Sunday, September 23, 2012

Besday Party Datin Nora Samsuddin


Assalamualaikum,


 Kami berempat, sorang 60-an, sorang 40-an, sorang 30-an dan sorang 20-an. 

Tetapi motto kami no akak akak. Kami panggil each other nama sahaja...and kau aku, atau, hang aku.


 Ok bila tanpa pangkat tua muda, kami dapati, kami macam rakan sebaya dan tidak terdapat sedikitpun gap. Maka kami jadi rapat...berkongsi cerita apa sahaja...bergurau apa sahaja. Yang lebih penting kami berkawan tiada perasaan hasad dengki. Tiada yang bercita citta  aku mesti lebih dari kau.

Ingat lagi bila Zee sedang berkira kira untuk cari kerja bahagian marketing, dia bagi syarat kat orang yang nak ambek dia kerja. Katanya kalau u tak ambek Nani, i tak nak kerja. 

Antara kami tiada kata kata yang saling menyakitkan hati, meng up diri, hahaha lagipun antara kami tiada siapa yang lebih up dari siapapun 

 Hampir setiap minggu kalau ada kesempatan kami hang out bersama. Minggu lepas macam biasa, kami berjumpa. Kali ini ke rumah Datin Nora Samsuddin untuk meraikan majlis hari jadinya. Seperti biasa Zee atau nama sebenarnya Azizah Majid Penyampai Radio yang dah tentu kenal ramai artis yang pernah berwawancara di udara...maka gamatlah suasana bila dok gebang cerita lama-lama.

Setiap kali kami bertiga atau beempat memang ada jer cerita yang buat kami gelak... dalam kereta gelak...kat rumah..gelak...kat restoran glak..kat karoke gelak...

Berkawan ni biarlah buat jiwa kita tenang, gembira, lapang. Dalam hidup harus ada kawan supaya sekurang kurangnya kalau ada tekanan boleh release sedikit demi sedikit.

Kawan tak sama dengan keluarga atau adik beradik. Sebab tu saya kalau anak-anak nak bersama kawan kawan saya tak kisah. Saya tahu  hidup lbih bermakna dengan kawan-kawan yang sehati sejiwa. Adanya  kawan yang baik hidup lebih ceria.

Di rumah datin nora, kami seperti biasa beramah mesra dengan artis. Kalau artis tu  nampak sombong, ..saya datang kat mereka tegur sapa, akhirnya sorang sorang jadi kawan.

Memang seronok kami malam tu. Anje paling seronok jumpa artis.. Shireen kurang sikit  sebab dia memang penyanyi di hotel hotel, club club maka biasa berjumpa artis. Zee seperti biasa sempat bergossip tentang zaman silam dengan ex x nya...walla....







Senyuman Shireen yang menawan, paling seronok kalau dapat pergi karoke dengan shireen, bagi dia sorang jer nyanyi, pasti kami  terlopong..... lagu dangdut, lagu omputih memang makanan dia....




Anje yang giat berpolitik....namun cuba mencuri masa untuk kami semua....i love u anje...








Asalnya..Shireen berkawan dengan anak Zee, last last rapat pulak dengan maknya...walla...

They are my fewnzzz..semuanya anggun....

Datin Nora Samsuddin, Zee, Anje, Shireen. I love uolls..



Me and  my darling Shireen....


Me and Zee..Aku sayang kau Zee....

My two lovely fwenzzz


Sayang Shireen ketat ketat

Anje, please dong, nape ada muka setengah nih?


Sempat Zee bergossip dengan Pak Hamid tentang kisah cintanya yang lepas...kannnnnn








Nani kau ambek gambar aku closeup. Nah ambek ko...cantik kau Shireen....




Ibnor Rezza, me, Siti Fairuz yang masih bersuara lunak menyanyi lagu raya, Shiela Amin, and Datin Nora












Nash pun nyanyi malam tuh...


Dalima Wati (Hantu Kak Limah) and me...

Dalima Wati and Anje

Shireen and Yasmin Suraya

Yasmin Suraya kakak Hani Yasmin and me

Anje and Yasmin


Dalima Wati and Shireen

Dalima Wati dan cucunya..


Razis Ismail and me...suara masih lunak, muka masih tampan. Terima kaih Razis atas pemberian CD baru bertajuk Permaisuri Hatiku  siap dengan autograph.."buat Nani".Tq so much.

Anje and Razis




Meneka Dalam Kesamaran...tekalah Ibnor.....


Mimpi Tak Sudah...mimpi apa kau Ibnor kena kepit dengan dua aweekzz....




Datin Nora yang masih anggun, ayu and me




Hail Amir, Datin Nora, Normala Omar and Zulkifli


Nozie Nani pun ada...





14 comments:

aNIe said...

Amboi... nani dikelilingi selebriti...seronok ye...w

Semuanya masih anggun...

Hudalatip said...

Nozie Nani tu orang batu pahat kah? Artis lama kan?

aizeepesona said...

walau macamana pon dalam ramai2 tu muka kak nani jugak muka artis..hehee..

kepada kengkawan kat dlm N3 yang pakai bedak putih2 tu akk suggest lah kat dorang make up cara kak nani ..nampak natural gitu.heheee (eh alamak dorang bca tak comment nie..hehee..)

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

Salam Kak Nani, seronok dpt lepak2 dgn kawan2 sambil berborak mcm ni kan...
pastu jumpa artis2 lama...
lagi pulak saya suka lagu Ibnor Riza, Siti Fairus, Razis Ismail..boleh la kak Nani sampaikan salam saya kalau berkesempatan jumpa dorang lagi...

eh mmg suka la sangat lagu dorang tu semua....
jiwang-jiwang pun best! heheh :D

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

walaupun ila kiranya kategori junior..ila minat raziz tue dgn ibnor riza. ibnor tue selalu datang nyanyi kat opis ila kalau ada event

Molly said...

Salam Kak Nani sayang,

Wahh!! Wahh!! bestnya berkumpul dengan BFF, kepala semua ting-tong. Seronok dapat kawan-kawan yang memahami.

Dalam tu semua, Kak Nani la yang paling cantik :)

Bintangjauh said...

Salam Ratuku Nani,

Happening senantiasa... sayangnya, mereka semua banyak digambaran photos yang Ratna tidak kenal kecuali Hail Amir dan Pak Hamid..

Meriah ya Nani dapat bersua mesra dengannya Ratu-Ratu yang bertaraf sahabat tanpa sempadan dari segi apa sahaja.. begitu diri dihargai dengan setulus ikhlasnya.

Seperti biasa dan selalu, Nani tampak begitu anggun cantik jelita sesungguhnya...

Salam manis semanis madu.

Izanne said...

Hebattt kak Nani kita..

Dinas Aldi said...

Saya masa kecik2 dulu ada crush kat Razis Ismail tu, kihkihkih!

Maiza said...

Kak suka nya nengok gmbo tu..hehe dah mcm retis je ko kak oii ..bukan nk genden pavlova la..mmg ko yg jelitaz ..clsszz :D

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

yasmin suraya, lama tak dengar crita dia dr majalah..

abang ensem said...

Razis Ismail.. my feveret singer tu masa kecik2 dulu.

Unknown said...

kak Nani... ni cerita Legoland kita..! hehe tumpang post n masuk watak ye. =)

http://ceritawaniesyazie.blogspot.com/2012/09/legoland-part2-lets-explore.html

Rosniena said...

wah..artis veteran reunite ler ni..diorang ni semua patut dihargai dan tidak dilupakan.