Tuesday, October 26, 2010

Allah Maha Pemalu. Dia Akan Rasa Malu Untuk Tidak Mengabulkan Doa Hamba-HambaNya.

Assalamualaikum......


Saya ingin menyentuh serba sedikit pengetahuan saya tentang entry Hanis yang memperkatakan supaya menyebut Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pemalu dalam doa kita.

Bagi saya menyebut 'Allah Maha Pemurah lagi Maha Pemalu' adalah sebahagian daripada adab kita dalam berdoa. Kita boleh sebut apa sahaja sifat-sifat Allah swt disertai dengan perkataan Maha dan relevant dengan apa yang kita pinta.

Kalau kita berdoa mengatakan " Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pemalu" bukan bermakna kita berkata 'Allah patut malu sebab tak beri apa yang kita nak' tetapi berdoa dengan mengatakan 'Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pemalu itu semata-mata nak memotivasikan diri kita supaya tahu dan menaruh harapan yang tinggi bahawa Allah akan sentiasa memakbulkan doa-doa kita.

Dan bila kita sentiasa ingat bahawa Allah itu Maha Pemalu dan malu sekiranya tidak mengabulkan doa kita maka kita hanya akan berharap pada tiada Lain Melainkan Allah. Bila kita sentiasa ingat bahawa Allah Maha Pemalu dan malu jika tidak mengabulkan doa hamba-hambaNya maka kita tidak akan berputus asa dari rahmat Allah swt melainkan sentiasa berdoa
dan yakin Allah memakbulkan doa kita. Insyallah.

Jangan sekali kali di antara kita mudah berputus asa atas rahmat Allah. Jangan sekali-kali rasa malu untuk berdoa. Rasa malu untuk meminta dari Allah. Kerana Allah Yang Maha Pemalu dan akan berasa malu untuk tidak memakbulkan doa hambaNya. Allah sentiasa mengharap doa dari hambanya. Allah menyukai hambanya yang sentiasa berdoa. Kerana Allah itu Maha Berkuasa dan akan memakbulkan setiap doa dari hambaNya samada cepat ataupun lambat. Insyallah.

Selalu kita ingat kita jahat, Allah tak akan makbulkan doa kita. Jangan sekali-kali fikir begitu. Itu dah berputus asa namanya. Sedangkan sifat Allah itu Maha Pemurah dan Maha Pemalu dan akan sentiasa memakbulkan doa kita selagi kita tidak jemu-jemu meminta.

Allah Maha Mengetahui bahawa kita ini adalah hambaNya yang lemah. Jadi kalau kita ingat Allah hanya mengabulkan doa hambaNya yang taat sahaja sedangkan hambanya yang tak taat tak dimakbulkan maka orang yang tidak taat akan terus tidak taat kerana bagi mereka buat apa aku berdoa sedang Allah tak makbulkan doa aku. Bila tercetus dalam hati mereka begitu maka mereka sudah berputus asa dari rahmat Allah.

Sentiasalah berdoa walau dalam keadaan apa sekalipun. Mungkin dalam keadaan kita tidak seratus peratus taat, tetapi kita sentiasa bersangka baik terhadap Allah dengan mengharap Allah akan sentiasa memakbulkan doa kita. Insyallah pasti Allah akan beri petunjuk dan hidayah untuk kita. Pasti ada hikmah dari Allah untuk kita.

Bersangka baiklah dengan Allah dan jangan berputus asa dari rahmat Allah. Walau kita bukan orang yang baik, tetapi kalau tidak jemu berdoa, insyallah berkat doa dan rahmat dari Allah satu hari pasti Allah menetapkan hati dan keimanan kita dan akan menjadi hambaNya yang solleh.

Insyallah kerana Allah sentiasa tahu bahawa kita adalah hambaNya yang lemah serta tidak sunyi dari melakukan kesilapan dan dosa.Insyallah Allah akan memakbulkan segala doa asalkan kita tidak berputus asa.

Allahualam.

9 comments:

Afra Yuri said...

InsyaAllah :)

PERSIAPAN PENGANTIN BUDGET said...

Aunty, kita kena sentiasa ingat yang kita ini tidak baik tetapi cuba menjadi baik, kerana yang TERBAIK hanyalah Allat s.w.t.
Ini yg saya pelajari bila ustaz datang beri ceramah di tempat kerja masa bulan puasa dulu. Maka, kita kena minta selalu kepada Allah supaya sentiasa mendorong kita berusaha ke arah kebaikan. Yang Maksum (bebas dari kesilapan) hanyalah Nabi Muhammad SAW.
Entry yang agak mengelirukan pada mulanya tetapi memberi ingatan berguna kepada saya dengan penerangan yang diberikan. Terima kasih Aunty dan Hanis mengingatkan pasal ni.

Sheherazade said...

doa dan terus berdoa

Syaza Ridzuan said...

aunty,
thnx sbb entri kli ni buat sy sedar sume ni.trima kasih~=)

Syaza Ridzuan said...

oh,lagi satu!
hanis exam kan now ni?
saya pun student uitm,exam skrg..
doakan kejayaan kami semua!

Eza Faezah said...

erm..sebelum ni memang xtau... tapi masa baca blog hanis, ingatkan dia salah taip. then penerangan dia buat terfikir, betul juga... thanx for the info...

Misz-ella said...

Insyallah kak.

Fiza Zainal Abidin said...

insy'allah, semoga kita sama-sama ingat mengingati :)

Anonymous said...

:(((((