Saturday, February 28, 2009

Hari-Hari Makan Ubi Rebus Dengan Ikan Kering

“ Aku bersyukur aku adalah aku. Aku paling suka bangun awal pagi, bersolat subuh dan kemudian membuka pintu, tingkap dan membiarkan angin pagi yang sejuk menyapa masuk sekaligus memberi laluan rezeki untuk masuk ke rumah.


Aku gemar menikmati suasana dan menyedut udara pagi yang nyaman dan segar. Mendongak ke langit dan melihat warna bulan yang hampir pudar. Mengkagumi warna lembayung pagi nan indah. Memijak rumput yang masih di basahi titisan embun bagi menguatkan tapak kaki ku. Menghidu aroma masakan untuk sarapan pagi oleh jiran-jiran disekeliling mengingatkan aku pada bau sambal tumis dan mee goreng makcik kantin di sekolah rendah dulu. Dan itu membuat aku mensyukuri nikmat atas kehidupan yang diberi olehNya.


Aku masih ingat sewaktu aku kecil di waktu begini, aku telah dikejutkan dan terpaksa akur untuk menemani ibu ke kebun menoreh getah. Habis separuh badan ku gatal-gatal serta di basahi embun dek meredah semak pokok sendayan. Puas tangan ku melibas dan menampar ratusan nyamuk yang berdengung memecah kesunyian pagi. Sambil mata ku yang masih kelat antara buka dengan tidak memerhati susu getah mengalir deras menuju ke cawannya. Hidungku kembang kempis menghidu bau getah sekerap yang ditinggal sehari semalam.

Aku masih ingat disebabkan kesempitan hidup, hampir setiap pagi kami bersarapan ubi rebus yang dicicah sambal atau ikan masin dan pisang rebus yang dimakan bersama kelapa parut. Kadang-kadang , kakak ku ingin berlagak kreatif sedikit lalu menukar menu kepada ubi bakar atau pisang bakar. Kalau tak pun lempeng ubi atau lempeng pisang yang di dadar di atas daun pisang kerana tidak mampu membeli minyak masak. Jarang kami dapat menikmati sarapan pagi, makanan yang berasaskan tepung gandum dan sebagainya.


Ketika kakiku belumpun menjejak alam remaja, aku sudah terbeban dengan tugasan menanak nasi menggunakan dapur kayu, jikalau kayu basah, naik kembunglah pipiku meniup api dapur supaya api menyala. Merendam cili kering dan mencuci sehingga habis tanganku naik pijar. Belum lagi pandai menumbuk menggunakan batu lesung lalu asyik bertanya ‘ dah ke belum mak!’.Malah sudah pula belajar menggiling cili menggunakan batu giling.


Tangan yang masih kecil mungil itu juga begitu tabah mencuci kain rendaman dengan menggunakan sabun cap kapak dan berus sabut serta air yang diceduk dari kolam yang digali sendiri oleh arwah ayah. Belum lagi merebus kain-kain cadar yang di penuhi pijat kerana penyembur racun serangga yang dibancuh sendiri daripada ubat serbuk itu masih tidak dapat menghapuskan makhluk penghisap darah yang bermaharaja lela itu.


Apabila tiba musim menebang pokok getah tua untuk di tukar kepada tanaman semula getah maka ibu ku yang garang itu sering memaksa ku menolongnya memotong batang-batang pokok yang telah tumbang menggunakan gergaji dua tangan untuk dibuat kayu api. Aku pegang di sini, ibuku pegang di sana. Srek..srek..srek.. sampai lenguh tulang belulang lengan ku barulah batang pokok terputus dua.


Setelah kayu-kayu ranting kering habis di perun dan dibakar, maka terjadilah tanah bakar yang gembur dan subur . Dapatlah arwah ayah menanam nenas, jagung, labu, cili padi, sayur meranti, dan yang paling aku suka bila mengutip cendawan kukur yang tumbuh melata selepas hujan di tunggul-tunggul pokok getah yang hampir mengering. Dapatlah kami sekeluarga menikmati juadah enak masak lemak cilipadi cendawan kukur untuk hari itu.



Jerih payah arwah ayah dan ibu berhempas pulas mencari rezeki, bagai terbeban di pundak ku juga. Akulah anak yang ada ketikanya liat bila disuruh tapi tak dapat mengelak bila dipaksa. Sekecil umurku 11 tahun, aku tebalkan muka, buangkan malu, kerana tidak sampai hati menolak suruhan ayah supaya membawa sebakul nenas dan jagung di dalam raga yang diletak di atas basikal kargo untuk ku jual sekeliling kampung.


Namun dalam kepayahan hidup, zaman kanak-kanak ku masih indah untuk dikenang. Bila hari mengesot kepetang, tulah saat yang paling kutunggu-tunggu.


Aku selalu terfikir dalam hati yang semangat, kekuatan dan aksiku tidak ubah seperti lelaki. Kalau hari itu aku mencipta senapang yang kubuat daripada kayu papan dan gelang getah serta menggunakan buah terung pipit sebagai peluru untuk ku jadikan senjata bermain combat, berlagak seperti vic morrow bersama budak-budak lelaki anak jiran-jiran ku.


Esoknya pula aku menebang batang-batang pisang dan menariknya ke tebing parit lalu mencucuk kayu antara satu sama lain untuk ku jadikan permainan rakit di parit depan rumah.


Nampak apa sahaja objek pasti ada idea ku untuk ku jadikan bahan permainan menghilangkan bosan.Kalau ada sebatang pokok tumbang melintang diparit depan rumahku pun, pasti kucantas-cantas dan kujadikan pohon-pohon yang meliuk itu sebagai enjut-enjut. Di situlah aku berenjut dengan adik-adikku dan anak-anak jiran sambil menjerit melalak menyanyi lagu-lagu rakyat.


Sebagai budak kampung yang serba kekurangan dan hidup pada zaman yang tidak wujud segala apa yang ada masa kini, apa sahaja jenis permainan aku terokai. Selain daripada memancing ikan haruan dan ikan keli, berkubang di parit belakang rumah sambil menangkap ikan sepat dan ikan lawan, cuba memanjat hampir semua pokok di sekeliling rumahku, bermain masak-masak dengan memasak nasi di dalam tin sardin dan menggunakan batu bata sebagai tungku, bermain pondok-pondok dengan mencipta pondok berbumbungkan pelepah daun pisang dan bermain pengantin-pengantin di bawah rumah.


Ada juga permainan di laman rumah seperti ‘tiang beracun’, ‘rounders’, ‘sembunyi ibu’ dan ‘cekutek’ iaitu permainan gali lubang di atas tanah berbentuk tiga segi dan letak sebatang kayu pendek melintangi lubang tersebut dan sebatang lagi kayu yang lebih panjang untuk digunakan untuk mencungkil kayu yang melintangi lubang itu kearah pihak lawan. Sekiranya lawan kita dapat menyambut kayu yang melambung itu dan balingan mengenai kayu pencungkil yang ditinggalkan melintang di atas lubang itu, maka pihak yang mencungkil kayu itu kalah).


Kami sering juga bermain ‘sepak yin’ , ‘bang selebu’ , ‘tutup oren’, 'batu seremban', guli dan juga main tali ‘skipping’ yang di buat daripada gelang getah. Aku masih ingat, lagu dan kata-kata dalam permainan tali ‘skipping’ itu walau hingga sekarang masih tidak ku fahami apakah maksud bunyi dari lagu tersebut.


“ Mina poni black can see,
See majerin gopa gopi
A
B
C
D Durian
Durian, durian is like
Nani
Nani, Nani it the man pakistan

Blue black, I can see
See, see I
mina hour

Be be skit
Be be skit
1
2
3
Go!

Ibu bapa Nani sakit
Cepat cepat panggil doktor

Bet tali bet
Pusing keliling

Bet tali bet
Sentuh bumi

Bet tali bet
Pergi tidur!!!”

45 comments:

faraulah said...

Salam...

Tersentuh membaca coretan Puan, Bukan semua orang mempunyai pengalaman indah seperti ini untuk dikongsi dan diceritakan pada anak cucu...

Keperitan hidup di masa lalu mengajar kita menghargai dan mensyukuri apa yang ada sekarang..

Hanis Zalikha said...

HAHAHAHA KENAPA TAK CERITA SEKALI YANG MAIN LUAR RUMAH PAKAI SELUAR DALAM JE, LEPAS TUH ESOK CIKGU SEKOLAH TEGUR SEMALAM SAYA NAMPAK ADA BUDAK TUH MAIN KAT LUAR PAKAI SELUAR DALAM JE HAHAHAHAHA.

||alis|| said...

salam kak nani.
cerita kakak sama cerita ibu saya tak jauh beza (saya 80an boomers). tapi, ubi+mainan tradisional itu jugak yg buat kiter terkenang2, kan?

lagu tali skpping zaman akak ke tuh? sama cam zaman saya la plak bunyinyer, maybe mine was edited edition, haha!

VimmiYasmin said...

KakNani

sebak seketika....

Unknown said...

alangkah indahnya dunie kalo semua orang dpt menikmati juadah yg mereka inginkn setiap hari..Allah menjadikn ada yg kaya dan ada yg miskin supaya si kaya tidak hnya berada berada di kantor sebaliknya mnolong yg si miskin..tetapi apakah si kaya peduli?

situkanghambar said...

seronok~

Kekna said...

"Durian, durian is like
Nani
Nani, Nani it the man pakistan"

it the man pakistan?
KAHKAHKAH *gelak guling2*

ni apedaa pakistan sume kua ni~

kueh bakar said...

ceritalah pasal bagaimana jumpa abg misai...

Irfa said...

salam kak nani..
suka baca apa shj yg akka tulis.
teruskan menulis yer..
emm teringat sambal terung pipit dan smabal cendawan kukur.saya panggil kulat sisir.hehe

NONIE AZIZ said...

kagum ngan pengalaman kak nani..tapi nak tergelak ngan komen anak2 dara kak nani...dewang ni mmg suka usik mak dewang ni...

dina said...

Kak Nani, zaman kecil saya juga lebih kurang sama seperti zaman kecil kak nani. walau masa itu kawan2 yang lain sibuk dengan permainan elektronik, tv warna dan macam2 lagi, tapi malam saya masih diterangi cahaya malap pelita minyak tanah. Sarapan saya seringnya ubi kayu yang dipenjan, kalau tidak cuma nasi yang digoreng bersama garam dan lebihan ikn goreng semalam. Tempat bermain juga di pinggir parit sambil mengejar anak sempilai, atau berlarian dalam kebun getah sambil bermain pijak akar.
Tapi sesungguhnya itu antara kenangan termahal yang saya simpan dalam hidup.

pye:rudz said...

tapi, dengan perit jerih itulah kita menjadi apa yang kita jadi sekarang. soalannya: wajarkah kita biarkan anak-anak kita merasai jerit perih kita dulu untuk membentuk mereka? atau, kita limpahkan mereka dengan kemewahan dengan niat tidak mahu mereka merasakan susah-payah yang kita alami dulu? mampukah kemewahan membentuk keperibadian seperti yang kita ingini?
jujurnya, saya pun tak tau.

Tijah said...

hahaha..main cop2 tiang ada sgt best!!!

Mak Su said...

saya sampai sekarang sangat suka ngan lauk ikan masin, mmg dah biasa sedari kecik2 gitu.

nohas said...

Salam ziarah..seronok baca entry2kat blog ni..zaman kanak2 memang seronok, seronok dgn cara tersendiri..'cekutek' kami panggil 'konda-kondi'..

kuizikel said...

suka baca tulisan k. nani, lancar je rasa bila baca cerita tu...

sy suka main getah, siap bleh extend 1 jengkal dari kepala tu... ngan ceper (tutup botol)... main galah panjang pon sgt best... baling slipo..fuh...

mmg mengembalikan kenangan la..

tapi lagu mcm k.nani tu tak penah lak dengo.. zmn sy dah pupus kot lagu tu..hehe

kuizikel said...

suka baca tulisan k. nani, lancar je rasa bila baca cerita tu...

sy suka main getah, siap bleh extend 1 jengkal dari kepala tu... ngan ceper (tutup botol)... main galah panjang pon sgt best... baling slipo..fuh...

mmg mengembalikan kenangan la..

tapi lagu mcm k.nani tu tak penah lak dengo.. zmn sy dah pupus kot lagu tu..hehe

Raz said...

ayat yang mengasyikkan..

dnasura said...

cam bace cerita dalam buku. padai aunty tulis..nice story to be listened oleh kami yg x pernah mengalaminya..

Anonymous said...

pengalaman yang sungguh seronok untuk dikenang kembali..part lagu yang tak tahan tu..kreatif sungguh penulis lirik..hehe

Tujuh Kaki Dalam said...

lagu2 tu saya masih dgr masa sy kecik.

cuma kat sabah lain sikit je.

mostalgia sungguh.

NuRuLhUsN@ said...

pengalaman aunty nani sama dgn ayah saya..Ayah saya pon jual nenas sekeliling kampung gak dulu..

Miss Linna said...

Best la bace story aunty...

=).

~Miss LiNNa~

Layla said...

assalamualaikum aunty,
before i jump to my point,i wanted you to know that i read your daughters blog and yours also before.i mean quite frequent lah.so i came to know yang aunty mmg minat berniaga.i have this one product-popiah otak2.i just wondering if aunty nak try and you know,sell it.saye bole jamin sedap and tak mahal.one packet of 30 pieces for rm12.but,beli byk dpt promotion lah.im just trying my luck.if you happen to have any interest in it,do give me a call.hidayah-0176606813 or send me email at laylawafiah@yahoo.com.thank you for your time.

aNIe said...

Salam nani...

Selalu membuka blog nani...tapi tak sempat nak tinggalkan komen...sebab akak selalu melompat ke blog Hanis Zalika...suka tengok gambar2 anak kucing dia...comel sungguh...teringat pada anak kucing akak yang mati terlanggar sendiri dulu...sedih sgt...

Membaca pengalaman nani semasa kecil seperti membaca cerita akak di zaman kanak2...di saat usia baru mengenal dunia...segala kerja kene buat...masih ingat...pergi ke sekolah memakai baju yang ditampal2 oleh arwah mak...

Lagu main tali bet tu memang lagu kegemaran kitorang...biar pun dah bertahun masih minat lagi...

Nani ...nanti simpankanlah akak eskrim epal yogurt tu...tak pernah dpt beli tau...dpt beli sekali je...tu pun berebut dengan anak...

ahmad endo said...

yeah....hidup di kampung memang best darab 2..

Unknown said...

salam,
saya suka membaca blog anda. ia memberi inspirasi kepada saya.

salam perkenalan.

hunny said...

salam auntie, nk link blog auntie leh x? sonok bace ;) tq..

mustno said...

walaupon usia akak ngn sy berbeza sikit..tp corak kehidupan itu juga penah sy lalui..walaupon serba kekurangan tp seronok..bermain lecah dlm ujan..wahhh rindu la klw terkenang..

Atan said...

kata kata orang tua itu memang betul.. susah susah dulu senang kemudian... dan alangkah bahagianya kita dapat berkongsi kesenangan hari ini bersama ibubapa kita...
sayang ..mungkin puan masih punya peluang itu..sedangkan atan tak.lagi

terengganu silk cloths said...

aunty,
do check this page okay?
original terengganu silk cloth

http://terengganusilkcloth.blogspot.com

ladyLOVESleisure said...

salam kak nani,

saya enjoy baca tulisan kak nani. rasa macam baca cerita novel pun ada. terkenang zaman kecik2 dulu... cepat betul masa berlalu, kan?

MariaFaizal said...

Sis,
I have been silently reading your blog. I'm thinking if I could be half as good as you (as a mother)I'd be thankful.

Thanks for your inspiring entries.

P/S: How do I order cookies & moist chocolate cake from you?

Izza Rosli said...

suka makan ubi rebus dengan sambal.rindu nak duduk kat kampung dengan atuk macam dulu2.:'(

Chico said...

no wonder la aunty tabah...kagum sgt

DuniaMaya said...

memang citer ni menyentuh dan nostalgia betul.

Mak Su said...

syukur utk sekelian anugerah... alhamdulillah

Nabil Aizat Abdul Rahman said...

bersusah-susah dahulu..bersenang-senang kemudian..kan aunty..itu motto saya sejak dulu..hehe..lagu tu chomeyl sngt..jom nyanyi beramai2 bler jumpa nanti..hanis kena join skali..

Unknown said...

Salam.
erk..saya masih terpaku..bukan dgn cerita akk ni..tapi wajah ayu akk

a said...

teringat kisah kanak-kanak bonda saya
lebih kurang sama dengan kisah makcik
mungkin zamannya sama sekitar 1970an

saya pun membesar di kampung arwah opah
sempat merasa permainan kampung
seperti rounders, sembunyi ibu, cekutek, masak-masak, kahwin-kahwin (terpaksa jadi pengantin lelaki..hihihi), combat (serius..best sangat-sangat) dan bermacam-macam lagi
kalau nak diceritakan semuanya..boleh terlajak waktu solat

tapi yang main tali skipping guna gelang getah tu
lagu semasa zaman saya versi lain
pasal bomba kalau taksilap

apa-apa pun,
teknik penceritaan makcik santai dan bersahaja :)

saya bersetuju dengan komentar kueh bakar, tak nak cerita ke pasal pertemuan makcik dengan pakcik?

(sambil terkenang kisah cinta bonda dan abah)

hehehe~

masz_73 said...

suka dgn cerita u, sama ngan ceta saya dikala tu.. ahh.. sronok kan! mcm dunia itu kita yg punya! :P kalaulah boleh diputarkan semula.... mimpi.... :)

rapheydhillo said...

sis nani,
syahdu sgt baca entri sis ni..teringat dulu2 masa balik rumah opah & wan, merasalah jugak hidup kat kampung. Emakpun selalu citer zaman dia kecik2.. sebijik macam citer sis!

Aina Aadnan said...

sy menangis bc cerita aunty,
rase mcm nak jmp aunty sgt2

"Lina" said...

this is my first time read ur blog and really impressed me.I'm 27 year old lady and would say that ive gone tru the situation similar wif u kak..but i believe the tough life has brough me to the level where i am now...be strong and never give up!

Wan Collection's said...

Auntie..kenapalah ye dia dengki sgt auntie jual aiskrim??

Erm..masa kecil2 auntie dulu lebih sedih dari kisah hidup kami adik beradik 9 org ni..

tapi ceritanya lbh kurg sma je. susah kan!