Assalamualaikum
Bila dah lama kita menyepi..seperti kehilangan sendi..seperti tak mampu
berdiri…seperti dimanakah kau nukilan hati…berhambur hambur banyaknya dalam
hati tapi beku tak mampu untuk dikongsi.
Hidup ini adalah satu kesibukan. Tanpa ada kesibukan tak usah hidup. Tiada
kesibukan bagaimana mahu hidup. Allah bagi tulang empat kerat….waktu 24jam…akal
fikiran…sihat tubuh badan…carilah kesibukan itu…agar hidup ini terisi….jiwa ini
tak sepi..
Kesibukan adalah satu tanggungjawab. Manusia yang tak bertanggungjawab
adalah manusia yang tak sibuk. Bukan tak penat mengulit kehidupan yang penuh kesibukan.
Penat. Letih.Kadang habis upaya.
Namun atas satu tekad yang dipikul iaitu tanggungjawab maka kesibukan adalah
satu terapi minda untuk kita terus bergerak. Satu kesibukan yang meletihkan
tapi mampu mengukir kepuasan.
Kebelakangan ini saya terlalu sibuk. Banyak kali biila kita sibuk menangani sesuatu kita hampir
terlepas pandang pada sesuatu yang lain.
Anak-anak adalah buah hati pengarang jantung saya. Tanpa mereka..saya
tidak berada di sini. Tanpa mereka siapalah saya di dunia ini. Allah kurniakan
saya zuriat lalu itu adalah tanggungjawab saya. Walau saya hanya wanita biasa
namun saya tetap akan menatang mereka dengan sepenuh jiwa seorang ibu.
Saya sibuk untuk mereka. Saya berpenat untuk mereka. Saya berlembut untuk
mereka dan saya berkeras pun untuk mereka. Anak anak adalah jiwa saya…anak anak
adalah kesibukan saya. Anak-anak adalah kehidupan saya. Syukur pada Illahi
memberi saya kehidupan ini.
Musim cuti sekolah belum berakhir. Hampir berakhir. Dengan rezeki pemberian Allah saya panjangkan
langkah melayan pelbagai aktiviti anak-anak. Impian anak-anak untuk beraktiviti
santai bersama anak-anak yatim dan anak-anak yang layak menerima zakat
termakbul.Alhamdulillah.
Kami anak beranak merancang dan menempah tiket dan penthouse lalu
bersantai manja dengan ikan ikan yang cantik dan air laut yang jernih di
Pulau-pulau indah di perairan Sabah. Juga menikmati keindahan dan kedinginan
yang menyapa di kaki sekitar Gunung Kinabalu di Kundansang, Ranau, Sabah.
Menerima jemputan kahwin dari Betty Benafe di Johor Bahru, saya angkut
anak-anak sekali. Disebabkan peruntukan satu kad undangan untuk tiga tetamu
maka anak-anak, saya tinggal berjimba jimba dibilik hotel.
Insyallah saya ada rancangan untuk bawa anak-anak bercuti ke Langkawi. Saya dah
siapkan itinery. Island hoping dengan menaiki bot ke Kilim Geoforest Park dan
makan seafood di restoran atas air, ke Pulau Dayang Bunting dan mandi di pantai
Beras Basah, Menaiki Cuise dan berjakuzi air masin serta menikmati buffet
sambil menunggu sunset. Makan-makan di restoran yang makanannya walah memang superb..the
best in the world, melawat makam mahsuri dan menikmati kuih goyang dan kuih
karas yang paling sedap yang dibuat dan
digoreng panas-panas di gerai bersebelahan telaga mahsuri. Insyallah apa saja
yang saya sibukkan pastilah untuk anak-anak tersayang.
Dalam kesibukan bercuti dan bersedia untuk bercuti, tiba tiba hati terbetik
bahawa persediaan anak-anak kesekolah harus didahulukn. Tak maulah saat saat
terakhir baru nak beli itu ini.
Maka tanpa berlengah saya menyuruh anak-anak bersiap-siap. Membeli itu ini
untuk persiapan ke sekolah. Di TESCO @ MUTIARA DAMANSARA saya menghabiskan masa
bersama anak-anak untuk itu semua. Alhamdulillah bila semua tu dah selesai di
uruskan rasa sedikit lapang dalam jiwa dan fikiran untuk bercuti..
Budak budak
ini kena diingat-ingatkan selalu, beli barang stationery jangan pakai ambek
jer…tahulah memang rambang mata kan….
Imran sedang
memilih milih pensil case kegemarannya…..
Alisya pun
tak nak kalah memilih untuk dirinya…..
Menyambar
sepasu dua pokok untuk hias di sudut rumah….
Kami baru
discover di TESCO @ MUTIARA DAMANSARA ni
bahawa Drummet ayam TESCO adalah yang paling sedap rupanya.
Dan yang
paling penting datang TESCO @ MUTIARA DAMANSARA dan sign up TESCO CLUB
CARD….maka baru kita tahu kita tak perlu ke tempat lain lagi selain TESCO @
MUTIARA DAMANSARA…segala keperluan harian ada di sini.
BUAT PARA PEMBACA BLOG SAYA YANG SETIA BERSAMA SAYA. DI SINI SAYA SEDIAKAN SATU PERADUAN YANG MUDAH DAN SANTAI TETAPI MEMERLUKAN JAWAPAN YANG KREATIF DAN HARUS DISERTAKAN DENGAN SEKEPING FOTO ANDA SEDANG MEMBAYAR HARGA BARANGAN DIKAUNTER JURUWANG TESCO.EMELKAN PENYERTAAN ANDA KE shinarostam@yahoo.com
SOALAN :
Mengapa TESCO tetap jadi pilihan anda biarpun banyak lagi supermarket lain?
Tarikh tutup peraduan adalah 18/1/2013. \Penyertaan yang paling kreatif akan menerima baucer tunai TESCO bernilai rm100.
SOALAN :
Mengapa TESCO tetap jadi pilihan anda biarpun banyak lagi supermarket lain?
Tarikh tutup peraduan adalah 18/1/2013. \Penyertaan yang paling kreatif akan menerima baucer tunai TESCO bernilai rm100.
15 comments:
salam.. alisya mmg pakai spec eh? comel :3
salam kenal ye ...haaaa macam ni laa setiap bulan kalau keluar bershopping ...trime kasih berkongsi maklumat .. :)
TESCO yang paling hampir di tempat saya
salam Nani, lama mak teh x bertegur sapa disini ya, tapi sentiasa mengikuti perkembangan nani n anak2..come alisya bertudung..apa brand berus gigi yg alisya suka
nie tempat wajib saya g tiap2 hari...klu tak pergi rasa macam kurang jer sesuatu...
Terima kasih emak!
salam kak,
kami pun nak bercuti di Langkawi 26/1/13 ni. akk bila? ada rezeki leh jumpe gitu... ;)
comelnye Alisya bertudung..
betullah kak, jadi ibu ni, segala2nya utk anak2 dan suami kan... kdg2 utk suami tu terketepi sikit sbb melayan anak2... xpelah suami redho
kk Nani, bagi la upload gambar Kk Nani jugak :)
saya suka nampak KK Nani. Majalah In Tend tu wajah Hanis kan? :)
TESCO mmg akan spoil budget saya... hahaha.. full of selection..mmg suke shooping groceries kt TESCO..
=)
http://coffeedencelady.blogspot.com/
Salam Kak Nani sayang :)
A'ah saya pun beli barang dapur kat Tesco. Saya pergi Tesco Setia Alam. Tapi nak membayarnya memang bercinta la yek? hehehe....Tu yang saya kalau beli barang dapur biar penuh satu troli sebab puas hati kalau beratur panjang lama-lama.
wak pon dh lama X join peraduan..,uHHuu
Kak Nani....Rin setiap bulan mmg belanja brg kt Tesco Bukit Indah.....produk TESCO not bad....suka beli pizza..time promo 2box RM14 je....susu Tesco pun sedap....boleh try drummet pulak la.....
Rin mmg belanja brg kering/frozen food kat TESCO Bukit Indah.....suka beli pizza TESCO....susu segar TESCO pun sedap...
Subhanallah! comelnya Alisya bertudung...:-)
Salam,
suke tengok alisya bertudung :)
Post a Comment