jadi murid saya.
Maka sampailah sekarang saya yang in charge berkenaan hal ehwal kehadiran ibu bapa dalam acara tertentu di sekolah.
Namun saya amat bersyukur atas segala pemberian Allah yang tersembunyi hikmah disebaliknya. Bagi saya Alisya adalah anak yang cantik dan bijak walaupun saya tahu semua ibu bapa akan menganggap anak mereka cantik walaupun tidak dimata orang.
Tidak gemar disuruh suruh namun Alisya seorang yang berdikari. Dari pakaian sekolah hinggalah kepada kerja-kerja sekolah, semuanya di urusnya sendiri.
Menampakkan peningkatan yang sangat memberangsangkan dengan mendapat nombor satu dalam kelas, Alisya juga berbakat menari, berlakun dan pandai meniru suara watak tertentu yang unik.
Baru-baru ini dia berjaya memperolehi watak dalam lakunan menggunakan suaranya untuk filem kartun animasi Boboboi dengan bayaran yang agak lumayan. Alhamdulillah kecik-kecik lagi dah terima cek empat angka. Itulah rejeki namanya.









Ponytail dari www.headcoverzshop.com























23 comments:

Sofea said...

termengandung ye.. itu la rezeki anak ramai.. anak aunty semua hensem dan cantik2 belaka.. mesti turun ibu dan ayahnya.. semoga aunty & family bahagia.. :D

Sofea said...

termengandung ye.. itu la rezeki anak ramai.. anak aunty semua hensem dan cantik2 belaka.. mesti turun ibu dan ayahnya.. semoga aunty & family bahagia.. :D

Sofea said...

termengandung ye.. itu la rezeki anak ramai.. anak aunty semua hensem dan cantik2 belaka.. mesti turun ibu dan ayahnya.. semoga aunty & family bahagia.. :D

Chit Ana said...

alisya anak yang baik dan comel.ana pun puya adik beradik 6 org gak :)

Ieza said...

minat la rambut alisya..curl semulajadi..moga lebih sukses..

Anonymous said...

Setahu saya anak auntie 5 org je. Siapa lagi sorg yee? Hehe.

Global Excellent Marketing Sdn.Bhd (GEM) www.gemsb.com said...

SEMINAR INDUSTRI SARANG BURUNG WALIT - http://goldenswiftlet.blogspot.com

aNIe said...

Nani...akak ni masa mengandung si bongsu tu lagik lah...dah nak 40...memang tak sangka dah...TERmengandung jugak...hehehe

Comel alisya...

Anonymous said...

manis saja wajah alisya. tahniah dapat anak-anak yang berbakat dan cantik rupawan.

Anonymous said...

manis saja wajah alisya. tahniah dapat anak-anak yang berbakat dan cantik rupawan.

Anonymous said...

manis saja wajah alisya. tahniah dapat anak-anak yang berbakat dan cantik rupawan.

Yuyunx Mohamed said...

muka hafiiz & alisya secetak abis..ehhe. semoga alisya & anak2 aunty yg lain success dlm bidang yg diceburi :)

Elya Roza said...

comel anak anak auntyyy

ME LOVE said...

Indah nya kurniaan Dia...
semuanya comel2... tahniah aunty.

~ez~ said...

salam kak nani,

alhamdulillah..murah rezeki anak ramai ni.. :)

saya pun bercita2 nak anak ramai juga tapi ni masih xde rezeki lagi..doakan saya murah rezeki cam akak gak ye..

anisizatyA.J said...

Omggg. Gmbr ke6 tu, kwn saya nada izyan kat sebelah kanan tengah lalu tu.pakai kemeja n tudung hitam. Hahaha

NenetPenne (NP) said...

alisya memang cantik...
ohh si pipi jatuh pun cantik jugak....

bagi orang yang tak ada anak mcm ai ni, nak sangat anak....

beL cLoud9 said...

aunty letakla gambo asben aunty.hee

comey je alisya.ikot hanis la bidang seni.

pipi gebu pon comel nyer , macam nk gigit =)

Hanis Zalikha said...

ALISYA IS GORGEOUS INSIDE OUT. AND SHES SO FUNNY!!!

Anonymous said...

Untuk renungan sesama muslim dan sempena ramadhan:

Aunty ni famous dan dipandang tinggi oleh ibu ibu diluarkan sana atas kejayaan membesarkan anak dan menjaga keluarga secara keseluruhannya. Oleh sbb itu sudah menjadi tanggungjawab aunty nani untuk memberi imej yg elok sebagai seorang ibu, isteri dan muslim. Jadi harapnya message saya ni sampai ye.Saya ikhlas ni. Tiada langsung niat berhati busuk.

Ramai diluar sana yg mahu anaknya menjadi seperti anak aunty nani. Saya tk nafikan aunty memang seorang ibu yg patut diidolakan. Tetapi saya perasan aunty membenarkan anak2 mewarnakan rambut walaupun dlm usia yg muda.

Mungkin warna rambut itu halal tetapi menyaluti di atas rambut mungkin akan membuatkan solat tidak sah. Dosa disisi Allah tetapi jika benar2 di kaji, mengambil air solat hendaklah dikenakan air ke seluruh rambut sebenarnye jika kita benar2 tahu cara sunnah nabi Muhammad swt. Dan mempunyai anak yg cantik dan rambut yg tiada bandingannya membuat ramai ibu terpengaruh untuk membenarkan anak mereka melakukan sesuatu yg dilarang Allah.. Islam itu indah jika kita betul2 dan ikhlas mahu menjadikannya a way of life.

Harap message ini disampaikan kepada semua golongan muda dan tanggungjawab saya sebagai muslim sudah dilangsaikan.

Selamat menyambut ramadhan karem.

emy/mamasuri said...

sweet alisya..sy pun idam anak ramai ...tp bila pk dok kl ni..harus dipertimbangkan..hehehe

NaniRostam said...

Salam perempuan 2010...saya ucapkan terima kasih di atas nasihat anda yang sangat berharga itu.

Saya hanyalah seorang ibu dan isteri dan insan yang biasa sahaja yang iman pun masih terlalu rapuh dan tak mahu diri jadi idola pada sesiapapun.

Papa, Mama & Azra said...

Saspen je saya baca entry ni sampai habis....bukannya apa tapi saya ingat apa-apa terjadi pada Alisya....dalam fikiran dok ingat yang Alisya cedera dicakar oleh Mimi...hehehe...

Kak Nani, Mimi macam mana? Elok ke dia? Maaf saya tak sempat ziarah maklumlah melayan kerenah sikecil. Harapnya dia baik-baik sahaja.