Wednesday, September 15, 2010

Salam Aidilfitri


Tatkala langit ramadhan menutupi tirainya...hanya Allah yang tahu isi hatiku...betapa aku mengharap dapat menempuh ramadhan yang akan datang untuk ku sempurnakan amalan ku...kerana demi masa alangkah aku dalam kerugian apabila dalam bulan yang mulia ini tidak kudirikan solat malam....tidak pula aku bersedekah....tidak pula kudirikan solat fardu yang sempurna.....selalu alpa dari berzikir. Mudah-mudahan Allah panjangkan umur untuk ku bertemu lagi ramadhan tahun demi tahun agar bertambah keteguhan dan keberkatan iman. Amiin ya rabbal..alamin.




Sebelum syawal di ambang hari..perlu dibayar zakat fitrah agar amalan puasa kita tidak tergantung di antara bumi dan langit..lalu menjelang aidilfitri....dengan amalan yang berkualiti di bulan ramadhan maka kita kembali ke fitrah kita semula.... lahirlah kita bagai seorang bayi yang suci tanpa dosa...insyallah dan hanya dosa sesama manusia perlu kita pinta segala keampunan dan kemaafan.






Selamat hari lebaran....bermula lebaran baru buat kita. Saya memohon segala keampunan dan kemaafan. Di atas segala kesalahan, kesilapan dan dosa-dosa saya terhadap sesiapa yang mengenali saya...pernah berurusan dengan saya. Saya sudah cuba menjadi sahabat, kawan atau kenalan yang terbaik. Sudah cuba menjalankan urusan yang terbaik...namun saya hanyalah manusia biasa yang tidak pernah sunyi dari kesilapan dan dosa. Maka saya ingin memohon dari semua...maafkanlah dan ampunkanlah segala kesilapan saya lahir dan batin. Halalkanlah segala yang termakan dan terminum.






Saya merindui anda semua...semuga kita ketemu lagi di tahun hadapan....insyallah.

15 comments:

Sophie Al-Yahya said...

izinkan saya panggil puan aunty.Sebab umur anak sulung aunty pun lebih kurang sy.hehe.Saya tinggal di USJ Subang Jaya juga. Saya sangat adore dengan penulisan aunty.Banyak info dan tauladan sy dpt dari blog aunty.Keep it up!! =)

Ummi Hanie said...

selamat hari raya aidilfitri kak nani n family !

wah manis2 skali anak2 dara akk bertudung ... :)

aitotyati said...

salam auntie nani,


sejuk mata memandang anak2 auntie.
sejuk lagi perut auntie yg mengandungkan mereka.
ukhuwah keluarga terpaut mesra.


selamat hari raya auntie.
maaf zahir batin (^_^)

Peraih udang dari Zimbabwe said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin buat Ummi sekeluarga...

Ihsan Khairir said...

salam Aidilfitri, semoga ibadah ramadhaan kita semua diterima hendaknya...

nas said...

salam k.nani..
selamat hari raya...dgr kata raya thn ni ke utara ek..nape x ckp blh singgah umah nas..hehe..
nas akan on balik blog nas,now tgh ubahsuai..hehe sudi2kan lah melawat blog nas..

Misz-ella said...

Kak Nani ...

Ella cam tak prcaya yg tudung hitam tu Allisya. Hehe ..

Selamat ari raya buat akak dn keluarga.

araaz said...
This comment has been removed by the author.
maya dandelion said...

salam
sweet nampak anak2 auntie pakai tudung. semoga anak-anak auntie trbuka hatinya dgn izin Allah satu hari nanti. amin.

THE GREEN said...

salam tuan rmh..

walaupun bukan follower blog ni, tp just drop by 2 wish u SELAMAT HARI RAYA...

Hidayati Farhan said...

kak nani, selamat hari raya. kalau sudi jemputlah ke rumah yaty ye

araaz said...

kak nani ..... bila nk lawat blog araaz ni??? blog araaz mash baby lagi baru umur 17hr.huhu

araaz guna gambr keratan akhbr utk dijadikn banner kak nani yerk.hee

viruspadu said...

Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin kak :)

Unknown said...

Selamat Hari Raya..
Seronok baca kak nani punya blog...
Akak tak buat open house ke..
nak juga beraya rumah akak...
nak rasa kuih2 dan masakan akak...

Mrs.Qarlista said...

aunty nani..i love reading ur blog..cume tak pernah tinggalkan comments. i have sumthing in my minds..since i'm pregnant and have two indoor cats. kene bersihkan cat litter sendiri coz husband dok kat KL. sometimes orang cakap macam2 pasal tak elok jaga kucing but i have no choice. tak sampai hati nak letak diorang kat tempat lain..i hope you could share how you manage to take care of ur cats. i tak berani bagi diorang keluar rumah takut die tak balik, bimbang juga kalau kene ambil org..sebab tu litterbox diorang ada dalam rumah. cume kdg2 diorang salah makan, muntak or poopoo sepah2 kene double kerja la untuk bersihkan. i used dettol spray disinfectant tu jugak kadang2. in fact, you deal amik order kek, kuih tu sume kan..kalau ade pets org kate kene lebih precaution..bleh tak auntie share kat blog or email me.

nadnazira@gmail.com

thank you auntie!