Friday, November 6, 2009

TRIFFLE! TRIFFLE! TRIFFLE!

Scene 1.


Liana : Hello ma, triffle yang mama buat tu ada lagi tak?

Mama : Ehmm dah tak dalah, kenapa gurl?

Liana : Tak lah kalau ada lagi, khairi nak singgah.

Mama : Semalam mama siap buat nasi beryani tomato dan ayam merah, Liana
tak ajak khairi datang.

Liana : Semalam dia sibuk. Kalau tak da tak palah. ok bye.


Scene 2


Alisya : Mama sapa nak datang?

Mama : Ehmmm sapa nak datang?

Alisya : Yalah tu mama buat triffle, ada orang nak datang ke?

Mama : Taklah. Tak da sapa nak datang. Buat makan sendiri jer.

Alisya : Yeayyyyyy!!!!!!! dapat makan triffle.




Triffle ni memang buat saya teringat-ingat. Last weekend buat tak sempat nak menikmati dengan santai tengok-tengok dah licin. Dalam hati berkira-kira yang saya nak kena pergi tesco ni, beli kek span, spc fruit cocktail, susu cair ideal, konyaku jelly, buah strawberi, kacang macadamia untuk saya buat triffle.

Jiran dekat rumah ni, suka sangat order triffle saya. "Kak Shina, boleh tak Nik nak triffle empat bekas". "Eh janganlah sampai empat bekas Nik, Kak Shina boleh buat dua bekas je". Sebenarnya yang dua bekas tu untuk makan saya sekeluarga. Setiap kali ada order, saya akan buat extra untuk makan sendiri. Ehmmm memang nyaman makan triffle yang disimpan semalaman dalam peti sejuk...




Lapisan pertama kek span dan home made pes buah
strawberi.



Lepas tu, tuang konyaku jelly.




Lapisan ke 3 tuang bancuhan custard dan fruit cocktail
dan hias dengan buah peach.


Lapisan ke 4 sapu whipping cream dan tabur dengan
kacang macadamia.


Yang akhir, tuang sedikit baki konyaku jelly dan
hias dengan buah peach.

























22 comments:

Byzura Mj (By) said...

hurmm sedapnya!! *telan air liur..tak cuba lagi resipi ni...cuma blaja je =P

ena said...

yummy nya triffle ni. tapi sy lagi excited tunggu khamis, nak ambik moist choc cake yang sy order semalam

Atiqah Ahmad said...

nak full recipe boleh??
nampak mcm best and ade kelainan dari triffle yang saya penah buat la..=)

kdee said...

macam sedap je auntie.kat ofis saya trifle mahal..rm 2.50 satu bekas..tu pun kecik je bekas tu

cikayin said...

salam kakak..

saya bukan jiran tapi saya nk order triffle..nampak mmg super duper sedap tu..yummy..yummy...

boleh tak saya nk order ni?

suria said...

oh auntie..sedapnye..
auntie taknak buat kelas ke?
mane tau esok2 sy kawin boleh tmbat ht suami..betol tak..
auntie pon dpt pahala yg berterusan...InsyaAllah..

Nur -al- Ain said...

sedapnyeee...

nak resipi bleh tak?

hehe x)

mama-syira said...

kalau nak tempah boleh tak?
teringin pulak tengok memang sedap ni..

Shinnaz Ahmad Rasid said...

boleh minta resepi tak..tehehe..pernah buat..tapi tak jadi..tak lawa mcm pn nani punyer..:) kalau boleh order lagi best!!!

Nazuha said...

nak oder moist choc kek utk raya haji boleh? nanti sy cal kak nani.. :)

Qib said...

Sedapnya auntie.,
kan best klu dok sebelah umah auntie

rina said...

menyelerakan sekali nampaknya triffle tu. boleh share resepi tak... ;)

LynNda Ali said...

aunty rasa mcm nk buat weekend ni...to blh bg dtail resipi tak, tulis mcm tu je tak paham la... TQ:)

NICOLE SCHERZINGER said...

nak oder! nak oder!! :)

Anonymous said...

ya allah, sedapnya saya tengok..
haaaaaaaaaa....

Aliaa said...

sedapp.. mase raye hari tu kwn uat mase g beraya. nak belaja jgk.. tgh2 winter smbil mkn triffle bestt ni. strawberry pun mesti dh murah skrg..

Unknown said...

Salam kak shina,

sy nk order one of ur gubahan hantaran..cmner yer? ctc me..
017-6363854 (ainul)

tq

Ami said...

Aunty Nani,

Saya baru balik dari Giant..semua kerana aunty ..Malam ni saya nak pulun buat triffle ni untuk family sempena HOHOHOHO..merry Krismas!!!..Doakan saya berjaya..

Syarmiza. said...

Aunty, Termia kasih banyak2 kerana postkan entry ini. Saya cuba buat trifle strawberry berdasarkan recipe aunty and memang jadi, sedap!

Aleiz said...

aunty,

aunty dok kat ne?teringin nk order kek..

cHiKakO PiNky said...

sy dah amik resepi triffle. tq aunty.=)

Nur said...

Salam,
Tq coz sudi paparkan resepi triffle ni.... Boleh la saya cuba nanti..