Thursday, April 19, 2012

Saya Tak Jual Bread Puding Sebab Mahal


Seorang ibu yang paling disayangi oleh anak-anak adalah seorang ibu yang selalu masak sedap-sedap untuk keluarga mereka. Percaya atau tidak...itulah hanya permerhatian saya sebagai seorang ibu yang selalu akan rasa sungguh bersalah apabila sering tiada masa untuk masak di rumah dan hanya beli makanan di luar...huhu


Tapi tak per...sesekali tu rajin rajinkan lah diri untuk organise satu acara masak masak dan makan makan seisi keluarga.


Bila Liana cadang buat baqbeque, saya seperti biasa akan paling suka menyediakan dessert sebagai penambah manisan dan seri acara makan-makan.

Hanis pula bersungguh-sungguh menyediakan caesar salad sehingga saya terlepas pandang untuk guide dia supaya tidak semuakan bahan bahan yang dibeliknya...Walah. maka jadinya tiga pinggan salad untuk seisi keluarga.

Almaklum bila keluarga mentua Liana yang dijemput tidak muncul, maka tiga pinggan salad harus bersambung dari dinner, breakfast dan lunch...walah..walau keluarga kami ramai, kalau jemput orang tak datang masih menu yang sama berlanjutann hingga dua hari dua malam.








My peberet ever...minta maaf kalau ada orang order memang saya tak buat...sebesar size di atas saya caj rm150...alahai memang mahal tetapi itulah kosnya....



Memerap lamb chop

Seafood dan Ayam

Rewang

Harus dengan Sos Vanila untuk Bread Pudding

Sebelum acara makan tengahari yang simple



Sekecik tumpang menengok


Setkan meja makan dulu...nanti just letak makanan untuk memudahkan penghidangan...


Rindu jam tart...

Bahan bahan caesar salad oleh Hanis Zalikha

Sos untuk buat baked macaroni chesee

Penyediaan oleh Lia


Tiga pinggan salad







Macaroni Cheese yang sedia untuk dibakar 





Kalau dah pensyarah tu....bako ayam pun pegang kertas....

Part part marinate dan bakar bagi kat Hafiiz memang kepakaran dia.....





Tauhu goreng tepung cicah sambal kicap










Qis yang noti....



Qis dan My yougest sister Nana

Air minuman harus sparkling juice




Macaroni cheese yang dah siap...nak resepi harus minta diblog ini












Mee Siam disediakan oleh penulis...hehehe



















Tidak Ketinggalan My PAVLOVA...yang ini kalau nak order boleh.harga rm120. thank u...hehe




















Biasalah fotographer...mana ada dalam gambar.....

40 comments:

yusrina said...

sedapnya nampak bread puding ngan macaroni cheese. Telan liur ni...

amalza abdullah said...

wah meriah btul auntie wt makan2....yummy2

Salmi Khairil said...

ermmm..semuanya nampak sedap..paling teringin pavlova tu..huhuuuu

Norafarhanis Rahman said...

Ya allah banyaknyaaaa makanan!!
sedapnyaaaaaaa! :)

Misz-ella said...

ahahahaha .. knp la tak jemput saya? hehehe.

haLyZaQiut said...

Ya Allah, pavlova itu sgt menggiuurrrkkkaaannnn......ssluurrppp....(telan air liur)... :D

dilla nadila said...

MELTING =)

anariffin said...

Ya Allah aunt..
mampu telan liur je ler tgok sme tu..
nape pavlova tu comey sgt aunt...

Unknown said...

pergh..dasatnya..banyak sangat makanan tu....kira akak bole le jemput kami2 yang asik dok menengok selalu ni datang tolong abiskan....

Zurina Hj.Zainal said...

LAPARR.....:p

mama leen said...

sedapnya
semua sedap.. seronok tgk gamba.. nak makan family pun set up mcm diner kat hotel
best sgt

aNIe said...

Nani...mata akak asyik terpandang Pavlova yang mengiurkan tu... seronok bila ramai boleh diharap dlm keluarga... macam akak ni... yg boleh tolong akak tulah anak dara yang sorang tu...hehehe...yg lelaki tau membakar dan makan je...hehehe

atiqah said...

aunt, nak pesepi pavlova plissss.. hihi

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, semua nampak sedap.. hati saya terpaut dengan hidangan di meja makan.. lain kali panggillah saya tolong bakar ya.. hiks

Hudalatip said...

ya allah terujanya nengok..nafsu nak memasak saya merundum lately ni..bila nengok semua ni, rasa berkobar nak memasak.....

aizeepesona said...

fuuhh...! macam majlis harijadi...macam2 makanan ada..

tapi.....macamanapun muka kak nani tak de...tak puas ar...hee..

kelipkelipchumel said...

sedapnya nampak.pavlova tu mmg asik jd tumpuan mata je.macaroni cheese.pusding roti itu...waaaaahhh...sume sedaplah.

Haris Zuhaina said...

As Salam. Puan, next blog bagi lah resepi utk semua menu2 BBQ nih... sedap nampak-cam hotel dah presentationnya... Nk cr dr blok Puan yg lelama cam lambat.. hihihihi, tp klu dok dlm 1 topik, semua ada by event :)

Rozita said...

Sedap sedapnya makanan tu kak nani. Tengok orgnya tak ramai sangat tapi menunya punya lah banyak. Makan makan famili jer tapi table setting cantikss gitu... suka stail kak nani la, menjamu selera sambil menjamu mata..

missalongwani said...

wah......sedapla auntie punye bread puding..kite dah pernah buat ikut resepi auntie...tp xpakai kismis (psl xsuker) gantikan kepingan badam...sedappppppppppppp yg amat......ohhhhh.....(terliur rasenyer..balik nnti nak buattttttt!!!)

mamasuri said...

teruja tgk setting meja akak...
rumah sy ni tak pernah nak setting meja gitu..
yelah makan pun brapa kerat je orang nyer..laki bini jer..
but..sy suka bersetting gitu...kena belajar ni...

miya said...

kalau satu family tlg-menolong mmg best.

Filla said...

amboi... banyaknye food.. terliur saya disini ;)

hatim a.r said...

saya tak kisah tengok menu-menu western.tapiiii tapiiiiiiiiii tahu goreng cicah sambal kicap omaigod omaigod!!!ini jawa approved.bak sini sikit *berjejeran air lior*

Bintangjauh said...

Salam Ratuku Nani,

Rindu sekali dengan gambaran hidup keluargaan Nani yang sehati sejiwa anak-beranak&suami, anak menantu juga adik beradik sepusat sepusing berkongsi juadah beramai-ramai berkumpul bersama... tampak meriah sekali dengan pelbagai makanan dan manisan desserts yang menambat selera yang penuh diatas meja, panjang kata... hanya puji-pujian yang Nani berhak menerimanya dan Ratna bersetuju sekali dengan perengan per-1 sebagai pembuka ayatan, "seorang Ibu yang paling disayangi oleh anak-anak adalah seorang Ibu yang selalu masak sedap-sedap untuk keluarganya" tidak perlu Ratna huraikan lagi, sudah benar sebenarnya!

Salam manis semanis madu.

Sumandak Kinabalu said...

Salam,

Alahai, sedap betul pavlova tu. Nak order,jauh la pulak kita ni aunty. Kalau pavlova tu boleh pos ke sabah takpe jugak.

Memandangkan tak dapat nak order, saya cuba buat lah erk? Saya mintak izin ngan aunty ambil resipi pavlova aunty ya,doakan semoga sukses! Kalau jadi saya tag aunty nanti! =)

maszull said...

asalamualaikum nani...wah hepi family makan bersama2 semuanya...bestnya makanan yg tersedia...:)

abang ensem said...

Kak.. Bila nak minum latte??

Rosniena said...

wah..makin semangatler khairi sebab mak mertua pandai masak

SURIA AMANDA said...

BESTNYA MAKAN2 MCM NI

Molly said...

Salam Kak Nani,

Suka betul tengok entry ni! meriah betul dengan makanan. Saya dah 3 kali buat puding roti ikut sebijik resepi akak. Memang sedap yang hamat! saya bagi kat mak dan adik beradik saya makan diaorang pun tak percaya saya buat puding roti sebab saya tak pernah buat kek, biskut, puding semua ni sebab memang tak minat. Tapi sebab Kak Nani yang selalu mengiurkan rupa puding roti dalam blog, ah! tak boleh jadi nih....Saya pun nak cuba rasa mcm mana sedap puding tu. Terima kasih kak, memang sedap.
Spagetti Bolognese akak pun saya ada buat malam tadi. Biasakan pakai Prego, tapi semalam memang nak ikut resepi yang akak letak sebelum ni. Sedappp!!! puas hati sangat.

tiatyot said...

tengok entri ni saya jadi LAPAAAAAAAAAR!

susumanis said...

alhamdulillah..nikmat lazat, sedap, happy,meriah. gembira semua ada kak nani, semoga berkekalan ..amin...

WH said...

kenapa pavlova kak nani cantik sgt3??? jeles3!!

Izaidin Misdi said...

Sedapnya. Dah makan kenyang pun masih berselera kalau tengok susunan meja dan hidangan yang wow macam ni.

Aunty tak teringin ke nak masuk Master Chef?

Zara said...

Balik Msia nnt mmg saya nak order pavlOva cake dengan akak..

Reflisia said...

hidangan yang sangat mengujakan!

Eiba said...

kak nani, tlg publish bread pudding sekali lagi. Cuba cari dlm blog k nani tp x jumpa....

Sheherazade said...

bbq yummy!!!!pavlova semua la

anakjaiman said...

ah ! bencinya setiap kali tngok pavlova yg auntie buat ni. dah suruh orang lain buat, tak sama cantik + besar macam ni.