Sunday, December 12, 2010

Hati






Untuk kesekian kalinya
sepi ini ku mamah
berlaga-laga pada rahangku
berurat tali masuk kantungku
lalu aku kekenyangan
tegar tubuhku bernafas


Untuk kesejuta kalinya
rindu ini ku telan
perlahan lahan masuk kerengkongku
berlecak becak dalam perutku
lalu hilang hausku
ampuh nadiku berdenyut


Untuk entah ke berapa kalinya
biar ramai disekelilingku
biar riuh mereka mengadu
belum mahu menghidup jiwaku
tidak jua menyala ghairahku

Untuk kali ini lagi
aku perlu sepi
jadi kudapanku
aku perlu rindu
jadi hirupanku
buat penyambung nyawa
walau hanya untuk bermimpi.
nanirostam.12disember2010

10 comments:

A.s.t.i.n.a said...

sepi di hati...
mog tidak selamanya begini...

OnE HeArT..OnE LoVE.. said...

nice!=)

Optometri dan Anda said...

aunty tau knp saya selalu kunjung blog aunty, selain nasihat n tips, saya dapat menghayati puisi yg cantik, indah.

Teruskan aunty. jgn lupa hantar puisi aunty ke magazine atau paper.

Optometri dan Anda said...

Aunty tau kenapa saya slalu dtg blog aunty. Selain dapat tips dan nasihat, saya boleh menghayati puisi yang indah, cantik sekali.

teruskan aunty, jgn lupa kirim sajak aunty kat magazine atau paper ye.

anwar777 said...

hmm...urut-urut janggut imaginasi

bujal X said...

puitis.

cik suka senyum said...

kepada siapakah puisi ini ditujukan..eh2 menyebok pulak nak tahu kan..hehe

CANTIK ITU UNIVERSAL said...

salam kak...suka follow akak nyer blog...sbb byk leh belajo dr blog akak..hikhik

CANTIK ITU UNIVERSAL said...

salam..suka view blog akak...

Unknown said...

hepi besday! seyes tersentuh baca wish dari anak2 anda..