Cewah...3 pasang baju....beraya sakan kak nani!!!!
Memang..saya teringin nak kembalikan nostalgia persiapan menyambut hari raya. Saya lihat anak-anak saya sekarang seolah-olah tak excited sangat bila dapat baju raya. Tak macam saya kecil dulu bila emak saya buatkan atau belikan baju raya.
Dulu ketika kecil, dapat je baju raya, tak jemu-jemu mencuba depan cermin. Kadang sampai tidurpun tersenyum-senyum peluk baju raya. Emak marah-marah lalu simpan baju tu dalam almari, saya pula bila teringat je baju baru tu mesti nak jenguk...nak tinjau...kejap kejap dok mengintai baju tu di dalam almari. Dalam hati tak sabar-sabar nak melaram dengan baju baru di pagi raya.
Anak-anak saya sekarang balik je dari shopping baju raya, langsung buat tak heran. Kalau baju tu duduk dalam beg parkson ke, beg metro ke...duduklah kat situ tak terusik. Memang tak sama.
Agaknya bila kita semakin berusia, segala apa kenangan yang kita lalui semasa kecil, kini menjadi sesuatu yang begitu sentimental di jiwa.
Hari raya bagi saya, begitu indah bila kita dapat memakai pakaian baru dan juga melihat suasana baru dalam rumah.
Kalau tahun lepas saya menukar cat baru untuk rumah saya, tetapi tahun ni dapat menukar permaidani baru serta membeli balang kuih yang baru pun cukup memadai untuk saya merasai suasana baru di pagi raya.
Insyallah tahun depan kalau panjang umur murah rezeki saya ingin menukar langsir baru yang dah empat tahun tidak bertukar.
Lepas dah settle hal ehwal perniagaan kuih raya ni sampai hujung minggu ni, minggu depan saya nak mula kemas rumah sebersih-bersihnya. Kemas laman rumah yang dah berminggu saya tak sempat nak jenguk. Kemudian saya nak hias pokok-pokok dengan lampu lip lap..lip lap....
Saya nak pacak tiang lampu untuk lampu minyak tanah.
Bila habis terawih hati rasa girang melihat halaman rumah saya yang begitu indah disirami cahaya lampu.
Begitulah perasaan sayu, sedih, terharu bila ramadan akan berakhir namun dalam masa yang sama pula rasa gembira kerana menyambut syawal yang tiba.Alhamdulillah..moga-moga kita bertemu di setiap kali ramadhan yang mendatang insyallah.

