Saturday, April 20, 2013

Mencari RedhaMu Allah




Assalamualaikum..


Subhanallah...Walhamdulillah.... Walailahhaillallah....Allahuakbar..
 Terlalu banyak kenangan di sana ketika aku menjadi tetamuNya.

Alhamdulillah  waktu berada di hadapan kaabah dapat kurasai dekatnya Allah dalam hatiku. Berada di Masjid Nabawi  dapat ku rasai kasihnya aku pada  Rasulalh s.a.w . 

Seluruh hari..seluruh saat...seluruh hati..seluruh jiwa terlalu dekat padaNya...mengingatiNya...memohon padaNya hampir setiap masa. 

Bertawaf, bersaie, berselawat, bersolat penuh khusyuk. Subhanallah...Alhamdulillah..Allahuakbar....

Subhanallah bahkan kata kata itu adalah doa. Subhanallah...di depan kaabah bukan setakat dengan kata kata tetapi cukup sekadar lintasan hati pasti Allah perkenankan. Subhanallah...bagai terasa berada di syurga meskipun  mungkin nisbahnya hanya sejalur zarah dari tujuh benua lautan ...dari tujuh petala langit ...dari tujuh lapisan bumi namun apa yang kurasai tempohari membuat hati seolah olah mendapat ketenangan yang paling abadi. 

Begitulah yang terjadi pada ku sepanjang aku berada di Tanah Suci Mekah. Aku bersyukur,  Allah membuka mata hatiku untuk menyaksikan  kebesaran Allah . Antara hambaNya yang merasai erat kasih sayangNya bertamu di qalbu.

Dalam setiap doa yang kupanjatkan  aku menangis ...dalam setiap rintihan aku teresak ..berjurai jurai air mata..merembes melimpah bagai empangan pecah.  Saat melihat Kaabah serta berada di depannya  tak henti henti kupanjatkan seribu  doa....

Subhanallah terasa kerdilnya diri..terasa hina dirinya..terasa gundahnya hati  ..terasa banyaknya dosa...terasa pelbagai rasa namun jauh di lubuk hati aku seakan  yakin Allah itu Maha Pengasih dan Pemurah..terasa diri begitu disayangi, terasa diri dipilih untuk menjadi tetamuNya yang paling istimewa....Subhanallah.


Bagaimana hati tidak menangis, esakan tidak kuat, airmata tidak mencurah apabila di antara doa-tawaf yang di antaranya merasa diri hamba yang lemah...mengharap memohon keampunan, redha dan rahmatNya...


Diantara nya :-



Ketika Berdoa Tawaf  Pusingan Ke Lima :-

" Ya Allah ya Tuhanku, lindungilah aku di bawah naungan singgahsana Arasy-Mu pada hari yang tiada naungan melainkan dari naungan-Mu dan tiada yang kekal tinggal melainkan Zat-Mu. Dan berikanlah aku minuman dari telaga Nabi Muhammad s.a.w dengan satu minuman yang lazat nyaman, sesudah itu aku tidak haus untuk selamanya." 

Setiap pusingan tawaf mulut berkumat kamit merafak doa...manakala  hati merintih sayu...memohon redhaMu Illahi..memohon keampunanMu Illahi, memohon rahmatMu ya Allah. Dada berombak sebak membayangkan diri dibawah terik matahari sejengkal di padang mahsyar nanti...yang ini apalah sangat....airmata terus mengalir mengharap harap dalam rintihan doa moga diri  bersih daripada dosa kerana selalu menzalimi diri sendiri.



Ketika berdoa Tawaf Pusingan ke 6 :

" Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau mempunyai banyak hak yang ada di antara aku denganMu dan banyak kewajiban yang ada di antara aku dengan makhlukMu. Ya Allah ampunkanlah apa apa kesalahan aku terhadapMu. Dan apa-apa kesalahanku dengan makhlukMu maka aku minta agar Engkau menanggungnya untuk ku. Cukupkanlah aku dari apa yang halal dari rezekiMu dan hindarkanlah dari yang haram dan dengan berbuat taat kepadaMu dan hindarkan dari berbuat maksiat terhadapMu dan dengan nikmat kelebihanMu dari mengharapkan orang lain selain dariMu wahai Tuhan yang Maha Pengampun. Ya Allah ya Tuhanku! Sesungguhnya RumahMu ini adalah sangat agung. ZatMu adalah Maha Mulia. Engkau Ya Allah Tuhan yang Maha Lemah Lembut, Maha Pemurah, Maha Agung dan sukakan kemaafan maka maafkanlah aku.


Tatkala membaca doa tawaf pusingan ke 6, hati menangis dan sendu kendati merasa begitu yakin Allah yang Maha Pengampun itu mengampunkan segala dosa dosa kita sehingga apabila kita selesai mengerjakan umrah yang mabrur maka diri seakan suci seperti seperti bayi kerana di dalam doa ini kita juga meminta Allah yang Maha Pengampun  menanggung dosa kita sesama insan dan mengampunkan dosa dosa kita sesama manusia. Hati juga membayangkan bagaimana keadaan kalau aku mati tanpa sempat mengerjakan haji atau umrah sedangkan dosa-dosaku terhadap sesama makhluk Allah tidak akan diampun selagi mereka tidak mengampunkannya.Nauzubillahiminzalik.


Selama ini aku berfikir bahawa mereka yang dipilih untuk pergi ke tanah suci itu semua membawa hati yang bersih, hati yang suci  dan hati yang ikhlas  lalu berbuat ibadah semata mata untuk mendapat redha  Allah s.w.t .  Namun telaah ku tidak benar  kerana sebaik menjadi tetamuNya di Tanah Suci Mekah  segala kebaikan dan keburukan seseorang itu begitu mudah terserlah apabila di uji oleh Allah s.w.t  Begitulah yang terjadi terhadap jemaah yang ke sana. Walau mengerjakan haji atau umrah itu adalah melengkapkan rukun  Islam yang 5 yang menandakan kita adalah hambanya yang taat akan perintahnya namun hati dan iman manusia itu tidak boleh diukur secara luaran. Di situlah Allah menguji keimanan kita. Subhanallah.

Alhamdulillah aku diberi kesabaran dan kekuatan dengan ujianNya. Allah s.w.t mendatangkan ujian untuk ku ketika aku di Kota Madinah lagi  bagi menguji tahap kesabaranku. Aku cuba bermuhasabah diri dengan membalasnya dengan berbuat kebaikan sedaya mungkin...Cuma kadang-kadang sebagai manusia biasa yang lemah  pasti tidak dapat menghindarkan diri dari merasa sedih dan menangis apabila merasa diri dilayan begitu...namun doaku tak putus putus  memohon  agar Allah melembutkan hati-hati mereka yang keras dan beku. Alhamdulillah...dalam sekelip mata Allah s.w.t memberi petunjuk dan  segalanya kembali seperti biasa...sehingga aku dapat merasa kembali begitu tenang menjalani ibadah di tanah suci mekah. Allahuakbar...cantiknya perancangan Allah untukku.

Subhanallah justeru rentetan rentetan peristiwa sungguh membuat mata hatiku terbuka luas dan mensyukuri nikmat dan segala ujian yang didatangi pasti ada hikmah disebaliknya. Antara peristiwa peristiwa yang berlaku pada diriku di tanah suci mekah walau sekadar lintasan hati namun Subhanallah...Allah makbulkan dalam sekelip mata....



Peristiwa 1 :-

Sebelum subuh, aku keseorangan  tergesa-gesa untuk bersolat di Masjidil Haram. Tiba-tiba perut terasa lapar dan tak selesa lalu aku singgah di Cafeteria Hotel untuk minum air milo panas. Sewaktu bersolat subuh berjemaah, perut terasa sebu mungkin kerana tidak biasa minum milo waktu awal pagi begitu. Selepas solat subuh dan dhuha aku duduk berdekatan tangga depan kaabah sambil meriba kitab Al Quran. Perut masih rasa sebu dan kemudian aku terfikir alangkah eloknya tadi kalau aku minum teh o panas sahaja...pasti perut tak merasa sebu begitu. Dalam aku terbayangkan teh o panas dikafeteria hotel itu, tiba-tiba datang seorang tua berbangsa India ku kira,  menghulurkan secawan teh o panas kepadaku. Aku mengucapkan terima kasih sambil terpinga pinga  memandang sekelilingku. Di kiri kanan depan dan belakangku adalah makcik tua berbangsa arab atau iran mungkin, tetapi mengapa hanya aku seorang yang diberi secawan teh o panas itu.Subhanallah...menitis airmataku ..dah lah di depan kaabah..aku begitu  merasai betapa Allah amat menyayangiku.


Peristiwa 2 :-

Ketika selesai bersaie, aku dan makcik yang menjadi rakan sebilikku berjalan keluar dari tempat bertahalul (mengunting sedikit rambut menandakan selesai ibadah saie kita). Tiba tiba makcik itu terperasan bahawa selipar yang dipegangnya tertinggal di tempat bertahulul tadi. Sambil menunggu makcik itu berpatah balik untuk mengambil seliparnya, aku menyandarkan diri ditembok laluan terowong bersaie bersama beberapa orang yang menunggu disitu. Sambil bersandar aku memerhati orang yang berjalan melintas didepanku. Mata tertumpu pada seorang lelaki yang berkemeja coklat lengan pendek sedondon warna seluar panjang yang dipakainya. Ditangannya memegang bungkusan plastik makanan yang kecil sambil mengudap makanan sambil bersembang dengan pasangannya.Aku memerhatikannya sambil tertanya tanya apakah yang dimakannya nampak begitu menyelerakan. Setelah berlalu agak jauh ke depan tiba tiba lelaki itu berpatah balik dan menghulurkan kepada bungkusan buah tin yang dimakannya tadi. Aku terus berkata dalam hati, oh! buah tin, sambil tangan aku pantas mengambil dan mengucapkan terima kasih. Subhanllah waktu tu aku jadi sebak sendiri mengenang apa sahaja yang jadi persoalan atau permintaan hati Allah kabulkan. Allaukhbar.

Peristiwa 3:-

Sebelum ke sana seorang kawan baik mengirim untuk membeli minyak wangi di Hilton katanya. Aku yang tidak dapat menggambarkan gambaran sebenar Kota Mekah dan Masjidil Haram itu hanya akur dan berkata dalam hati susah sangat belilah mana-mana yang jumpa. Di sebabkan hotel yang kami inap berada bertentangan dengan Hilton maka aku tidak melalui jalan ke Hilton. Aku bertanya kepada ketua kumpulan kami yang pernah beberapa kali ke sana. Kemudian dia menunjukkan arah untuk ke Hilton. Namun aku meminta untuk ketua kumpulan kami menemani aku ke sana. Hari itu setelah selesai solat aku menuju ke pintu Gate King Aziz iaitu pintu ketika aku datang. Setelah mengikut sahaja anak panah tunjuk arah ke Gate King Aziz aku pun keluar. Tiba tiba aku berada betul betul dihadapan hilton. Allahukabar, tanpa perlu aku bersusah payah aku terus menuju ke kedai menjual minyak wangi dan membeli sebanyak 3 botol sekaligus. Alhamdulillah Allah permudahkan untukku Dan sampai beberapa hari dan bersiap pulang ketua kumpulan pergi ke Hilton tanpa mempelawaku.


Peristiwa 4 :-

Ketika di Masjid Nabawi aku dan seorang kawan berpusu-pusu bersama yang lain menuju ke dalam Masjid. Kami berebut untuk mencari tempat yang berpermaidani. Kalau lambat pasti hanya dapat bersolat dilantai marmar yang pejal dan sejuk.Setelah beberapa minit duduk tekak terasa kering dan rasa menyesal tidak singgah untuk minum air zam zam yang berdekatan dengan pintu masuk tadi. Dalam berfikir fikir sama ada mahu bangun atau tidak untuk pergi minum air zam zam atau tidak, tiba tiba datang seorang berbangsa arab membawa dua cawan plastik air zam zam dan menghulurkan kepadaku lalu duduk di sebelah rakan sebilikku. Melihat hal itu rakan sebilik ku tertanya tanya mengapa perempuan arab tu tak hulur minuman itu padanya sedangkan dia yang duduk disebelah kawan ku itu. Subhanallah sekali lagi aku merasakan bahawa Allah sentiasa memakbulkan niat hatiku. Syukur aku ke hadratMu Illahi kerana begitu menyayangiku.

Peristiwa 5:-


Dalam aku selalu ke seorangan...hanya seorang perempuan yang tidak kuat kederat...dengan berjubah tudung berlilit...Alhamdulillah...Allah Maha besar mempermudahkan untukku...menggerakkan aku sampai ke Hajarul Aswad dah dapat mencium batu hitam dari syurga itu tanpa bantuan sesiapa kecuali dari pertolonagan Allah s.w.t. Walhal dalam keadaaan orang yang terlalu ramai seperti suasana mengerjakan haji. Melihat orang-orang arab yang lasak dan berbadan besar aku rasa seperti bermimpi bagaiman aku yang kerdil dan kurus ini dapat memasukkan kepala lalu mencium hajarul aswad sambil berdoa. Subhanallah.Alhamdulillah Allahuakbar. 



Ada banyak lagi kenangan indah yang tak dapat  kucoretkan buat masa ini kerana sangat sibuk kebelakangan ini. Insyallah aku berdoa agar Allah meluaskan rezeki yang halal bagi ku agar aku dapat membawa keluargaku ke sana dalam waktu terdekat ini...Insyallah. Amin Ya Rabbalalamin.


Sebelum berundur aku ucapkan terima kasih pada Ejen Umrahku iaitu safirgotravel yang memberi perkhidmatan terbaik selama aku mengenali ejen pelancongan. Yang begitu mementingkan keselesaan penginapan, makanan yang enak serta memuaskan hati sesiapa yang pernah bersamanya. Insyallah sesiapa yang ingin mencubanya amat aku alu alukan kerana beberapa tahun lepas aku ke Jakarta juga menggunakan safirgotravel.com dan ternyata hotel tempat kami menginap is the best so far. Insyallah.








Tips-tips bila berada di Mekah.

1. Berpuasa isnin khamis

2. Membuat akikah untuk anak-anak kerana daging akikah kambing di sana murah selain ianya juga boleh disedekah di pondok-pondok tempat menuntut ilmu di sana.

3. Membawa makanan ringan seperti coklat untuk disedekahkan kepada orang-orang yang berpuasa pada hari isnin khamis.

4. Bertawaf sebanyak mungkin (satu tawaf 7 kali pusingan)

5. Bersedekah sebanyak mungkin. Jangan mengira siapa yang kita beri kerana kita tidak tahu mungkin orang yang sihat walafiat tetapi meminta sedekah adalah malaikat.

6. Muhasabah diri. sucikan hati..buang perasaan riya, tamak, gelogoh, pentingkan diri sendiri.

7.Tanam perasaan ingin sentiasa mendapat redha Allah s.w.t semata mata.

8. Beli kurma ajwa di Madinah kerana kurma ajwa adalah kurma kesukaan Nabi s.a.w..

9. Beli jubah di Madinah dengan harga lebih kurang rm100 sehelai namun kalau di Mekah nilainya lebih kurang rm300 sehelai .

10. Beli selendang yang dijual ditengah jalan dengan harga rm4 untuk souvenir.

11..Hanya bawa 2 helai jubah dan 2 helai baju tidur serta 2 pasang telekung..serta botol air mineral yang kosong dalam20 botol untuk diisi air zam zam selain air zam zam yang diberi percuma sebanyak 10 liter.

12. Bawa 2 buah beg besar untuk cargo.

13. Bawa buku doa dan kalau boleh hafal semua doa di sini.

14. Bawa ubat ubatan seperti panadol dan eno.

15. Beli susu unta untuk diminum di sana...sedap sangat.

15. Ada banyak lagi tips. Insyallah kalau sempat saya updatekan.










Bershopping selepas solat di Masjid Nabawi

Di pintu gerbang Masjid Nabawi

Suasana yang sentiasa sibuk di kedai kedai  depan Masjid Nabawi

Di dalam Masjid Nabawi

Wanita yang berjualan menutup litup seluruh badan

Ini nampak juga mata...ada yang terus tak nampak mata.

Hotel Al MUbarak

Bentuk Muka Bumi di sana

Makanan yang sungguh enak

Sedap sangat

Nasi mandi



Yum yum

Ada cerita disebalik ais krim yang lazat ini

Cafeteria Hotel

Bayangkan bagaimana saya dapat mencium Hajarul Aswad jika tidak dengan pertolongan Allah s.w.t 

Di Dataran Depan Masjidil Haram orang berpusu pusu masuk dan keluar Masjid

Di Jabal Rahmah Memohon doa kasih sayang...

Semangat saya kuat untuk sampai ke puncaknya....Alhamdulillah Allah permudahkan dan makbulkan doa kasih sayang saya...

Pergi ke ladang kambing untuk memilih kambing akikah

Kambing yang dipilih untuk disembelih

Bersama mutawif seorang indon...bagus dorang ni survival...semua ceruk di mekah dia tahu..

Dalam masa beberapa minit selesai 7 ekor kambing akikah saya akadkan untuk disembelih dan selesai di masukkan ke dalam plastik.

Diladang unta...


Bayangkan seorang tua berkaki  ayam tetapi hebatnya mengangat pelbagai barangan sampai atas kepala semata mata mencari rezeki yang halal.



Bekas tapak rumah para anbia


32 comments:

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Ya Allah besarnya kekuasaan Allah S.W.T..Insyaallah kalau diizinkan Allah sya akan ke sana awal tahun depan.tak sabar nak pergi ke sana.. K.nani doakan sya yer semoga dipermudahkan... ;p

MAK TEH said...

assalamualaykum Nani.syukur alhamdulillah..Nani sihat.seronok membaca kisah2 Nani disana.tentunya Nani teramat sekali ingin kesana lagi kan

mamawana said...

Assalam

Indahnya perasaan di sana kan. Moga istiqamah dlm amalmu.

Carl Lesmana said...

subhanallah . =(

ummiaisyah said...

Alhamdulillah..dpt juga menerima kabar kak Nani..rindu sgt ! smg Kak Nani terus diberkati.. thanks 4 the super2 useful tips...nnti sambung lg ye...tak sabo rasanya nk k sana!

Cikgu Vina said...

assalamualaikum.aunty nani..lama dh tak update blog..alhamdulillah..selamat pergi dan balik..

Hidayahmk said...

Assalamualaikum Aunty,

Mohon berikan lebih banyak tip2 sebelum aunty terlupa.

Sangat manfaat
buat saya.

zainatul abu bakar said...

Alhamdulillah, banyak pertolongan yang Allah bagi. Moga saya juga akan kesana nanti, insyaallah :)

embun suchi said...

alhamdulillah... terlepas rindu pada kak nani =)
teruja baca cerita akak. membuatkan hati terasa membuak2 untuk ke sana juga.
terima kasih atas perkongsian ini.

MasReena said...

Tahniah auntie... semoga auntie menjadi Muslim dengan lebih baik lagi selepas satu ibadah ni. Entry ni buat saya teruja nak ke sana, anyway cantik-cantik gambarnya =)

Pengalaman Beli Perabot Di IKEA

Nabila Katerina Zin said...

Alhamdulillah..aunty dah selamat pergi dan kembali :). Semoga dapat menjalani kehidupan dgn lebih baik InsyaAllah..

momnsofea said...

Alhamdulillah...akak dh selamat sampai...sy tertunggu post terbaru akak...x sabar sy nak g ke sana moga dipermudahkan...

ceywie said...

Terima kasih kak nani sbb bagi panduan berguna ni. Sebak baca perkongsian kak nani. Buat saya betul2 teringain nak pergi sana, semoga Allah kabulkan doa saya. :-)

purpleryna said...

alhamdulillah..
sebak tengok gambar-gambar apatah lagi kalau kat sana.. inshaa allah suatu hari nanti sy akan sampai juga..

mama syg said...

subhanaalah....
terharu hati

Shah Sulong said...

rindu post kak nani.. tertanya-tanya juga apa pengalaman indah di sana.. bila membaca coretannya, terimbau kenangan2 manis di sana.. terasa kasih Allah itu melimpah ke hati ini..

semoga azam kak nani membawa keluarga bersama tercapai.. dan semoga ibadah di sana kita istiqamahkan di bumi Malaysia ini jua..

Wani Tralala said...

seronoknya baca entry ni :). insyaAllah moga saya dapat ke sana jgk

Nani Rostam said...

makcik nani, baguslah syukur alhamdullilah da menjejakkan kaki ke tanah suci tp harao bole la jaga n tegur cara pakaian anak2 anda yang mendedah aurat sana sini.muda ke tua ke kalau nk mati bila2 aje. lagi 1, klu buat akikah ke sedekah ke xpayaha la nk blagak menunjuk.buat ikhlas xpyh bgtau org.klu hati tu bersih xde nye nk certia semua setiap inci urmah tindakan kt blog ni.ikut sgt budaya barat.ckp bab agama pung pang pung pung tapi anak 'berbogel' calon neraka xsedar.

mama leen said...

Alhamdulillah syukur

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

anak ila ada sorang belum akikah.. insya allah harap2 blh buat macam kak nani

~~AzaLea~~ said...

salam kak nani.. tersentuh baca kisah2 dan lihat gambar2 kak nani semasa di sana.. Alhamdulillah, segala urusan kak nani di sana telah di permudahkan olehnya..

Moga ade rezeki utk saya dan kak nani sekeluarga ke sana lagi.. In sha Allah..

Arf Fiza said...

letak Allah dlm hati kita.audit diri sendiri sblm audit org lain. nak tau warna hati kita?nak tau bau hati kita?nak tau wajah hati kita?tgk balik komen2 yg kita tinggalkan pada fb atau blog org. hitam yg kita komen hitamlah hati kita. busuk yg kita komen maka busukla hati kita.baca balik komen kita ada kah nadanya spt org tersenyum dan bersyukur atau spt joyah sdg menjuihkan bibir panjang sedepa ibarat dtg kerumah org tak dijemput lagi mengata tuan rumah.semoga jiwa jiwa kita diberi ketenangan
its easy to turn a mountain into dust. but itd hard to fill a love in a heart filled with hatered

Cik Eka said...

assalamualaikum Auntie. Lama tak jenguk sini.

Allah SWT

besarnya kekuasaan Allah SWT.

Teringin nk ke Mekah,moga tercapai hajat nanti..

Zaitun said...

Salam perkenalan...

Subhanallah...Alhamdulillah.

mama aryan said...

salam kak nani...

baca cerita akak ni,mcm terpanggil2 pulak saya utk kesana.insha Allah andai ada rezeki saya pun nak jejakkan kaki ke sana.

laila74 said...

Terima kasih sbb cerita pasal umrah ni.terus meronta ronta hati ni nk kesana juga, yg xsuka tu xyah le komen blog org,suka suka jeat lah menyakiti hati org.

Mak Wardah said...

Semoga Puan dan kita semua sentiasa dirahmati Allah

Tihara said...

alhamdulillah, seronok kan kak..ulam hijau tu sedap kan, kat malaysia ada tak..saya tak tau ulam apa tu tapi saya suka sangat :)

Nana Fadhlina said...

astaghfirullahalazim..siapalah kita nk tentukan org lain calon neraka? Kita yg tutup2 ni confirm calon syurga ke klu mulut x reti nk jg, menyakiti org lain? Kita xtau pengakhiran hidup kita cmne..

sy suke entry ni. hepi baca.

aizeepesona said...

suke tengok gambar kak nani pegang kepala unta tu...macam dah kenal lama jer..ngee

touching nengok gambar orang yang mengangkat barang tu..huhuu..gigih sungguh dia berusaha mencari rezeki yang halal..

sarah said...

saya bertuah berjumpa dengan puan semasa puan sedang duduk di tangga menara MIra...


Anna Da Lady said...

Alhamdulillah, banyak yang Allah beri kepada kita..rasa sebak pulak bila tengok semua ni.. Saya pun baru balik umrah, cuaca panas, tapi sama je rasa macam kat Malaysia skang. Moga kita dapat pergi lagi ke sana..