Bila saya amati gambar saya di atas, seolah-olah saya nampak sebalik senyuman ceria saya tak mampu menyembunyikan sinar mata yang ayu, ayu, sayu gitu.
Cuma naluri keperempuanan saya tidak cukup kuat. Dari kecil saya lasak. saya bersifat lebih macam lelaki,suka main parit, main tembak-tembak, main kapal korek, main panjat pokok. Ketika usia saya darjah satu saya masih memakai seluar sukan yang pendek tanpa baju ke hulu kehilir. Dan hingga kini pun tenaga saya seperti tenaga lelaki. Saya boleh buat semua kerja dalam masa satu hari. Saya paling suka berkebun, pandai memandu dan hampir hafal semua jalan di lembah klang.
Disebabkan saya merasakan naluri wanita saya ada bercampur dengan naluri lelaki, maka saya mudah jatuh cinta. Maka kalau saya jadi lelaki, kemungkinan untuk saya berkahwin lebih sangatlah besar. Kerana hati saya mudah berasa kasihan dan suka menyayangi. Dari dulu orang yang saya sayangi itu tidak semuanya kacak, lawa dan tinggi. Tetapi kerana saya mudah berasa kasihan, kalau orang yang meminati saya macam muka pecah rumah pun tetap saya beri senyuman kerana saya berasa kasihan dan wajar memberi layanan sama rata dengan semua orang.
Kalau anda dapat tengok muka adik beradik saya, pasti anda akan bertanya, dia tu perempuan ke pondan. Dan dalam adik beradik mujurlah wajah saya yang paling kuat nampak kewanitaannya.Kalau tidak bertambah kuat mental dan fizikal saya.Lagi bertambah mudahlah saya jatuh cinta.
Mujurlah cinta saya bukan kepada manusia sahaja bahkan lebih kepada tuhan. Kira-kira kalau saya lelaki, agaknya boleh jadi uztaz kerana jadi lelaki tak banyak dugaan seperti jadi perempuan.Lelaki kalau nak solat tak yah cari telekung. Kalau nak jadi uztazah sangat besar dugaan sebab saya suka make up dan baju cantik-cantik. Masih pandang keduniaan tu walaupun jiwa tu mahu pandang akhirat. Jadi perempuan mudah tergugat iman.
Dari kiri adik saya, dan anak-anak saya.
Friday, January 29, 2010
Saturday, January 23, 2010
Mahu Cantik Selepas Beranak
Jangan ingat bila kita dah beranak, segala-galanya hanya berkisar pada anak sahaja. Jadi perempuan bukan mudah. Sakit bersalin belum berakhir, macam-macam pantang pulak kena lalui. Beban mengandung masih belum lupa, dah datang beban berpantang pulak.
Tapi kalau nak badan tu cantik, ramping dan sihat seperti sediakala, mahu tak mahu, terpaksa buat apa yang sepatutnya di amalkan oleh ibu-ibu lepas beranak.
Balik sahaja dari hospital, minta suami cari daun sirih, buah manjakani dan rebus kedua-duanya sebanyak 7 helai daun sirih dan 7 biji manjakani.reneh di dalam periuk tanah sehingga tinggal 2 cawan. i cawan diminum berama air kisaran kunyit. i cawan lagi di buat basuh bahagian pintu rahim. Kalau mahu cepat pulih, (mak mentua saya berpesan) suruh suami gosokkan buah manjakani di belakang batu lesung dan sapukan manjakani itu pada jahitan pintu rahim yang di gunting sewaktu melahirkan. Mak mentua saya tekankan lagi, suruh suami buat, supaya dia tak akan cari perempuan lain dan setia sampai bila-bila.
Kemudian, kalau boleh cari bengkung perut dari kain yang panjang berjela dan ikat lipan iaitu bersilang-silang supaya perut boleh dibentuk menjadi ramping. Sapukan kapur sireh bercampur minyak kayu putih pada perut sebelum memakai bengkung. Kalau mahu ikatan kemas dan ketat, boleh memakai sambil berbaring.
Makan makanan yang berkhasiat seperti ikan, daging ,sayur sawi, brokoli. Lobak putih dan daun turi juga bagus untuk menambah susu badan. Elakkan makan sayur-sayuran yang sejuk dan banyak angin seperti bayam, kobis dan sebagainya.
Jangan terlepas waktu makan. Makan tepat pada waktunya.Pastikan kita makan dan minum tidak bertambah. Maksud saya makan hanya satu pinggan nasi dan minum segelas air. Jangan sekali-kali tambah.
Bagi yang melahirkan anak pertama, anda boleh cuba makan semua jenis ikan atau sayur. Di situ baru kita tahu ikan mana yang kita makan akan menyebabkan terasa gatal.Sebab setiap individu ada alahan pada makanan yang berbeza. Misalnya saya pantang tak boleh makan ikan kembung, rasa gatal, tetapi kawan saya ok pulak. Jadi anda kena tahu mana makanan yang anda boleh ambil dan yang mana tidak.Jadi bila pantang anak seterusnya anda sudah dapat mendisplinkan diri anda.
Ketika dalam pantang anda kena sentiasa jaga langkah anda dan jangan banyak berjalan kerana dikhuatiri kaki tersandung sesuatu dan menyebabkan darah turun lebih banyak dan akan terasa sakit di bahagian peranakan.
Selain itu dapatkan food supplement yang terbaik seperti produk shakli yang terdiri daripada vitamin e, zinc, vitamin c, b kompleks, multivitamin, susu protein dan alfafa yang baik untuk penyembuhan dan membina sel baru.
Amalkan senaman ringan memanas badan sebelum anda mandi dalam masa 10 minit sehari agak memadai agar badan rasa ringan dan segar.
Pantang anda akan terganggu sekiranya anak mendapat jaundice. Jadi bagi mengelakkannya, pastikan semua barangan bayi tidak terdapat walau sedikitpun warna kuning.Sekiranya dia masih terkena jaundice juga anda cari akar kayu di kedai ubat cina untuk merawat jaundice dengan merebus akar kayu tersebut dan airnya digunakan untuk memandikan bayi anda. Bayi boleh juga di jemur di bawah cahaya matahari pagi sebelum jam 8.30am. Sekiranya masih berlarutan bawa berjumpa doktor.
Kalau anda boleh bertahan berpantang selama 40 hari tanpa menjejakan kaki ke tanah dengan mengamalkan apa yang pernah saya amalkan itu, insyallah...badan akan sentiasa cergas dan awet muda. Begitulah saya mengamalkannya selama 7 kali beranak.

Sunday, January 17, 2010
MIMPI YANG TAK MAMPU KU TAFSIRI
Aku tak ingin memahami
kerana aku tidak bisa
Aku tidak mahu memikirkan
Kerana tidak akan ada jawapan
Aku tidak mampu mengatasi
kerana akupun lemas sendiri
Saat ini
aku hanya mahu
merasaimu
Menikmatimu
Keberadaan di dalammu
Keberadaan di mana kau berada
Waktu ini
Aku hanya ingin
Memelukmu
Mendengar bisikanm
Menyentuh bibirmu
Mengenggam tanganmu
Memaut lenganmu
Merenung matamu
Membelai seluruh tubuhmu
Wahai jiwa
Kau teruslah melangkah pergi
Kini arah mu tak ketahuan
Tersesat begitu mencalari hati
Duhai Hati
Kau harus pantas berlari
Sekalipun nafasmu seakan terhenti
Tersasar begitu menikam diri
Angin malam
Desirkan padaku
Mampu kah aku berdiri
Walau sekadar mengutip mimpi
Sayang, tolong kejutkan aku
Khabarkan pada ku
Di mana aku
Di mana syurgaku.
kerana aku tidak bisa
Aku tidak mahu memikirkan
Kerana tidak akan ada jawapan
Aku tidak mampu mengatasi
kerana akupun lemas sendiri
Saat ini
aku hanya mahu
merasaimu
Menikmatimu
Keberadaan di dalammu
Keberadaan di mana kau berada
Waktu ini
Aku hanya ingin
Memelukmu
Mendengar bisikanm
Menyentuh bibirmu
Mengenggam tanganmu
Memaut lenganmu
Merenung matamu
Membelai seluruh tubuhmu
Wahai jiwa
Kau teruslah melangkah pergi
Kini arah mu tak ketahuan
Tersesat begitu mencalari hati
Duhai Hati
Kau harus pantas berlari
Sekalipun nafasmu seakan terhenti
Tersasar begitu menikam diri
Angin malam
Desirkan padaku
Mampu kah aku berdiri
Walau sekadar mengutip mimpi
Sayang, tolong kejutkan aku
Khabarkan pada ku
Di mana aku
Di mana syurgaku.
Sunday, January 10, 2010
APA KES NI?
Ala kalau setakat ikan tak berjenis ni, dalam air longkang hitam legam pun tu saya tahu jantan betinanya. tak payah tengok muka, dari jauh pun tahu dah yang dia tu busuk. Lagi nak bagi orang tahu yang dia tu memang bangkai.
Cakap tak pernah nak kalah, tak pernah nak low, apa je perkataan keluar dari mulut semuanya nak menjatuhkan orang. Semua nya nak tunjuk yang dia terlebih baguus dan orang lain tu buruk je.
Inilah mentaliti orang yang gagal dalam hidup. Tak pernah sedar-sedar kenapa dia gagal. Bukan dia nak memperbaiki diri dia malah kebahagiaan dan kejayaan orang lain pun dijadikan tohmahan dan cemuhan.
Banyak kes ipar duai macam ni. Ada je ada kepincangan. Ada je yang sompek di mana-mana.Hati mereka cukup senang bila kita hidup susah. Bukan ipar duai malah ada juga adik-beradik dan kawan-kawan yang begitu.
Pernah suami saya berkata, "I tahulah mana kawan i yang boleh tahu yang i ni hidup senang dan yang mana tak boleh tahu yang i ni hidup senang.I lebih suka, kalau dia orang rasa yang hidup dia orang hidup lebih senang banyak daripada i".
Masa Liana PMR dapat 7A dulu, anak dia dapat 8A, pukul gendang satu kampung, yang Liana tu bukan pandai sangat, tak boleh lawan lah dengan anak dia. Anak dia lagi terror. Ni apa kes ni, suka sangat nak membanding-bandingkan dengan orang lain. Kalau dah berjaya tu alhamdulillah. Tak perlu heboh kata orang ni tak bagus, orang tu tak bagus.
Bila anak dia cuma dapat 2 pointer dan Hanis pulak dapat 3.94 dah kata pulak tak heran dengan budak yang belajar kat Uitm tu, Uitm tu tempat buangan orang-orang melayu.
Heh elehh, apalah mamat seekor ni, hidup sendiri pun terumbang ambing, ada hati pulak nak cakap pasal hidup orang lain.
Memang tak semua macam tu, tapi bagi saya. daripada pengalaman hidup saya, kadang kala tak semua PENERIMAAN ORANG LAIN TERHADAP KEJAYAAN KITA AKAN KEDENGARAN SERONOK DI TELINGA apabila cerita tentangnya dikongsi bersama. Bukan setakat saudara mara atau kawan-kawan, malah ada orang yang tidak kita kenali pun boleh mencemuh dan mempertikaikan kejayaan yang kita perolehi.
Siap-siap bandingkan, course yang Hanis ambik tu senang, kacang. Berjuta rakyat Malaysia yang pandai2, course bagus-bagus, pelajar JPA, kenapa Hanis yang cuma ambik kos kacang tu boleh masuk surat khabar.
Alamak saudara, u memang terror dalam dalam course yang u ambik. Tapi belum tentu dalam course yang orang lain ambik.So tak perlulah nak pertikaikan.
Percaya atau tidak memang itu rezeki Hanis kan. Saya percaya apa yang Hanis perolehi kerana berkat kebaikan dan kemurahan hati dia terhadap ibubapa. Dalam usia seawal 18 tahun dia terlalu banyak berbakti kepada kami. Sejak duit rm6000 menang MDG dulu, dia cuma ambik rm2000 dan selebihnya saya rm2000 dan daddy dia rm2000. Duit PTPTN itu pun semuanya diserahkan kepada saya begitu juga duit JPA. Belum lagi duit nuffnang ang dia dapat setiap bulan. Nah lihatlah sendiri, Hanis memang anak yang sentiasa ingat dan mahu ibubapanya gembira. Alhamdulillah kalau kita baik, yang baik-baiklah datang kepada kita.
Pernah saya tulis sebelum ini. Inilah masalah hati. Bukan senang nak pujuk hati jadi baik, jadi bersih. Sebab tulah kena selalu urut dada tu, agar terbelai sikit hati tu. Tarik nafas panjang-panjang, paling penting amalkanlah mengucap alhamdulillah setiap kali mengetahui kejayaan orang lain.Kerana mendoakan orang lain sama seperti mendoakan diri sendiri.

Friday, January 8, 2010
CINTA MATANG
Beb
cinta tak pernah matang
beb
gua kalau jatuh cinta
gua jadi sasau macam budak mentah
gua lupa usia gua dah banyak
gua rasa macam muda belia beb
gua rasa seolah baru semalam gua tamat sekolah
Apa nak jadi dengan gua beb
lu boleh tolong gua tak beb
gua sudah jatuh cinta sama lu beb...

Wednesday, January 6, 2010
Kau sandingiku
Pernah
Seraut tubuhmu berdiri
dihujung kasurku
menggetar rasa
ingin menyanding dan bersatu
menyentuh gemalai hujung jari munggilku
sedang angin berbisik
tidurlah
malammu tidak panjang
mimpimu belum pasti berulang.
Seraut tubuhmu berdiri
dihujung kasurku
menggetar rasa
ingin menyanding dan bersatu
menyentuh gemalai hujung jari munggilku
sedang angin berbisik
tidurlah
malammu tidak panjang
mimpimu belum pasti berulang.
Subscribe to:
Posts (Atom)