Dalam rentetan hidup ini, saya banyak juga tersinggung dengan kenalan-kenalan yang saya fikir boleh saya jadi kan teman baik, rupanya tidak.
KES 1
Seorang kenalan, yang hidupnya agak senang bernama joyah (anda rasa itu nama sebenar ke?) memang mesra dengan saya. Kira kalau jumpa di mana-mana mesti tegur dan tanya khabar, siap dengan peluk cium sekali. Saya seronok sangat, sebab fikir dia ni pasti perempuan melayu yang baik dan mesra serta bolehlah di buat kawan baik.
Sangkaan saya ternyata benar meleset. Satu hari saya betul-betul terdesak nak menggunakan internet kerana laptop di rumah sedang dibaiki. Saya pun dengan selamba menalipon joyah, bercerita masalah saya dan ingin menggunakan sebentar internet di rumahnya.'Ala Nani, bukan apa, internet kat rumah ni semua anak i pakai buat homework'. Kat rumah i ni ada empat laptop, empat-empat pun ada internet, tapi i tak naklah kacau dia orang". Saya rasa kecilnya diri saya waktu tu, hati tu jangan kiralah, memang dah kecilpun.
Saya pun buang kes. Kes mahu menganggap dia akan jadi kawan baik. Selepas itu, saya belajar lagi yang tidak semua orang boleh jadi teman baik. Namun, saya ni mudah melupakan. Bulan puasa yang lalu kami sering terserempak, kerana tinggal di kawasan yang sama. Saya yang tidak mahu terlalu melayan emosi saya, bertanya kalau-kalau dia mahu menempah kuih raya yang saya jual. Dia kata boleh saja, hantarlah 'sample kuih ke rumahnya'.
Disebabkan terlalu sibuk saya terlupa mahu menghantar 'sample' kuih ke rumahnya, sehinggalah dia sendiri menalipon dan bertanyakan tentang itu. Malam itu, saya menyusun-nyusun biskut ke dalam sebuah bekas. Maklumlah 'sample' kuih raya yang saya jual bukan sedikit, ada 22 jenis semuanya. Malam tu juga saya hantar ke rumahnya kerana saya tahu akibat terlalu sibuk saya akan terlupa dan lambat mengambil pesanan biskut raya tu.
Selang beberapa hari saya teringat yang dia belum membuat tempahan, jadi saya pun menaliponnya untuk bertanya kuih yang mana dia nak tempah. Dia hanya berkata 'sorrylah Nani, semua kuih-kuih tu, tak da yang anak-anak i berkenan'!. 'Hai ada 22 jenis tu, takkan tak da satu pun berkenan' saya bertanya seolah-olah tak mahu terima hakikat yang dia memang tak mahu. Tapi 'sample' kuih raya saya yang 22 biji tu pun dah 'burn'. Saya tak tahulah, kalau ada seorang yang bernama kawan yang tak perlu menjaga hati kawannya sampai begitu sekali.
Sejak itu saya memang merasa amat kecil hati dengannya. Saya bertekad tidak mahu lagi menganggap dia seorang kawan. Saya buang nombor taliponnya dari senarai di 'handphone' saya.
Sehinggalah suatu hari saya mendapat sms dari seorang lagi kenalan mengatakan yang joyah mendapat kemalangan jalan raya dan suami dia koma dan mengalami kecederaan kepala. Selepas kejadian itu saya berfikir, apa sahaja musibah yang Allah swt beri mungkin mahu memberi taufik dan hidayah kepada kita agar kita boleh berfikir bagaimana sikap kita terhadap orang-orang disekeliling kita selama ini dan berubah menjadi yang lebih baik. Tetapi adakah kita memikirkannya?
46 comments:
Salam Kak Nani
saya pun ada JOYAH JOYAH yg macam ni.
selepas berfikir panjang.saya minta ampun banyak2 pada ALLAH SWT , saya terpaksa menarik diri dari persahabatan seperti itu.
dari hati terus terluka, baik kita padamkan JOYAH tuh dari otak kita buat sementara.
as'kum,mmg ramai yg mcm tu kak.the worst is org yg suka amik kesempatan bila kita senang.xpe,kita sabar jer...jgn layan sgt org mcm tu.for me,sape2 yg saya sakit ati tu,saya x suka kasi can utk dia dpt pahala free dgn kutuk dia.just layan dia mcm biasa.one day,dia akan tahu ape salah dia,and insyaallah dia yg akan dtg mintak maaf.
wow!
antie sorg yg pemaaf tp masih lg dia mgambil ksempatan. mgkin pd kes yg pertma tu dia xtau yg antie dh bkecil hati..
alahaiii
maka nya, kita kena selalu let it go. kan kan kan? pandai anak mak. eh eh. (-_-")
let it go, meaning stay baik dengan orang itu tapi takyah usahakan persahabatan satu hala tersebut. selalu dilakukan.
Salam Vimmiyasmin : Saya setuju. Dalam Islam tanggungjawab terhadap seorang kawan adalah menolongnya dikala mereka memerlukan. Makanya itu carilah kawan yang sesuai dan baik untuk diri kita. Lupakanlah yang tidak baik untuk kita.
Herooftheday : Betul tu, setuju dengan kamu.
Hazerin : Apa salah kita jaga hati kenalan, sekalipun tak nak tolong, tak mengapa. Tak perlu menerangkan berapa banyak laptop kita ada.
Hanis Zalikha anakku : Hanis memang anak yang baik. Sekalipun orang aniaya Hanis, Hanis tetap boleh melayan orang tu macam biasa. Kalau orang kutuk dan cari gaduh dengan Hanis, Hanis elakkan diri. Perangai sebijik macam daddy. Mama yang banyak belajar dari Hanis tau.
ish..ni mak hanis zalikha ker? patut anak model alaf baru..mak model 80 an rupenya...
yup...hidup musti memaafkan ye aunty...sebab masa tak selalu bersama kita
aunty..
saya kagum dgn sikap aunty.
btw, cemana nak tempah kek aunty.. email aunty tu takleh buka la.
kalau tak keberatan letak emel anty kat sini ek..
Salam, you are invited to our Sales Blog..ada tudung chantekzzz...tq
saya setujuh sgt.sy ada kawan yg joyah jugak.pernah berangan menjadikan dia teman baik tapi kecundang di tgh jalan...
saya tak tahu nak buat apa,bilamana dia susah mencari saya..
cuma sy rasa sy mcm hypocrite bila pretend manis di depannya,tp di belakang hati sy hancur di torehnya.
dunia ni memang ramai joyah~
Owh aunty, kalau saya duduk dekat ngan rumah aunty, saya dah tempah at least pon 10 dari 22 kueh aunty. Tp family saya pun kat melaka. Tp mane tau kan dapat kawen ngan org shah alam, dah dekat da tu. Aunty doakan la :pp
Go aunty! :)
Mmg ade manusia spesis Joyah ni Makcik Cantek Jelita! Mmg aku akan elak ngan org2 begini. Kita saje yg nk kene jaga hati dia. Tp dia??? Ah! Joyah mmg Busuk Hati!!! ;P
doakan hidayat untuk golongan yg mcm tu kak.
:)
em..sabar ye aunty..doakan semoga joyah memperolehi hidayah...
p/s:takut sy jugak ade sakitkan hati org lain..
stail salam peluk cium pipi tuh adelah stail moden yg ramai praktikkan kini.. Memang kita akan mudah pikir yg orng mcm tuh adelah orng yg baik... entah la...
most of the time, I find it a bit weird to be hug by some one that I know I'm not so close with..
memang ramai sekarang ni kak nampak macam baik tapi sebenarnya hampehhhh
bila la dpt rasa ice cream blended aunty ni.eh..salah comment box.heheh..
take care.
auntie, i become ur fren. u can come to my house use the internet for free. my house like cybercafe :)
Kueh Bakar : Sejak 80an aunty jadi role model untuk anak-anak supaya kuat semangat dan yakin boleh
Sebenarnya cerita itu sebagai luahan rasa yang menunjukkan kita ni manusia biasa yang berdepan dengan pelbagai cerita.
Aunty selalu ingin memaafkan kerana siapalah untuk menghukum mereka.
Tuan Punya Blog : No tel aunty ada di blog Hanis. Sila, sila, silalah order.
Ninie Shop : Wah jual
tudung....
Ochs Widdle : Betul, sebab kita ni tak pandai berpura-pura, tidak pandai bermanis mulut.So tak yah buang masa. Cari kawan yang lebih baik.
Aida Narina : Aunty doa kamu dapat jodoh orang Shah Alam. Tiap raya boleh order kuih dari aunty.hehe
Ai : Hai, ai, betul kalau boleh elak, elak..tak perlu buang masa. Masa itu emas.
Tujuh Kaki Dalam : Saya berdoa untuk mereka dan juga untuk diri sendiri. Sebab taufik dan hidayah perlu selalu dipohon dari Allah s.w.t. agar kita tidak mudah di kelabui oleh syaitan yang sentiasa menggoda manusia supaya mengikutnya.
M@ri@ : Sama, akak pun risau kalau ada menyakitkan atau mengecilkan hati orang. Tiada apa yg lebih utama bagi akak selain dari kami sekeluarga sentiasa selamat dan diberkati serta dijauhkan oleh Allah s.w.t dari segala musibah dan kecelakaan.
Emly2175 : Dulu masa trend tu baru mula, akak seronok tgk sebab 'mesra dan rapatnya mereka' berpeluk cium pipi.
Tapi lama-lama rasa diaorang buat tu macam nak tunjuk style. Boleh nampak macam tak ada keikhlasan.
Salam Ziarah kak nani
Saya juga biasa jumpa sorang dua kawan macam ni.. sungguh menyakitkan hati. Cuma mampu berdoa supaya saya tak jadi kawan yang spesis ini..
Rasa macam nak order kek coklat kak nani jer bila baca blok hanis.:)
kawan akan dtg bila nak pergunakan kita... kawan akan pergi bila dah pergunakan kita! tetapi,sahabat setia temankan kita... sahabat setia doakan kesejahteraan kita........
aunty..
tau ka...dulu ada gosip ogy kawin dgn teku mahkota kat singapore...
ada ka?
mmg manusia ni pelbagai ragam..
kdg2 kite perlu byk kn bersabar..
anggapkn ia dugaan dari NYA..
marilah kita doakan joyah dan keluarga tabah menghadapi dugaan ALLAH...
aunty dah jenguk dia? sometimes, bila kita buat baik dengan orang, dia akan sedar akan kesilapan dia yang dulu. lagipun, dia sangat perlukan support semua orang pada waktu begini. janganla aunty terus putuskan persaudaraan yang x seberapa tu. its not worthy to stoop ourselves down to that kind of level. kudos to u.
SALAM SIS..
saya dr blog nonie..slmt berkenalan.pasal en3 ni tak tau nak komen apa.sbb rambut sama hitam w.pun skrg dah ramai rambut kaler oren..hehe tp hati lain2.
annoyingnya mak cik joyah ni, nak makan sekali semua kuih free nak sample je. iz nak makan sample kuih pun malu malu padahal selalu dtg rumah aunty pastu tak malu nak golek golek atas sofa.
eh terkeluar tajuk, takpe AUNTY, JOYAH NI ANNOYING
salam kak nani, tahniah akak. membesarkan anak2 dgn cara lemah lembut dan suka memuji anak2 cara berdepan, saya suka :)
kalau akak ada joyah, saya ada john :D. si john lagi teruk dari joyah sebenarnya.. huhuu...
Nort : Kita doakanlah untuk mereka sama macam kita mendoakan untuk diri sendiri. Siapalah kita di sisi Allah s.w.t
Kueh Bakar : Lah tu gossip hebat yang hingga kini tak ketahuan betul tidak kesahihannya.
Generasi Malaysia : Yang menjadikan kita semakin kuat dan tabah.
Nurulnaim : Dah...dapat tahu jer terus call, banyak kali x angkat. Last sekali kakak dia yang angkat. Tanya hospital mana di berada tapi katanya tak confirm.
Baru ni buat kenduri pasang 2 khemah langsung tak jemput....so rasa tak palah,biarlah dia.......
Happyirfa : Harap-harap rambut je hitam ke, oren ke, merah ke.
MacamIzPunya : La itu kamu datang umah makan je le, tetamu kan, dalam masa 3 hari memang kitaorang layan, lepas 3 hari, lu pikirlah sendiri.
Udah le suruh kita susah-susah hantar sample kat umah dia lepas itu buat selama je kan...cakap pulak anak dia tak berkenan cookies aunty. heh.
||Alis|| : Terima kasih, dalam hidup ini siapa yang akan bersusah bersenang bersama kalau bukan anak-anak, jadi hargailah mereka, insyallah satu hari nanti pasti mereka akan menghargai kita.
Zareda Norman : Salam. Betulkan kita selalu berazam nak jadi kawan yang baik, tetapi selalu jumpa kawan yang pentingkan diri sendiri.
Kalau nak order telefonlah....rasalah lepas tu boleh promote kat member2.
rasa teringin nak order kek tuh tapi sayang kite duduk jauh sangat.. kat kedah.. mana nak dan poskan pun. ke blh? hahahaah
entry kali ni lepas baca kena pike sat.. muhasabah diri tapi tak termuhasabah lagi.
hello aunty!
thanks utk comment yg telah di drop. saya sebenarnya tgh dalam proses menyiapkan diri nak pergi jumpa parents abg bear secara formal. means secara berjumpa pasal jodoh2 ni la hehehe. so saya ingat nak bawak buah tangan masa datang. bila fikir2 nak kasi apa, nampak hanis punya blog yg ada promote kek aunty. nampak macam sedap je. so nanti nak order lah utk bawak sebagai buah tangan mana lah tau lepas makan tu terus parents abg bear suka kat saya hehehe boleh la order lagi yg lebih besar dan tinggi utk majlis kahwin nnti :)
nway, pasal kawan macam ni, aunty buat taktau je manusia ni mmg macam2 jenis. sy pun ada kawan yg jenis tak pandai jaga hati org langsung. semua org pun x suka dengan perangai dia. tp kitorg buat taktau je dengan perangai dia tu sebab kalo kitorg ignore dia ramai2 nanti dia takde kawan mesti dia akan blame kita kan nanti. dia lagi lah jenis suka gunakan org esp sayan yg mmg jenis tak reti nak menolak. so bila da jadi macam tu, sy seboleh2 cuba avoid dia so that xde la dia boleh buat prangai dengan sy. kalo dia mintak tolong pun, tolong berpada2 je. kan?
ok thanks for the advices aunty. xoxo!
salam aunty..
serius saya teringin sangat nak cuba kek aunty.. tapi saya sangat segan untuk berbicara di telefon :p boleh saya tahu, aunty based di mana ya? kalau boleh, sy nak buat tempahan untuk selasa/rabu akan datang..
email saya: ima367@yahoo.com
(serius. saya sangat segan nak call aunty :">)
takpelah sis..mungkin Allah saja 'hantar' dia utk uji kesabaran u ;)
..kita doakan supaya joyah tu diberikan kesedaran atas apa jua kesilapan yg dia sengaja atau tak sengaja lakukan..
salam kak..
terjumpe blog akak nih.. abis saya khatamkan blog akak..
sedih, happy, lawak n macam2 la rasanyer biler baca entry2 kt blog akak...
salam perkenalan yer kak..
p/s akak ni nmpak muda sgt.. x percaya saya biler tau akak dah ada ank dara besor pnjang dah.. huhuhu..
orang macam joyah tu kalau tak dibuat kawan pun takpe kak... tak rugi apa pun...
tapi kita, hati mesti mau baik.
salam kak nani,
Hari tu tengok blog hanis tengok comelnya budak ni. Sekali tu dapat tau mak dia lagi comel lah. Hanis study kat Uitm segamat ker? Dulu saya pun belajar kat sana. Pasal n3 akak, ramai saya jumpa joyah2 macam tu. Akak tau pe penyakit diorang? Penyakit jeles tapi tak mau ngaku.
mama, joyah ni sangat irritating ok..cerita nak gempak je..laptop ada 4 la apela..tp kedekut. accident tu Tuhan tarik balik sementara la nikmat hidup tu kan..(ceceyh..emo)
macam tu lah orang kita, auntie. kat mana-mana pun ada.
btw, umah auntie kat mana, ye? sgt lah berkenan dgn dark choc moist cake tu. sy dok puchong. kalo dekat, bole jugak sekali sekala nak tempah dgn auntie, kan.
Kenalan Joyah saye plak, sorg ni, Z, memule sy knl die, die ok..bek..tp lame2 die mcm ske perli2 sy...sy xtau ape punca, sy da tny die, confront die, tp die enggan nk gtau, n claim 'xde pape'..
sy rs la...n dgn sy je, die wat cmtu...ngn org len (especially yg jns loud dan sentap2), xlak bwat...die igt sy xleh mrh die...pnat sy kontrol mrh sy..bile kdg2 sy sentap, die cume kate 'eh, kite gurau jela..'
gurau pala otak kau. x lawak la bodo..(sgt benci die)
hhmmm, kawan lite-lite aje ler :(
hi..sy suka baca entry ni..sbb sy pn baru kena ngn kawan cmtu :(
auntie mafkn Joyah Aloyah itu kan?i know u will. :) pastinya musibah yg melanda ni untuk dia dan untuk kita sekali untuk selalu beringat. eye opener.
salam k nani, selalu jupe kawan apabila senang.. time susah semua mnyembunyikn diri..mmmm...
theres still a type of person in this moment rite :(
tergelak pun ada semasa saya membaca entri makcik yang ini
sebab tindakan makcik sama macam saya
saya akan delete no telefon mereka yang saya rasakan mereka tidak ikhlas berkawan dengan saya
makcik ni macam cermin saya pulak
tidak mempunyai ramai kawan
tetapi sangat menghargai nilai persahbatan
:)
kalau ikutkan emosi..kalau ditolak dan dibahagi memang tak ramai di kalangn kawan2 kita yang betul2 ikhlas.
kebanyakkannya hanya nak take advantage..dan tunjuk baik/ada kemahiran lakonan yang baik.
aku ada ramai kenalan, beberapa rakan..dan sahabat adalah sikit2.ketiga2 tu ada bezanya.tp awek je takde.hhaa
saya pon pernah terkena dgn org2 yg xtau nk hargai persahabatan. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruh padahnya. saya bukan sj delete dia dr hanfone tp dr hidup saya. cukup la setakat itu saya kenal dgn dia. bagi saya berkawan bertaun-tahun pon xde erti apa-apa jika tak ada lgsg perghargaan dan pengorbanan yg diberi dan diterima dgn ikhlas. saya setuju kawan, teman, sahabat adalah berbeza. saya tidak kisah tidak mempunyai ramai kawan asalkan kami saling tidak mengkhianati.
Post a Comment