Thursday, August 16, 2012

Resepi Biskut Cornflakes Dulu Dulu


Musim hujan ni....ehmmm, saat yang saya paling suka sekali.



Bila bangun pagi, sambil buat kerja-kerja di dapur, tak pernah lupa menjengah ke luar tingkap dan paling suka tengok pokok-pokok yang saya tanam semua basah dan tampak subur di timpa rintik-rintik hujan. Kejap lagi bila matahari malu-malu menyelinap di celah-celah dahan pokok, tambah meriah tumbuhan di sekeliling mencari-cari makanannya.

Suasana sejuk dan nyaman dari dapur kesayangan saya ini membuat saya terkenang-kenang suasana sarapan pagi di UK.

Musim hujan begini, tumis-tumis bawang dan cili padi pun boleh menyebabkan seluruh kejiranan ini tersedak-sedak menghidu semerbak bau enak masakan.

Ni tengah perah-perah idea, punggah-punggah rak buku masakan. Apa lagi nak masak untuk budak-budak tengah cuti ni. Dia orang ni bila hujan-hujan begini tak ubah macam pirahna. Hidang lah apa je kejap dah licin.

Ok so hari ni saya buat biskut cornflakes yang sedap rangup.Saya bentuk agak besar ala-ala scone kegemaran orang putih untuk minum petang. Dah nak habis pun.....

Hehe..sebenarnya yang di satas nun adalah ulang tayang cerita bergambar...sebab nak berkongsi sedikit sebanyak resepi yang ada....sila sila ikut dan buat....tambah tambah kuih raya nanirostam tak cukup buat pelanggan tahun ini...mudah-mudahan tak mematahkan semangat saya dan anda semua untuk tahun depan. Begitulah caturan hidup...kita merancang Allah yang menentukan...kalau bukan rezeki, yang berada dalam genggaman pun boleh terlepas.


Resepi Biskut Cornflakes.
375gm butter
250gm gula icing
1 biji telur
2tsp esen vanila
475gm tepung gandum
50gm tepung kastard

50gm tepung jagung.

Pukul butter, gula icing, telur dan esen vanila kemudian masukkan ketiga-tiga jenis tepung.
Gaul dan bentuk bulat dan leper. Balik-balikkan ke atas cornflakes yang telah di ramas-ramas halus.

Bakar dengan kepanasan 170 darjah celsius selama 15 minit atau sehingga kekuningan.

Angkat dan sejukkan di atas redai.

TIPS UNTUK HARI INI.


Tepung - Ada pelbagai jenis tepung digunakan untuk membuat kek. Saya sarankan tepung hendaklah di ayak sebanyak tiga kali sebelum digunakan. Selain daripada dapat membuang sebarang benda asing yang terdapat di dalamnya, mengayak tepung beberapa kali dapat memerangkap udara serta menjadikannya ringan.


Kalau mahu kek anda lebih gebu dan cantik, gunakan tepung superfine bagi menggantikan tepung gandum.

2 comments:

tomats said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Puan Eka said...

dah lama nak tau rsepi biskut cornflakes yg ni...

tq auntie nani..
lepas ni nak cari resepi biskut Y