Tuesday, July 8, 2008

Kad Kahwin Murah dan Cantik




Aku menggapaimu,
dalam setiap mimpi tak terbatas

Aku menggenggammu,
dalam setiap rengkuhan tanganku


Aku mendekapmu,
dalam setiap butir kehangatan nafasku


Aku menghirup setiap tetes embun cintamu,
hingga kelabu mewarnai awan di penghujung hari.

Aku menghela setiap nafas rinduku,
agar aku berjalan selalu menuju cakrawala senja

Aku ada disetiap kerdipan matamu,
memberi kesejukan dalam setiap cahaya hatimu


Aku ada disetiap aliran darahmu,
melarutkan hampa kembali pada dekapan jiwa



Aku mencintaimu,
seperti angin yang membawa terbang dedaunan rindu


Aku mencintaimu,
seperti hujan yang merinai berpayung mendung.

Aku mencintaimu,
seperti salju mencair di lereng kalbu


Aku mencintaimu,
seperti larik pelangi melukis langit seusai badai berlalu



Saat ku tak lagi sanggup melangkah,
biarkan mimpi ini menggapaimu


Saat lantunan hasratku berhenti bermelodi,
biarkan raga ini menjemputmu


Hingga dikau kusanding kini.




Mula dari baris pertama hinggalah ke baris yang akhir dapat saya rasakan betapa indahnya dilamun perasaan cinta, diulit bibit rindu dan dibelai rasa kasih. Apatah lagi jika cinta itu diarak ke jinjang pelamin dan kekal ke akhir hayat.

Sebenarnya puisi itu saya ambil dari petikan sekeping kad undangan perkahwinan seorang kenalan anak perempuan saya, Liana. Menurut Liana, kad undangan yang kreatif dan indah itu ditempah dan di beli dari Indonesia.


Secebis puisi untuk halwa minda yang menerima kad undangan.


Hitam putih warna tema kegemaran bakal pengantin.


Ini adalah satu dari puluhan rekaan kad undangan yang cantik menawan yang boleh dibeli dari Indonesia dengan harga yang murah.


Seronok mendapat kad jemputan yang cantik dengan bait bait puisi yang amat menarik dan membuai rasa. Sejak dari kecil lagi, saya memang paling suka bila emak ayah dapat jemputan kahwin.Di majlis kenduri kahwin tulah saya dapat beli ais krim 'malaysia' yang panjangnya hampir 1 kaki dengan harga 5 sen.Dahlah tu ada banyak perisa yang enak seperti nenas, santan gula merah, kacang merah, durian dan asam boi. Apatah lagi, masa ada orang kahwin tulah baru dapat makan masakan ayam dan daging lembu atau setengah tempat dapat makan daging kerbau. Maklumlah hidup kami di kampung dulu bukan senang sangat, kalau nak merasa makan daging atau ayam, kenalah tunggu hari raya atau kenduri kendara. Masa ni barulah berpeluang menyembelih ayam atau lembu yang dipelihara sendiri. Biasanya lauk seharian yang kami makan cuma ikan yang dibeli daripada penjual cina yang datang dari rumah ke rumah. Sayur sayur pula kami petik dari kebun belakang rumah.

Waktu saya kecil di kampung dulu bila buat majlis perkahwinan memang dah jadi tradisi mesti ada gotong royong menolong menjayakan majlis.. Segala persiapan di buat beramai-ramai. Dari soal juadah makan kenduri, hantaran, pelamin hinggalah soal menyiapkan bungga manggar. Kalau di tempat saya istilah gotong royong ini dipanggil "rewang". Dengan adanya kenduri kendara beginilah kami dapat berkumpul dan bermesra dengan sanak saudara, jauh dan dekat serta jiran tetangga. Memang meriah betul apatah lagi hampir setiap majlis perkahwinan pasti ada acara hiburan atau kesenian. Acara persembahan kumpulan kugiran pop, gambus, wayang kulit ataupun kuda kepang memang ditunggu-tunggu, al maklumlah, kami dulu mana ada hiburan lain macam sekarang ni.Tengok tv pun, satu kampung pergi menumpang menonton di rumah orang. Kebas kejang seluruh badan duduk berhimpit-himpit dari mula 'tayangan gambar' sampailah 'tamat'. Masa tu letrik tak masuk kampung lagi, tv pun terpaksa guna kuasa minyak disel dari generator. Itu semua adalah antara nostalgia zaman kanak-kanak saya yang masih menjadi kenangan saya sampai hari ini.

Begitu pantas masa berlalu, zaman pun dah berubah mengikut arus dan gaya hidup pun dah bertukar. Kebanyakan majlis perkahwinan sekarang semakin rmudah dan ringkas.Segala persiapannya boleh ditempah atau dibeli siap dan penyediaan juadah kenduri di urus oleh pihak katering. Sudah menjadi trend yang semakin popular bagi yang banyak duit pula atau lebih berkemampuan akan mengadakan majlis-majlis perkahwinan di dewan-dewan atau hotel-hotel terkemuka.

Tahniah! kepada kedua bakal mempelai Edz dan Ain. Selamat menjejakkan kaki ke jinjang pelamin.Semoga bahagia ke anak cucu.


Bicara Iman :- Nabi s.a.w pernah bersabda : " Apabila seseorang hamba berkahwin, maka telah sempurnalah setengah agamanya. Kini hendaklah ia bertakwa kepada Allah pada setengah yang baki".

Dan Ibnu Abbas r.a. telah berkata :
" Tiada yang akan menghalang seseorang dari berkahwin, kecuali lemah syahwat ataupun sifat durjana ".



Sesuai dengan isu yang saya paparkan kali ini, di sini dengan rasa besar hati saya sertakan resepi masakan untuk anda mencuba. Resepi kali ini ialah 'Kek Butter Choc'. Ini adalah antara kek butter yang paling sedap pernah saya makan. Kalau anda makan kek ini pasti anda teringat kek butter yang pernah anda makan ketika kecil-kecil dulu. Itu pun kalau anda sebaya atau lebih tua dari saya.


Kek Butter Choc

Ingredients

5 eggs (grade B)
140gm castor sugar
215gm margarine (Planta)
1 tp esen vanilla
180gm self raising flour
1/4 can condensed milk


Chocolate Ganache :

300gm cooking chocolate
200gm whipping cream


Methods


Beat eggs with an electric beater until just frothy then add sugar.Continue to beat until the mixture turns light.Beat in essence and margarine (Planta) until fluffy and gently fold in sifted flour, half at a time, alternating it with condensed milk.Do not over mix. Bake in preheated oven at 180 celsius for 30 minutes or until cake is cooked through when tested with a skewer.When done allow cake to cool for 10-15 minutes. Turn out onto wire rack,then pour topping over the cake.

To prepare topping, melt a cooking chocolate in a bowl over simmering water.Stir until chocolate has melted. Remove from heat and stir in whipping cream.



Kek Butter Choc.
Kek butter yang sudah siap disapu 'cooking chocolate'.




Ratakan hingga nampak kemas.




Hias dengan kepingan coklat kit kat dan buah strawberi (yang telah dicelup dalam air gula).




Boleh juga dihias dengan daun pudina (mint). Kalau mahu lebih cantik dan enak dipandang boleh tambah lebih strawberi untuk hiasan.

36 comments:

Hanis Zalikha said...

Why u didnt mention the card only cost rm4? Cheap kao kao woh.

Brenda B said...

Lol Hanis :)

Don't really understand the guide on how to make the cakes -_-

Anyway, keep it up.

kreazi said...

Hey, nice first attempt in blogging... but the fonts in the first session??? As for the baking instructions, maybe can snap more pics at each step to illustrate it step by step so that it's easier to understand/follow? Just my opinion :)

Christian Girl in Harrods said...

Ahhh, mama hanis sungguh jelita lah! And after reading you post, I felt that my BM has improved! lol

Anonymous said...

boleh tolong check recipe sekali lagi. saya cuba recipe kak tadi tapi saya rasa tepung macam tak cukup.

Hanis Zalikha said...

Mommy you should change all your recipe guide into english version I think. Not everyone get A1 for BM like me wahah :P Hello everybody.

Lik said...

EHHH aunt i saw the card masa kat aunt punya rumah . haha. termenung ke tgk dat card ;P

kennysia said...

MAKCIK! You started blogging too! I am so proud of you!

I am still trying to teach my mom how to turn on the computer!

NaniRostam said...

Brenda : Saya telah menukarkan resepi kek kepada 'english version' untuk memudahkan anda dan yang lain memahami.Begitu juga dgn sukatan gula dan susu agar kek tidak rasa terlalu manis.

Krezi : Terima kasih.Saya akan cuba buat seperti yang anda cadangkan.

Siewkwan : Sayapun tidak berapa pandai mengarang dalam bahasa malaysia.Byk idea tetapi tidak tahu bagaimana menukarkan kepada karangan.Dan saya sangat kagum dengan kebolehan Hanis dalam karangan bahasa malaysianya di sekolah.Dia adalah murid kesayangan guru bahasa malaysia.Sedikit sebanyak saya belajar dari tulisannya.

Chef G : Dalam 2 minggu saja akak dah 4 kali buat kek tu.Memang kek itu jadi dengan sempurna dan enak. cuma akak tukar sukatan gula supaya kek tidak terlalu manis.

Zalikha : ehmm bila nak datang lagi?

Kennysia : Terima kasih.Saya pun masih belajar ni. Banyak sangat yang tak tahu.Saya dan suami saya, suka baca blog Kenny kerana sangat lucu. Saya kagum sebab Kenny mempunyai banyak idea yang 'spontenous'.

Youbi Ng said...

thankz u give me a chances to learn how to make a cake ~ cause i really stupid in baking ~! :P

Anonymous said...

Aunty.. Welcome to the blogging world :)

Dad once received an invitation from a friend in Indonesia too. The wedding invitation card REALLY NICE lar. :D

Aunty, can I order cake from you? The cake looks so yummy :D But I'm staying in Kuching :(

NaniRostam said...

Ahlost : really...they are very creative.

You just follow the recipe, its so easy one. You can bake with yr eyes close one. Summore i heard that sarawakian is really good in baking.

Zaini said...

salam.aunty.lame tak update.hehe.bz kut.

just wondering,ade ke recipe tuk lelaki bujang yg super berkhasiat.hehe.1 dish tapi semua campur-campur dalam tu.

ade udang,telur,terung,lalala.heh.tapi masak sikit punye simple and cepat je siap.


*aunty nani : ish budak ni banyaknye songeh.pergi beli dekat kedai je la ye. =)

NaniRostam said...

Zaini :waalaikumusalam. memang busy.banyak benda nak blog, tapi belum lapang sangat.

Banyak yang lagi simple dari tu nanti aunty blog ya.

Beli kat kedai tak sama 'thrill' masak sendiri.Lagi2 lepas hujan, ehmm sedapnya bau jiran sebelah menumis...

Anonymous said...

hello! luckily you have changed your recipe to English! im not from malaysia so its really much easier for me.. thanks!

Anonymous said...

wahh..the cakes looks very superlicious! hehe..aunty ni cantiklah..zaman muda dulu mesti jadi rebutan jejaka ni..hiksss

take care *_*

NaniRostam said...

Hanis : yalah boleh compare harga kan.

ub_ub : u r welcome my dear.I am glad to hear that you arreciate my recipe.

anon : oo so where r u from?To be honest its easier to write recipe in english.

lilylotus : Butter cake, topping coklat memang yummy emm.Tak delah lily mana sempat umur 20 dah kena sambar.

Anonymous said...

hello! im from singapore.. haha actually i read kennysias blog.. and then i watched malaysian dreamgirls.. watched Hanis.. found out about her blog and then i found out about your blog! i have a real interest in baking so when i found out you were giving recipes i was really excited! but sadly those parts you have used malay i dont understand :)

NaniRostam said...

hi thank you for dropping by. im only giving out recipes in english, the rest i prefer to write it out in malay, like my life experiences and etc. but do wait for more interesting recipes from me.

Anonymous said...

hello mak hanis!
tumpang tanya sikit jenama apa yg auntie selalu pakai for the cooking chocolate? any recommendation?
thanks in advance!

frogman said...

terrrrrrbaik la auntie.

NaniRostam said...

Sue : hi sue!
Aunty recommend sue pergi beli di kedai Bake With Yen. Dialah satu-satunya kedai menjual barangan membuat kek yang menjual cooking chocolate yang sedap dan murah. Aunty pernah cuba beli di tempat lain tapi kecewa sebab lebih mahal dan rasanya tak sedap.

Frogman : aduh-aduh aunty ni sekadar suka berkongsi pengalaman, pengetahuan dan resepi hehe...dan terima kasih bnyak kerana sudi menjenguk.

Anonymous said...

hello auntie! malangnya saya org singapore. rasanya kedai bake with yen takde di singapure...hehehe...brand hershey's ok tak? :o)

NaniRostam said...

sue : alamak, hershey memang the best tapi agak mahal.

e s t h e r b a b i e said...

Hi aunty, your chocolate cake makes me drool. Is it for sell? =P

NaniRostam said...

Hi estherbabie , ya it is for sale. are u interested?

e s t h e r b a b i e said...

Ya I'm interested but not too soon. Wait till there is a birthday occasion then I'll order from you ok? :)

m@Ri@ said...

sy juga sgt suke pd puisi..anyway cantiknya u..

Chico said...

hee.cantiknye akak ni.tak nampak mcm ada anak dara dah.by the way,anak akak pon cantik bangat..suke la tengok..erm,buleh tempah la raya tahun depan..nampak yummy jek

Anonymous said...

Salam aunty,
seeing all the recipes, make me feel so engross to leran how to cook & bake, especially the mouth-watering chocolate cake! hehe. I'm 20 and hope i can just like you when i grow older. Im studying in uitm s.alam so mayb one day i would like to order aunty's cake ! boleh tak ? Mm.Im going to show your blog to my mom and i'm sure she would love to try all the recipes. keep it up aunty ! ;)

That's so Jaja said...

aunty! the cake look so yummy! really enjoy reading kisah kanak2 aunty. love reading ur blog!

Ismail said...

Salam, banyak lagi kad kahwin yang cantik kat malaysia ni. Yang jenis kulit keras (hard cover) pun ada dijual. Contohnya geng2 walimatulurus.net pun ada buat kad kahwin hard cover jugak. Harga boleh tahan murah, kualiti pun ok. Kirenya boleh customize berdasarkan budget kita. Try la visit link kat bawah ni:

http://www.walimatulurus.net :)

dpinkylady said...

aunty...blog aunty mmg terbaek...i luv it!! masheh share resepi..aunty x kdekut ilmu...smoga rezeki aunty murah selalu...sy akn jd pminat no 1 aunty k...ble bc blog aunty kan..automatic sy berangan..nk sgt jd cm aunty..hehe..yup! i want to b like u..=D

farah wahidah bt abd wahab said...

salam kenal aunty ... saya fa dari bangsar ... akhirnye sampai gak saya kat entry 1st ni ... amik masa 3jam jugak lak nak tour kat entry2 aunty....chocolate cake...!! x sabar nk try ;)

Hamed G Gur said...

khatam dah baca blog ni :)

nasikerabupetro said...

Selepas khatam blog hanis,hari ni saya khatam blog mamanya pula.