Monday, January 14, 2013

Yang Ada Dalam Hati



Assalamualaikum

Bila dah lama kita menyepi..seperti kehilangan sendi..seperti tak mampu berdiri…seperti dimanakah kau nukilan hati…berhambur hambur banyaknya dalam hati tapi beku tak mampu untuk dikongsi.

Hidup ini adalah satu kesibukan. Tanpa ada kesibukan tak usah hidup. Tiada kesibukan bagaimana mahu hidup. Allah bagi tulang empat kerat….waktu 24jam…akal fikiran…sihat tubuh badan…carilah kesibukan itu…agar hidup ini terisi….jiwa ini tak sepi..

Kesibukan adalah satu tanggungjawab. Manusia yang tak bertanggungjawab adalah manusia yang tak sibuk. Bukan tak penat  mengulit kehidupan yang penuh kesibukan. Penat. Letih.Kadang habis upaya.

Namun atas satu tekad yang dipikul iaitu tanggungjawab maka kesibukan adalah satu terapi minda untuk kita terus bergerak. Satu kesibukan yang meletihkan tapi mampu mengukir kepuasan.

Kebelakangan ini saya terlalu sibuk. Banyak kali  biila kita sibuk menangani sesuatu kita hampir terlepas pandang pada sesuatu yang lain.

Anak-anak adalah buah hati pengarang jantung saya. Tanpa mereka..saya tidak berada di sini. Tanpa mereka siapalah saya di dunia ini. Allah kurniakan saya zuriat lalu itu adalah tanggungjawab saya. Walau saya hanya wanita biasa namun saya tetap akan menatang mereka dengan sepenuh jiwa seorang ibu.

Saya sibuk untuk mereka. Saya berpenat untuk mereka. Saya berlembut untuk mereka dan saya berkeras pun untuk mereka. Anak anak adalah jiwa saya…anak anak adalah kesibukan saya. Anak-anak adalah kehidupan saya. Syukur pada Illahi memberi saya kehidupan ini.

Musim cuti sekolah belum berakhir. Hampir berakhir. Dengan  rezeki pemberian Allah saya panjangkan langkah melayan pelbagai aktiviti anak-anak. Impian anak-anak untuk beraktiviti santai bersama anak-anak yatim dan anak-anak yang layak menerima zakat termakbul.Alhamdulillah.

Kami anak beranak merancang dan menempah tiket dan penthouse lalu bersantai manja dengan ikan ikan yang cantik dan air laut yang jernih di Pulau-pulau indah di perairan Sabah. Juga menikmati keindahan dan kedinginan yang menyapa di kaki sekitar Gunung Kinabalu di Kundansang, Ranau, Sabah.
Menerima jemputan kahwin dari Betty Benafe di Johor Bahru, saya angkut anak-anak sekali. Disebabkan peruntukan satu kad undangan untuk tiga tetamu maka anak-anak, saya tinggal berjimba jimba dibilik hotel.

Insyallah saya ada rancangan untuk bawa anak-anak bercuti ke Langkawi. Saya dah siapkan itinery. Island hoping dengan menaiki bot ke Kilim Geoforest Park dan makan seafood di restoran atas air, ke Pulau Dayang Bunting dan mandi di pantai Beras Basah, Menaiki Cuise dan berjakuzi air masin serta menikmati buffet sambil menunggu sunset. Makan-makan di restoran yang makanannya walah memang superb..the best in the world, melawat makam mahsuri dan menikmati kuih goyang dan kuih karas yang paling sedap  yang dibuat dan digoreng panas-panas di gerai bersebelahan telaga mahsuri. Insyallah apa saja yang saya sibukkan pastilah untuk anak-anak tersayang.

Dalam kesibukan bercuti dan bersedia untuk bercuti, tiba tiba hati terbetik bahawa persediaan anak-anak kesekolah harus didahulukn. Tak maulah saat saat terakhir baru nak beli itu ini.

Maka tanpa berlengah saya menyuruh anak-anak bersiap-siap. Membeli itu ini untuk persiapan ke sekolah. Di TESCO @ MUTIARA DAMANSARA saya menghabiskan masa bersama anak-anak untuk itu semua. Alhamdulillah bila semua tu dah selesai di uruskan rasa sedikit lapang dalam jiwa dan fikiran untuk bercuti..




Budak budak ini kena diingat-ingatkan selalu, beli barang stationery jangan pakai ambek jer…tahulah memang rambang mata kan….


Imran sedang memilih milih pensil case kegemarannya…..




Alisya pun tak nak kalah memilih untuk dirinya…..





Sempat saya mengintai Majalah In Trend…..




Di TESCO…belanja…kumpul..jimat bila ada TESCO CLUB CARD.



Menyambar sepasu dua pokok untuk hias di sudut rumah….




Sandwich dan Yoghurt untuk anak anak….



Alisya yang gemar menukar berus giginya…..



Kami baru discover di TESCO @ MUTIARA DAMANSARA ni  bahawa Drummet ayam TESCO adalah yang paling sedap rupanya. 





Terlalu banyak pilihan untuk makanan beku di TESCO @ MUTIARA DAMANSARA ni… spoilt of choice…..



Dan yang paling penting datang TESCO @ MUTIARA DAMANSARA dan sign up TESCO CLUB CARD….maka baru kita tahu kita tak perlu ke tempat lain lagi selain TESCO @ MUTIARA DAMANSARA…segala keperluan harian ada di sini.

BUAT PARA PEMBACA BLOG SAYA YANG SETIA BERSAMA SAYA. DI SINI SAYA SEDIAKAN SATU PERADUAN YANG MUDAH DAN SANTAI TETAPI MEMERLUKAN JAWAPAN YANG KREATIF DAN HARUS DISERTAKAN DENGAN SEKEPING FOTO ANDA SEDANG MEMBAYAR HARGA BARANGAN DIKAUNTER JURUWANG TESCO.EMELKAN PENYERTAAN ANDA KE shinarostam@yahoo.com

SOALAN :

Mengapa TESCO tetap jadi pilihan anda biarpun banyak lagi supermarket lain?

Tarikh tutup peraduan adalah 18/1/2013.  \Penyertaan yang paling kreatif akan menerima baucer tunai TESCO bernilai rm100.

15 comments:

Farah Farhana said...

salam.. alisya mmg pakai spec eh? comel :3

shazrina said...

salam kenal ye ...haaaa macam ni laa setiap bulan kalau keluar bershopping ...trime kasih berkongsi maklumat .. :)

zino said...

TESCO yang paling hampir di tempat saya

MAK TEH said...

salam Nani, lama mak teh x bertegur sapa disini ya, tapi sentiasa mengikuti perkembangan nani n anak2..come alisya bertudung..apa brand berus gigi yg alisya suka

mrs kayrul said...

nie tempat wajib saya g tiap2 hari...klu tak pergi rasa macam kurang jer sesuatu...

Liana Ezzana said...

Terima kasih emak!

Ummi Hanie Fadzil said...

salam kak,

kami pun nak bercuti di Langkawi 26/1/13 ni. akk bila? ada rezeki leh jumpe gitu... ;)

comelnye Alisya bertudung..

betullah kak, jadi ibu ni, segala2nya utk anak2 dan suami kan... kdg2 utk suami tu terketepi sikit sbb melayan anak2... xpelah suami redho

Susan Lolo Bua said...

kk Nani, bagi la upload gambar Kk Nani jugak :)
saya suka nampak KK Nani. Majalah In Tend tu wajah Hanis kan? :)

Nyssa Adlyssa said...

TESCO mmg akan spoil budget saya... hahaha.. full of selection..mmg suke shooping groceries kt TESCO..
=)

http://coffeedencelady.blogspot.com/

Molly said...

Salam Kak Nani sayang :)

A'ah saya pun beli barang dapur kat Tesco. Saya pergi Tesco Setia Alam. Tapi nak membayarnya memang bercinta la yek? hehehe....Tu yang saya kalau beli barang dapur biar penuh satu troli sebab puas hati kalau beratur panjang lama-lama.

Wak Gelas™ said...

wak pon dh lama X join peraduan..,uHHuu

Salrina M Nasir said...

Kak Nani....Rin setiap bulan mmg belanja brg kt Tesco Bukit Indah.....produk TESCO not bad....suka beli pizza..time promo 2box RM14 je....susu Tesco pun sedap....boleh try drummet pulak la.....

Salrina M Nasir said...

Rin mmg belanja brg kering/frozen food kat TESCO Bukit Indah.....suka beli pizza TESCO....susu segar TESCO pun sedap...

Ryyn_kiss12 said...

Subhanallah! comelnya Alisya bertudung...:-)

ummisara said...

Salam,

suke tengok alisya bertudung :)