Monday, April 16, 2012

Main Bowling Sapa Menang






Apa sahaja yang saya lakukan...semuanya demi anak-anak saya yang amat saya kasihi. Anak itu amanah Allah..kalau memang saya adalah orang yang patut dipertanggungjawabkan membesarkan anak-anak saya, saya  terima dengan redha bukan kerana saya tiada pilihan tetapi kerana saya memang menyayangi semua anak-anak saya sepenuh hati. 

Biarlah segala kedaifan, kekurangan, tekanan emosi yang saya tempuh sedari kecil saya jadikan semangat untuk saya terus berjuang dan berkerja untuk membesarkan anak-anak tanpa mengira penat lelah kerana ianya sebenarny adalah kebahagiaan bagi saya apabila saya melunaskan tanggungjawab seorang ibu yang sentiasa mahu melihat kegembiraan anak-anak.

Buat ibu -ibu diluar sana..apa sahaja yang anda lakukan...apa sahaja yang anda lalui, renungkanlah dalam-dalam bahawa tiada kasih sayang yang lebih bererti buat seorang anak melainkan kasih sayang seorang ibu.

Cetuskanlah rasa kasih sayang terhadap benih yang anda kandung dan lahirkan kedunia. Jangan ada sekelumitpun sifat benci, sifat cemburu, sifat kejam dengan membuang anak anda, membiarkan anda ditangan yang salah, mendera anak kerana emosi yang tidak stabil, membiarkan anak terumbang ambing mencari kehidupan sendiri dengan makan minum, pakaian dan persekolahan, pembesaran, pergaulannya yang  tidak anda pedulikan...

Lihatlah diluar sana bagimana anak-anak terjebak dengan pelbagai penyakit sosial..seks bebas, dadah, jenayah dan sebagainya...semuanya adalah kerana satu peyebab iaitu bila  ibu hanya tahu mengandung dan melahirkan  tetapi dengan selamba  melepaskan segala tanggungjawab dan tiada rasa kasih sayang untuk membesarkan dan mendidik  anak-anak. Melahirkan tanpa bertanggungjawab membesarkan dan memberi perhatian kasih sayang  dan pendidikan yang sewajarnya merupanya satu penganiyaan kepada satu nyawa yang kita lahirkan.
Jangan kerana kita bergelar ibu kita berhak menganiaya anak anak  semata mata kita tahu  bahawa syurga itu dibawah tapak kaki ibu.









Kami makan makan di restoran Sate di PKNS waktu menghantar emak saya ke Pejabat Tabung Haji PKNS.


Memenuhi permintaan anak-anak untuk main bowling setelah menjenguk panggung wayang tiada cerita menarik untuk ditonton...kalu ada aoran aziz mungkin cerita jadi menarik..huhu



Lefhanded bermain bowling...yezz steady Hafiiz


Kat belakang tu Imran siap beri tunjuk ajar......kejap jer..Alisya dah tunjuk skill...


Bapa borek anak rintik..kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi...









Sebenarnya saja nak ronda kat tempat yang berdekatan dengan IKEA...sungguh jatuh dengan makanannya....

Suka beli roti tu dan butter sekali untuk breakfast di dalam bilik tidur i....


puding caramel yang yummy

Bila order  spaghetti ni pelayan kaunter bagi pinggan plastik yang saya paling tak suka makan guna pinggan plastik...maka saya minta pinggan kaca kosong dan tuang...*wink wink*..harga rm5 jer kan..tapi memang menyelerakan dan mengenyangkan....

17 comments:

bicara mak dara said...

wahhhhh memang besttt kan jika dapat melakukan aktiviti bersama keluarga.. =)

peace289 said...

bestnyer...n pics cantek...pkai cam ape yer?

siti hajar abdullah said...

seronok bila ada masa bersama 2...
semoga satu hari nnt saya akan dapat bersama2 suami untuk menjaga amanah allah ini......nak sangat ada anak yg ramai.....tapi di sebabkan time pregnant mabuk teruk, terus rasa macam dah cukup je dengan rezeki allah ini....ada masa come n visit my blog k...http://papperclip85.blogspot.com

Puan Eka said...

memang best kalau dapat buat aktiviti dengan keluarga..lagi2 makan2..dapat mengeratkan perhubungan...

laparnye tengok meatball

Azie said...

As salam Nani. Dah lama tak main bowling sejak sakit belakang. Let's exchange link ya.

Mooniqueen said...

Lame betul sis tak update blog...selalu Ada kata2 semangat Dari sis... Entry Kali ni betul2 buat saya tersentuh n rasa lebih menghargai anak..kalau boleh nak jadi mcm sis..doakan saya ye,,

Mooniqueen said...

Lame betul sis tak update blog...selalu Ada kata2 semangat Dari sis... Entry Kali ni betul2 buat saya tersentuh n rasa lebih menghargai anak..kalau boleh nak jadi mcm sis..doakan saya ye,,

Mass said...

dah lama x main bowling...kalau saya memg juara bertahan...heheh...juara bertahan longkang....hahahaah

maszull said...

assalamualaikum Nani...mengembirakan anak2 ni mmg sudah kewajipan ibubapa selagi mereka masih dibawah tanggungjawab kita....suka melihat anak2 seronok n gembira selalu....:)

Rozita said...

Lama tak baca entry baru kak nani.. Suka baca kata kata motivasi dari kak nani. So, pas ni, bila nak marah anak sebab naughty.. perlu ingat balik entry akak ni..

Faz.M said...

Auntie, lama betul tak update blog..teunggu2 jgk..last weekend baru mkn meatballs Ikea..mmg sedap sgt.. favorite tu..huhu :)

Unknown said...

bestnyaaa meatball!Da lama xjenguk blog akak...btw,now pb corset cuma rm1800 shj,sementara stok masihada

Unknown said...

bestnyaaa meatball!Da lama xjenguk blog akak...btw,now pb corset cuma rm1800 shj,sementara stok masihada

Molly said...

Salam Kak Nani sayang. Apa saja yang akak tulis tentang diri, tentang anak-anak, tentang masakan, tentang hiasan rumah, tentang kucing-kucing semua saya teruja membacanya!!! Saya suka tulisan Kak Nani :)

aizeepesona said...

seronok jika dapat melakukan aktiviti bersama keluarga tersayang...

dapat plak ibu yang sporting cam kak nani....heee...

mak kita pun sporting gak...best ! syukur sgt...

suriani azwan said...

DULU jatuh hati kat blog Hanis Zalikha...sekarang kat ibu dia pulak...haish...setiap hari mesti buka blog dua beranak ni...best sangat...hehehe..

Qas. said...

Assalamualaikum kak nani, saya nak tnya, akak buat bisnes biskut secara online ni, akak ada hntar pakai pos ke ? kalo smpai ke tangan customer nnt tak berderai ke biskutnya ? sy rasa mcm teringin nak buat bisnes jual2 biskut secara online tp musykil takut2 dah smpi ke customer, pecah berderai biskut tu nnt.hehe.nak mintak akak share tips la kalo boleh. :)