Friday, October 31, 2008

Aku Yang Tidak Mengenalimu

Tiba-tiba saya jadi terharu, heran dan terus termenung.Ini satu pujian atau sebenarnya satu cabaran untuk saya.


"Kau ni asyik bergaduh je dengan laki kau, kenapalah kau tu tak macam Nani, baik, lemah lembut je dengan suami dia". Emak bercerita pada saya tentang kata-kata mak mentua kakak saya.


Wah, kenapa nama saya tiba-tiba timbul dalam perbalahan rumahtangga kakak saya. Dari mana pulak mak mentua kakak saya mengenali diri saya.


Sebenarnya, saya bukanlah lembut sehingga tidak pernah mengamuk dengan suami saya dan saya juga tidaklah penyantun sehingga tidak pernah dimarahi suami. Memanglah untuk melalui jangkamasa perkahwinan ini, pernah saya katakan terlalu banyak onak duri yang saya lalui. Tapi saya bersyukur, selama tempoh itu, saya masih setia dengan suami begitu juga suami masih setia dengan saya (saya percaya begitu).


Selama tempoh itu bohonglah kalau saya katakan yang rumahtangga saya sentiasa aman bahagia tanpa sebarang perselisihan faham. Banyak perkara kita masih bertatih dan perlu belajar dan terus belajar. Tidak pernah terlewat dalam istilah belajar dan mahu berubah untuk membentuk kebahagiaan. Belajarlah menjadi isteri yang baik dan belajarlah menarik suami menjadi suami yang baik.


Misalnya seberapa boleh biarlah ;


1. Berkahwin dengan lelaki yang benar-benar menyintai anda sekalipun anda belum begitu menyayanginya. Kerana hati perempuan itu lembut dan mudah dimenangi.



Inilah lelaki yang saya kahwini namun tidak begitu saya kenali dan sayangi diawal perkahwinan. Tetapi dengan restu ibu saya bahagia hingga sekarang.

2.Cubalah sedaya upaya berkahwin dengan restu ibu-bapa. Kerana hampir semua perkahwinan tidak akan bahagia tanpa restu ibu-bapa. Dan berbuat baik serta mesra terhadap ibu mertua dan ipar duai serta jiran tetangga.




Jiran saya artis terkenal hadir di majlis harijadi Hanis, semasa saya tinggal di USJ. Alisya ketika berumur 2 tahun.



3. Selalu adakan sebarang perbincangan suami isteri ketika waktu malam (waktu hendak tidur) bukan ketika suami hendak pergi kerja atau sedang sibuk.



4. Amalkan konsep sentiasa memberi dan meminta. Memberi apa sahaja layanan yang terbaik untuk suami dan menyempurnakan tugas rumahtangga dengan baik supaya suami menghargai anda.




Bercuti sambil mengambil foto suami dan anak-anak yang sedang makan.




5. Belajar meminta dengan lemah lembut dan berhemah serta pastikan anda menyuarakan apa sahaja permintaan anda kepada suami anda kerana tidak semua suami sensitif atau tahu apa yang diinginkan oleh isterinya sehingga diberitahu seperti ;

a) Dear, i kan teringin nak besarkan dapur ni, kalau you ada duit nanti besarkan dapur ni ya dear, kalau you ada duitlah!. atau

b) Abang, i minat sangat kereta BMW, agak-agak you mampu tak belikan untuk i?. atau

c) Untuk yang paling koman, sayang bila you dapat duit?, Sebab i nak tukar langsirlah. Langsir ni dah buruk.


6. Sekalipun suami anda tidak ada sesen pun dalam poket mahupun dalam bank, tetapi disebabkan cinta atau kasih sayangnya terhadap isterinya maka permintaan daripada anda sebenarnya merupakan satu pembakar semangatnya untuk berkerja keras mencari duit bagi mereliasasikan impian anda. Sekiranya dia mendapat sejumlah wang, dia akan terus ingat akan permintaan anda.Kira-kira macam 'booking dulu' lah.


7. Berkawan dengan orang-orang yang berjaya serta selalu mengajaknya ke rumah kenalan yang hidupnya berjaya. Ataupun sering bercerita tentang kehebatan, kejayaan dan kebahagiaan keluarga kenalan ataupun sanak saudara.


8. Berhenti kerja sekiranya pendapatan suami tinggi dan lebih dari mencukupi untuk menanggung anda sekeluarga.


9. Biasanya perempuan tidak akan atau malas untuk meminta wang daripada suami apabila beliau sendiri bekerja dan mempunyai pendapatan yang lumayan.


10. Dan lelaki yang banyak wang dan tidak berapa diperlukan 'kommitment'nya akan menabur wangnya ke tempat-tempat lain atau mencari pasangan diluar.

Anak-anak merasa seronok menghabiskan waktu cuti sekolah di kolam renang bersama ayah.


11. Lelaki lebih banyak masa bersama isteri yang tidak bekerja kerana biasanya isteri boleh menemaninya kemana dia pergi.


12. Walau anda seorang isteri yang tidak bekerja, anda jangan malu untuk mengajak suami menghabiskan malam minggu dengan mendengar musik atau berkaraoke bersama pasangan teman-teman anda atau kawan-kawan suami anda.


13. Latih diri anda untuk menjadi isteri, ibu kepada anak-anaknya, teman wanitanya, setiausahanya dan pendengar yang baik dan setia bagi suami anda.





Ada masa juga masa untuk diri sendiri dengan menyertai pertandingan Ibu Anggun anjuran Majalah Nona/Keluarga.





14. Seharusnya anda perlu tidak mengambil alih tanggungjawab mencari nafkah keluarga, atau ingin menambah pendapatan keluarga, atau ingin memiliki sesuatu barang-barang peribadi sekiranya suami anda seorang yang pemalas dan pandai mengambil kesempatan di atas kerajinan isterinya. Untuk menghindarkan daripada suami anda terus berada di 'zon selesa' itu, maka bersabarlah untuk tidak bekerja sekalipun anda terpaksa makan nasi dengan sayur atau tidak pernah bertukar baju atau tidak merasa memakai emas. Berilah tekanan ini agar beliau menjadi lelaki yang lebih bertanggungjawab dan patut lebih berusaha.


15. Dengan ertikata lain, jika suami anda tidak begitu mampu menanggung perbelanjaan isteri dan anak-anak secukupnya, sekurang-kurangnya suami patut membantu urusan di rumah sedangkan dengan kelayakan anda, anda dapat membantu suami mencukupkan hal-hal perbelanjaan keluarga. Jadi segala urusan rumah dan kewangan tidaklah terbeban di bahu anda yang hanya akan membuat anda tertekan dan merasa tidak bahagia.



16. Kalau boleh cuba ambil pembantu rumah yang tidak tinggal bersama anda. Kehidupan anda sekeluarga memerlukan 'privacy'.


Melancong bersama menambahkan keeratan perhubungan antara keluarga.



17.Ajak suami anda dalam setiap aktiviti yang anda lakukan. Sekalipun suami anda seorang ketua jabatan, pengurus besar, wakil rakyat ataupun seorang vvip, jangan rasa serba salah mengajaknya pergi membeli belah pakaian, membeli belah barangan ke sekolah anak anda atau membeli keperluan dapur di pasar ikan (wet market).


18. Pastikan anda sekeluarga tidak terlepas merayakan hari jadi setiap ahli keluarga anda iaitu suami dan anak-anak.





Kawan-kawan merayakan hari jadi Hanis ketika berusia 12 tahun.





Kawan-kawan merayakan hari jadi Hafiiz dan Alisya tahun lepas.


19.Pastikan juga anda sekeluarga selalu melakukan aktiviti bersama seperti solat berjemaah, solat terawih di masjid, pergi menunaikan haji atau umrah, pergi melancong, membeli belah,menziarahi sanak saudara, ke undangan hari raya, perkahwinan dan sebagainya.


Dapat selalu bersolat berjemaah bersama keluarga adalah merupakan satu kebahagiaan yang sukar saya gambarkan.




20. Jangan menceritakan keburukan suami kepada sesiapapun walaupun kepada anak anda sendiri.

21. Selalu bersyukur dan tidak memperkecilkan suami anda, sering mengucapkan terima kasih, berlemah lembut, dan selalu mengalah dan elakkan sebarang pertelingkahan.


22. Taat semua perintah Allah s.w.t dan jangan melakukan apa yang dilarang Allah s.w.t. Bertaubat setiap waktu. Tidak melalaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan puasa dan dan jadikan diri anda contoh yang baik untuk anak-anak dalam didikan agama.

23. Hadiri ceramah, kelas-kelas agama atau kelas-kelas mengaji Qur'an. Setelah anda berilmu, ajarkan ilmu anda kepada anak-anak.



Menyayangi haiwan peliharaan, merupakan satu terapi memupuk perasaan kasih sayang di jiwa anak-anak.



24. Setiap kali selepas solat, berdoa kepada Allah beri rahmat kepada rumahtangga dan keluarga agar bahagia, aman dan sentosa hingga ke cucu cicit.





Cita-cita seorang suami yang baik adalah melihat kegembiraan dan kebahagiaan anak isteri.


25. Apa yang paling UTAMA , belajarlah jadi ISTERI SOLEHAH YANG TAAT, dan SAHABAT YANG SETIA kepada SUAMI ANDA dan jadilah IBU yang BERILMU, RAJIN serta PENYAYANG untuk ANAK ANDA maka insyallah rumahtangga akan sentiasa aman bahagia.



Hijrah Rohani:

Allah s.w.t telah berfirman khusus mengenai hak wanita:



"Kaum perempuan itu mempunyai hak seimbang dengan kewajibannya secara patut"
(Al-Baqarah:228)


(Maksud terjemaah oleh saya, lebih kurang begini ; tanggungjawab seorang isteri berkisar kepada melayan suami termasuk makan minum (menghidangkan dan melayan dia makan atau minum) menjaga harta benda suami dan mendidik anak-anak dengan didikan agama yang baik. tanggungjawab suami menyediakan nafkah zahir dan batin, meyediakan pakaian memberi makan dan minum semampunya. Sekiranya suami tidak mampu menyediakan isteri, tukang masak maka haruslah suami itu membantu isteri memasak, sekiranya suami tidak mampu menyediakan tukang gaji maka hendaklah suami itu membantu urusan rumah tangga. Dan sekiranya isteri melakukan semua tugas-tugas tersebut diatas, maka haruslah suami memberi ganjaran berupa wang atau sebagainya yang setimpal dengan penat lelahnya melakukan tugas-tugas pembantu rumah yang bukan merangkumi tanggungjawab seorang isteri).


FirmanNya lagi:


"Jika mereka menurut kemahuan kamu, maka janganlah mencari jalan untuk menganiayai mereka". (An-Nisa':34)



Dan Rasulullah s.a.w pernah bersabda;


"Sebaik-baik kamu ialah orang yang baik terhadap isterinya, dan akulah orang yang paling baik terhadap isteriku".


Sabdanya lagi;


"Sekiranya seorang perempuan itu bersembahyang lima waktu, berpuasa sebulan puasa, memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya, akan dikatakan kepadanya: Masuklah ke dalam syurga dari mana satu pintu yang engkau mahu".


Sabda Rasulullah s.a.w:


"Allah Tabaraka wa Ta'ala tidak akan memandang dengan pandangan rahmat terhadap seorang isteri yang tiada mensyukuri suaminya, sedang ia tiada pernah dihampakan oleh sang suami".


Dan juga sabdanya lagi;


"Wang yang anda belanjakan fi sabilillah, dan wang yang anda memberikan untuk memerdekakan seorang hamba, dan wang yang anda bersedekah kepada seorang miskin, dan wang yang anda keluarkan untuk perbelanjaan anak isteri anda; yang paling banyak menghasilkan pahala ialah wang yang anda keluarkan untuk perbelanjaan anak-isteri"





Ayam Masak Merah.




1.5 kg chicken cut into approximately 16 pieces.

Marinate with salt and tumeric powder and fry until golden brown and put aside.



GROUND SPICE INGREDIENTS


a)Combine

3 red onions
6 clove garlics
2 cm ginger (halia)
4 cm galangal (lengkuas)
5 lemon grass (serai)
1/2 cm fresh tumeric (kunyit hidup)
2 candlenuts (buah keras)


b) Ground seperately;

100 gram dried chillies (seeded and washed)
1cm prawn paste (belacan)
100 gm dried shrimps (udang kering)

SAUCE INGREDIENTS

Salt to taste
Sugar to taste
monosodium glumate to taste
Chicken stock granules to taste
2 tbsp condensed milk/evaporated milk
2 tbsp tomato puree
1 cup oil

METHOD

Heat 1 cup oil in a wok and fry ground ingredients (a) until fragrant and add ground ingredients (b) until fragrant and oil separates.

Stir in sauce ingredients to mix. Simmer until mixture turns bubbly and oil is seen rising to the top.. Put the cooked/fried chicken into the mixture. Stir fry well to combine.Lower the heat and cook for 10 minutes. Dish out and serve with plain rice or briyani rice.









48 comments:

MarlissaMusa said...

aunty..wah..even saya belum berkahwin tapi tips dari aunty ni akan saya amalkan kelak..thanks for the sharing aunty :)

Hanis Zalikha said...

inilah sebabnya saya benci jadi photographer. ada satu jelah gambar kita tapi tapi pipi kita tembam.

Hanis Zalikha said...

semoga berkekalan sehingga Hanis bercucu cicit. heh.

Anonymous said...

Kak Nani,
Terima kasih kerana berkongsi tips2 kebahagiaan rumah tangga.

Tp, saya masih belum yakin utk melepaskan jawatan dan menjadi full time housewife. Teringin jugak nak jd SAHM ni, tp memikirkan tak ada punca pendapatan, saya pun padam la cepat2 fikiran utk menjadi SAHM itu. (Materialistik kah saya ini?)

Salam perkenalan.

NaniRostam said...

Marlissamusa:sama-sama, nanti kalau makan nasi minyak jangan lupa kami di sini.


Hanis:Masa ambil gambar tu mana nak ingat yang rugi tak da dalam gambar.

Insyalallah, doa dari anak-anak memang kami harapkan.

Mimielola: Tidak salah bersikap materialistik. Tanpa material kamu tidak boleh menjadi muslim yang berjaya. Namun untuk mewujudkan keluarga yang harmoni sekiranya suami lebih dari mampu, jangan fikir dua kali. Salah satu sebab ialah kamu sendiri akan dapat lihat yang anak-anak di mana ibunya bekerja dengan anak-anak yang ibunya suri rumah amatlah berbeza dari segi sifat jatidiri, kasih sayang, dan keperihatinan dalam diri mereka.Dan tugas sebenar seorang isteri adalah melayan suami dan mendidik anak-anak.

Christian Girl in Harrods said...

Wah aunty, thanks for all the tips even though I don't plan to get married any sooner. And and, ayam masak merah, one of my favourite!!!! :D

Anonymous said...

good tips auntie.. ^__^ since i'm not married, sgt bagus belajar or at least tau awal2 do's & dont's in marriages life. btw, hope u and family happy slalu.

ayam merah seems sgt sedap!

Ally Hassan said...

berguna tips tu aunty.. yg no. 20 tu membuatkan saya berfikir byk kali. (saya tak kahwin lagi.. baru 19..)

Anonymous said...

auntie saya pun pernah terfikir untuk berhenti kerja walaupun saya berpelajaran tinggi kalau suami mampu. cuma saya risau dengan keadaan yang tak tentu macam kalau suami meninggal atau tidak panjang jodoh, takut tiada punca pendapatan dan hidup sesak baru hendak bersusah. kalau auntie sudi berkongsi, boleh saya tahu apa persediaan yang serasional boleh untuk wanita yang berhenti kerja namun masih mahu hidupnya terjamin jika berlaku apa-apa

NaniRostam said...

Siewkwan:
You r welcome my dear, you should try my ayam merah receipe.

Nurulooney:
Sama-sama tapi mungkin situasi kamu lain so sedikit sebanyak bolehlah sebagai panduan.

Alymia Nelyza:

Kenapa ya kamu berfikir banyak kali tentang tips no 20?

Kerana jika kamu lakukan ianya mempunyai akibat kerana perbuatan ini juga amat di larang Allah s.w.t.;

1. Tugas mendidik anak menjadi anak yang baik menjadi sukar kerana anak tidak mahu menjadikan ayahnya sebagai idola dan keliru siapa yang harus dihormati dan dijadikan idola.
2. Apabila terjadi sesuatu anak akan pulangkan paku buah keras.
3. Menceritakan keburukan seseorang bukanlah satu perkara yang baik.
4. Tiada sesiapa atau pihak ketiga yang lebih memahami suami atau keadaan rumahtangga kita selain daripada kita sendiri.So mungkin hari ini kita marah gila dengan suami kita tetapi esok kita telah melupakan kemarahan itu, namun orang yang sudah kita ceritakan keburukan pasangan kita itu, tetap menganggap yang pasangan kita itu pincang.
5. Orang akan hilang hormat pada anda.


Anonymous :

Bumi Allah s.w.t ini luas. Rezeki ada di mana-mana.

Anda harus percaya dan yakin sentiasa yang rezeki, ajal maut dan jodoh pertemuan adalah ketentuan Allah.Tugas seorang mukmin hanyalah berusaha dan berdoa serta bersangka baik terhadap Allah s.w.t serta mengharap yang baik-baik sahaja. Bahkan berdoalah pada setiap lepas solat seperti. "Ya Allah ya tuhanku, yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani, janganlah kau bagi aku dugaan yang tidak tertanggung oleh ku" Amin.

Kita bahkan juga sama sekali jangan mempersoalkan takdir. Ianya tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia.

Apa yang paling penting kita haruslah mengharap perkara yang baik-baik sahaja.

Kalau terjadi juga kematian suami atau penceraian, kamu tidak akan tahu yang mungkin takdir menentukan kehidupan kamu lebih baik atau lebih bahagia atau lebih kaya daripada sebelum ini .

Kalau kamu rasa berbelah bahagi juga untuk melepaskan pekerjaan kamu, mintalah petunjuk daripada dengan melakukan solat istiharah sebelum membuat keputusan, insyallah Allah s.w.t akan sentiasa memberkati kita.

Zaini said...

"Berkahwin dengan lelaki yang benar-benar menyintai anda sekalipun anda belum begitu menyayanginya. Kerana hati perempuan itu lembut dan mudah dimenangi."


quote of the month.



=)

Brenda B said...

May God bless you all as a family :)

dina said...

Keluarga kak nani sangat sempurna...
InsyaAllah, akan saya praktikkan tips kak nani... semoga tips ini dapat dijadikan pedoman dalam hidup berumahtangga.

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...

terima kasih di atas perkongsian tips yang amat berguna ini.. saya copy, paste dan printkan kemudian terjemah bagi isteri saya baca. Ternyata dia menyukainya! tenkiu aunty.

oh, lupa.. salam perkenalan dari kami di tanah haram.

Anonymous said...

one hepi family ;)

ochs widdle said...

saya suka post ni..=))

terima kasih kerana tidak lokek berkongsi ilmu.
walaupun saya tak kawen lagi,
sy pasti pesan ini amat berguna dalam membina hidup yang bahagia.

keep on writing auntie!!

ainfazrin said...

salam aunty.

terima kasih sebab banyak share tips, recipe dan macam-macam lagi nasihat dengan kami.

ayam masak merah tu sangat tempting! ;)

Unknown said...

masayallah... sejuk perut ibu yg mengandung saya tatkala saya membaca post auntie kali ini..

saya doakan keluarga auntie terus bahagia, dan insyaallah ramai pembaca akan mempraktikkan nasihat auntie dalam rumahtangga memasing suatu hari kelak..

alangkah bertuahnya rumah tangga jikalo auntie jadi ibu mertua saya.. eerrrrr.. bukan apa, boleh makan ayam masak merah bila balik rumah auntie.. nampak macam perrrghhhhh... sedaaappp!!!
:)

Anonymous said...

thanks auntie,tips ini amat berguna.bahagia tengok auntie dan hanis amat mesra.semoga saya dan anak pun begitu kelak.Insya-Allah.

Ydiana said...

Hi Nani

Love your blog. Very interesting. Terjumpa kat google.

Btw, I think we're neighbours!! ;)

Unknown said...

autiee.. auntieee... i really love ur blogs.the words form ur soothin my soul. good advises pasal kawin ni. saya nak amalkan la bila bersuami nanti. really can see that u're happy n blessed. i hope i can be just like u.auntie buat i rasa mau kawin. hhaahhaa.. nway, may Allah bless u and ur family alwaysss..

my hidden stories said...

salam..
sy baru sahaja smpi di blog ini...
sy kagum dgn owner blog ini..

ada ciri2 ibu islam alaf baru..

tahniah..

HipHopLess said...

Aunty, saya suka dengan blog aunty nih. macam-macam boleh belajar tentang hidup rumahtangga. saya ni baru sangat kawin. jadi baca blog aunty adalah sikit panduan. tapi saya selalu stress bila masak. saya boleh lah masak sikit-sikit tapi tak sehandal mak saya yang kalau ada orang datang rumah secara mengejut, terus boleh masak cepat dan sedap pulak tuh. saya pulak memerlukan persediaan mental yang rapi, takut nanti tak focus tersilap letak bahan. lebih-lebih lagi masak untuk lebih 4 orang. horror nya saya rasa. bulan ni mak mentua saya nak datang. saya takut nanti dia tengok lembabnya saya menguruskan kerja rumah. macam mana kita nak ambil hati mak mentua ya aunty?

CIKAIDA said...

salam aunty nani..
i luv ur blog..
bnyk tips bagos utk a young lady baru melayari khidupan bsama sang suami..

aida sgt enjoy khidupan slps kawin..tetapi awal2 dulu..aida tkt2..sbb aida stay dgn keluarga mertua..aida kekok..

tp slps 5 bln bsama mereka..aida rasa hepi..

tp kdg2 aida rasa nak privacy, nak bsama suami saja..n mula rasa tension..aida cemburu dgn mereka yg dapat cuma hidup bsama suami..tanpa perlu mlayani org lain..

sememangnya..hati dan naluri wanita sukar difahami ya aunty..

Anonymous said...

salam,
di saat sy sedang berfikir adakah sy boleh menjadi seorang isteri yang baik suatu hari nanti, tips dari kak nani membuka pintu hati saya untuk menimbangkan lamaran lelaki yang menyayangi saya meski saya masih cuba untuk menyayanginya..

saya suka sangat baca blog kak nani sebab memberi inspirasi kepada saya untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang baik dan solehah suatu masa diizin tuhan nanti.

salam perkenalan dari saya, shazmiey.

Intan said...

saya melompat dari blog hanis...dan sgt2 suka dgn blog auntie..thanks a lot for the tips! and to me marriage certainly do need extra hard work for you to gain the bonus! and i am still working hard to gain that bonus.. hehe..

Unknown said...

thank you SOO much for posting the recipe up, aunty.. i really appreciate it!! can't wait to try it on my fiance soon...

thank u!!!

Anonymous said...

masa saya kawen dulu isteri saya tak berapa cintakan saya sangat...walaupun kami kawin suka sama suka..malah dia tak caya pun yang saya sangat cintakan dan tergila-gilakan dia masa tu..tapi sekarang setelah 6 tahun kawin..
saya rasa dia tak boleh hidup kalau saya tak ada..

mmg betul kata puan, wanita akan bertambah cintanya selari dengan masa...kalau kena caranya dari suami lah kan..

yang no 15 tu payah skettt...pasal saya harus ada maid 24 jam kat umah..memandangkan isteri saya tak mampu meladeni tiga lelaki secara sendirian di rumah..wajibnya rumah saya akan seperti kapal kapten jack sparrow kalau maid tak ada secara terus menerus...

Anonymous said...

teringin je nk rasa makanan2 tuh semua.. (^_^)

NaniRostam said...

Zaini ; Khas untuk kamu 'kahwinilah perempuan yang menyintai anda seluruh jiwa maka dia pasti sanggup melakukan apa sahaja agar dapat terus bertahta di hati kamu'.

Brenda Ang : thank you very much.

Dina : Mudah-mudahan.

Kamitaken : Salam. terima kasih kerana menghargai.Moga-moga hidup kamu suami isteri sentiasa diberkati Allah.

Lilylotus ; God willing.

Ochachas ; Alright.

Ainfazrin : Sama-sama. Cepat masak ayam merah tu. tunjuk skill skett..

Admin said...

aunty rocks!!!weehoo!!

Rei said...

hai nani, i invite u join www.1000wajah.com & www.bloggerunited.com cheers

Unknown said...

suka sangat entri ni. akan saya jadikan pedoman bila berkahwin nanti! :)

Umie said...

Salam kak..lama x jengok sini..hehe..Alhamdulillah sekarang nie mmg saya sedang mempraktiskan tips2 yg akak list kan tu..Mmg saya sgt2 setuju dgn tips no. 1 tu.. Bila suami sayangkan kita lebih, dia akan lebih menghargai kita dengan ikhlas kan & sudah tentu dr keikhlasan tu akan membuatkan kita ikhlas menyayangi & menghormati dia sebagai suami pula..Benar kata kak Nani,sentiasa solat berjemaah bersama suami kerana dari situ boleh dapat keberkatan berumahtangga..Saya tak menyesal lgsg berhenti kerja untuk menumpukan perhatian pd suami & urusan rumahtangga sbb saya lebih rela menanti balasan di syurga kelak...(",)

p/s : Nanti saya akan cuba juga resepi ayam masak merah kak Nani nie...sangat meruntun jiwa memandangnye..hehe

m@Ri@ said...

terima kasih sbb berkongsi tips..insyaALLAH akan sy gunakan ia dlm idup sy..=)

ahmad endo said...

wow...mendalam dan penuh maksudlah nasihat mak.....

NaniRostam said...

((( ))) : alhamdulillah. Kalau ada jodoh nak dapat makan ayam masak merah tu, boleh jer dtg bila aunty wat apa-apa majlis ek.


arejae : Memang mesra sebab kami ni selalu berdebat.


Ydiana : Wah kita neighbour ek? Yang mana ha? Dtg la rumah boleh berkenalan lebih rapat.


fallen angel : Aunty doakan kamu kahwin nanti dapat jodoh yang baik, cun, kaya,penyayang, setia dan bertanggungjawab

myhiddenstories : Insyallah. Mudah-mudahan.


Azreen Zzz : Kamu mengingatkan aunty pada anak sulung aunty. Ala kamu muda dan baru kahwin, mestilah belum cekap lg. So kalau, dapat tahu mak mentua nk dtg, cubalah ambil cuti dan buat persiapan awal.Macam ; bawang, cili dh kisar siap-siap.ikan dan ayam dh ptg siap2.Guna santan segera n rumah dan dapur dan kemas dan bersih awal2.Senang jer nak ambil ati mak mentua, rajin-rajinlah hulur buah tangan kalau selalu bertemu atau paling berkesan kamu hulurlah seratus dua kalau jarang bertemu. Amalkan sejak awal perkahwinan. Org yang pemurah akan sentiasa disayangi orang apatah lagi Allah s.w.t.


cikaida : Untuk menikmati situasi sebenar kebahgiaan hidup berumahtangga suami isteri harus tinggal di rumah sendiri. Tapi ramai juga perempuan atau pasangan yang tidak dapat menikmati situasi ini. Perlahan-lahan kamu harus belajar menyesuaikan diri dalam situasi ini. Tp kalau kamu boleh pujuk suami untuk tinggal berasingan, itu adalah sebaik-baiknya. Semuga berjaya.


Nissie : You r welcome my dear.


shazmiey : Salam. Alhamdulillah. Mudah-mudahan shazmiey senantiasa mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah s.w.t.


supermummy : Tak rugi anda berusaha untuk mendapat kelebihan itu. Perkahwinan ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Tanpa kesabaran perkahwinan tidak akan berjaya.


shirley : cepat-cepat try n let me know how it turns out.


Kenshin : kan.kan. kalau isteri tak bekerjapun kamu mampu ambil maid 24 jam kira hebatlah kamu ni. Tahniah.


Anonymous : Memang...


Admin : La aunty pun membesar zaman rock tuh..


mat hai : insyallah.

lindosh : Insyallah boleh.


Umie : Alhamdulillah kita sama-sama sependapat.


m@Ri@ : Alhamdulillah.


ahmad : Maksudnya mudah jer, lakukan semua pekerjaan kerana Allah pasti hidup tenang dan bahagia.

Anonymous said...

hi auntie. i like this entry. it opens up my eyes. i just got married and i can say that im not very good at it, yet :)

Anonymous said...

salam kenal. suke tgk k nani mcm adik n kakak dgn Hanis... betul ni..

ya-ummi said...

Salam,

Blog hop from hanis's blog. I really like your post & your thoughts.
First time visit your blog I dah suka, I would like to link your blog with mine.

I x sure nak panggil u apa, kakak or aunty sebab u nampak muda :)

kennysia said...

Little Hanis is sooooooooo cute!

Anonymous said...

Suka baca blog ni, penuh dengan nasihat =) Banyak boleh belajar from here. Love the way aunty tulis. =)

Ida Raja Idris said...

Salam aunty, i love your blog so much! thanks for the tips. saya ada buh link aunty kat blog saya. sudi2 dtg melawat yer.

NaniRostam said...

Anon : May both of u lead a wonderful life.God willing.

Salam. sambut perkenalan. terima kasih.

Anonymous said...

Maaf, saya cuma.....wondering.

Dengan apa yg anda aware of, dengan apa yg anda tahu, dengan apa yg anda praktikkan, tidakkah didikan yang betul pada anak2 itu harus di'cover'secara menyeluruh juga? As in...post terkini kamu..seperti bangga dgn aurat anak yg terdedah..dijamu kepada mata dunia..sekalipun anda petah berbicara tentang ajaran Allah dan sabda Rasulullah. Baik, jika bukan berbangga pun, akan tetapi..tidakkah anda seharusnya pupuk 'the basic foundation' terlebih dahulu sebelum mereka mencecah certain peringkat usia? Dosa anak perempuan yg belum berkahwin pula ditanggung oleh si bapa, yakni suami anda. Maka...renungkanlah...

Oh ye, aurat itu kan termasuk dlm one of the basic foundations in Islam. Dan sudah tentu, asas mestilah kukuh kan? Tapi...entah..

Maaf, saya cuma...wondering.

Unknown said...

terima kasih atas entri yang penuh dengan nasihat ini. akan saya jadikan sebahagian panduan untuk menempuh hidup berumahtangga yang baru sahaja mencecah dua setengah tahun.

sekadar bertanya, macamana agaknya nak tau yang suami kita sekadar sayangkan kita atau cintakan kita? bagi saya cinta amat penting dalam rumahtangga, bukan sekadar sayang. as u said, once seorang perempuan itu cintakan seorang lelaki, dia akan korbankan seluruh jiwa raganya pada lelaki itu. same goes with me.

tapi bagi saya pulak, sukar nak cintakan seorang lelaki yang kita sendiri tak pasti samada dia cuma sayang atau cintakan kita sepenuh hati. macamana nak tahu isihati lelaki yang susahhh sangat nak buka mulut atau luahkan apa yg terpendam dalam hati dia?

Rv Husin said...

thank u for the tips aunty. Ni yang bersemangat jadik full time housewife ni ;)

NaniRostam said...

Amri : Sama-sama berdoa ya mudah-mudahan Allah sentiasa memberkati usaha saya. Mungkin anak-anak saya tak sebaik dan sewara' anak-anak Amri. Saya manusia biasa yang mahu berusaha dan berdoa mudahan-mudahan usaha saya diberkati Allah s.w.t.


Zety Zin : Kita kena percaya yang suami atau pasangan kita cinta kan kita. Mesti yakin begitu.Insyallah keyakinan itu umpama doa. Kalau dia selalu membisu seribu bahasa. Kitalah yang selalu kena bercakap. Tak apa kalau dia susah nak meluahkan. Kerana itu seribu kali lebih baik dari ucapan sayang tapi selalu menyakiti pasangan.


Belly Obsessor : Saya doakan mudah-mudahan cepat bertemu jodoh. Kalau makan nasi minyak, jangan lupa jemput.