Thursday, December 16, 2010

Sekolah Tahfiz

Ramai orang cadangkan saya hantar anak-anak pergi sekolah Tahfiz....boleh bagi cadangan ada tak sekolah tahfiz yang berdekatan dan murah-murah jer....buat masa ni belum mampu lagi nak bayar yang private tu.

42 comments:

NenetPenne (NP) said...

kat shah alam ada satu...tapi i lupaaa laa nama nya....my boss antar anak lelaki dia kat situ...

Misz-ella said...

International Islamic School kat gombak. adik kwn ela sekolah kat situ.

Sheherazade said...

Sekolah private tu ade billboard ek Pn Nani?

NaniRostam said...

Uiks kalau anak bos tu mesti mahal beb. ni yang government punya subsidi...yang u all sebut tu macam private jer...tu semua ribu raban....mana saya nak meraban.

MasReena said...

auntie, kebanyakan sekolah tahfiz yang bagus adalah sekolah pondok. dan, sekolah pondok kebanyakannya ditubuhkan orang2 perseorangan dan koperasi.. takde subsidi + bantuan dari kerajaan. tu pasal, sekolah pondok ni agak dhaif.

sekolah pondok yg bagus banyak kat belah utara & pantai timur auntie.. tapi memang tak glemer, nama pon sekolah pondok. zuhud gitu

anisz said...

assalamualaikum aunty..kalau yg dkt2..ade satu dkt sg buloh..kalau aunty bmnt nnti sy pass num ustaz tuh dkt aunty

Norhanis Diyana Nizarudin said...

erm...auntie nani..mmg kbykn smuanya private...tapi ade jugak yg murah...

mcm ada satu yg sy penah came across is darul huffaz...auntie blh refer link ni..siap ade yuran+pakej...

> http://www.darul-huffaz.com/Pakej-&-Yuran-Pengajian-Tahfiz.html

pastu ade jugak maahad tahfiz al-quran hira' di jeram, sgor...kwn2 sy ramai jg ex-skool situ...

kalo yg gov punya..yg paling establish darul quran...tapi that one eligible utk after spm age...blh amik sijil xpun dip tahfiz...

hehe...skit sbyk info yg sy ada...hrp dpt bntu auntie...(^_^)

dear anies said...

akk, sy ada byk pengalaman ttg penghantaran ank2 ke sekolah tahfiz. bkn nk menakutkan akk tp kita bimbang pilihan kita itu tidak serasi dgn jiwa anak2. sbb dugaan org tahfiz ni AMAT10X BESAR. tkt ank2 kita kecundang d tgh jln. penghabisan, kita jg yg gigit jari. pd sy biar la diorg yg buat pilihan. sebaik2nya biarlah dia sendiri yg hendak sesgt msk sekolah tahfiz. bkn ikut kata org o sesedap rs kita shj.

esh said...

my jiran pun hantar anak dia kat sek gombak tu. dia kata hanya rm200 sebulan.

anwar777 said...

Lembah Klang dengan murah macam tak ngam je hehe.Saya tau yang Ustaz Kazim ada sekolah tahfiz yang dia jaga. Dia ada fanpage dekat facebook, tapi sekolah tu dekat Perak la.

aisya zainal said...

MATRI :)
http://www.matri.edu.my/site/

saya setuju dgn aniesandyou.
kena tanya anak gak kalau dia betul2 nak sekolah tahfiz.
cuma sebaik2nya memang perlu hantar anak ke sekolah yang ada pendidikan agama. dunia sekarang terlalu mencabar.

aisya zainal said...

MATRI
http://www.matri.edu.my/site/

NaniRostam said...

Salam semua...terima kasih atas pandangan dan cadangan.Itulah dugaan rakyat malaysia nak belajar ilmu akhirat, punyalah bagai. Belajar nak bagi pass periksa upsr, pmr, SPM, semua tu tak da masalah langsung...tak da yuran pun kecuali PIBG dan yuran periksa.

aisya zainal said...

ada lagi satu.. hehe

http://www.al-huffaz.com.my/

PINATBATE said...

Assalamualaikum

JAIS (Jab Agama Islam Sel)ada 2 buah sek tahfiz.Kelayakan sekurang2nya 4A1B (UPSR) dan Jayyid Jiddan (PSRA)

1.Maahad Integrasi Tahfiz Istana Bandar (MITIB),
Kampung Bandar, Jugra,
42700 Banting,
Kuala Langat,
Selangor Darul Ehsan
03-3120 2924

2.MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS TEKNOLOGI(Cawangan Klang)
JALAN BUKIT JATI, KG. JAWA
41000 KLANG,SELANGOR DARUL EHSAN.
TEL: 03-3373 6772 FAKS:03-3373 8922
(Pengetua: Puan Hajjah Rosni binti Ahmad)

MITStek atau singkatan kepada Maahad Integrasi Sains dan Teknologi Klang telah mula beroperasi pada bulan November 2008 yang lalu. Maahad ini merupakan maahad tahfiz kedua selepas Mahaad Tahfiz Istana Bandar di Jugra Banting.

Pakej Matapelajar

1. Sukatan Tahfiz
a. Tingkatan 1 Juazuk 1-6
b. Tingkatan 2 Juzuk 7-12
c. Tingkatan 3 Juzuk 13-18
d. Tingkatan 4 Juzuk 19-24
e. Tingkatan 5 Juzuk 25-30
(Tertakluk kepada kemampuan pelajar)

2. Sukatan Al-Azhar(kurikulum Arab JAIS)

3. KBSM

Harap dapat membantu.

zulaikha said...

salam aunty. Nak komen sikit, mcm anisandyou cakap,btw sebenarnya kita (ehsaya tak kawen lagi) sbgi ibu bapa yg perlu mebimbing anak2 kita, bukan anak2 yg bimbing ibu bapa.Benar, kita kene tgok pada minat anak,kalau x, mmg xkan mnjadi, tapi sbgai ibu bapa,perlulah memberi penjelasan dan bimbingan sewajarnya agar anak itu akan berminat, tapi if smpi memberontak semua nak buat mcm mana kan.huhu.

btw, sekolah tahfiz ada di Gombak, darul furqan, and jika tak silap, puchong pun ada 1, kat Klang pun ada, namanya kolej hafiz.nama je kolej tapi sbnrnya utk budak umur 13 dan keatas. Apa2pun smoga aunty berjaya menempatkan anak aunty ke sekolah tahfiz. sekurang-kurangnya sebuah keluarga harus ada seorang tahfiz sebab jika salah seorang ahli keluarga/anak bergelar tahfiz, insyaAllah, di akhirat kelak seorang tahfiz mampu membela/selamatkan (xsure apa ayat yg sesuai) sehingga 7 keturunan keluarganya dari api neraka. wallahua'lam. utk lebih komfem mengenai ini,aunty leh rujuk kpd yg lbh pakar.tpi ini apa yg sy dgr sbb adik sy alhmdllah baru lepas dari darul quran dan skrg lanjutkn pljarn dia ke Jordan. mula2 mmg dia xnak, tapi insyaAllah, segala perkara yang baik lebih2 lagi mengenai Islam,insyaAllah Allah akan permudahkan segala urusan :)

*maaf panjang sangat sy komen :)

hydrogenbond said...

salam,
auntie boleh rujuk laman web di bawah. tapi yg perlu difikirkan sekolah ini terletak di indonesia...sekolah ini telah melahirkan ribuan pelajar yg hebat dunia dan akhirat....untuk hayati bagaimana perjalanan sekolah ini mungkin boleh rujuk novel negeri 5 menara tulisan a. Fuadi terbitan PTS publishing..novel nie based on true story...pelajar2 sekolah ini hanya dibenarkan bercakap english n arabic sepanjang berada di sekolah..mostly pandai berpidato sebab every week kena berpidato in english n arabic di hadapan khalayak ramai.UKM dan UM iktiraf transkrip dari sekolah ini. majoriti student dari sekolah ini berada di serata dunia. penulisnya sendiri dapat masuk university of london selepas keluar dr sekolah ni. no harm in trying...auntie leh la rujuk sekolah ini. http://www.gontor.ac.id/

azlina aziz said...

Kak, melentur buluh dari rebung nya. Moga niat nak masukkan anak ke sekolah tahfiz berjaya :p Insya-Allah, kalau ada anak pun, saya teringin nak buat macam tu. Sejuk mata tengok budak2 dah pandai mengaji, pakai baju putih, fasih bahasa Arab. Aduhai...

Hardeena Haqeem said...

salam.
hehe first time nak komen selama ni silent readers je..
setiap kali org lain brcerita dgn suami saya psl anak si A belajar smpi phd ke, anak si B jd engineer terbaik ke, mesti suami saya menjawab, "saya cuma mahu anak2 saya jd hafiz dan hafizah, pelajaran duniawi trpulang pdnya mahu jd ape, doktor ke, meniaga ke, nak kawin putera raja ke.."

lepas tu kan kak nani, mesti diorang semua cakap "habis kat dunia nak makan apa? zaman sekarang takde yg free.."

nanti suami saya cakap balik, "usaha perlua ada, tapi perlu diingat, rezeki Allah yg beri"

entahlah kak nani, mak saya pun dah bising pasal niat suami saya tu...
ye lah, dugaan ibubapa yg akan "dipakaikan mahkota emas" ketika akhirat nanti bukan senang....
ditambah pula dgn dugaan budak2 zaman sekarang yg umur 8 tahun dah tgk video lucah...

MSOM said...

Puan Nani,
Satu niat yang sangat baik.
Disokong 200%.
Dlm kebobrokan dan kebejatan
sdg bermaharajalela ini,
di sana adalah sekolah pilihan terbaik.

iamwhoiam said...

MRSM Kota Putra di Trengganu. Anak my friend ada di situ.

siti said...

wadi sofea kat KB @ al-amin kat keramat :D

N said...

salam

dekat padang balang gombak , ada satu sekolah tahfiz namanya darul furqan. moga-moga terlahirnya hafiz hafizah sebagai pemimpin kita yang sering lupa ini

..:: WiRdA ::.. said...

kat TTDI jaya tu, kat surau tepi skolah tu tahfiz kot.

cik suka senyum said...

unty nak hantar hafiz ke kat skolah tahfiz..bagusla tu unty..tengok nama hafiz pon dh sessuaii.....

AA said...

Maahad Attarbiyah Al-ISlamiyah (MATRI) di Perlis..yuran bulanan cuma rm200..antara the best private school di Perlis..try la survey pencapaian sekolah ni..
selain bg tahfiz education, normal education pun de...agama pun ada..all in one..1Malaysia katakan..hehe...kat sekolah ni kalo nk msuk sukan kena hafal beberapa surah bru lps nk msuk sukan atau apa2 tournament..wallahualam..

1 lg yg dekat area selangor..Sek Men Ibn Khaldun..yg ni x bape tau sgt bape yuran dia..tp lbh kurg dgn matri juga sistem dia..

Anonymous said...

adik sy skolah kat Maahad Tahfiz Sains Bustanul Ariffin, Tumpat,Kelantan..

stakat ni,skolah ni bgus..
yuran die tak lah mahal sgt,tp kalo nk compare ngn skolh gov bese mmg lg mhl sbb dorg xde bntuan dr kerajaan..

tp cara blajar sgt bgus..

nk apply kne 5A, ada interview..
dkt klntn ada byk jgk Maahad Tahfiz Sains..

tak sama dengan maahad biasa sebab dorang still belajar subjek2 macam kat skolah..

Am said...

bagusnya skol tahfiz..

blog terbaik

~~lyna~~ said...

aunty nani, nephew saya skrg skolah tahfiz yg kt sg buloh..byran bulanan rm300..klo aunty nk info, saye boleh tnyekan akak saye

Tuan Din said...

Dekat opis saya, Di masjid TTDI Jaya shah Alam.. dekat jer dgn bukit jelutung.

Anonymous said...

http://musp.masjidsp.com/

Tasha said...

saya pernah terbaca pasal masa zaman hanis kecik2 dulu untie pernah susah kene meniaga jual nasi lemak. kalau tak silap, saya baca dari blog ini. betul ker ?

natashaintan@live.com

saya try nak email auntie tapi tak boleh

kak ina kl said...

kat padang balang ada gak satu..darul furqan.yuran tak mahal sgt.klu berminat nak tenguk saya boleh tunjukkan jalan. umah saya dekat ajer kat situ.

anith chan said...

adik saya skola pondok kat kedah.. :)
mama nk dia tuntut ilmu akhirat..

ms boyot said...

jgn berkira sgt pasal pendidikan anak2...ini kata ayh sya.....nak beli baju samapi beratus2 nak bayar anak blajar byr yuran pibg pun dah merungut....normal skolah tahfiz rm200-400 sbulan

NaniRostam said...

Terima kasih semua..alhamdulillah kerana prihatin dan usaha mendapatkan contact no untuk saya. Insyallah kalau ada rezeki Hafiiz dapatlah dia bersekolah tahfiz. So far yang saya telefon dah penuh. Orang sekarang banyak duit.rm200-rm400 yuran pun dah tak da tempat. Yang menunggu pula ramai.

Alhamdulillah insyallah tahun ni, kalau lebih rezeki hasil jualan kek saya dapatlah saya nak menyambung balik persekolahan agama anak-anak saya. Tahun-tahun lepas terbengkalai sebab tak mampu nak bayar yuran sekolah agama Imran, Hafiiz dan Alisya.

Maklumlah bukan macam orang bergaji tetap, harapkan business yang tak consistent...kalau ada rezeki dapatlah...kalau tidak kuranglah.Yuran pulak memang bulanan tetap nak kena bayar.Baru seorang anak spend rm400, saya ada 4 yang masih bersekolah. Yang tahun-tahun lepas sekolah agama sorang rm70 pun boleh kantoi....

Dyana Hashim said...

slm auntie. mak cik sy ada hntr anak dia g tahfiz area kl. kalau auntie nk tny ape2 auntie bleh send message kt fb dia http://www.facebook.com/rosniza.jusoh

dia pun ssh tapi alhamdulillah tuhan bagi rezeki tak putus-putus slps hntr ank dia masuk tahfiz. allah tlg utk kite buat baik kn. tak rugi spend duit lebih utk masa depan anak-anak. insyallah :)

Unknown said...

Saya berharap dapat bantuan maklumat dari pembaca, terutama dari Pinatbate, yang dah bari maklumat yang sangat bagus di atas. Dekat Maahad tahfiz Sains dan Teknologi Klang tu pelajar nya belajar berapa subject semua ye? Cikgu-cikgu nya dari Kementerian pelajaran jugak ke , bagi matapelajaran akademiknya? depa ada PMR dan SPM jugak kan? Dari website jais saya tengok untuk pengajian bahasa arabnya depa ambik guru dari Mesir.

Harap sape-sape yang anaknya belajar di situ boleh bantu saya. TK.

JaSmIn said...

SALAM, puan nani ada satu tahfiz kat meru klang, from nkve exit setia alam n trus ke meru depan sekolah menengah meru ada satu tahfiz kecik je bgunnan shop lot ;) harap mmbantu

hakeem said...

Assalamualaikum kak nani,apa khabar? walau pun niat kak nani nak masukkan anak ke tahfiz dah lama berlalu,tapi jikalau kak nani masih ada keinginan nak masukkan anak ke tahfiz,boleh masukkan disekolah saya mengajar,Maahad Tahfiz Darul Hafizin diRantau Panjang,Klang.
biasa la kak,pengorbanan untuk lihat anak berjaya memang sangat berat.saya ingat masa ayah saya masukkan saya ketahfiz,dia hanya kerja sebagai jaga sahaja diMasjid Negeri Shah Alam,padahal dia seorang assistant manager disebuah bank dua tahun sebelum itu,dia tinggalkan kerja itu kerana riba,sangat susah kehidupan waktu itu...tapi Alhamdulillah Allah bagi peluang untuk saya berikan kejayaaan untuk ayah saya,dan itulah waktu yang sangat tak ternilai..:) saya merupakan seorang peminat masakan dan kek2 kak nani,baru lagi berkenalan dengan blog ini.insyaAllah ada rezeki nanti nak tempah kek kat kakak boleh ya..:) akak boleh hubungi saya tentang tahfiz itu,0147124052
key_red90@yahoo.com
hakeem reduwan

frommyheartwithluv.. said...

Salam..
Saya pun nk tau pusat tahfiz di lembah klang untuk anak yg berusia 10 tahun.. Tq

Apo? said...

As salam...
Saya ada seorang anak buah berusia 16 tahun,dia bersekolah biasa sahaja.saya berharap dia boleh masuk sekolah agama di shah alam ini supaya dia dapat didikan agama secukupnya di sana nnt.sekolah agama mana yg boleh menerima anak buah saya ni? Boleh cadangkan tak?