Thursday, May 14, 2009

EMAK.......

Belum sempat nak ucap selamat hari ibu, dah sambut hari guru pulak. Saya memang tak pernah pun sambut hari ibu atau mengucap selamat hari ibu pada emak.

Namun setiap waktu bila saya teringat emak, saya akan menalipon emak bertanya khabar. Dan dalam setiap selepas solat saya tidak pernah lupa untuk mendoakan kesejahteraan dan keampunan dari Allah untuk emak dan arwah bapak.

Maafkan saya kalau selama ini saya pernah rasa kecil hati terhadap emak namun tidak sekali-kali saya ingin meninggikan suara mahupun mengecilkan hati emak. Saya tetap mengasihi dan menghormati emak. Saya pasrah bahawa kita tidak boleh memilih ibu bapa kita, jadi kita harus menerima hakikat dan menghargainya sepenuh hati.

Ampunkan saya emak kalau selama ini saya sering merasa yang emak bersikap pilih kasih terhadap anak-anak. Mungkin emak sedar ataupun mungkin juga tidak. Emak hanya menumpukan sepenuh perhatian kepada anak emak yang bongsu sahaja. Emak mencurahkan semua wang ringgit dan kasih-sayang hanya untuk anak lelaki seorang yang dah terlalu banyak menyusahkan emak. Namun tidak untuk anak-anak perempuan.

Walaupun begitu saya tetap berterima kasih pada emak, kerana itu jua saya menjadi seperti saya sekarang ini. Saya bersyukur kerana atas hakikat itu , saya menjadikan segala yang negatif kepada lebih positif tentang apa jua yang saya lalui dalam kehidupan ini. Saya curahkan sepenuh kasih sayang dan layanan kepada semua anak-anak. Saya korbankan segala masa dan tenaga untuk kebahagiaan anak-anak. Kerana harapan saya kalau kita menyayangi anak-anak dengan keikhlasan pasti kita disayangi mereka dengan ikhlas jua.

Malah kadang-kadang saya rasa tersinggung bila emak tidak gemar atau tidak betah melabuhkan punggung walau sebentar di rumah saya. Emak lebih selesa tinggal di rumah anak menantu emak perempuan seorang tu. Emak memuji-mujinya seolah-olah kami ini bukan anak emak. Namun bila saya fikir fikir, saya tak mahu ambil hati. Saya tak kisah lagi kerana bagi saya biarlah asalkan emak bahagia dengan apa yang emak mahukan. Itu lagi penting dari segala-galanya. Saya mahu emak bahagia menghabiskan hari tua emak. Sekalipun saya tidak berpeluang menjaga emak namun saya mahu emak tahu yang selama ini saya sentiasa mengambil berat tentang diri emak.

Sempena hari ibu tahun ini, buat pertama kalinya saya ingin mengucapkan selamat hari ibu untuk emak. Saya mohon keampunan dari emak. Kalau dunia dan seisinya ini juapun pasti saya tidak akan dapat membalas segala jasa emak terhadap saya. Saya harap emak tahu yang saya mengasihi emak dan sentiasa mengharapkan doa dari emak.

29 comments:

s h e said...

Saya pun tak pernah sambut dan ucap selamat hari ibu kat mama saya.

Entry auntie yang ni, buat saya nak nangis. =( Syahdu je rasa.

ajaibcloset said...

auntie..saya ada email auntie for cupcakes / muffins recipe. hope to hear from u soon! thanks :)

Brenda B said...

Hmmp, if you don't mind me saying.. I think you're a little bit pilih kasih juga.. But maybe I'm wrong. Happy Mothers day to you :)

Atan said...

salam..
saya cuma nak pesan satu saja..
semantara emak masih hidup.. berbuat baik lah padanya.. sebab bila emak sudah pergi..kita amat terasa akan kehilangan nya. dulu saya tinggal jauh dari emak.. talipon sebulan sekali pun susah. tapi saya tetap merasakan kasih sayang emak walaupun jauh. kini bila emak dah tiada saya rasa bagai satu kekosongan dalam hidup saya. kekosongan itu ialah kasih sayang dan doa emak pada anaknya

Nurdalila Akmal said...

salam auntie....auntie jgn lah sedih ye..x ape..ape pun yg berlaku, semuanya ALLAH yg tahu..kalaupun emak auntie xmembace blog ni, allah jugelah yg tahu segala isi hati auntie..yg penting, auntie jlnkn tggjwb as anak kan?

*auntie, nk tny sket.bole x sy nk order black forest cake utk clbrate my dearest friends.i nk order black forest cake kalu boleh*

if anything,cn vsit my blog or jz email me..(dalilaakmal@yahoo.com.sg)

Azean Azman said...

Selamat Hari Ibu! kepada semua Ibu2 di dunia! :)

Sedih lak entry kak kali ni..

Sabar ya kak, Kak kan superMom! hehe..

p/s: saya kat sabah, klu dekat mmg dah order kek coklat ada strawberi kat atas tu..huhu teringinnya!!

ibundo said...

salam. Semuga kita menjadi anak yang baik untuk anak-anak kita. Jadikan apa yang dilalui sebagai pedoman. Apa-apa pun ibu tetap ibu. Tanpanya kita tidak ada. Kpah beruntung mendapat ibu yang baik.

isabelle said...

lebih kurang sama le kisah auntie dgn saya.

kdg2 rasa mls nak amik hati sgt. yg penting kita bentuk family kita sendiri kan?

yet still saya kena belajar jadi lebih baik/positif mcm auntie.

isabelle said...

eh..nape kalo hanis ada kat umah je baru aunty rajin update blog ye? hehehe.

pye:rudz said...

saya harap emak akak baca blog ni ;)

NaniRostam said...

She : Memang sebagai manusia biasa tidak semua emak baik dan sempurna. Namun sebagai anak kita tak boleh ikut perasaan, Tidak boleh ada dendam. Syurga di bawah tapak kaki ibu. Jadi carilah syurga itu, semuga semua ibu selamat mempunyai anak-anak yang menunggunya di pintu syurga.


Dalilaakmal : Emak saya memang tak baca pun...macam cakap kat diri sendiri jer....nak menginsafi diri sendiri....

Tryla strawberry moist dark chocolate tuh....

Tonggy-tonggy : My dear nanti aunty blog resepi tu...belum ada masa.


Brenda : Terima kasih. Dalam dunia ni pasti ada kalau tak banyak, sedikit,ibu bapa pilih kasih terhadap anak-anak. Kalau tak nampak secara luaran, namun dalam hati siapa tahu.

Saya faham kalau seseorang ibu tu lebih sayangkan anak yang lebih berbakti padanya, mengambil berat dan menjaga kebajikannya.

Tapi bukanlah sampai terlalu sayangkan anak yang tidak berguna langsung, sering memarahi dan menengkingnya serta tergamak meninggalkan ibunya dalam kesakitan tanpa mahu membawanya keklinik walhal berpuluh ribu wang ibunya habis dikikis.

Sedangkan tidak kepada anak-anak perempuan yang mengambil berat, berlemah lembut dengannya dan tidak ingin menyusahkannya.

Hanya semata-mata kerana...terlalu taksub dengan anak lelaki seorang....


Pengalaman hiduplah yang mengajar aunty menjadi seorang ibu yang penyayang kepada semua anak-anak aunty.

Samada aunty pilih kasih terhadap anak-anak itu kena tanya anak-anak aunty...mereka yang merasai kasih sayang aunty dan lebih mengenali ibu mereka.

Atan: Sekalipun kita tak dapat memberi ibu wang ringgit beribu sekurang-kurangnya biar setiap hari kita mengambil berat, menalipon dan bertanyakan khabar.
Mudah-mudahan hati ibu sentiasa meredhai kita. Insyallah.


UnaChenta : thanks dear....


Kah Pah : Alhamdulillah....tidak semua orang beruntung macam kak Pah.

Isebelle : Hug..hug..akak sokong kamu lebih 100 peratus. Begitulah yang akak lakukan sekarang.Belajar daripada kesilapan ibu bapa. Yang penting kita eratkan hubungan kita anak beranak.

Pye Rudz : Memang mengharap emak baca....tapi macam mimpi disiang hari....

Miszunderstood said...

Assalamualaikum puan,

sy slalu juga baca blog anak puan, hari ni terdetik baca blog puan pula..

masya-allah, kalau sy bole ubah perasaan sy jd mcm yg puan rasa, alangkah indahnya.

Rasa kami adik beradik dipinggirkan, manakala adik beradik ibu sendiri didulukan. sedih. kami lahir dr rahimnya, tp mcm tidak penting pula. mungkin naluri kakak sulung perempuan dlm dirinya terlalu menebal hingga lupa anak2.

tp insya Allah, sy ambil iktibar entry puan utk ingatan diri saya.
terima kasih

NaniRostam said...

Jismin Yusoff : Asthagfirullahalazim...

Jismin...itupun telah kami rasai adik beradik...

aNIe said...

Salam Nani...lama tak berkunjung ke mari...

Sedih tiap kali mengenang jasa ibu yang tak dpt dibalas sepuasnya...kerana ibu telah lama pergi...namun ibu tetap bertakhta dihati ini....

Bagi mereka yang masih punya ibu...jgn hanya menanti Hari Ibu untuk mendakap dan mencium mereka...kalau boleh hari2 ciumlah mereka...kerana kita tak tau...bilakah kali terakhir ciuman itu dpt dirasainya...

Nani...patutlah anak akak tak beli eskrim nanti lagik...dah tak berniaga lagik ke?...

Hati manusia ni...hmmm...ntahlah...susah nak cakap...orang kata manusia ni rambut sama hitam hati lain2...yang hatinya hitam tulah yang sgt kita kesalkan....

suzz said...

Salam Kak,

Saya selalu ke mari, tapi ini kali pertama tinggalkan komen.

Ibu saya seorang ibu yang baik hati. Tapi ibu mertua sama ceritanya seperti emak kakak.Sebagai menantu, saya turut terkena tempias sikap ibu mertua yang pilih kasih dan tidak tahu menghargai. Bila susah cari saya, tapi bila senang, memang saya tiada tempat dihatinya walaupun saya melayannya sangat baik.

Sedih memang sedih. Tapi ibarat kata akak, saya malas nak ambil hati sangat dan sikapnya negatif itu saya jadikan pengajaran untuk menjadi seorang ibu (dan mertua suatu hari nanti) yang baik dan mengasihi anak menantu seadilnya.

Selamat Hari Ibu untuk kak :)

Ella said...
This comment has been removed by a blog administrator.
FUZZY said...

hepi mama's day!.. updt la slalu, windu kita.. hugs!

NaniRostam said...

Annie : Alhamdulillah, terima kasih kerana mengingatkan. Tulah mereka manusia biasa kan, bukan senang nak kawal hati agar tidak ada sifat busuk.


Suzz : Terima kasih..tulah banyak jugak ibu-ibu yang kurang parenting skillnya. Mereka pun manusia biasa. Sering buat silap. Jadi sebagai anak kita harus belajar dan cuba untuk bersabar dan menerima mereka seadanya.


Ella : Untuk apa saya mahu menceritakan keburukan emak saya, sedangkan ianya tidak ubah bagai menepuk air di dulang terpercik muka sendiri.

Selama ini, saya anak yang paling mendengar kata dan tidak pernah meninggi suara. Boleh baca cerita saya sewaktu kecil dulu....

Mungkin bagi saya emak saya tak berlaku adil. Tapi mungkin mak saya tak pernah rasa begitu.

Jadi apa yang saya coretkan di sini hanya untuk melegakan perasaan saya yang pernah berbuku.

Dan niat saya sekadar untuk mengongsi pengalaman hidup saya yang tidak sempurna atau perlukan saya terus berpura-pura dan memendam rasa lalu pekara sebegitu terus berulang dan berulang kepada orang lain.

Apa yang saya luahkan semata-mata untuk jadikan panduan dan pendoman kepada pembaca di sini sekaligus mengingatkan diri saya tentang kasih-sayang terhadap anak2.

Terpulang bagaimana Ella menerima dan meletak anggapan terhadap saya.

Kekna said...

happy mothers day mama!

hmm...

kadang2 ada jugak rasa pilih kasih tu.

tapi bila fikir2 balik..ada juga waktu2 yang mama layan liana lebih dari yang lain..

so sebenarnya..sedar atau tidak..kasih sayang yang diberikan tu sama rata je..


hanis famous, jadi bila mama buat apa2 untuk hanis..orang nampak..liana tak famous macam hanis, jadi apa2 yang mama buat untuk liana orang tak tahu..

lantak la apa orang nak kata, sebab diorang pun tak tahu apa yang berlaku sebenarnya..

e s t h e r b a b i e said...

hi aunty! I saw u at the MDG Final in The Curve. U were standing right opposite the stage. wanted to greet u but then im afraid i would scare u =P good to see you there and being supportive on MDG!! :)

R I N I . R A N I said...

Hi aunty. Selama ni, sy hanya silent reader. But ur entry this time betul2 beri kesan pada sy. Maybe, masa sy kecik2 dulu, sy rasa my mom pilih kasih & rasa diri ini tak disayangi coz selalu kena marah berbanding adik2 yg lain. But now, it has changed. In fact, I think my mom & I lebih rapat sekarang berbanding masa sy kanak2 dulu. Bila difikirkan balik, ada hikmahnya my mom selalu marahkan sy. Mungkin sebab sy satu2nya anak perempuan. So she was a bit strict on me... Anyway, sy bersyukur sgt2 dpt ibu macam mama sy. Now, I know she really love me. And how true this saying, "sayangkan anak, tangan2kan..."

mrsjaddo said...

akak,

saya silent reader kt sini.tq so much for sharing mcm2 story.Mintak izin saya add url ke blog list saya ya...

Irfa said...

salam kak nani..
saya selalu kecik ati ngan mak saya.sbb mak saya over sensitif.tp bila baca en3 akak,buat saya insaf sekejap.mak ayah tiada gantinya.

NaniRostam said...

estherbabie : hai... ala Hanis tu paksa-paksa aunty temankan dia Dia ajak Liana, Liana tak nak.So aunty ajak daddy dia sekali. Seronok dia..hehe



Rini Rani : Betul tu, anak yang selalu kita marah, selalu bertekak dengan kita, bila besar dia yang sangat take care pasal kita. Sebab kita dengan dia tak da sempadan. Kalau kita geram, kita just marah. Kalau dia tak boleh terima dia just bersuara balik. So tak da gap dan itu sebenarnya yang membuat hubungan sangat rapat.

Sama macam aunty masa kecik. Selalu kena belasah dengan dahan pohon limau oren sampai pengsan berdarah-darah.Selalu kita hukum tak boleh masuk rumah, kena tidur luar rumah. Dah macam-macam lagi sehingga kalau zaman sekarang dah kira kes dera. Namun dengan kebesaran Allah, sekarang aunty adalah anak yang rapat dengan ibu. Sampai suami marah bil telefon melambung tinggi sebab selalu menalipon ibu.. Selalu rasa kasihan pada ibu.


MrsJaddo : terima kasih, saya ini tak berapa pandai nak link-link ni, kena tunggu anak-anak buatkan.

Happyirfa : Memang macam mana kita tak puas hati dengan ibu, jangan sekali-kali sampai kita menyebab hati ibu tersinggung.

Hanis Zalikha said...

mama pilih kasih tak ikut anak, tapi ikut behaviour, siapa yng turut kata mama lebih lembut kepadanya, siapa yang kurang adab mama lebih tegas. makanya semua nak jadi yang terbaik untuk mama. walaupun berbeda ikut behaviour, tapi still a very loving mom nevertheless. genius parenting.

kalaulah nenek punya pilih kasih style mama, pasti asyik! sabar ya.

selamat hari ibu, hanis takkan dapat jadi anak yang terbaik untuk mama, tapi sampai mati akan cuba.

Mizz_Ila said...

salam kak,

pengalaman akak sama dgn apa yg saya sedang alami skrang. Apun pun buruk pada emak kita..apa pun dia buat hati kita terluka..dia tetap emak kita. itu la juga yang pernah saya katakan pada diri saya.

mungkin pada mata orang, semua ini susah diterima tapi bagi saya semuanya datang dari diri kita. mungkin kita ada kekurangan yang x dapat diterima oleh emak kita.

mmg perit di saat kita amat merindui kasih sayang dia. Namun bila kita melihat dia bahgia..kita juga akan rasa lega.

saya sentiasa mendoakan emak sy bahgia selalu walaupun dia mungkin x sedar saya amat sayangkan dia lebih dr nyawa saya. Saya pernah berdoa biarlah ALLAH cabut nyawa saya dulu sebelum dia sbb saya x sanggup menatap pemergian dia.

Biarlah saya derita dr emak saya terus menderita menerima kerenah anak seperti saya.

apa pun.. EMAK adalah HARTA paling bernilai dlm hidup ANAK-ANAK...

m@Ri@ said...

rindu mak

chronicles of angelzz said...

just found out bout ur blog and as i through out ur antries this one captivate me..

honestly i was touched reading ur luahan hati.

it's really moving though.

can i copy it and shared with others?

thanxs.

nor said...

kak, please check dengan persatuan penjaja kedudukan akak nak berniaga nih.
dan juga check dgn bbg - bantuan guaman nak tanya hak menjual dgn harga apa sekalipun. Pastikan tanya cakap memang jual kerana ini sebahagian dari home cottage punya jualan. quality bukan pakai pengawet etc...

dan juga akak hubungi penguatkuasa tanya apa undang undang dema- akta .. kemudian akak pegi le mana library cari apa hak akak.
after all noone was forced to buy..