Sunday, December 21, 2008

LELAKI MANA YANG SETIA

Saya terbaca satu ‘statement’ yang mengatakan lelaki yang tidak mempunyai naluri berkahwin lebih daripada satu bukanlah lelaki sejati namanya.. Saya ada pendapat saya sendiri yang mengatakan bahawa ‘statement’ itu tidak tepat. Bagi saya tidak semua lelaki mempunyai naluri untuk berkahwin lebih daripada satu.


Namun ada satu ketika, kebanyakan lelaki ingin merasa kembali bercinta seperti mahu mengimbau zaman bercinta. Apa yang nyata, lelaki adalah lelaki, setua mana pun mereka, apabila di jamu di depan mata perempuan yang mempunyai raut tubuh yang segar dan mengiurkan pasti nafsu mereka terangsang dan iman mereka boleh cair.


Dengan erti kata sebenar, itulah pandangan saya, hampir setiap lelaki pasti ada keinginan untuk merasa muda kembali, merasa bercinta kembali, merasa mempunyai teman wanita yang muda kembali dan ingin merasa membuat hubungan dengan perempuan lain selain daripada yang ada.


Walaupun hampir semua lelaki menyimpan keinginan begitu, tetapi apa yang pasti keinginan-keinginan begitu tidak selalunya diiringi dengan keinginan untuk berkahwin lebih daripada satu.

Sebenarnya banyak juga lelaki yang tidak suka berkahwin lebih daripada satu tetapi mereka lebih suka mempunyai hubungan bebas tanpa perkahwinan. Banyak lelaki yang tidak mahu terikat dengan perkahwinan lain dan juga tidak mahu memenuhi satu lagi tanggungjawab menambah keluarga lebih daripada satu.

Pun begitu masih banyak lelaki di atas mukabumi ini yang dapat mengawal nafsu mereka, kerana mungkin mereka tidak mampu dari segi kewangan, tidak mampu untuk membahagi kasih sayang, tidak mampu untuk melukai hati teman yang sedia ada, tidak mampu untuk memporak perandakan kedamaian rumahtangga yang sedia ada dan juga tidak mampu untuk memeningkan kepala yang selama ini tenang.

Malah masih banyak juga lelaki yang begitu setia dan amat menghargai kebahagiaan hidup sebuah keluarga mereka selama ini. Menghargai cinta wanita yang dijambang untuk sekian waktu.


Sebenarnya lelaki sebeginilah lelaki yang matang, sentiasa berfikir panjang, bimbang tidak dapat berlaku adil, risau melukai hati isteri, takut tidak terdidik anak-anak. Bahkan mereka dapat mengawal nafsu dengan baik atau tidak ingin melayan perasaan untuk bercinta atau keinginan untuk berkahwin setelah melihat sendiri pengalaman teman-teman atau orang di sekeliling yang berkahwin atau bercinta lebih daripada satu dan kemudian bercerai berai. Isteri entah kemana, anak pergi merata.

Lelaki yang mempunyai kekuatan mental begini adalah lelaki yang lebih peka apabila melihat teman-teman sekeliling yang tidak pernah bahagia akibat berkahwin lebih daripada satu kerana tidak semua lelaki bertuah dapat memiliki kebahagiaan sebenar hidup berumahtangga apabila berkahwin lebih daripada satu. Malahan banyak yang lebih malang dari tuah.

Daripada pengamatan saya dan pemahaman saya tidak semua lelaki sejati mahu berkahwin lebih daripada satu dan tidak semua lelaki yang berkahwin lebih daripada satu itu adalah lelaki sejati. Itu hanya pendapat saya, apa pula pendapat sebenar daripada laki-laki di luar sana.





Penang Assam Laksa


(A)Ground Spice Ingredients
5 fresh chillies
25 dried chillies
10 shallots
5 cloves garlic
2cm galangal (lengkuas)
2cm knob fresh tumeric root (kunyit hidup)
2tbsp belacan

(B)
½ cup tamarind juice (asam jawa)
15 spring polygonum leaves (daun kesum)
5 pieces dried tamarind skin (asam keeping/asam gelugor)
2 stalk lemon grass (serai), lightly smashed

(C)
1kg mackerel fish, cleaned
1tin of sardine (250gm)
1kg fresh laksa noodles

(D) Seasoning
1tsp ajinomoto
½ cup prawn paste (petis udang)
Salt to taste.

(E) Garnishing
Wild ginger bud (bunga kantan) halved and finely shredded
Cucumber shredded
Pineapple slice and shredded
Onion finely shredded
Red chillies seeded and shredded
Mint leaves (daun pudina)
Prawn paste (har koe), diluted with water to a drizzle consistency.

Method:

Boil fish. When cooked remove the fish and strain the stock. Use the stock later for the soup/gravy. Flake the fish and set the fish aside.

Fry the ground spice ingredients (A) without oil until the aroma arise then put water and fish stock in the pot. Then put (B). Bring to a low simmering boil for 10 minutes.

Add flaked fish and sardine then put (D). Continue to simmer for extra 1-2 minutes.

To serve, put a handful of laksa noodles in a metal strainer and immerse in a pot of boiling water to scald the noodles for half a minute.

Drain and put into bowl. Pour a ladleful of laksa soup/gravy over the noodles and garnish with a little of each garnish. Drizzle a little prawn paste over and serve immediately.

58 comments:

chekdenoor said...

Salam,

Zaman sekarang ni..... chekdee mulai risau...... lelaki dan perempuan ...kelihatan sama sahaja..... maksiat berada di mana-mana.......Apabila kita mempunyai anak...sure kita mahukan anak-anak mendapat pasangan yang terbaik....tapi...kelihatannyer.... kejujuran dan kesetiaan zaman global ini mulai mencurigakan..... mungkin kerana faktor cara berkomunikasi....cara pendedahan media masa dan elektronik.... menjadikan keimanan dan kejujuran sering teruji....

Walaupun bergitu... chekdee selalu berdoa...agar anak-anak mendapatkan pasangan yang baik dan beriman..... Cuma chekdee teringat pesan seorang tok guru.... jika kita baik....ALLAH menjadikan pasangan kita juga baik...... So...jika berkehendakkan yang terbaik....maka kita kena berusaha menjadi yang terbaik juga.

Tujuh Kaki Dalam said...

inilah pendapat dari seorang yang berpengalaman dan matang.

tidak pukul rata menyamakan semua bila sesuatu perkara berlaku.

kita semua berbezakan kak?

saya setuju dgn pendapat kakak.

bukan semua nak bernikah dua.

yang nak ialah bercinta mcm mula-mula.

adeh!

tak leh cakap banyak.

saya pun belum nikah.

Tujuh Kaki Dalam said...

inilah pendapat dari seorang yang berpengalaman dan matang.

tidak pukul rata menyamakan semua bila sesuatu perkara berlaku.

kita semua berbezakan kak?

saya setuju dgn pendapat kakak.

bukan semua nak bernikah dua.

yang nak ialah bercinta mcm mula-mula.

adeh!

tak leh cakap banyak.

saya pun belum nikah.

farra said...

hurm...
i've got to agrree wif your points..
to me, guys are still guys. even he is deeply in love wif a girl, would and could anything and everything for her, TAPI if ade jgak dsediakan wanita yang lebih cantik, mggoda and mengggiurkan, msti trgugat jugak iman seorang lelaki tu...
then thts when iman, or rational cums into the way. if x kuat, hanyut la lelaki itu... kalau tidak, xkan bgitu banyak kisah dlm sejarah mncritakan tntang jatuhnye krajaan2 dunia dsbbkan wanita.
but somehow, men, they could differentiate whch is love and which is lust. even, he flirt with other girls, he would still go back to the one he love. no matter what..

huhuhu panjangla pulak my ramblings... heheheh =)
neway, have a nice day!

Unknown said...

auntie,

ada kebenarannya pendapat auntie ( yg saya pasti adlh berdasarkan pengamatan dan kematangan pengalaman)berkenaan dengan hal ni. dalam pengamatan saya pun, inilah yang berlaku. perempuan menumpu, lelaki mencapah fokusnya. kekadang saya sedih apabila terkena batang hidung sendiri. namun, mesti dipupuk dalam kepala kita- tidak semua orang sempurna.
apa yg saya blh cadangkan ialah berdoa, berdoa agar kita blh hidup dgn situasi begitu, dan lelaki dambaan kita akan mengerti untuk menghargai siapa diri kita.
insya Allah..

fazadilla said...

dah terjatuh hati dgn blog ni :)..hehe...sy link ok...have a nice day..

Foxy Farah said...

setuju sangat dgn aunty =),ade jugak yg dah kahwin lagi satu,tak semestinya happy maksimum,maybe mula2 je..hehe.mmg takut dgn godaan luar esp perempuan yg lebih cantik,tapi kalau lelaki tu matang dan cukup iman insyallah tak kemana godaan itu.=)

Mohd Azirul bin Ismail said...

saye lelaki..n semestinya lelaki sejati tidak perlu berkeinginan berkahwin lebih..so points aunty semue btul..

kalo org cakap money can change man = its not true cz da men in my famiLy still da same..

tapi ikut research by Durex , kalau dalam famiLy guy tu ade yang kawin lebih , kebarangkalian die untk kawin lebih gak ade je..

n Alhamdulillah there's no one like dat in my susur gaLur..ehe..

"wanita baik hanya untuk lelaki baik"..so skrg sye berusaha utk mnjadi lelaki sejati yang baik..ehe..

Mak Su said...

waduhhh, complicatednyer.... :)

Tijah said...

tapikan aunty, skrg ni kenapa ppuan seperti lebih gemar pd suami org? takutnya saya!!!

Anonymous said...

betulkan sis..tak sume lelaki mahukan poligami..yg mereka inginkan rasa cinta yg sentiasa segar spt muda2 dulu ;)

mummysyafie said...

salam singgah..

best lak topik kali ni..alhamdulilah, setakat ni saya bahagia. tapi...ttp berhati² kan

zamrie said...

lelaki sejati? ader ker?

rasa tidak pernah menipu tapi perasaan selalu mengeliru...

jadilah lelaki yang terbaik.

noorlara said...

lelaki memang spesies yg complicated. menjaga lelaki lebih payah dari menjaga baby. Tapi hati hati ada persamaan antara baby ngan lelaki (suami), bahaya kalau dia diam macam takde masalah itu maknanya something goes wrong somewhere, lelaki yg berbuat salah akan cuba menambat hati kita sedaya mungkin untuk menutup kesalahannya. itu tip yg akak dapat dari kawan yg pernaH dimadukan. Apapun macam nani kata ade gaks yg baik dan berhemah, semoga yg didekat kita seorg antara mereka. Kita juga perlu melayan mereka ngan terbaik supaya tiada alasan bagi mereka berbuat onar

noorlara said...

lelaki memang memeningkan kepala tapi ramai gaks yg pening kepala sebab kita kaum pompuan ni hahahha

Anonymous said...

x sume org temui cinta sejati pd kali pertama kawin.

mungkin kawin hanya tuk gembirakan
org tua.

atau mungkin kawin hanya kerna wanita tersebut keciwa dgn pilihan hatinya.
maka
bekas kekasih = 1st choice
si suami = 2nd choice

sejak remaja, x terniat di hati
saya utk kawin dua. sering juga
melihat mereka yg berkawin dua
dgn pandangan sinis. satu ketika dulu saya rasa mustahil untuk hati
diberi pd dua wanita.

namun, setelah mengalami peristiwa
yg tertera di atas, hati remuk.. x mungkin terubat kembali. niat tuk kawin kali kedua muncul.
dgn harapan isteri baru bleh mengubat luka.

p.s : maybe my comment wont sound as pathetic if written in this language. im merely conforming to the norm of verbal exchange.

Anonymous said...

Hmm pasal lelaki ni saya rasa saya kualify kerna saya lelaki haha...

Betul tu... ramai lelaki tak nak kahwin lebih dari satu pening.. dan not worth the sex

Ada lelaki yang senang menarik wanita, kita ingat tentu susah nak settle down tgk 20 lebih dah kahwin..dan stable.

So peribadi lelaki tu adalah lebih tepat penunjuk kepada fahamna nya mengenai keluarga.

bagaimana menilai peribadinya?

Salah satu adalah bidang kerja dia cari makan.

Umpamanya artis..hah ni golongan tak stable betul. bukan sebab dia hensem bukan..sebab untuk memasuki bidang ini hanya mereka yang crave attention dan tak stable je yang masuk. Mereka ni cerai berai selalu..tiap2 hari masuk news.

Golongan professional..hah stable. doktors. jurutera etc..lebih stable. kahwin satu..kerja keras fokus..kebajikan masyarakat..etc.. family life stable je..


Guru pun stable je..kebanyakan aman damai dan tahan lama.
Kenapa bidang kerja menunjukkan peribadi?

Kerana sesuatu bidang itu menarik dan hanya boleh dilakukan oleh mereka yang jiwa mereka sesuai pada amnya.

Seorang yang boleh jadi doktor jarang nak tehegeh2 jadi pelakun..malu..self concious etc..

Seorang pelakun pula takde fokus atau keupayaan mental nak belajar bertahun2 jadi doktor atau jurutera.

Lelaki macam ni nak main dan mengorat je.. cth norman hakim, ajai, awie..

pompuan ni ramai..kalau rajin mengorat mesti dapat.

dah panjangni...sambung lain kalilah

Awie said...

sy sokong posting ni

rapheydhillo said...

setuju with ur observation/opinion..

Anonymous said...

setia???
apa pun dunia ni penuh dengan sangkaan.
jika sang isteri selalu berdoa kepada Allah,
tak kan Allah nak tolak permintaan dia agar sang suami sentiasa setia kat dia sorang

cuma ujian memang banyak kat luar. keluar rumah aje dah nampak macam-macam. rasanya perempuan harus start kempen tutup aurat juga sesama rakan-rakan dan anak-anak perempuan anda dan anak perempuan jiran-jira anda. biar terkawal nafsu suami anda hehehe :D

bayangkan semua perempuan di malaysia tutup aurat dengan sempurna. yang non-muslim pun tutup aurat a.k.a kat badan aje laa. jadi nafsu lelaki terkawal sikit. dengan tu terselamat sang suami nak kawin lagi satu hahaha

DrSam said...

salam,

teringat isu yang sama dibincangkan oleh seorang ustaz di surau tak lama dulu. "Lelaki ni makhluk ciptaanNYA dan insan yang lemah, ikut sunnah-sunnah rasul yang lain tak mampu...yang mampu...kahwin lagi satu!". Buat saya tersenyum sendiri.

Pengembara said...

Haha, saya tak setuju dengan comment lelaki sejati (yang di atas). Mungkin betul peribadi lelaki, atau seseorang, boleh dinilai melalui bidang kerja. Misalnya jadi bartender atau bapa ayam.

Tapi siapa pula yang kata kalau artis sah-sah lah yang nak attention dan tak stable? Yusuf Islam (Cat Stevens), M. Nasir ker...Rosyam Nor ker sebagai pelakon...takkan la mereka tu tak berguna. Padahal muzik memang mengalir dalam darah mereka.

Overall, i couldn't agree more with this posting. Post ni semamangnya betul. Cuma nak tambah, tak salah kalau lelaki nak kahwin lebih.

Mungkin atas dasar strategi? Isteri-isteri sebagai guru, akauntan, suri rumah. Pembinaan empayar yang terdiri daripada keturunan mungkin? Mungkin, tapi setakat ni tak pernah jumpa lagi.

Anonymous said...

saya lelaki. saya setia. tp ditinggalkan oleh org yg saya syg. & yg lbh teruk org yg sy syg tu tinggalkn saya utk lelaki lain yg mahukan org yg sy syg itu tapi pada masa yg sama juga mahu dengan wanita lain (his ex). semakin keliru dengan drama dunia..

NaniRostam said...

Chedeknoor : Zaman sekarang ni anak lelaki ke atau anak perempuan sama saja kerenahnya dan sama juga peningnya.

Insyallah, mari berdoa untuk yang terbaik dan menjadi yang terbaik.

Cuma kita ni makhluk Allah s.w.t yang serba lemah dan kekurangan, dan jika kita dapat dapat pasangan yang serba kekurangan macam kita, bermohonlah taufik dan hidayah agar terbuka hati untuk mendidik diri kita sekaligus pasangan hidup kita.

Insyallah mungkin kita boleh jadi pasangan yang lebih baik daripada yang terbaik.


Tujuh Kaki Dalam : Ooo masih bujang...cepat-cepat kahwin..memanglah tak boleh pukul sama rata...

Banyak yang berkahwin lebih tu pun belum tentu bahagia di dunia dan bahagia di akhirat.

Kalau memang adil dan mampu dari fizikal, kasih sayang, kewangan dan agamanya, alhamdulillah, moga-moga Allah s.w.t sentiasa memberkati mereka.

NaniRostam said...

Farahcaca : Kisah lelaki akan tetap pada isteri pertama walaupun berapa banyak gurlfren mereka ada lebih kurang seperti kisah, macam mana kita bela dan jaga anak angkat, namun satu hari mereka tetap mahu mencari dan mahu tahu ibubapa kandung mereka.


Let me remain a mystery : Kita memang mudah bercakap dan beriya-iya mempersoalkan tentang lelaki begitu, lelaki begini.

Semua prinsip dan kata-kata pasti hilang bila seseorang itu terkena batang hidung sendiri, cakap memang mudah kan.....sebab tak terkena batang hidung sendiri...

NaniRostam said...

Faradila : Thks my dear, nanti kalau lapang, aunty link kamu...insyallah.


MisSy F : Aunty setuju dengan kamu, pokok pangkal kalau iman kuat insyallah berkahwin lebih daripada satu bukan kerana nafsu, bahkan kerana mahu membela nasib ibu tunggal yang beranak ramai skaligus dapat membela nasib anak-anak yatim.


Zero Pain : Memang betul atau mungkin kebetulan kan, selalunya bila parents mereka bercerai berai dan bermasalah, situasi seperti ini amat mempengaruhi sikap anak-anak yang menjadikan mereka sangat rapuh, mungkin bagi anak-anak tiada siapa yang dapat dijadikan role model dan kebanggaan. So mereka sering mengambil jalan mudah dan mengambil mudah pentingnya institusi keluarga yang bersatu.

NaniRostam said...

Mak Su : Inilah dunia...


Tijah Lawa : Contoh situasinya begini, yang mana lebih seronok, duit kamu kena ambil ke atau kamu ambil duit orang?

Kenyataannya pula begini, kalau suami kita tu tak berduit, sengkek, menyusahkan hidup, entah perempuan macam mana yang boleh dirayu atau digoda oleh suami kita...

NaniRostam said...

Lily Lotus : Saya setuju dengan kamu...zaman sekarang ni tidak semua lelaki begitu...


Mummyshafie :

Alhamdulillah sekurang-kurangnya kamu berusaha untuk berhati-hati. Mudah-mudahan kamu terus berbahagia hingga ke akhir hayat.

Namun ada isteri yang cukup cantik, setia dan melayan suami zahir dan batin tetapi suami tetap jatuh cinta dengan perempuan yang entah apa2.

Ada isteri yang tak berapa cantik, malas, curang, tak melayan suami, memperhambakan suami, tetapi suami tetap setia dan tak pandang perempuan lain.

Kesimpulannya, macam mana kita hati-hatipun kalau suami tu tak guna memang tak guna dan macam mana kita tak guna pun kalau suami tu setia memang setia...

NaniRostam said...

Zamrie : Lelaki sejati atau perempuan sejati..ehm...zaman sekarang ni susah nak bezakan kot...

Alahamdulillah, moga-moga kamu jadi yang terbaik untuk generasi yang baik-baik.



Noor Lara : Sekurang-kurangnya kawan kamu tu beruntung kerana suaminya masih berusaha untuk menambat hatinya.

Banyak lelaki di luar tu bila dapat yang baru, yang lama dibuat macam kain buruk ada yang lebih teruk kena sepak penampar, tak dibagi nafkah zahir dan batin dan macam-macam penderaan.

NaniRostam said...

Anon : Kamu berkahwin dua ke atau berkahwin kali kedua?

Sebagai lelaki kamulah yang memegang tampuk sesebuah perkahwinan itu.

Kalau memang kita sukar untuk mencintai pasangan hidup kita, penceraian itu adalah jalan yang terbaik. Penceraian juga sama taraf macam perkahwinan yang berlangsung berlandaskan hukum Islam. Dan ianya adalah satu perbuatan bermoral.

Dan sekiranya tidak ada cinta di hati kamu sepatutnya melepaskan isteri kamu secara baik dan tidak menyakitinya.

NaniRostam said...

Lelaki sejati : Pengamatan kamu tu ada benarnya. Orang-orang yang berjiwa seni ini, selalunya mudah beremosi, sensitif, perlu tahu melayannya, memilih, mudah jatuh cinta dan mudah juga melupakan cinta dan seorang yang sukar diramalkan.

Ada pula segelintir yang amat setia memang setia sampai akhir hayat.

Tapi zaman sekarang ni, bidang pekerjaan tidak relevan dengan kes penceraian. Penceraian berlaku dengan meluas pada semua peringkat kerjaya.

Zaman sekarang juga perempuan memang ramai dan perempuan macam mana yang boleh dimengorat tu?

Anonymous said...

saya jugak bersetuju dgn penulisan ini.....tapi saya confius.

Ida Raja Idris said...

mcm biasa. memang suka dgn entry auntie. sgt berguna utk ibu2 muda (yg xberapa nk muda) mcm saya.hehe

Anonymous said...

rasenye prob cam ni x timbul sngt kot.. sbb bkn saja lelaki, pompuan pun same, kdng2 laki plak lebih setia dari pompuan vice versa.

untuk pendapat saya lak, kawin lebih dari satu xde masalah jika ada cukup syarat...

Perokok Soleh said...

ahahhaa...nilai laki sejati xdiukur dari benda nie..

andai seorang laki yang berkahwin satu..dia adalah sejati?
xjuga...kerana berkahwin lebih dari satu sunnah..

andai seorang laki yang berkahwin lebih 1..dia adlah sejati?
xjuga...kerana..pikir sendiri,hehehe

laki sejati tue nilainya..
1-taat pad ALLAH
2-taat pada ibu bapa..

just my opinion,laalala~~

Z said...

ni yang aku takut nak kahwin ni.

takutnyaaaaaaaaaaaaa

Anonymous said...

salam akak saya suker baca blog akak..heheh samala kita ada 2 gurl..tapi saya mmg mengharapkan boy suatu hari nnt...

Dr Ridzwan Bakar said...

Salam Hijrah,
Tidak semua lelaki berfikir begitu namun kita tidak boleh menafikan keinginan nafsu diri lelaki yang meninggi. Jika si lelaki memiliki misi hidup yang jelas dan si isteri mampu memahami dan berkongsi misi hidup ini, saya yakin masalah ini tidak akan timbul. Sibukkanlah si suami dengan perkara yang mampu mengukuhkan kasih sayang. Moga Allah memberi kita amalan yang terbaik buat bekalan di alam akhirat.

fara rasep said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Hi Nani,

First time singgah..bagus sekali writing you..love all your cookings and your beautiful kids.

Anonymous said...

hi just to share with you www.blackroseladies.blogspot.com if u wanna shop online. enjoy ;)

afrohead said...

bukan semua lelaki mahu lebih dari satu..
ada juga lelaki yang tak mungkin berpaling dari isterinya kerana rasa cinta yang amat sangat.
lihat sahaja keagungan cinta taj mahal..
sekadar memberi contoh..

namun harus diingat.
perempuan nafsunya sembilan.
lelaki nafsunya satu.
dan oleh kerana satu itulah,
segalanya terkumpul pada perkara yang satu itu
:)

Anonymous said...

aunty.. bila nak update.. rindulaa!!

♥ violinistxixi ♥ said...

:) hello. i absolutely agree with u. who states dat guys who practise polygamy are the men?
ugh.

Anonymous said...

laksaaaa
i love laksa

auntie ade restoran or kedai jual laksa?
nk dtg mkn,masak nnti la =p

Nor Khaizura said...

aunty nani..
pls update..sudah ternanti2 ni..hehe

btw i just got the oppurtunity to try ur chocolate butter cake..wahh the result mmg tersangat2 laa best..TQ 4 the fabulous recipe!
and to tell the truth itu laa kali pertama saya buat cake and alhamdulillah menjadi..

Unknown said...

BILA AUNTY NAK BUAT LAKSA LAGI? boleh setiap hari Iz datang rumah. tidur sekali. menginap sebulan.

Kekna said...

mama..liana tak tahulah nak komen apa kat sini..takde hujah2 yang nak diketengahkan dalam bidang ni hehehh.tapi nak sebok2 jugak kat sini..

BesaqKichik said...

Bagi Aku..

"Lelaki Mana Yang Setia"

merupakan satu tajuk yang agak menarik pembaca untuk membaca..

agak baik buat penulis..

perihal lelaki dan Wanita sampai bila2 tidak akan putus diperbahaskan kerana ianya subjektif sering berubah2..

Lelaki Mana Yang Setia (Tajuk Kamu) Wanita Mana Yang Setia (pendapat Aku)..

Jika ada lelaki yang setia pasti ada wanita yang setia..

jinggo said...

ajal, maut dan jodoh semua d tangan Allah....

kita manusia hanya mampu merancang dan hanya Allah saja la yang menentukannya.....

ini tak bererti kita tak payah usaha langsung setiap usaha yang gigih dan iklas mendapat keberkatan dari Allah...

tentang lelaki yang kawin lebih dari satu ni....
biarla betul-betul mampu...
saya ada kawan yang berkahwin lebih dari satu.....
tapi sayang mereka adalah lelaki yang tak bertanggungjawap langsung....
mungkin sebap nak tunjuk hebat boleh kawin lebih dari satu....
saya rasa mungkin sebap ego menguasai akal....

Mr Jon said...

Hi...

Pada saya...
Lelaki seharusnya setia pada yang satu...
Lelaki kahwin lebih dari satu kerna tersurat pada takdir hidupnya...
Tiada satu wanita pun mahu berkongsi kasih...
Tidak semua lelaki berkeinginan untuk berkahwin lebih dari satu...
Cinta dan kasih itu ibarat pohon..
Ia perlulah di siram dan dibaja....
Kalau dibiar..
Tidak di belai...
Maka layu lah ia....
Kasih pada yang satu adalah sebuah ceritera cinta yang agung....

Saya tertarik dgn penulisan auntie.....
Ini hanya pandangan saya orang muda yang belum cukup ranumnya...

Anonymous said...

hi k. nani,

baru2 ni saya telah mendpt tahu suami saya yg saya kahwini selama 1 thn lebe telah berlaku curang tehadap saya..sepjg perkahwinan kami, saya berusaha sebaik mungkin utk menjadi isteri yg baik, jage segale makan minum dan pakai suami..turuti segala kemahuannya....tetapi lelaki tetap lelaki...tidak pernah puas dgn 1..
kebanyakn lelaki yg saya kenali dikalangan ahli keluarga ataupn kawan2...mmg byk yg tidak setia...sedangkan teman baik wanita saya sendiri pn sedang menjalinkan hubungan dgn suami org..ape nk jadi dgn manusia skarang?
saya teramat2x kecewe dgn ape yg berlaku thdp saya dan disekeliling saya....
what my husband did to me was absolutely unforgivable...hati saya sudah hancur remuk berkecai dan hanya Allah saja yg tahu hati dan perasaan saya skarang.....kini saya sudah tidak mengenali ape erti cinta atau kesetiaan sebenarnye..

saya redha dgn segala dugaan yg Allah berikan kpd saya. tetapi saya tidak mempunyai kekuatan utk mengharungi semua ini...only time can heal the pain im feeling rite now..but the scar will remain 4ever....

my advise to all ladies/ wives out there...dont ever..ever give 100% of your love to your man...the only one that you shud love faithfully is Allah Almighty, then only you will find true happiness in life and after life...

to those godforsaken ladies who's having an affair with a married man and vice versa..bertaubatlah sebelum terlambat...


p.s-btw k. nani..luv ur blog, truly inspiring...:)tcare xoxo

Arrazzi Alhafiz Alattas said...

Dalam bab kawin lebih ni ramai yang kata sbb nak ikut sunnah Nabi. Bagus tapi nak jugak tanya.

Masa Saidatina Khadijah masih hidup, Nabi saw hanya ada sorg je isteri.

Bila wafat Khadijah ra barulah Nabi kawin byk.

Mcm mana 2?

orgkampung said...

Sebenarnya bukan masaalah lelaki. Pompuan yang tak setia dan senang dingorat..fitrah pompuan. Ibarat air di daun keladi, walau tergenang tetapi tak meninggalkan bekas. Pabila tersentuh dahanpun bergoyang, air pun tertumpah,tercurah tak tinggal lagi. Bila pompuan jumpa lelaki yang lebih gaya, hati pompuan segera terpikat kepadanya.Tapi biarlah dia cari yang lain. Kan lebih baik dijadikan kenangan...atau lagu?

Anonymous said...

tq for the recipe...mmg fav i ni...

a said...

lelaki tetap lelaki
dan
perempuan tetap perempuan

istilah lelaki sejati itu
adalah konsep yang diperkenalkan oleh Barat

apa-apa pun
jadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan~

The Cendol Champion said...

Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi SAW bersabda:
"jauhkanlah dirimu dari wanita-wanitamu(isteri dan anak gadis)akan menjaga kesuciannya.Dan berbaktilah kepada orang tuamu,nescaya anak-anakmu akan berbakti kepadamu"(Riwayat Hakim)

mmmm...saya bukanlah ustazah ...tapi saya belajar daripada kejahilan saya juga.....(",)

Miss arfisa said...

sy suka bc entry anty nie. betol2 bg motivate kt sy. tq anty. syg anty. slamat berpuasa.