Sunday, February 15, 2009

SAYA DAN PERNIAGAAN

Salam semua. Sibuk dan selalu menyibukkan dan memenatkan diri sendiri. Sebenarnya saya ni hamba Allah s.w.t, umat Nabi Muhammad s.a.w, anak keturunan jawa, isteri orang dan ibu 7 anak yang tak tahu duduk diam untuk mencari rezeki membantu suami menambah pendapatan keluarga.


Begini diari hidup saya, 6.00 pagi bangun, mandi, solat, buat sarapan lempeng, jemput2 atau yang simple2. Itupun kalau sempat atau anak desak nak bawa bekal.7.00 pagi dah 'start'enjin kereta dan bertolak mengambil anak-anak jiran ke sekolah sambil membawa Imran dan Hafiz sekolah pagi.



Segera balik ke rumah tanpa boleh singgah di mana-mana dan terus menyiram rumput dan pokok di halaman.Sambil menyambut baby Daleeya yang di hantar oleh ibunya Jasmin untuk saya jaga sepanjang hari.



Lepas mandikan, bubuh minyak yuyi dipusat, sapu losen baby, pakaikan barut dan Daleeya dah wangi dan sedia untuk dicium dan digomol, bagi susu, 'burb'kan dia dan bendung kemudian tidurkan dia. Sudah masuk 3 bulan saya menjaga Daleeya. Sekarang dia berusia 5 bulan.



Lepas tu tengok masa, kalau sempat kemas sikit-sikit. Kalau tak terus masak yang simple-sa imple jugak sementara Daleeya tidur sambil siapkan jajan-jajan yang nak dijual dalam bonet kete dan duit baki. Balik-balikkan aiskrim yang belum keras beku kerana bila buat banyak2 susah nak sejukbeku. Bila Daleeya bangun, kena bagi dia susu, kalau berak tukar lampin pakai buang.





11.30 dah, jerit kat Alisya suruh mandi dan siap untuk kesekolah.12.00 tengahari dah siapkan aiskrim kerana kena pergi awal untuk ambil anak-anak jiran dan dapatkan lot parking supaya dapat jual aiskrim.



Kalau nasib baik, Liana atau suami balik tengahari, suruh dia tolong 'takeover' jaga Daleeya. Kalau tak bawalah Daleeya ke sekolah. Sementara tunggu penumpang-penumpang sessi pagi semuanya ada disitu, sebab ada yang menumpang tu seorang pengawas, selalu pulak kena panggil cikgu ke bilik guru, sebenarnya itu yang penyebab dapat idea untuk berniaga, daripada menunggu membuang masa, kamipun bukalah perniagaan bonet kereta jual ais krim malaysia dan sedikit jajan.



Tak sampai setengah jam, kami selesai menjual ais krim. Tak dapat jual banyak pun, sebab tak larat sangat nak 'produce banyak2. Memang kalau setakat guna gula dan perwarna, kos pembuatan memanglah murah tapi kalau berniaga ais krim malaysia dengan harga 30 sen, sangatlah tak berbaloi. Kalau berbaloi pasti ramai berniaga ais krim malaysia tepi jalan atau depan sekolah-sekolah. Paling koman pun buat aiskrim malaysia sendiri untuk beri anak-anak makan puas-puas. Kalau setakat 30 sen buat penat dan buang masa serta tenaga yang kita gunakan untuk masak air, masak air gula, tunggu sejuk, bancuh, memasukkan ke dalam plastik, dan paling teruk membungkus dengan memintal sehingga naik kematu jari dan kuku. Lepas kena pantau sejuk bekunya itu. Angkat tong masuk bonet kereta, kena pergi awal sebab nak kena 'cop' parking, lagi sekali buang masa. Belum kira lagi penat menjual, bila budak-budak berebut-rebut terjerit-jerit, cik!cik!cik! dan tak mahu beratur. Part yang beli tak bayar janganlah kira. Itu sebabnya saya cuba untuk lebih kreatif agar dapat mengubah daripada sekadar gula dan perwarna dengan menjadikannya lebih enak, berkualiti dan mengasyikkan agar saya dapat menjualnya dengan harga lebih sedikit dan barulah berbaloi sedikit penat lelah berniaga. Kalau berniaga tak berbaloi lebih baik duduk berehat sahaja.





Selesai sesi pagi, di rumah saya solat zohor dan makan. Sambung balik bancuh aiskrim untuk jualan esok. Tepat jam 4 saya mandikan Daleeya dan sempat dia tidur sebelum pulang ke rumah. Kadang-kadang saya sendiri yang menghantarnya balik kerumahnya.



Jam 5 petang bertolak ke sekolah untuk mengambil Alisya dan anak-anak jiran sambil 'cop' parking untuk berniaga aiskrim.




Sebelah malam sambung buat aiskrim lagi. Selalu tertidur di kusyen dan tengah malam terbangun untuk siapkan tempahan kek coklat strawberri pula.



Buat masa ini itulah rutin harian saya, sebab itu sudah sekian waktu saya terpaksa melupakan dunia BLOG.



Insyallah dalam waktu terdekat saya akan meluangkan masa untuk memblog.

44 comments:

Baini B. said...

hai antyyy..
wah..penat nyer antyyy..
kreatif jer...
mesti anty ni msk sedap2 kn..?
huuu..
semuga anty terus sihat..
dapat jual2 lagi..

Tujuh Kaki Dalam said...

semoga jannahNya sebagai balasan buat akak.

Ally Hassan said...

wow! sibuknya aunty~ saya kagum!

NaniRostam said...

norbaini : Terima kasih di atas doa kamu..mudahan-mudahan kita semua sihat dan dipanjangkan usia dalam keberkatan Allah.

Tujuh Kaki Dalam : Alhamdulillah mudah-mudahan Allah s.w.t memakbulkannya. Menitis air mata saya, keinsafan.

Alyma Neyza : Penat sangat kerana kederat yang tak seberapa.

VimmiYasmin said...

KakNani

semoga allah murahkan rezeki akak!
saya ada terbaca kat blog HanisZ pasal sms tuh.
akak sabar yer!
take care !

Hanis Zalikha said...

daleeya mesti dah gebu gila kan? babies yang mama jaga semua in the end tembam habes macam hanis masa muda-muda dulu. jangan risau mama. rajin-rajin lah check account bank anda :')

A.I said...

Hebat betul Makcik Cantek Jelita ni!!!!

ade baca belog hanis aritu. bila dia sebut bahan2 yg makcik cantek jelita buat, rasa teringin sgt nk rasa. Lebih dari $0.60 sebatang pon saya sanggup bayar! :)

Anonymous said...

auntie.. saya respek sgt dgn auntie.. rajin dan macam2 usaha mencari rezeki.. dari lepak je kat rumah tak buat apa2, mcm2 kerja auntie buat. takdelah mcm sesetengah org, duduk rumah je, lepas tu ptg2 mesyuarat tingkap dgn jiran2 ngumpat orang.. and saya respek auntie sbb pandai mengasuh anak2 agar mereka berdikari.. dahla cantik2 pulak tu =)

pedulikan mereka yang dengki... saya yakin auntie akan berjaya..

Anonymous said...

salam,
hi kak shina (or aunty shina..? mana satu? heheh)

sebenarnya saya tak sempat nak sms nak ckp thanks for the sumptuous-super-delicious super moist dark choc cake yg di order last saturday tu. we waited sampai dah tak ramai orang (read: org2 yg tak berkenaan) utk balik, barula kitorg enjoy the cake! yg best tu, bila kek tu letak kat atas meja, lama sket.. tiba2 the choc in the centre melted! wah.. kemain lagi special effect cake tu.. lagi la meleleh air liur nak makan..

insyaAllah, if nak order lagi, will let you know in advance.

btw, didnt know that you're a friend of my uncle and auntie (from cimb). masa nak mkn kek tu baru diorg teringat and told me that you penah satu tpt kerja dgn dorg.. (sbb tu la i dont know whether to call you kakak or auntie.. sebab muka tak mcm auntie2.. =p)

p/s: kek tu ada lagi sket, mcm sayang nak habiskan... haha.

azimask said...

salam.. terbaca entry pasal aiskerim.. macam best la plak..
tingin nak rasa eiskerim yg dijual.. kat mana yee?
kalau ikot bahan yg dibuat... saya tak kesah bayar mahal pon..
apa pun.... buat je la apa yg disukai oleh puan...asalkan puan bahagia..
heheheh

by the way.. cam na nak order kek yg yg macam muharra cakap tuh....?

dina said...

to kak nani,

betapa jerihnya menjadi seorang ibu, isteri di samping anak2 seramai 7orang ye. kak nani sama seperti emak saya, yang dulunya bertungkus lumus membantu suami menambah pendapatan. dan bila anak2 semua sudah besar dan bekerja, dia sudah boleh duduk berehat sambil menambah ibadat. saya harap keluarga kak nani terus bahagia...

Anonymous said...

elo tante.saye bace blog tante ni through hanis punye belog.saye mmg xsuke masak etc.tp lepas read all the recipes u put i was inspired and cant wait to try them out once i balek rumah :))

Anonymous said...

lamaaaanyer x dgr berita, sehat ya..
a big hugs, semoga usaha kita wifeys (kt pon quit kerja utk berehat sementara waktu..) diberkati Allah SWT
tkcr ya! muaahhsss

Ida Raja Idris said...

lama auntie tak update yek. mmg bz betul. saya kagumlah dgn auntie. sgt rajin tu! auntie makan supplement apa yek? saya ni penat je memanjang...:-(

m@Ri@ said...

wah..sy kagum ngn akak..harap sy dpt mengikut jejak langkah kakak..

mrs.syediz said...

salam.
auntie.
moga perniagaan bertambah maju & kuarga sntsa berbahagia.
usah pedulikan pandangan org lain yg xmahu tgk kita berjaya.

good luck!

emly2175 said...

assalamualaikum..

tak ingat mcm mana boleh terjumpa blog ni..gara2 blog hopping from one blog to another blog la.. :)

seronok baca akak & anak2 punya blog.. lagi syok bila ade tips hebat utk masakan..

Ainee Cumi said...

aiyo auntie..rehat skit r...
cam pack giler

I.L.Y.A.N.I.E said...

Wah kagum gila ngan timetable auntie.
macam pack gila,cam x sempat berehat jek.

Xpe,yg penting carik rezeki yg halal.

Alhamdullilah!

Selamat berusaha.

=)

Nor Khaizura said...

insyaallah semua penat lelah aunty ada rewardnya nnt..teruskan usaha berniaga aiskrim bersama imran, hafiz dan alisya. always be postive ya! kalau laa aunty n anak2 berniaga di kawasan serdang nih dh lama saya pergi serbu..hehe..join budak2 sekolah "cikcikcik bagi aiskrim 60sen yg berbaloi tu"

yanAmran said...

hye auntie...ni first time melonjak ke sini..


"Tak sampai setengah jam, kami selesai menjual ais krim. Tak dapat jual banyak pun, sebab tak larat sangat nak 'produce banyak2. Memang kalau setakat guna gula dan perwarna, kos pembuatan memanglah murah tapi kalau berniaga ais krim malaysia dengan harga 30 sen, sangatlah tak berbaloi. Kalau berbaloi pasti ramai berniaga ais krim malaysia tepi jalan atau depan sekolah-sekolah. Paling koman pun buat aiskrim malaysia sendiri untuk beri anak-anak makan puas-puas. Kalau setakat 30 sen buat penat dan buang masa serta tenaga yang kita gunakan untuk masak air, masak air gula, tunggu sejuk, bancuh, memasukkan ke dalam plastik, dan paling teruk membungkus dengan memintal sehingga naik kematu jari dan kuku. Lepas kena pantau sejuk bekunya itu. Angkat tong masuk bonet kereta, kena pergi awal sebab nak kena 'cop' parking, lagi sekali buang masa. Belum kira lagi penat menjual, bila budak-budak berebut-rebut terjerit-jerit, cik!cik!cik! dan tak mahu beratur. Part yang beli tak bayar janganlah kira. Itu sebabnya saya cuba untuk lebih kreatif agar dapat mengubah daripada sekadar gula dan perwarna dengan menjadikannya lebih enak, berkualiti dan mengasyikkan agar saya dapat menjualnya dengan harga lebih sedikit dan barulah berbaloi sedikit penat lelah berniaga. Kalau berniaga tak berbaloi lebih baik duduk berehat sahaja."

ade bace post kak hanis sblum nih..
so agak kecewa lah dgn perangai PUAN itu..
dia suka makan bnda tak berkhasiat agaknye..
:P

nak sgt rase..
tp jauh...wah sedih...
dan terus kan usaha..jgn lupe rest..
:)

sayda dino said...

aunty;saye ngn mak saye pon selalu berangan nak jual2 mcm aunty,dgr mcm seronok dpt spend mase ngn mak mcm tuh.tp belum sempat lg.hehehe.btw,good luck!

Dhiya said...

aunty....i read from hanis's blog...pedulikan ape org tu kate aunty....aunty jual kat mane?bace hanis describe sgt mengiurkan..nak rase....bole beli nanti...lame tak bace entry baru aunty..semoga aunty success slalu...

chromosome XX said...

salam aunty..
mmg teringin la nak rasa ur ice cream..

bwt,my mum used to as busy as u..
n sampai skang dia slalu membz kan diri dia dgn mcm2 benda...even anak2 suma dah besar..
mmg org kata kalau dr muda2 dah biasa bz,sampai tua tak leh duk diam..
now,my mum sibuk dgn our frozen food business lak..
mmg lah kalau letak brg yg berkualiti mahal..
mcm my products pun,ada jgak yg complain tapi when they taste it,they r back to buy again..
teruskan usaha murni aunty okeyh!

suzz said...

Auntie,

Tabah dan sabar ye. Seorang yg dengkikan auntie, beratus2 orang2 yg tetap menyokong auntie. Lihat saja komen2 di blog Hanis dan blog ini :)

MahaSayang said...

jual kat mana ais krim tu..teringin lah nak gi beli...tak kesah berapa pun harganya..janji puas hati...tlg bgtau kat mana tempat perniagaan ye..saya teringin sgt ni...

Anonymous said...

sis nani..u're so inspiring ;)
..ada jer idea kreatif nak tmbhkan pendapatan..hehe..anyway anyhow jgnlah tinggalkan terus this blogging world..it's ok if u update once a while..i just love ur writing!

take care!

Ulam Kerdas said...

lor...punye la bz aunt..
nvm...juz keep updating 1ce a mnth pun orite..:)

Anonymous said...

wah tabah nye ...kuat bekerja carik duit...rajinnn~

huhu...saya harap suatu hari nant saya kuat smangat mcm auntie~

Anonymous said...

Hi Aunty...im really impressed!...u r so good....your family is really lucky to have u there...

zura aini said...

aduhhhh, mesti penatkan kak, tapi Alhamdulillah, badan kita sihat, ada jalan untuk dapat rezeki. Depan sekolah seksyen 9 ni pun ada kakak jual air, laris sungguh. Rezeki dia juga.

Shahida Shalahim said...

wah sy sgt kagum dgn auntie (auntie jugak ke?kakak kot,kakak auntie la)..bila bc entry ni rs nk jd super rajin jugak.kakak auntie penah komen kat blog sy dulu,skrg br sy masuk baca blog kakak auntie,sgt kagum!sy mesti jd rajin seperti kakak auntie jugak!salute kakak auntie!

ainie aziz said...

wah...sumber inspirasi betul la kakak ni. sambil jaga baby pun boleh buat bisnes. pandai akak atur jadual kan. hmmmm....kena berguru dgn akak satu hari nnt. heheheh!

go sis go!

kuizikel said...

wah auntie, i heart u lah... sy wong jowo gak, tapi iso ngomong jowo sitik2 wae..hehe..

smoga perniagaan lbh maju + dpt pahala byk sbb gembirakan hati bdk2..

kuizikel said...

wah auntie, i heart u lah... sy wong jowo gak, tapi iso ngomong jowo sitik2 wae..hehe..

smoga perniagaan lbh maju + dpt pahala byk sbb gembirakan hati bdk2..

kuizikel said...

wah auntie, i heart u lah... sy wong jowo gak, tapi iso ngomong jowo sitik2 wae..hehe..

smoga perniagaan lbh maju + dpt pahala byk sbb gembirakan hati bdk2..

Brenda B said...

Oh, that's why you've been away for such long time. So rajin aunty :) Good luck in your sales.

kueh bakar said...

saya memang suka tgk budak2 membeli..cute budak2 tu seme! ohhh!

Wan said...

Salam Aunty,
You are wonder woman...really!

May god bless you & your family..

Amin...

A.M.Y said...

Salam auntie nani, bila saya baca post ni,pasal cop parkir and so on, saya terbayangkan beginilah yang berlaku setiap hari kat umi saya.Umi saya pun kena ambik anak kat sekolah,dua2 pengawas plak tu.so memanglah selalu balik lambat.Macam auntie nani gak, umi saya ambil langkah buat perniagaan bonet kereta.hehe..skang ni bukan bonet saja, dah jadi satu van plak.saya kagum dengan kecekalan umi saya.Saya pasti auntie nani pun macam ni.Lagi sekali auntie, saya sarankan auntie cuba cari buku "Jutawan Senyap" k.Wassalam.

a said...

jujur saya katakan
membaca entri makcik
seolah membaca kisah perjalan hidup bonda saya sendiri
memang ada perbezaannya
tetapi rutinnya kelihatan sama

tapi sekarang
bonda saya lebih banyak dengan persatuan (kumpulan marhabban wanita)
setiap hari ada-ada sahaja agendanya

almaklumlah warga ibu yang tinggal di kota
lainlah kalau dulu sebelum pindah ke Kuala Lumpur

hehehe~

a said...

isnin: perjumpaan dan latihan kumpulan marhabban
selasa: kelas memasak
rabu: undangan ke rumah yg memerlukan marhabban (setiap hari rabu mesti ada je org nk)
khamis: rest time!!!
jumaat, sabtu, ahad: keje partime as a promoter ;)

begitulah rutin harian bonda saya :)

Maiza said...

4 perkataan je Nak text...wa caya saya lu

Unknown said...

salam kak nani,
saya pun jual ais malaysia tu tp sebatang 0.30 je, lambatnya nak untung, keke.. cuma nak tanya resepi ais krim kak nani, mana la tau bleh saya up gred ais krim saya

tkasih.....