Assalamualaikum
Alhamdulillah. ..sudi lagi membaca coretan dan nukilan hati saya
di sini. Sudi lagi menumpang rasa kegembiraan dan kebahagiaan hati saya di
sini. Mungkin saya bukan muslimah yang terbaik namun saya cuma berusaha untuk
jadi ibu yang penyayang dan selalu mahu menggembirakan hati anak-anak.
Alhamdulillah tiada apa yang lebih menggembirakan dihujung hujung
tahun ini ni bila Alisya dapat 4 A 1 B saya amat bersyukur. Walau Alisya
menangis kesedihan kerana tak dapat 5 A, saya pula rasa bangga bahawa anak
kecil itu mula sedar bahawa betapa pentingnya setiap keputusan exam yang baik
akan membuat kita bangga dan gembira. Saya katakan padanya...Alisya pandai..banyak lagi
exam untuk Alisya buktikan yang Alisya memang pandai.
Alhamdulillah walau seusia 11 tahun dia dah bekerja dah
memperolehi pendapatan yang lumayan mampu membuat dia bebas dan seronok membelikan hadiah hadiah
untuk abang kakaknya. Walau semua anak anak saya tak menghadiri kelas
tuisyen dan rekod kehadiran ke sekolah agak tergelincir namun atas kasih sayang
abang kakaknya dapat juga sedikit sebanyak tunjuk ajar dalam pelajaran dari
mereka.
Alhamdulillah kendati hujung hujung tahun adalah hari jadi saya
dan hadiah paling berharga adalah apabila Imran mendapat 8 A dalam
PMRnya.
Insyallah dengan izin Allah saya ingin terus jadi ibu yang
penyayang dan mahu menggembirakan hati anak anak kerana itulah sebenarnya
kebahagiaan saya.
Jadi apabila saya gembira, anak anak gembira, maka rezeki yang
diperolehi saya kongsikan untuk anak anak menikmati kegembiraan. Baru baru ni
apabila Air Asia membuat tawaran tambang murah ala ala free gitu, Imran adalah
anak yang paling peka mengingatkan saya untuk percutian yang harus dirancang
apabila mendapat peluang tambang murah.
Dari penempahan tiket, penginapan dan tempat tempat makan semuanya
diurus oleh Imran yang sangat capable membuka Agensi Pelancong bila besar nanti
selain pengusaha restoran dan perhotelan..hehehe memang berbakat.
Maka di sini saya kongsikan keseronokan kami bermain main ikan
dipersisiran pantai Sabah.
Insyallah satu hari nanti jika diizinkan Allah kami ingin
sekali menerokai Pulau Sipadan yang cantik itu.
Penthouse yang sungguh classy dan mewah tempat kami menginap iaitu sebuah penthouse di Marina Court. Harga Agoda satu malam rm400 +++sangat selesa untuk 11 orang penghuni.
|
Pemndangan Laut dari Penthouse Marina Court tempat kami menginap |
|
Hari pertama seawal 8 pagi kami sudah mula menerokai angin pagi yang cerah di jeti untuk berlepas ke pulau-pulau pilihan... |
|
Apakah yang lebih santai bersarapan di jeti sambil menyaksikan keindahan perairan sabah |
|
Teruja menaiki bot di jeti yang dibina kemas dan indah |
|
Mata masih malu untuk terbuka.....sembab dan sepet |
|
Loving Couple Of The Year |
|
Boat kami meninggalkan jeti |
|
Percutian bersama keluarga adalah satu satunya yang memang dinanti oleh anak anak. |
|
Ikan ikan di perairan Pulau Mamutik sungguh banyak |
|
Churp churp Muahhhhhhaha |
|
Alisya memang mempunyai bakat lakonan yang mantap |
|
Bermain dengan ikan.... sambil melayan panggilan dari production house |
|
Fokus fokus...... |
|
Berpaparazzi dengan ikan ikan |
|
Khairi dan Alisya mengepung ikan ikan jinak menggunakan kain tshirt yang di pakai... |
|
Memang leka dengan ikan ikan ni.... |
|
Siapakah ini...pasti Hafiiz dan ikan ikannya... |
|
Kami meninggalkan ikan ikan yang sungguh manja di Pulau Mamutik menuju Pulau Manukan |
|
Dijeti Pulau Manukan |
|
Pantai Pulau Manukan yang dijaga rapi dan bersih |
|
Terdapat peluru dan meriam peninggalan perang |
|
Harus dicontohi |
|
Di Pulau Manukan |
|
Melihat anak anak bermain pasir di Pulau Manukan sambil saya seorang diri berfoto fotoan |
|
Reception Di Pulau Manukan untuk sesiapa yang menempah resort di situ |
|
Menuju Pulau Sapi untuk Makan Buffet dan sambung mandi manda |
|
Bila lepas mandi...makanan jadi begitu enak dan lazat |
|
Bila di Sabah cari Kepak Ayam Panggang yang memang tiada tandingan |
|
Mereka berselera makan dan saya masih meneruskan berfoto fotoan |
|
Makan makan sambil ditemani biawak besar yang merayap mencuri makanan dari khemah berdekatan |
|
Hafiiz men'tan' kan kulit yang dah sedia tan |
|
Antara ke tiga tiga Pulau ...Pulau Sapi adalah yang paling best untuk mandi manda dan snorkling sebab coral yang sungguh cantik dan indah dan air yang sungguh jernih. |
55 comments:
bestnye.. Tahniah Alisya dan Imran.
Tahniah buat Alisya dan Imran.
Ikan-ikan tu ada di gigi pantai je ye kak...seronoknya bercuti dengan keluarga...
auntie! keep on updating ya blog! and if can updatelah a bit about your cats and how you take care of them :) really look forward for it
auntie! keep on updating ur blog! and nanti auntie share lah about some tips to take care of cats ;) looking forward to it ;D
bestnyeerr..rindu nak balik Sabah. tak pernah sampai lagi kat Pulau Sapi even saya orang KK. Pulau Manukan dengan Pulau Mamutik je pernah pegi. hehe
tahniah buat anak2 auntie. btw rindu kat tiga2 pulau tu. kundasang juga. harus minta posting sana nnt.
Tahniah Auntie atas kejayaan anak-anak. Gambar-gambar ni semua ambil dengan kamera yang sama ke? Canon model apa ye? HAri tu tak catch up nama model yg auntie pakai... sekarang saya sedang survey jenama Canon utk bercuti. Harap boleh membantu =)
Disneyland Fee Is Cheaper Than Genting Resort
wow..bestnye nani...n tahniah buat imran n aliaya..happpy belated bday ya..
cantik sungguh pulau2 ni. terpesona tgok
:-):-):-)
:-):-)
Anak-anak akak semua berbakat dan pandai...
Bestnya family trip.. :)
auntie u cntik sgt la.. ur real age brapa eak?? hahaha seyesly nmpk mcm sbya ngan hanis plak..
Akhirnya Kak Nani update blog..... yey!!!!!
Tahniah Alisya dan Imran atas keputusan peperiksaan yang baik.
Tentang Sabah, memang pantainya Indah sekali. Dari ketiga2 pulau yang disebut, saya juga paling sukakan Sapi. Pertama kali ke Sabah, saya singgah di ketiga2 pulau ini tapi yang seterusnya saya lebih suka habiskan masa di Sapi sahaja. Memang seronok lebih2 lagi dulu kita boleh bagi makan kepada ikan2 tersebut tapi kali terakhir ke sana, ia susah tidak dibenarkan. Mungkin tidak mahu menganggu tabii ikan.
Keep on writing kak Nani. I always like you entries.
best gilerrr la auntie..
siap ckp kat tunang,kot2 bole honeymoon kat sini nanti..
nanti saya kawen,saya jemput auntie sekeluarga yer....
hehehe
tahniah jugak untuk alisya ngan Imran....pandai2 anak auntie
Tahniah buat Alisya dan Imran....!
seronok nengok gambar ikan2 yang sangat jinak tu....
air lautnyer jernih tol..sampai nampak dengan jelas ikan di dalamnyer...yang pasti camera yang kak nani guna pun mesti special kan? heee
mane gambar kak nani...huhuuu...
Assalam Nani, tahniah untuk Alisya dan Imran, anda ibu terbaik, walaupun anak2 sibuk dengan casting, modeling dan bagai tapi pelajaran diutamakan, itu yg buat saya kagum!
I follow u
Rindu dengan ikan-ikan Pulau Manukan. hihi. Pulau Sapi cantik, tapi banyak biawak.
Tahniah buat Alisya^^
Seronok baca cerita pasal trip kak Nani & family, dapat jugaklah idea kalau2 ada rezki nak melancong ke Sabah^^
Alhamdulillah, keluarga auntie yang sangat bhagia... anak2 yang membesar dgn baik dan cerdik... :)
btw, boleh tahu tak, berapa eh jumlah kos semua tu?? atau mmg semuanya free kecuali tiket flight ke camane???
bestnye anak-anak kak nani semua pandai-pandai. saya sekarang duk tgh bz monitor anak-anak sedara jela buat masa ni harap diorang pun akan berjaya mcm anak2 kak nani.
Salam Kak Nani sayang.
Yayyy!!! akak dah kembali tulis. I love you la kak :)
Congrats Alisya dan Imran. Congrats juga kat Kak Nani sebab doa akak, usaha akak membuatkan anak-anak berjaya.
Suka tengok gambar percutian, muka semua happy! Suka tengok gambar Hanis dok cakap dalam telefon tuh. Yang lain-lain dok pandang ikan dalam laut, dia sorang sibuk bertelefon. Hehehe...Tapi kan Kak, tak acilah. Mana sekeping gambar akak? Tahulah juru gambar kan, kot ye pun selit-selit la gambar dengan anak-anak main air laut. Nanti lepas ni letak gambar akak yek.
Hujung tahun ni plan lagi la kak bercuti bersama family.
subhanallah, cantiknya... seronok tgk happy family kak nani, semoga berkekalan hendaknya. maybe lps ni blh share tips camne nk 'glue' anak2 ni esp yg teenage, nak bg bonding tu sentiasa kuat.. btw, congrats imran & alisya.. susah sy nk cam anak2 lelaki kak nani, their are identical!
hye aunty.sgt best aunty bikin entri sungguh kaya gambar yg sungguh cantik + indah setelah lama tak muncul.yeay!! super best percutian bersama famili.aunty guna kamera apa ek? cantik gambarnya.tp sy terperasan ada satu dot itam kecik kat sesetgh gambar.mgkn ada kotoran/fungus kt lense.kalau kotoran je,sgt bernasib baek.lap je dah ok.kamera gedabak sy dh mcm ternak fungus jadinya.uhuhu..
Tahniah buat alisya dan imran. Bestnya holiday ke sabah...
tahniah buat alisya and imran...lama x baca coretan auntie..semoga berbahagia selalu
kk Nani memang contoh Ibu yang baik, cukup baik.
bisa mendidik anak2 sehingga menjadi anak2 yang membahagiakan orangtua.
pemandangannya sangat bagus sekali yah, salam kenal
selamat siang saudaraku, ini kunjungan dari Indonesia, dalam rangka silaturahmi
salam sukses untuk semua saudaraku .....
terima kasih, jangan lupa singgah balik
ditungggu
cantik :)
'pandainye' komen dari kak nani kita. tu dia kak nani kita.masih tidak boleh terima kritikan.,yelahh.anak2 die kan bagus semua nyaaaaaa.
salam kak nani, insyaallah kesempurnaan itu akan dicapai juga nanti. by the way, sabah mmg one of the best gate away kan..dulu dah pernah pergi...tapi selalu terkenang nak datang lagi. sabah i will come again, nect station sipadan island
http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/01/set-kehamilan-shaklee-cantik-sihat-dan.html
Congratulations to Imran and Alisya! :))
tahniah utl alisya dan juga imran
cantik sungguh pemandangan dan suka tgk family kak nani bercuti sekeluarga.semoga kekal bahagia dan berkasih sayang smpi bila2 ;)
mak oi seksi nya. tak segan ke tunjuk dpn ayh sndr tu. tau lar putih melepak
salam kak nani... baca blog akak buat sy xsabar nak pg kk n kundasang...air asia promo skrg ni..hehe..boleh tanya tak kak nani amek pakej kat mana? nak info la kak.. :)
Byknya komen kena delete.silalah berpijak di bumi yang nyata kak nani.dah berani bermegah,sila berani la untk terima kritikan.saya puji dan respect hanis punya penulisan.tercukup matang dan langsung tidak menongkat langit.akak patot belajar dr beliau :)
Assalamualaikum
puan alia ahmad. Terlalu banyak gambar hanis bersama keluarga...maka akhirnya saya terpaksa akur harus mendelete semua gambar-gambar yang ada Hanis yang begitu menyakitkan hati para pembaca blog saya. Jadi saya juga terpaksa mendelete segala komen kerana bila gambar tiada komen itu dah tak relevan lagi. Hak saya untuk publish dan hak saya untuk delete.
Post a Comment