Thursday, September 13, 2012

Memang Tak Berkat

 Assalamualaikum,


Masih mood raya kan...

Hehe macam pernah baca perkataan tu kan....selagi syawal tak tutup buku selagi tu mood beraya masih membara. Tulah siap tanya raya sampai bila.....opps.last day raya hari rabulah pulok...bukan hujung minggu...kalau tak boleh masak masak, makan makan lagi kan...

Tapi ada lagi satu kali hujung minggu. Hujung minggu ni.

Ha..sapa sapa yang kuih raya dah habis, pastu nak cuba skil baking untuk resepi yang sambil baring pun boleh buat, sambil pejam mata pun boleh siap...hehe sambil sambil jer lah kan.....inilah resepi kuih batik kegemaran ramai...paling mudah paling mengancam..dan mabeles.

Saya ni suka berkongsi resepi yang best best jer.. Kalau dulu, orang tak berapa buat red velvet...saya kongsikan resepi tu setelah puas saya mengubah suai sampai jadi, begitu juga bread pudding, begitu juga tripple, begitu juga pavlova.

Kali ni kek batik. Lepas dapat resepi ni boleh buat berniaga. Buat business. Jadi jangan ada alasan tak tahu buat business apa..Ramai orang sekarang hidup selesan dengan berniaga. Berniagalah apa sahaja yang sesuai dengan market pasaran. Orang sukakan tudung berniaga tudung, orang sukakan makanan berniaga makanan, orang sukakan product kecantikan, berniaga product kecantikan.

Tetapi ada satu yang saya cukup tak gemar, orang-orang di internet ni...yang penyebaran maklumatnya sepantas kilat, kalau kita nak berniaga, berniagalah cara sihat. Promote barang sendiri sedaya upaya, tetapi jangan sampai menjatuhkan product orang lain. Memburukkan product orang lain. Meniru dan membandingkan product orang lain. Ayat-ayat pun copy paste orang lain punya. 

Jangan tamak sehingga nak lakukan product sendiri sanggup merendah-rendahkan orang lain.


Tak berkat. Kalau berniaga tak jujur macam mana nak berkat. Kalau ada sekelumit niat buruk atau tak jujur dalam diri maka apa sahaja yang kita lakukan tak kan kemana.

Pendek kata MEMANG TAK BERKAT.

Berniaga dan bersaing secara sihat. Kalau product kita bagus, kitalah testimonial yang paling berkesan dan betul.


Oklah selalu sangat nak bagi resepi kena baca mukadimah pulak...hehehe .Pesanan saya, buat tau resepi ni.Insyallah jadi. Alhamdulillah dah pun jadi saya buat.

Masa beraya rumah sepupu, saya makan kuih batik yang terhidang. Sedapnya...memuji ikhlas sambil bertanyakan resepi sekali lalu.... dengan bantuan ingatan yang masih kuat. hehehe, sebenarnya terlalu mudah sebab senang jer resepinya dan yang paling penting sedap jadinya.



KEK BATIK/KUIH BATIK/BISKUT BATIK

250 gram buttercup
250 gram serbuk milo
satu tin susu pekat manis (450gm)
Satu bungkus biskut marie brand Tiger.


Cairkan butter dalam periuk, setelah cair masukkan susu pekat manis, kacau dan masukkan serbuk milo, kacau sehingga adunan mendidih dan menegeluar gelombong gelembong. Tutup api dan masukkan biskut marie yang dipatah dua. Kacau sehinga sebati dan masukkan kedalam loyang empat segi yang dilapikkan plastik supaya mudah mengeluarkan kek itu nanti. Ratakan adunan ke dalam loyang sambil menekan-nekan sehingga padat. Biarkan semalaman di suhu bilik sebelum dipotong.

*Sila ikut bulat-bulat resepi kek batik ini termasuk jenama product yang saya gunakan...maka kek batik akan jadi lemak manis, sedikit chewy dan rangup.























45 comments:

Afnan (^_^) said...

Kek batik mmg sedap!! Ramai kwn saya asyik tanya resipi mcm mana nak buat.

Jiha said...

Susu cair ke susu pekat kak nani?resepi kata susu pekat..cara penyediaan plak kata susu cair..aiyakk

~ Huda Qamar~ said...

hehe...baru nak tanye macam jiha =)

JaSSNaNi said...

assalamualaikum...

sedapnya kek batik.. mmg sape yg gemar coklat akan suka kek batik ni.. kan.. :)

Cik Puan Izan❤ said...

sedapnyaa.. lama tak buat...

F Hzh said...

Slm Auntie Nani, thanks for sharing the recipe. heeee :)

ada the baker said...

as i know, guna susu pekat ;). my recipe ~ butter, milo, susu pekat manis 1:1:1. super easy recipe ;).

NenetPenne (NP) said...

agreed with u
nak berniaga, berniagalah secara sihat dan jangan memburuk2kan product lain kot2 nanti termakan diri sendiri...

QASEEH HATIKU QASEEH said...

exactly resepi sy besa bt dr dlu2...nak lg sedap tmbh kn nestum...klu rajin...mixer dlu butter wit telur 2 bj...dah kmbang...masuk kuali kacau2...then masuk milo susu. ..

Irfa said...

eh yg ni lagi senang
tq kak nani

helentea said...

simple but i love the idea on cutting it into smaller pieces, putting it small cookie papers..memang brilliant. boleh la applikasikan kat kek2 lain :)

Unknown said...

tolong jawab on behalf kak nani..rasanya Jiha & Oda Aman dah confius ayat ni:

"Cairkan butter dalam periuk, setelah cair masukkan susu pekat manis, kacau dan masukkan serbuk milo,"

yang cair tu butter, susu still guna susu pekat..cuba bace balik ayat kak nani ;)

LoVe4m3 said...

Jiha n Oda : "setelah cair (means butter tu yang cair) masukkan susu pekat manis" hehe... mesti konpius baca tu sampai ingat kak nani cakap susu cair :P

Atie said...

hehe suratan atau kebetulan..resepi K.Nani ni sebijik sama dgn resepi adik sy..mmg sedap hasilnya:)

Unknown said...

Klu aida lps masuk kan milo kacau2 sket masukkan sebiji telur utk bg dia kilat dan lebih lemak.. Ce kak nani try... Hihi

Axie04 said...

resepi ni memang senang n sedap. x sabar nak buat lagiii,

Akak Kembang said...

kek yang mudah...

Chik Att said...

Thank akak..

Nanti nak cuba ....

Hudalatip said...

orait weekend ni nak baik, nice..

Miamore said...

Suka sgt ayat akak tu... saya pun nk sgt buat bisnes tp byk sgt halangan ... insyallah one fine day...

ibh_sue said...

Asslmkum kak Nani.
Memang sedap kan. Simple dan yummy

Puan Eka said...

ni best,sebab takde telur..

i like...

nak buat.hehehe

Gerb said...

Saya cari review pasal produck Collagen Dust. Terjumpa brand lain. Tapi yang saya musykil ayat iklan dia sama macam dalam iklan Kak Nani.

Tapi bila tengok tarikh iklan. Owh..iklan Kak Nani lagi awal keluar dari iklan dia.

Sah2 la dia yg copy paste

Meg-ct said...

Thank you Kak Nani. Malam ni nak cuba buat. :)

Meg-ct said...

Oh, hari tu saya cuba resepi asam pedas Kak Nani. Abah saya makan bertambah-tambah. Katanya pandainya kamu masak, sedap sungguh. Siap nak mintak resepi tu nak cuba masak kat rumah dia pulak. Hehehhe... Terima kasih yer Kak Nani.

Unknown said...

tq kak nani... Saya baru aje mengoogle resepi kek batik nie.. tapi suma x menepati citarasa sebab tengok picture diaorg x chantekkkk. dah boring, terus masuk bloga akak sebab nak ilangkan boring... alih2, akak bagi resepi nie.. errmmm... langkah kanan saya nie.. tq ye kak nani...

Sue said...

sy pun suke kek batik.. kalau sy buat, suke tambahkan koko van hauten.. so sgt terasa coklatnya, n kurang manis (balance sikit dgn rasa manis si milo tadi)

Zareda Norman said...

thanks kak nani resepi tu, anak dara zar suka sgtkek batik ni

Unknown said...

Salam kenal, selalu buat kek ni, cuma saya selalu derhaka, suka buat bust dia brrlapis2, tekan dia biar rata and then saya suka letak butter and tabur sedikit kacang tumbuk. Buat dlm 3lapis aje risau rasa lari.

Syazwan Che Deraman said...

Berniaga tu punca 99% pendapatan kan?

tapi kalo menipu dalam berniaga, jatuhkan perniagaan orang lain.

99% tu lah yang tak berkat, dok bagi makan kat anak bini.

daripada first generation to the next generation.semua hidup tak berkat.

sedapnya kek batik.

wan ni, tak suka makan biskut raya.
semua jenis wan tak suka kecuali biskut almond london dan biskut kacang.
yang lain, semuanya rasa sama je dan melekat di gigi.
hehehe.

tapi untuk kek batik dan kek kek macam ni. wan sangat suka.

susumanis said...

best ni, sy mesti cobee

Jefri said...

kalau guna biskut digestive ganti biskut marie, akan jadi dabel dabel sedap...hehe

Atiqah Wadiah said...

heeee~br ngidam nk buat kek batik ni..tq aunty sudi share recipe..weee :)

PERSIAPAN PENGANTIN BUDGET said...

Kak nani, memang rajin le sebab resepi ni dulu saya pernah buat tapi kita main hidang je lapas dah siap. Idea letak dlm cup cantik tu memang kreatif. Memang kak nani ni mementingkan kesempurnaan.... Insyaallah ada rezeki dan masa nak cuba buat cara nilah... Tksh kak nani.

ummi_imani said...

bagai org mengantuk di sorong bantal..bagai org yg tak reti buat biskut raya pastu kuih raya dah abis di sorong resepi mudah..tq k nani!

AJ said...

setuju dengan kak nani, berniagalah dengan sihat...saya tak faham mentaliti orang melayu,suka sangat tengok org lain jatuh dan tak suka tengok org lain lebih maju dari mereka..apa salahnya kalau sama2 maju ke hadapan? belajarla dari bangsa cina yang menggunakan network yang ada untuk memajukan bangsa dan perniagaan dan bukannya menjatuhkan sesama sendiri..

P.s : entri ini saya dedicatekan buat kak nani, special thanks atas perkongsian :

http://www.eyriqazz.com/2012/09/belajar-dari-pengalaman-nani-rostam-ibu.html

budaksejuk said...

sedapnyeeeeee :)

Deceptive said...

thanks kak nani. inilah resipi kek batik yg paling simple yet delicious.

Naim Iman said...

gona try it. dah lama cari resepi yang membantu macam ni. tapi tak pernah nak jumpa dan tak berkesempatan nak buat. thanks :)

enotots said...

salam perkenalan kak...berkecur air liur pagi2 ni baca entry akak..sedapnye kak...

AQisH said...

alhamdulillah..hasil mencuba² resepi kak nani..saya pon dah buat biz kecil²an jual dessert yg saya ambil resepinya dlm blog kak nani nih..berkat kak nani yg x kedekut ilmu..semua resepi kak nani tu mmg sedap² belaka..terima kasih byk² kak nani..teringin nak jumpa lagi ;)

skrg ni saya pon share resepi tu dgn kwn² yg lain..semoga rezeki kita murahkan..teruskan berkongsi yer..dan betul biarlah pendapatan kita tu berkat..gunakan cara sendiri utk maju dan usahlah berdengki sesama kita..insyaAllah berkat..tq again kak nani..

Puan Eka said...

dah try dah auntie..sedap gile..
lain rasa dengan yg resepi2 yg eka penah try...

Noona said...

kak nani...naknak resepi gulai ayam ada x?

Noona said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

dah cube.. mmg mabeles rasenye
...resepi kak nani mmg ikhlas tak kurang seket pun tinggal nak follow jer..thnx a lot..