Tuesday, July 27, 2010

Soal Hati

Assalamualaikum...bukanlah tak rindu nak update blog. Banyak cerita dan material untuk saya kongsikan di blog namun semenjak dua tiga menjak ni saya melalui satu fasa yang begitu mencabar kekuatan mental dan fizikal. Berperang dengan emosi.Hati dilanda ribut. Jiwa dilanda kekacauan.Saya cuma manusia kerdil. Diri tak pernah sempurna. Hati selalu meronta.Pun tak pernah sunyi dari kesilapan.Tak pernah tercicir dari kekurangan.Malah masih berselirat cacat cela. Kadang rasa diri boleh berdiri gagah kadang rasa diri bila-bila saja boleh tumbang. Kadang mahu jadi kuat tapi sebenarnya langsung tiada daya.

Mahu rasanya saya kembali ke masa silam...bukan masa sekarang.Waktu silam di mana cinta yang masih padat dalam jiwa. Kasih yang memenuhi di pelusuk hati. Sayang yang selalu mekar berkembang. Namun masa telah meragut segala keindahan itu.Saya tak ingin itu terjadi tetapi ia tetap terjadi.Bukan mudah menangani soal hati. Tak semua orang mampu menilai apa yang kita rasa.Tetapi hampir semua orang mudah menghukum bahawa kita yang berdosa.

Namun apa sahaja mengenai hati kena tanya diri sendiri.Sejauh mana mahu mengikut hati. Sedalam mana kita mampu menyelami emosi. Bukan kah ikut hati itu mati? Bukankah jua ikut rasa itu binasa?

Saya pernah war warkan untuk menjadi berani tetapi bila saya cuba jadi berani, keberanian itu tidak membawa saya kemana-mana. Saya masih di sini. Masih bertatih.Masih berjalan jatuh.

Saya mula menyedari tidak semua yang kita impikan itu akan kita miliki.Dan saya mula kembali kepada diri dan bertanya apa yang aku mahu dalam hidup aku.Jawapannya pasti saya mahu menyayangi dan disayangi.Saya sedang menuju ke arah itu. Moga-moga Allah sentiasa membahagiakan hati saya dan merahmati setiap langkah yang saya ambil.Insyallah. Amin.

Untuk pengetahuan semua tahun ini seperti tahun-tahun yang lepas saya masih sibuk dengan perniagaan kek dan kuih muih hari raya. HARI RAYA tahun ni banyak juga kuih baru yang sedap sedap boleh anda cuba. Lagi-lagi kuih chocolate chip butter pecan kegemaran ramai.Sudi sudikanlah melapangkan waktu datang ke rumah untuk merasa sample kuih raya.

Dalam sehari dua ini, insyallah saya akan buat entri khas tentang kuih raya saya tahun ini. Semua kuih raya yang saya jual tahun-tahun lepas masih tetap ada.Cuma tahun ni saya tambahkan kuih kuih baru untuk variety. Telefon saya, Kak Nani di 012 3959779.Terima kasih.

Wednesday, July 14, 2010

Jadilah Orang Yang Berani Kalau Itu Yang Kita Perlukan.

Banyak orang boleh bercakap.Mudah. Macam air. Kenyataannya tak semudah itu. Berat mata memandang, berat lagi yang memikul. Kita tak berada di tempat mereka. Kita tidak berada di dalam situasi mereka.

Banyak perkara yang kita lihat bukan sahaja melibatkan kata-kata maupun tindakan tetapi apa yang lebih berat adalah bila ianya melibatkan perasaan. Bukan mudah berurusan dengan perasaan. Kalau dah rasa benci sukar pula untuk memujuk supaya cinta Kalau dah memang cinta sukar memujuk untuk melupakan.Ada kalanya mudah berkata benci tetapi sukar untuk melepaskan dan mudah berkata cinta tetapi tidak pernah dibuktikan. Itulah asam garam hidup manusia berpasang-pasangan.

Bila dengar kawan atau kenalan menghadapi masalah rumahtangga atau masalah dengan pasangan mereka, kita dengan mudah berkata, kalau aku ada laki/isteri perangai macam tu...dah lama aku cerai/minta cerai.Amboi senangnya bercakap kerana bukan kita yang berada di situ.

Minta cerai memang mudah. Tapi bila sang suami bersetuju menceraikan..
..gegaran tiang arasy terasa menggoncangkan seluruh hati. Mengigil seluruh badan. Berpinar mata, bergelodak perasaan. Walhal itulah satu-satunya perkara yang paling kita tuntut habis habisan. Bila dah dapat...menggeletar tak tentu arah...hati menjerit inikah yang aku mahu selama ini?....bebas dari belenggunya ? Bila itu terjadi pada diri sendiri itulah yang kita rasa. Tetapi bila terjadi pada orang lain mudah kita mengata.

Bermula dari situ diri belajar perlahan-perlahan menerima kenyataan bahawa diri sudah menjadi single. Kalau dulu buruk-buruk pun suami, sekarang yang buruk tu tak da lagi untuk kita menoleh...

Akhirnya bila malam berlabuh kita tiada siapa-siapa disisi untuk diajak mengadu. Hidup mengikut arus masa lalu kita bertemu berbagai-bagai perangai lelaki yang menyukarkan kita membuat keputusan. Kerana perangai lelaki-lelaki yang kita temui banyak yang lebih buruk daripada perangai bekas suami kita dulu daripada yang baik.Memang tidak mudah.Kalau adapun satu dalam seribu.

Begitu juga bila kita dapat tahu isteri kenalan kita ada kekasih diluar, dengan mudah kita katakan kalau aku ada isteri macam tu dah lama aku ceraikan. Berkata memang mudah. Tetapi bila diri sendiri berada di situ, perasaan mengatasi segala keegoaan. Barulah kita tahu yang kita tidak mudah untuk melepaskan isteri begitu sahaja. Barulah kita tahu bahawa selama ini kita sebenarnya memerlukan isteri kita lebih dari segala-galanya yang tidak pernah kita sedari. Barulah kita tahu yang isteri kita ni sebenarnya berjaya menawan hati lelaki di luar sana. Kita hanya menghargai sesuatu apabila ianya hampir terlepas dari genggaman.Baru kita tahu bahawa selama kita mencintai isteri tetapi tidak pernah kita tunjukkan sehinggalah bila kita sudah kehilangannya.


Memandang tidak sama dengan menghadapinya. Kita mudah membuat penilaian. Kita mudah memberi pendapat. Tetapi hakikatnya hanya orang yang berada dalam situasi itu sahaja tahu apa yang dihadapi. Bagaimana mahu mengatasi. Antara perasaan dan situasi. Banyak perkara yang perlu kita fikirkan. Susah senang kita yang menanggung. Bukan orang lain. Fikirkan anak-anak. Fikirkan kaum keluarga. Fikirkan pasal kewangan. Fikirkan maruah. Fikirkan yang orang lain takkan pernah terfikir apa yang harus kita lalui.
Namun bagi orang yang menghadapi situasi itu sendiri, satu sahaja nasihat dari saya....hidup harus berani. Untuk mencapai kebahagiaan kita tidak boleh goyah atau takut.
Berani mempertahankan pendirian kita. Berani memperjuangkan hak kita. Berani mempertahankan milik kita. Kita berhak mendapat apa kehidupan yang lebih baik. Kita berhak mendapat kasih sayang yang sepatutnya. Kita berhak memperolehi kebahagiaan hidup. Berani menyuarakan sesuatu. Berani bangun dan bertindak mengatasi segala kemelut. Kerana ketakutan itu sendiri adalah musuh dalam diri kita. Kalau kita takut tiada apa yang dapat kita lakukan untuk mengatasi segala permasaalahan.
Beranikanlah diri...kerana dengan keberanian itu tidak mudah orang lain memperlekehkan kita. Tidak mudah orang lain memijak-mijak maruah kita. Dengan sedikit keberanian kita dapat meletak diri kita ditempat yang lebih tinggi seperti yang sepatutnya.

Monday, July 12, 2010

Rindu Yang Menggamit

Tiba-tiba rasa rindu menggamit hati untuk menjenguk bandar Johor Bahru.Tak sampai 3 bulan pernah menghuni bandar ini satu ketika dulu, sekitar tahun 1983. Kenangan bersama seorang teman yang bernama Noraini Hamid berasal dari Kampung Parit Arif, Benut, tak akan pernah luput dari ingatan.

Bulan Jun baru berlalu...banyak cerita dan kenangan yang tak tercoret di sini...sibuk seharian dengan anak-anak. Bercuti bersama anak-anak. Alhamdulillah kek tak pernah lekang dari diari...




Setelah hampir 27 tahun saya tinggalkan bandar Johor Bahru agak pesat membangun....namun kalau nak bershopping di sini memang tidaklah jawabnya....serba serbi lebih mahal dari KL.

Anak-anak ni nama jer bercuti tapi games tak pernah tertinggal....

Seorang dengan PS2, seorang dengan PSP dan seorang dengan FB......adeeihhhh.....


Sarapan pagi di rumah kopi, hotel Puteri Pacific Johor Bahru.....tak berapa mengancam......


Hafiiz si budak rajin...............part-part berhadapan dengan makanan dan minuman....memang membuat dia lebih teruja.............




Dah tak tahu nak pergi mana.........melalak.....





Janji rock...................dalam diam-diam si anakku Khairi ni bukan main lagi mendendangkan lagu rock orang johor......


Inilah satu-satunya posing yang semenggah dari Mohammad Khairi..............





Dalam entri akan datang......kita tunjuk bakat mereka ni semua...heee



Okey.....Kotak-kotak merah.....kau tetap di hatiku.......





Balik Kl......lepas tensi......dengar Fredo dari Kumpulan 70an .....The Flybaits.....tangkap leleh dengar dia nyanyi lagu "mengapa perpisahan yang kau pinta".




Dalam sibuk dok godang dengan Strawberry Moist Chocholate Cake.....ini jelah yang sempat dijamu untuk adik yang bertamu....Spaghetti Kuah Istimewa.....resepi tetap akan menyusul....





Nanirostam.......sempat berposing di Spa Villa Manja....



Haniszalikha pun .....................













Tuesday, July 6, 2010

Pulut Kuning Rendang Ayam Perrggh


Amboi...pulut kuning, rendang ayam, macaroni goreng....dan tidak ketinggalan my peberet ever...triffle bagai...bukanlah rajin sangat nak buat juadah-juadah enak di hari-hari biasa ni. Tetapi dek kerana dah terambil tempahan dari Su, Lim Kok Wing, maka dapat lah tumpang merasa....



Yang ni kek jer tak buat extra untuk makan sendiri....Setiap kali memang buat..tapi sentiasa tak dapat merasa sebab ramai jugak yang last minute nak kek...so bagi je la yang extra-extra tu...alhamdulillah rezeki Allah bagi tu....


Aku Isterimu

Selafaz akad lalu terijab kabul
sah untuk kau miliki aku
tiada dosa untuk kau tiduri aku
Seluruh alam mengerti raga ini milikmu
hidup ini untukmu

Kita anyam benih cinta
kita corak warna langit yang memayungi
kita pijak tanah yang panas tanpa sepatu
dan air hujan selalu memadam jejak itu

Membilang hari bersama
seperti berabad lama
kucupan cinta pun semakin samar
lalu cintapun semakin pudar
dan rasa semakin hambar
Seolah olah tiada apa yang tinggal

Kelmarin aku isterimu
Semalam aku isterimu
Hari ini aku isterimu
Esok aku isterimu
lusapun aku masih isterimu

Lalu tak pernah terucap walau sebaris ayat
Tak mahu dikias dengan bersimpul bahasa
Apatah lagi rangkapan pantun
Apatah lagi ungkaian puisi
Tentang ghairah cinta
Tentang luahan rasa
Tentang berahi kasih
Tentang mimpi indah bersama

Nyatakan wahai suamiku
Akulah sebenarnya cintamu
kecintaanmu
yang perlu kau tahu begitu merindui
sentuhan rasamu
belaian kasih sayangmu
kelembutan bicaramu
biar ku rasa hangatnya dakapanmu
biar ku kecap bahagianya bersama mu
sampai bila-bila

Kerana kau suamiku
Dan aku isterimu
Bayarlah aku
dengan jiwamu.