Wednesday, March 28, 2012

Makanan Sedap Dengan Hanya Rm5 ???..Walawei....

Assalamualaikum,

Selalu terfikir dulu masa kecil kami adik beradik sungguh rapat. Dalam keadaan serba daif kami sering berkongsi makanan. Satu pinggan nasi makan dua orang. Satu dulang nasi makanan berebut-rebut lima enam orang.Masa tu tak da langsung rasa geli atau apa. Walaupun tangan sorang-sorang  cuma basuh dengan celup celup dalam air mangkuk basuh tangan.

Masa tu Cuma ingat untuk isi perut sahaja. Tak peduli harus berkongsi atau apa. Janji perut kenyang. Yang kena berkongsi pinggan tu bukan apa …samada kerana pinggan untuk makan pun kadang kala tak mencukupi ataupun makanan yang ada harus dikongsi  tidak banyak.

Wah semua itu memang mengimbau kenangan. Apatah lagi baru baru saya discover yang Chop & Grill Station yang terletak di Dagangan Avenue Food Court Taman Dagangan membuat promotion dengan hidangan yang sungguh superb rasa dan portion yang sungguh besar dengan harga berharga rm5 dan harus dikongsi seramai 5 orang. Bayangkan rm5 untuk 5 orang bermakna rm1 untuk seorang tetapi itupun belum tentu habis makan.
Saya part-part ‘best deal’ laju jer sampai. Sanggup ku tempuh dari Shah Alam ke Taman Dagang Ampang. 

Sampai di situ terus tuju gerai Chop & Grill Station, minta hidangan Grill 1300 888 427.


 Pergh…rm5 beb…mari berkongsi dan berjimat. Satu malam hanya disediakan 5 hidangan dan hanya ada sehingga akhir bulam Mac 2012…. Jangan tunggu ok.
  



Dua si kuat makan ni pun boleh surrender…..kalau tahu bawak satu rumah…hoh.





Agak-agak tak leh cari stall mana…tu dia dah boleh nampak next dish sedang beratur……jangan lupa cari Grill 1300 888 427. Selamat Mencari dan Berkongsi…

13 comments:

Cik Eka said...

amboi sedapnyaaaaaaaaa...

ni kena sapa cepat dia dapat.....

O'gosh said...

dekat ngan umah pun saya xtau? kene pegi ni...huhu

aizeepesona said...

bestnyer kalau ada kat melaka ...conpem pegi...

kalau kak nani pegi lg lepas ni akak suruh dorang bukak kat melaka errr...hehee

aizeepesona said...

bestnyeer kak nani , kalau ada kat melaka ...conpem pegi..

lepas ni kak nani ada pegi lg tak? nak mintak tolong sampaikan pesan suruh bukak kat melaka plak lepas nih...hahaa

ibuhebat said...

nampak sedap tu. harus kuterjahhh!!

Alin Marlini said...

i likeee....

Mummy said...

nyum..nyum....

susumanis said...

kreatif gerai ni kan...yummmm

mamasuri said...

nyum2..leh try ni

lily lotus said...

alaa terlepas! dah habis promotionnya

zureen said...

sedapnyer... kat melaka ni memang kompom xjumpe tempat macam ni

Siti Takhirah said...

akak,rindu lah.bila akak update blog.

aNIe said...

Nani... kat mana kedai tu...malas nak google...hehehe...