Tuesday, December 14, 2010

Beranganlah Dulu Kan...........

Walaupun duit tak berapa nak cukup tidak bererti pavillion tidak cukup kasih sayang aku. Hati ku tetap kembang bersopink-sopink walaupun aku sedar yang dompet sebenarnya kempis. So bila dah ada kesedaran begitu makanya aku dan rombongan suka sakat cumalah mampu berwindow sopink jer.


Jenguk-jenguk kot tingkap, tinjau meninjau kot-kot ada kasut yang glemer dan mampu dimiliki untuk hantaran tunang Liana, walaupun sebenarnya tak da satu tingkap pun kat setiap kedai-kedai yang ada di situ ya puan-puan.

Liana kata dia tak naklah kasut-kasut glemer lip lap lip lap untuk hantaran tunang. Tak practical katanya. Bukan pakaipun kalau dah glemer rope tu. Tetapi aku ada pendapat aku sendiri. Yang kemudiannya dia bersetuju.

Apa kata Liana beli kasut yang glemer lip lap lip lap untuk hantaran tunang, lalu kasut tu nanti pakai untuk hari kahwin. Lagipun kalau kasut biasa buat hantaran, dulang hantaran tu nanti tak nampak elegan kan.Orang tengok kang tak nampakla glemer kan...

Kemudian Liana buat-buat suara garau ala-ala kucing jantan nak start bergaduh...

"Mama nak tunjuk kat sapa neh?
" Tak kisahlah, memanglah nak tunjuk kat orang. Kalau tak nak tunjuk, tak yah buat hantaran".
"Nak tunjuk kat sapa-sapa yang ada...adik beradik daddy ke?"
"Adik beradik daddy ke adik beradik mama?"
"Dua-dua".
"Iye Ke...".


Sepatutnya bulan inilah Liana cadang nak tunang. Tetapi tak tahulah kenapa aku belum bersedia dari segi mental dan fizikal. Aku kata kat Liana tak yah tunang-tunang...nikah jer terus. Tetapi Liana nak juga bertunang sekejap supaya ada target untuk buat persiapan kahwin. .Ok tak kisahpun. Budak-budak sekarang ni pandai merancang untuk hari-hari penting begini. Sebagai mak aku guide jer...


Nak buat majlis tunang dan kemudian majlis kahwin ni bukan kerja mudah. Naseb baik Liana kata dia tak nak sanding. Sungguhpun begitu, dia tetap memakai pakaian pengantin tetapi tak perlu ada pelamin bagai. Dia akan duduk makan di meja pengantin dan selepas makan, dia akan pergi dari satu meja ke satu meja untuk bersalaman dengan tetamu yang datang.


Idea yang bagus, kurang sket belanja dan tenaga. Memangpun aku nak buat majlis yang paling simple. Cuma yang paling aku beratkan soal makanan sahaja. Janji makanan sedap-sedap. Bagi aku itu yang paling penting.


Wei sopink kasut pun, sempat posing-posing kat situ...saja jer nak bagi tajam lagi Alisya punyer skill fotografer.


Yang ni nak Imran punya turn pulak....heh.



Adakah yang ini Liana?






Atau yang ini?





Hitam? Tak da blink-blink....idak kot...



Idaklah yang rope ni kot....entah-entah dah pakai vogue giler woh...



Dah tentu-tentu bukanlah yang ini....ngko kenapa.....kasut crocs buat hantaran..





(Teringat cerita Liana tentang seorang kawan yang membeli kasut crocs berharga dua ratus lebih untuk buat hantaran lalu si mak rasa tak puas hati dan berkata, mana cantiknya kasut tu buat hantaran...tak glemer langsung. Maka si kawan Liana ni pun merungut mengadu pada Liana, "dia orang ni pandai jer nak glemer-glemer, tapi yang MENDUIT nyer aku!!!!")





Dah pulak?!.

43 comments:

Cik Puan Nurul said...

mak aihhh kasutttt..glemerrrr tuhhh adekah bertahta belian..btw cumel kak nani nya baju ala2 gadis remaje gitu ahakss

khairul farhan said...

Kasut crocs la layan aunt. haha

zarifahmr said...

hahahah gerek sehh kalo crocs buat hantaran..hihi comel je tau auntie nih ;D

NenetPenne (NP) said...

ni i punya opinion yer...
kak nani jangan kecik ati yer
kasut lip lap tu pakai masa sanding dan majlis mcm dinner ke apa jer kan..after that masuk kotak
and by the time nak pakai, dah ada fashion lain yang lebih glamer...

bab liyana tak sanding tu i setuju laa...

i dulu pun tak sanding jugak..sebab i rimas..boleh gitu...cumanya snap gambar berlatabelakangkan katil pengantin...

tapi yang penting makanannya... sampai sekarang orang dok ingat2 masakan ibu i kat kampung tu...masak gulai kawah daging + tulang lembu.. tu semua masak sendiri...

kat kl pulak, masakan kampung..siap ada ulam petai bagai, masak lemak ikan kering smualah... tapi ada jugak laa nasi minyak....katerer pulak baik hati... kasi extra makanan without extra charge...

bila kita ikhlas nak kasi orang makan, lauk jadi berlebih...

mat salleh tersesat masuk ke kenduri kami pun kami pelawa makan..

it was sweet to remember all those thing even my marriage tak kekal lama....

Miss AnisSensuous said...

Nasi kenduri kawen memang best :) tambah-tambah kalau aunty plak yang masak sendiri.mesti lagi3 best :)

p/s:tak sabar nak tunggu kak liyana kawen so that dapat tgk banyak gambar makanan kenduri kat sini o(n_*)o

hdsykn said...

OMG Liyana is getting married. And I sebaya dengan dia anty. LOL.

Its freaking me out a bit. Tapi memang pening tau keje2 kawin ni.

I had this talk with my mom, belom ikat lagi ni, tp the pressure dah rasa da.

And macam nak tempah kek from anty lah for my wedding gift. But belum confirm, hehe.

To Liyana; Bridezilla to be :P

NaniRostam said...

Cik Puan Nurul...ituler nama orang tua tak sedar diri...ahakz.

Khairul Farhan : Tak boleh layan....tak cantik buat hantaran. Hantaran kan nak cantik. Even daun sirih yang tak berguna tu pun berhabis juga nak hias dia tau.

Zarifahmr : kan.kan.kan.

Nenek penne : Majlis perkahwinan yang manis dan indah untuk dikenang itu tak da kena mengena dengan penceraian. Jodoh pertemuan itu ketentuan Allah. Tak mustahil kalau
ada jodoh, ader kot yang rujuk balik.

Tang kasut tu....memanglah selalunya kasut macam tu tak berapa nak pakai and simpan masuk kotak....but still you kena cari kasut yang agak glamer untuk pakai masa kahwin kan? Untuk kami pulak agak different story sebab satu kasut selalu syer 3 orang...liana, hanis dan myself ...so no worries hehe.

NaniRostam said...

Anissensuous : Pengsan!!! kalau saya yang masak.....hahaha. Emak pengantin mana leh tinggalkan jawatan sambut tetamu doh...


Huda : Insyallah tahun depan kalau jadi kahwin...dah nak masuk 25 tuh...

Fie said...

aunt... mintak jimmy choo sponser lah satu kasut....:)

Asam Makruh said...

kasut glitter meletopzzz u olzz.

hey nani, terima kasih sebab bagi komen maut kat blog gua, perhaps komen paling sempoi setakat ini, cheers!

-atiQah- said...

auntie, betul2..masa kenduri paling penting makanan. kalau makanan tak sedap, mcm kosong je..

oh ya auntie, sy skarang kat UK. td pergi jln2..jumpa satu kedai kasut, sgt cantik. lip lap lip lap. penuh dgn batu swarovski..dalam 70 pound..sgt cantik auntie! hehehe..

Anonymous said...

Assalamualaikum auntie,
saya ada masalah sikit pasal ibu-bapa saya. Adakah auntie menerima kelebihan & kekurangan anak-anak auntie seadanya sebab mak saya tak. Yang peliknya kalau dalam pelajaran mak saya tak peduli pulak dapat score ke tidak. Suka mengulang-ngulang perkara menyakitkan telinga, saya dah cukup taat ikut kehendaknya tapi masih tak mencukupi. Dalam 10 perintah walaupun dah buat 8 tapi yang 2 tak dibuat itu laa yang dibising-bisingkanya. Saya pelik kenapa semua adik beradik saya boleh senyap pasal ni & simpan dalam hati. Adakah bila saya jujur saya anak yang kurang ajar? Didikan mak ni adalah turun temurun daripada nenek saya yang tinggal bersama kami, berjiran pula dengan kakak mak saya. Mak saya seringkali mengeluh yang ibunya sering memuji-muji keluarga ibu saudara saya tu tapi dia sendiri tak nampak kelemahannya. Tak cukup ke saya tak liar masa sekolah dulu & dah habis degree. Yang peliknya mak saya pilih bulu, saya jer yang diperlakukan begini, adik-beradik lain tak pulak samala macam nenek saya tu kalau rumah mak saudara saya bagus sangat kenapa selesa lagi duduk kat rumah kami ni. Ayah saya pulak suka cakap kotor, lebih-lebih lagi kalau beli harian metro yang kebanyakkan tajuk beritanya berunsur seks. Ayah ni kadang-kadang insaf terutamanya lepas berjemaah kat masjid tapi saya memang hilang hormat la padanya. Trauma mendengar ayah saya bercakap lucah ni menyebabkan saya kadang-kadang menyampah pada orang alim-alim & meragui mereka. Saya pernah meminta mak menasihatkan ayah tetapi mak tidak mahu kerana takut di marah ayah. Saya cakap pada mak yang saya tidak lagi berani sekiranya tinggal berdua dengan ayah di rumah walaupun tidak di apa-apakannya. Pernah sekali ayah menonton sebuah drama di tv tentang anak perempuan yang kurang ajar pada ibunya kemudian keluar dari rumah dirogol pula beramai-ramai ketika di rumah teman lelakinya. Pada keesokan harinya ketika saya berselisih faham dengan mak & ayah tiba-tiba ayah saya kata kalau kurang ajar nanti kena rogol. Saya jelik dengannya. Tolonglah auntie beri saya semangat untuk terus hidup. Saya selalu menangis seorang diri & kadang-kadang fikir mati lagi baik daripada hidup dalam keluarga macam ni. Saya dah minta pendapat ahli kaunseling tetapi hasilnya tidak memuaskan & tak lama lagi setelah kewangan saya stabil saya akan keluar dari rumah ini. Semoga pengalaman auntie dapat membantu saya.

hatim a.r said...

ecececece nak tajamkan skill fotografi alisya ke nk tajamkan skill modeling aunty hehe.good luck with the preparation aunty!selamat menimang menantu.eh menimang ke??

Sheherazade said...

salam

like kasut no 2 hehe

azri said...

as salam aunty..
saya paling setuju dengan idea liana xnk bersanding dan apa yang kawan dia cakap pasal "dia orang ni pandai jer nak glemer-glemer, tapi yang MENDUIT nyer aku!!!!")
memang betul kan? janganlah demand glamor bagai nak rak tapi anak jadi mangsa..kene ingat lepas kahwin nanti. jangan berhabis sakan masa kahwin dan selepas itu berhutang keliling pinggang..

Anonymous said...

auntie kasot itam ada blink2 lawo~ jenama ape tu?

LINA EVERLYNN said...

amboiiiiii kak nani..glemer baju itam tuw,berkenan lyna :)

-atiQah- said...

wahhh..auntie nani msk blog sy..terima kasih byk2..

segan tau..blog sy yg ntah hape2 tu.. :')

tq auntie..

marinahunny said...

waaahh liana dh nk bertunang..selamat terima menantu kak nani.. muda lagi dh dpt menantu..

UmiIzz said...

wah, cik nani masuk blog saya.. hihi malunya, blog kanak2..
tahniahla bakal terima menantu..

MasReena said...

auntie, betol ke tak nak buat pelamin? sebab Liyana anak perempuan sulung selalunya complete hehe.. lagipon kalau takde pelamin takot takde background yang best untuk ambil gambar. gambar tu kan kenangan

ada sorang kenalan mak saya, anak perempuan dia kahwin.. lepas makan beradab, pengantin takde tempat nak buat 'port'. sudahnya menyasar-nyasar kat dinding putihh je bila ada tetamu nak bergambar sama. bila dudok, atas lantai je tanpa sebarang tilam pandak atau kerusi cantik (takkan nak guna kerusi meja makan tetamu pulak). tak manis tetamu tengok (kalau saya jadi pengantin, malu T_T)

since inciden tu.. mak saya tukar plan utk wedding saya, drpd tak nak ada pelamin kepada buat pelamin complete. tak bersanding pon takpe auntie, janji ada pelamin untuk bergambar seisi keluarga & utk elakkan perkara2 yang disebut di atas.. hehe

afiq said...

2nd tuh cantik auntie :)
header belog pon nice. ahahha

Miss Mya said...

owh aunty gadis-gadis semasa sekarang memang mempunyai fikiran berbeza dengan generasi sebelumnya. Sangat susah nak buat parent paham kehendak dan pandangan dari perspektif kami generasi baru.

Saya pun nak kahwin dan selalu gadoh-gadoh manja mengenai segala benda persiapan hanya kerana berbeza pendapat. oleh kerana mak saya excited terlebih dari bakal pengantin, saya iakan aje walau nanti kenduri tak ikut taste saya.

sob sob

-atiQah- said...

auntie, sy cuba cri gmbr kasut yg sy kata cantik tu..tp xjumpa..huhu.. :-( nanti jmpa sy tnjuk kat auntie ye.. :)

dear anies said...

sy x tau la btol ke tidak...org kg sy kata, kalu wat hantaran kasut, jgn letak dlm dulang hantaran. x manis sbb kasut tu kan tmpt nyer di kaki. mengapa hasrus junjung. but 4 me, niat yg penting. kalu nk show off, bermegah2...mmm sendiri la mau p-k.

kpd gg..sabo ye dik. hidup mmg mcm tu.yg penting kita tau kita d pihak yg btol

NaniRostam said...

Fie : Ok JIMMY CHOO...kasut satu!!

Asam makruh : (:'

ATiqah : Setujuuuu!!

GG : Salam GG. Nak bagi belen kena balas panjang sket nih - Dalam hidup ini...kita tak kan dapat semua. Apatah lagi satu perkara dalam dunia ni adalah kita tidak dapat memilih siapa dan bagaimana ibu bapa yang kita mahu. Sekalipun perangai dan sikap mereka membuat kita sengsara atau sakit jiwa, mereka tetap ibu bapa kita. Buruk macam mana mereka sekalipun, benci macam mana mereka pada kita sekalipun...adakah kita ada pilihan? Tidak. Kita tidak ada pilihan. Satu hari kalau masa itu tiba kita yang akan jaga mereka.Sebab darah mereka mengalir dalam kita. Sebab restu mereka kita perlukan untuk dapat restu Allah dalam hidup ni. Menjaga seorang ibu kadang kala lebih payah daripada menjaga sepuluh anak. Kita jaga anak, selalunya anak makan apa yang kita makan. Anak dengar cakap kita, anak boleh kita suruh2. Tetapi ada sesetengah kes, ibu dahlah uzur, cerewet pulak, menjerit-jerit marahkan anak cucu, makan itu tak mahu, makan ini tak mahu, itu tak kena, ini tak kena, belum lagi perangai merajuk-rajuk dia, perangai mengamuk dia....itu yang kadang-kadang kita fikir kejam seorang anak menghantar ibubapa mereka ke rumah orang tua...tanpa kita fahami mungkin si anak itu tidak kuat dengan segala tekanan seperti itu.

Seeloknya, tiba masa GG pindah dari rumah. Belajar berdikari. Tak perlu bertegang urat dengan ibu bapa. Lagi banyak suara, lagi banyak dosa kita pada ibu bapa. Ambil sikap reserve sedikit...kadang-kadang terlalu mahu menjelas tentang suatu kebenaran pun tak mendatangkan kebaikan kerana ada sesetengah ibu bapa sangat ego. Sukar menerima pendapat dan pandangan anak-anak.

Just minta ampun maaf dari ibu bapa. Duduk berasingan. Bagi duit walau cuma mampu sedikitpun...untuk dapat berkat dan jenguk mereka sekali sekala.kadang-kadang dalam banyak hal...kita terpaksa melupakan kecik hati atau luka hati kita terhadap ibu bapa.Sekalipun banyak unsur negatif daripada mak bapak kita, kita yang boleh berfikir rasional harus menukarkan diri dan pemikiran kita menjadi positif.

Allah Maha Penyayang. Kalau kita dapat kasih sayang Allah maka pasti kita akan dapat kasih sayang dalam hidup ini. Walau bukan dari ibu bapa, mungkin dari orang lain. Mana tahu bermula dengan ini, adalah satu titik tolak untuk Allah bagi kehidupan yang lebih baik buat GG. Dan satu hari GG boleh berkata, dulu kalau aku tak da hal dengan mak bapa aku, mesti aku tak berada di sini dan kehidupan aku belum tentu sebaik ini. Sebaik kehidupan anak-anak yang disayangi mak bapak.

Insyallah.Mudah-mudahan. Aunty yakin serta mendoakan kehidupan GG akan lebih baik selepas ini.

beL cLoud9 said...

taniah liana hehe

yg 1st tu sesuwai kot.cantek!

cik nur said...

auntie hurm btol nk glamer2 pn yg penting bajet jgak kan kalo mampu tak apa

NaniRostam said...

aniesandyou : betul ke macam tu? ..sedih i dengar...kalau jam tangan, rantai gelang baju, handbag tu kita boleh letak elok2 dalam dulang...apa salah kasut?Bukan kasut kotorpun letak atas dulang.

Janganlah sebab dia berada di kaki, di berada di tanah, kita pandang dia hina. Kita lupa jasa dia.

Bayangkan kalau kalau dia tak da....dalam hidup kita, hina kan kita, bila orang samakan kaki kita dengan kaki binatang. (ayam)

Bagi saya kasut adalah sebahagian daripada pakaian kita. Lebih penting kot dari emas belian. So kenapa ada double standard...sebelum ni semua orang buat kot kasut sebagai hantaran. hehehe

MasReena said...

auntie, tak semua komen kita perlu take serious. kadang2 ada orang sengaja nak provoke

y4n4 sahr1 said...

Woww... Liyana dah nak kawen.Name saye liyana juge. hekhekhek....

Pesanan awal ni auntie, mase kenduri nanti, jage hantaran elok2. Barang2 berharge dalam rumah jangan sepah2. Ade kes kawan kakak saye, takde sape jage hantaran tu, abis kosong dulang. Sume barang dikebas orang. Nanges kalau camtu auntie.

Kakak ipar saye, dompet n hansetnye hilang. Die letak dalam bilik pengantin. Orang kan suke masuk bilik pengantin nak tengok. Hati-hati ye auntie! Manusia ni tak diduga tindak tanduknya.

Last but not least, AUUUNNNTIIEE~~~~ Kenapa red velvet cake saye tak menjadi? Dah masuk oven 2 jam pon die takmo masak kat dalam. Luarnye dah hangus da. Saye try masak dalam bentuk muffin 3 bijik, eh2, jadik pulak die. Bile buat kek sebijik, die takmo masak. Waaa!!!! Da 2 kali try same gak hasilnye.

PS lagi : Teringin nak merase moist choc auntie tp saye di negara org. (T_T) nak resepi, boley? hehe

NaniRostam said...

Mas Putri : Tak pe....saya respond secara positif supaya aura positif sentiasa wujud dalam blog saya.

Yana : Mungkin kena adjust kepanasan mengikut oven masing-masing. ada setengah oven kena 130 kot sebab tu kalau buat cup cake jadi elok. Tapi saya buat red velvet untuk jual sebijik ikut resepi tu memang jadi loh.

aNIe said...

Nani... cantik kasut bling2 tu...tapi kalau untuk majlis sanding okay je.. nak buat hantaran nanti jarang dipakai sebab lip lap lip lap...hehehe

Bila agaknya nani nak terima menantu ye...

dalin said...

hai kak nani. rasa cam tak sesuai panggil aunty sbb awet muda gitu..

btw, i ada try ur tomyam recipe my hubby sukeeee sgt.rasa byk pahala akak dapat dr blog nih..

so to liyana yg beautiful as hanis gak, selamat menyibukkan diri. mak2 ni biasa nak the best utk kita jer..

AQisH said...

kak mmg santek2 kasutnya wpun blink2 ;)

LuTaNiA said...

Aunty cantikk sangat. :D Macam lagi cantik dari Hanis je?
hehe jujur ni.

» NAJA « said...

best nya aunty dah nak dapat menantu!!

y4n4 sahr1 said...

ok auntie. nanti saye try. Terima kasih daun keladi, ade mase tepeklah resepi lagi =)

Arigatou! =)

Puan Eka said...

pn nani..tq komen belog eka...

http://ekahafizy.blogspot.com/2010/12/pn-nani-rostam-aka-mama-hanis-zalikha.html

eka hargai... :)

Oyis said...

siapa la plak yg beli kasut croc nak wat hantaran ni... tergelak2 saya baca hihiii...

cik suka senyum said...

sungguh lipa lap lipp kasut2 itu..so gorgeous..

Am said...

haha..glemer penting..

kat sini glemer gak

Unknown said...

warghhh anak anda nak betunang
tahniah......
huhuhu