Friday, April 26, 2013

Masjid Bukit Jelutong Masjid Yang Indah

Assalamualaikum


TIGA golongan yang harus kita jadikan SAHABAT :-

1. Orang Islam
2. Orang Yang Beriman
3. Orang Yang Soleh




Ya Allah terima kasih kerana mendekatkan masjid dengan rumahku. Dari dulu lagi aku teringin sangat tinggal berdekatan masjid. Aku teringin sangat mempunyai suami yang kaki mesjid.Pernah dulu terdengar perbualan seorang kawan dibank selalu memberitahu kawan kawan yang suaminya rajin kemesjid. Aku memujuk hati tak semua orang bertuah macam dia. Apatah lagi di Malaysia ni..kebanyakan lelaki jarang mahu bersolat  apatah lagi jemaah dimesjid. 

Alhamdulillah aku kira doaku depan kaabah termakbul. Kembali dari mengerjakan umrah, Masjid yang paling cantik dan indah berada dekat dengan rumahku dan hatiku... Dahlah wajah saling tak tumpah macam  masjid di madinah atau di kawasan timur tengah. Dulu aku menganggap aku tidak bertuah. Tetapi tidak kini. Asalkan aku tidak berputus asa dalam berdakwah insyallah Allah itu Maha Mendengar Lagi Maha Pemurah.

Apabila pasangan kita  bukan pasangan yang soleh maka bermakna kita pun bukan hamba yang soleh. Namun kalau bila kita cuba menjadi hamba yang soleh tetapi pasangan yang tidak melaksanakan perintah Allah dengan sewajarnya maka itu sebenarnya adalah satu UJIAN oleh Allah s.w.t untuk kita agar lebih kuat dan terus berusaha menjadi hamba yang soleh, lebih berusaha untuk mendoakan supaya pasangan kita ataupun keluarga kita mendapat petunjuk dan hidayah kerana semakin mencabar usaha kita semakin banyak pahala yang kita dapat. Allahualam.

Allah Maha Besar lagi Maha Kaya, sekembalinya  aku dari Mekah segalanya seperti dipermudahkan. Alhamdulillah seperti satu keajaiban..subhanallah, tetiba masjid yang terbina itu menjadi saksi atas segala-galanya. Allahuakbar moga moga kita semua terus istiqomah dalam mengimarahkan rumah-rumah Allah. Subhanallah.

Dua minggu sebelum aku ke Tanah Suci Mekah, Masjid sudah mula dibuka untuk masyarakat setempat. Dua minggu selepas aku pulang dari Tanah Suci Mekah berlangsung majlis pembukaan masjid ini. Aku mula menghantar pesanan kepada para sahabatku. Bila kukhabarkan dan mengajak mereka datang ke rumahku ada buat makan makan ramai yang response. Tetapi bila kunyatakan bahawa sebenarnya pembukaan masjid ditempatku maka ramai yang tidak dapat hadir.

Walaubagaimanapun mahu menilai sahabat yang paling baik buat diri kita adalah sahabat yang selalu bersama kita ketika di masjid atau dimajlis majlis ilmu...subhanallah.







Sebelum ke masjid, aku sediakan high tea di rumah sebagai meraikan sahabat sahabat tersayang...

Mereka adalah sahabat dunia akhirat yang paling aku sayangi...

Menu hari itu, Puding Roti bersos Krim Vanila, Aiskrim dengan Homemade jelly



Makan sebagai alas perut sebelum ke masjid...
























Para jemaah yang hadir









Makanan enak yang disediakan....








Indah Dan Bercahaya






Alhamdulillah moga-moga bertambah erat hubungan kami.....


Wednesday, April 24, 2013

Mekap Pengantin 2013

Assalamualaikum



Sesiapa yang perlukan saya untuk khidmat mekap untuk tunang, nikah, sanding atau bertandang, boleh hubungi saya di shinarostam@yahoo.com atau tel 0123959779.

Sekian terima kasih.








Wajah sebelum dimekap


Wajah selepas bermekap waktu bertunang kelihatan sedikit keras kerana bila seorang saudaranya nak sangat di memakai lipstik warna terang walau saya dan bakal pengantin rasa warna terang tidak sesuai dengannya.



Sebelum


Sesudah 



Sebelum ketika majlis bersanding
























Dan selepas dimekapkan oleh saya. Seronok dapat mengenakan warna lipstik yang agak neutral.

Saturday, April 20, 2013

Mencari RedhaMu Allah




Assalamualaikum..


Subhanallah...Walhamdulillah.... Walailahhaillallah....Allahuakbar..
 Terlalu banyak kenangan di sana ketika aku menjadi tetamuNya.

Alhamdulillah  waktu berada di hadapan kaabah dapat kurasai dekatnya Allah dalam hatiku. Berada di Masjid Nabawi  dapat ku rasai kasihnya aku pada  Rasulalh s.a.w . 

Seluruh hari..seluruh saat...seluruh hati..seluruh jiwa terlalu dekat padaNya...mengingatiNya...memohon padaNya hampir setiap masa. 

Bertawaf, bersaie, berselawat, bersolat penuh khusyuk. Subhanallah...Alhamdulillah..Allahuakbar....

Subhanallah bahkan kata kata itu adalah doa. Subhanallah...di depan kaabah bukan setakat dengan kata kata tetapi cukup sekadar lintasan hati pasti Allah perkenankan. Subhanallah...bagai terasa berada di syurga meskipun  mungkin nisbahnya hanya sejalur zarah dari tujuh benua lautan ...dari tujuh petala langit ...dari tujuh lapisan bumi namun apa yang kurasai tempohari membuat hati seolah olah mendapat ketenangan yang paling abadi. 

Begitulah yang terjadi pada ku sepanjang aku berada di Tanah Suci Mekah. Aku bersyukur,  Allah membuka mata hatiku untuk menyaksikan  kebesaran Allah . Antara hambaNya yang merasai erat kasih sayangNya bertamu di qalbu.

Dalam setiap doa yang kupanjatkan  aku menangis ...dalam setiap rintihan aku teresak ..berjurai jurai air mata..merembes melimpah bagai empangan pecah.  Saat melihat Kaabah serta berada di depannya  tak henti henti kupanjatkan seribu  doa....

Subhanallah terasa kerdilnya diri..terasa hina dirinya..terasa gundahnya hati  ..terasa banyaknya dosa...terasa pelbagai rasa namun jauh di lubuk hati aku seakan  yakin Allah itu Maha Pengasih dan Pemurah..terasa diri begitu disayangi, terasa diri dipilih untuk menjadi tetamuNya yang paling istimewa....Subhanallah.


Bagaimana hati tidak menangis, esakan tidak kuat, airmata tidak mencurah apabila di antara doa-tawaf yang di antaranya merasa diri hamba yang lemah...mengharap memohon keampunan, redha dan rahmatNya...


Diantara nya :-



Ketika Berdoa Tawaf  Pusingan Ke Lima :-

" Ya Allah ya Tuhanku, lindungilah aku di bawah naungan singgahsana Arasy-Mu pada hari yang tiada naungan melainkan dari naungan-Mu dan tiada yang kekal tinggal melainkan Zat-Mu. Dan berikanlah aku minuman dari telaga Nabi Muhammad s.a.w dengan satu minuman yang lazat nyaman, sesudah itu aku tidak haus untuk selamanya." 

Setiap pusingan tawaf mulut berkumat kamit merafak doa...manakala  hati merintih sayu...memohon redhaMu Illahi..memohon keampunanMu Illahi, memohon rahmatMu ya Allah. Dada berombak sebak membayangkan diri dibawah terik matahari sejengkal di padang mahsyar nanti...yang ini apalah sangat....airmata terus mengalir mengharap harap dalam rintihan doa moga diri  bersih daripada dosa kerana selalu menzalimi diri sendiri.



Ketika berdoa Tawaf Pusingan ke 6 :

" Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau mempunyai banyak hak yang ada di antara aku denganMu dan banyak kewajiban yang ada di antara aku dengan makhlukMu. Ya Allah ampunkanlah apa apa kesalahan aku terhadapMu. Dan apa-apa kesalahanku dengan makhlukMu maka aku minta agar Engkau menanggungnya untuk ku. Cukupkanlah aku dari apa yang halal dari rezekiMu dan hindarkanlah dari yang haram dan dengan berbuat taat kepadaMu dan hindarkan dari berbuat maksiat terhadapMu dan dengan nikmat kelebihanMu dari mengharapkan orang lain selain dariMu wahai Tuhan yang Maha Pengampun. Ya Allah ya Tuhanku! Sesungguhnya RumahMu ini adalah sangat agung. ZatMu adalah Maha Mulia. Engkau Ya Allah Tuhan yang Maha Lemah Lembut, Maha Pemurah, Maha Agung dan sukakan kemaafan maka maafkanlah aku.


Tatkala membaca doa tawaf pusingan ke 6, hati menangis dan sendu kendati merasa begitu yakin Allah yang Maha Pengampun itu mengampunkan segala dosa dosa kita sehingga apabila kita selesai mengerjakan umrah yang mabrur maka diri seakan suci seperti seperti bayi kerana di dalam doa ini kita juga meminta Allah yang Maha Pengampun  menanggung dosa kita sesama insan dan mengampunkan dosa dosa kita sesama manusia. Hati juga membayangkan bagaimana keadaan kalau aku mati tanpa sempat mengerjakan haji atau umrah sedangkan dosa-dosaku terhadap sesama makhluk Allah tidak akan diampun selagi mereka tidak mengampunkannya.Nauzubillahiminzalik.


Selama ini aku berfikir bahawa mereka yang dipilih untuk pergi ke tanah suci itu semua membawa hati yang bersih, hati yang suci  dan hati yang ikhlas  lalu berbuat ibadah semata mata untuk mendapat redha  Allah s.w.t .  Namun telaah ku tidak benar  kerana sebaik menjadi tetamuNya di Tanah Suci Mekah  segala kebaikan dan keburukan seseorang itu begitu mudah terserlah apabila di uji oleh Allah s.w.t  Begitulah yang terjadi terhadap jemaah yang ke sana. Walau mengerjakan haji atau umrah itu adalah melengkapkan rukun  Islam yang 5 yang menandakan kita adalah hambanya yang taat akan perintahnya namun hati dan iman manusia itu tidak boleh diukur secara luaran. Di situlah Allah menguji keimanan kita. Subhanallah.

Alhamdulillah aku diberi kesabaran dan kekuatan dengan ujianNya. Allah s.w.t mendatangkan ujian untuk ku ketika aku di Kota Madinah lagi  bagi menguji tahap kesabaranku. Aku cuba bermuhasabah diri dengan membalasnya dengan berbuat kebaikan sedaya mungkin...Cuma kadang-kadang sebagai manusia biasa yang lemah  pasti tidak dapat menghindarkan diri dari merasa sedih dan menangis apabila merasa diri dilayan begitu...namun doaku tak putus putus  memohon  agar Allah melembutkan hati-hati mereka yang keras dan beku. Alhamdulillah...dalam sekelip mata Allah s.w.t memberi petunjuk dan  segalanya kembali seperti biasa...sehingga aku dapat merasa kembali begitu tenang menjalani ibadah di tanah suci mekah. Allahuakbar...cantiknya perancangan Allah untukku.

Subhanallah justeru rentetan rentetan peristiwa sungguh membuat mata hatiku terbuka luas dan mensyukuri nikmat dan segala ujian yang didatangi pasti ada hikmah disebaliknya. Antara peristiwa peristiwa yang berlaku pada diriku di tanah suci mekah walau sekadar lintasan hati namun Subhanallah...Allah makbulkan dalam sekelip mata....



Peristiwa 1 :-

Sebelum subuh, aku keseorangan  tergesa-gesa untuk bersolat di Masjidil Haram. Tiba-tiba perut terasa lapar dan tak selesa lalu aku singgah di Cafeteria Hotel untuk minum air milo panas. Sewaktu bersolat subuh berjemaah, perut terasa sebu mungkin kerana tidak biasa minum milo waktu awal pagi begitu. Selepas solat subuh dan dhuha aku duduk berdekatan tangga depan kaabah sambil meriba kitab Al Quran. Perut masih rasa sebu dan kemudian aku terfikir alangkah eloknya tadi kalau aku minum teh o panas sahaja...pasti perut tak merasa sebu begitu. Dalam aku terbayangkan teh o panas dikafeteria hotel itu, tiba-tiba datang seorang tua berbangsa India ku kira,  menghulurkan secawan teh o panas kepadaku. Aku mengucapkan terima kasih sambil terpinga pinga  memandang sekelilingku. Di kiri kanan depan dan belakangku adalah makcik tua berbangsa arab atau iran mungkin, tetapi mengapa hanya aku seorang yang diberi secawan teh o panas itu.Subhanallah...menitis airmataku ..dah lah di depan kaabah..aku begitu  merasai betapa Allah amat menyayangiku.


Peristiwa 2 :-

Ketika selesai bersaie, aku dan makcik yang menjadi rakan sebilikku berjalan keluar dari tempat bertahalul (mengunting sedikit rambut menandakan selesai ibadah saie kita). Tiba tiba makcik itu terperasan bahawa selipar yang dipegangnya tertinggal di tempat bertahulul tadi. Sambil menunggu makcik itu berpatah balik untuk mengambil seliparnya, aku menyandarkan diri ditembok laluan terowong bersaie bersama beberapa orang yang menunggu disitu. Sambil bersandar aku memerhati orang yang berjalan melintas didepanku. Mata tertumpu pada seorang lelaki yang berkemeja coklat lengan pendek sedondon warna seluar panjang yang dipakainya. Ditangannya memegang bungkusan plastik makanan yang kecil sambil mengudap makanan sambil bersembang dengan pasangannya.Aku memerhatikannya sambil tertanya tanya apakah yang dimakannya nampak begitu menyelerakan. Setelah berlalu agak jauh ke depan tiba tiba lelaki itu berpatah balik dan menghulurkan kepada bungkusan buah tin yang dimakannya tadi. Aku terus berkata dalam hati, oh! buah tin, sambil tangan aku pantas mengambil dan mengucapkan terima kasih. Subhanllah waktu tu aku jadi sebak sendiri mengenang apa sahaja yang jadi persoalan atau permintaan hati Allah kabulkan. Allaukhbar.

Peristiwa 3:-

Sebelum ke sana seorang kawan baik mengirim untuk membeli minyak wangi di Hilton katanya. Aku yang tidak dapat menggambarkan gambaran sebenar Kota Mekah dan Masjidil Haram itu hanya akur dan berkata dalam hati susah sangat belilah mana-mana yang jumpa. Di sebabkan hotel yang kami inap berada bertentangan dengan Hilton maka aku tidak melalui jalan ke Hilton. Aku bertanya kepada ketua kumpulan kami yang pernah beberapa kali ke sana. Kemudian dia menunjukkan arah untuk ke Hilton. Namun aku meminta untuk ketua kumpulan kami menemani aku ke sana. Hari itu setelah selesai solat aku menuju ke pintu Gate King Aziz iaitu pintu ketika aku datang. Setelah mengikut sahaja anak panah tunjuk arah ke Gate King Aziz aku pun keluar. Tiba tiba aku berada betul betul dihadapan hilton. Allahukabar, tanpa perlu aku bersusah payah aku terus menuju ke kedai menjual minyak wangi dan membeli sebanyak 3 botol sekaligus. Alhamdulillah Allah permudahkan untukku Dan sampai beberapa hari dan bersiap pulang ketua kumpulan pergi ke Hilton tanpa mempelawaku.


Peristiwa 4 :-

Ketika di Masjid Nabawi aku dan seorang kawan berpusu-pusu bersama yang lain menuju ke dalam Masjid. Kami berebut untuk mencari tempat yang berpermaidani. Kalau lambat pasti hanya dapat bersolat dilantai marmar yang pejal dan sejuk.Setelah beberapa minit duduk tekak terasa kering dan rasa menyesal tidak singgah untuk minum air zam zam yang berdekatan dengan pintu masuk tadi. Dalam berfikir fikir sama ada mahu bangun atau tidak untuk pergi minum air zam zam atau tidak, tiba tiba datang seorang berbangsa arab membawa dua cawan plastik air zam zam dan menghulurkan kepadaku lalu duduk di sebelah rakan sebilikku. Melihat hal itu rakan sebilik ku tertanya tanya mengapa perempuan arab tu tak hulur minuman itu padanya sedangkan dia yang duduk disebelah kawan ku itu. Subhanallah sekali lagi aku merasakan bahawa Allah sentiasa memakbulkan niat hatiku. Syukur aku ke hadratMu Illahi kerana begitu menyayangiku.

Peristiwa 5:-


Dalam aku selalu ke seorangan...hanya seorang perempuan yang tidak kuat kederat...dengan berjubah tudung berlilit...Alhamdulillah...Allah Maha besar mempermudahkan untukku...menggerakkan aku sampai ke Hajarul Aswad dah dapat mencium batu hitam dari syurga itu tanpa bantuan sesiapa kecuali dari pertolonagan Allah s.w.t. Walhal dalam keadaaan orang yang terlalu ramai seperti suasana mengerjakan haji. Melihat orang-orang arab yang lasak dan berbadan besar aku rasa seperti bermimpi bagaiman aku yang kerdil dan kurus ini dapat memasukkan kepala lalu mencium hajarul aswad sambil berdoa. Subhanallah.Alhamdulillah Allahuakbar. 



Ada banyak lagi kenangan indah yang tak dapat  kucoretkan buat masa ini kerana sangat sibuk kebelakangan ini. Insyallah aku berdoa agar Allah meluaskan rezeki yang halal bagi ku agar aku dapat membawa keluargaku ke sana dalam waktu terdekat ini...Insyallah. Amin Ya Rabbalalamin.


Sebelum berundur aku ucapkan terima kasih pada Ejen Umrahku iaitu safirgotravel yang memberi perkhidmatan terbaik selama aku mengenali ejen pelancongan. Yang begitu mementingkan keselesaan penginapan, makanan yang enak serta memuaskan hati sesiapa yang pernah bersamanya. Insyallah sesiapa yang ingin mencubanya amat aku alu alukan kerana beberapa tahun lepas aku ke Jakarta juga menggunakan safirgotravel.com dan ternyata hotel tempat kami menginap is the best so far. Insyallah.








Tips-tips bila berada di Mekah.

1. Berpuasa isnin khamis

2. Membuat akikah untuk anak-anak kerana daging akikah kambing di sana murah selain ianya juga boleh disedekah di pondok-pondok tempat menuntut ilmu di sana.

3. Membawa makanan ringan seperti coklat untuk disedekahkan kepada orang-orang yang berpuasa pada hari isnin khamis.

4. Bertawaf sebanyak mungkin (satu tawaf 7 kali pusingan)

5. Bersedekah sebanyak mungkin. Jangan mengira siapa yang kita beri kerana kita tidak tahu mungkin orang yang sihat walafiat tetapi meminta sedekah adalah malaikat.

6. Muhasabah diri. sucikan hati..buang perasaan riya, tamak, gelogoh, pentingkan diri sendiri.

7.Tanam perasaan ingin sentiasa mendapat redha Allah s.w.t semata mata.

8. Beli kurma ajwa di Madinah kerana kurma ajwa adalah kurma kesukaan Nabi s.a.w..

9. Beli jubah di Madinah dengan harga lebih kurang rm100 sehelai namun kalau di Mekah nilainya lebih kurang rm300 sehelai .

10. Beli selendang yang dijual ditengah jalan dengan harga rm4 untuk souvenir.

11..Hanya bawa 2 helai jubah dan 2 helai baju tidur serta 2 pasang telekung..serta botol air mineral yang kosong dalam20 botol untuk diisi air zam zam selain air zam zam yang diberi percuma sebanyak 10 liter.

12. Bawa 2 buah beg besar untuk cargo.

13. Bawa buku doa dan kalau boleh hafal semua doa di sini.

14. Bawa ubat ubatan seperti panadol dan eno.

15. Beli susu unta untuk diminum di sana...sedap sangat.

15. Ada banyak lagi tips. Insyallah kalau sempat saya updatekan.










Bershopping selepas solat di Masjid Nabawi

Di pintu gerbang Masjid Nabawi

Suasana yang sentiasa sibuk di kedai kedai  depan Masjid Nabawi

Di dalam Masjid Nabawi

Wanita yang berjualan menutup litup seluruh badan

Ini nampak juga mata...ada yang terus tak nampak mata.

Hotel Al MUbarak

Bentuk Muka Bumi di sana

Makanan yang sungguh enak

Sedap sangat

Nasi mandi



Yum yum

Ada cerita disebalik ais krim yang lazat ini

Cafeteria Hotel

Bayangkan bagaimana saya dapat mencium Hajarul Aswad jika tidak dengan pertolongan Allah s.w.t 

Di Dataran Depan Masjidil Haram orang berpusu pusu masuk dan keluar Masjid

Di Jabal Rahmah Memohon doa kasih sayang...

Semangat saya kuat untuk sampai ke puncaknya....Alhamdulillah Allah permudahkan dan makbulkan doa kasih sayang saya...

Pergi ke ladang kambing untuk memilih kambing akikah

Kambing yang dipilih untuk disembelih

Bersama mutawif seorang indon...bagus dorang ni survival...semua ceruk di mekah dia tahu..

Dalam masa beberapa minit selesai 7 ekor kambing akikah saya akadkan untuk disembelih dan selesai di masukkan ke dalam plastik.

Diladang unta...


Bayangkan seorang tua berkaki  ayam tetapi hebatnya mengangat pelbagai barangan sampai atas kepala semata mata mencari rezeki yang halal.



Bekas tapak rumah para anbia