Thursday, November 12, 2009

RESEPI TRIFFLE DAN JANGAN BERLENGAH LAGI

Dah letak dah resepi triffle kat post yang lepas. Lebih baik pergi check cepat. Tapi tak apalah saya letak lagi di sini. Triffle ni dibuat mengikut kreativiti anda. Di sini triffle yang saya buat mengikut kreativiti saya sendiri. Kalau nak beli dari saya, saya tak dapat jual dengan harga murah sebab modalnya mahal. Satu bekas mangkuk queen anne yang saya tunjuk dalam post lepas tu saya jual dengan harga rm75.

Lapis Pertama- potong kek span jadi bentuk kiub dan atur di dalam mangkuk kaca telus pandang supaya boleh nampak lapis demi lapis agar dapat mengiurkan perasaan yang memandang. Kemudian tuang jem strawberry ke atasnya. (Untuk membuat jem, masak 25 biji strawberi ke dalam 4 cawan air gula yang manisnya mengikut citarasa masing-masing. Masukkan 2 sudu makan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air untuk melikatkannya dan masukkan 2 sudu makan pes strawberi yang boleh didapati dari kedai jual barangan membuat kek.

Lapis ke dua - Tuang konyaku jelly yang suhunya sudah suam-suam kuku.(Cara memasak konyaku jelly ada diterangkan di luar pembungkusnya bila anda beli dari kedai menjual barang kek.Cuma tambah pes strawberi kedalam jelly yang sedang dididihkan.

Lapisan ke tiga -Tabur buah-buahan tin jenama SPC dan tuang kuah kastard ke atasnya dan aturkan potongan buah peach (dalam tin). (Cara membuat kuah kastard, didihkan satu tin susu cair jenama ideal dan 1 cawan air serta 5 sudu makan gula pasir dan masuk 3 sudu makan tepung kastard yang telah dibancuh dengan sedikit air.Boleh tambah tepung yang dibancuh dengan sedikit air sekiranya kuah kastard terlalu cair.Kacau dengan api perlahan agar tidak berkerak. Bubuh secubit garam untuk lebih rasa lemak.

Lapisan ke empat - Tuangkan whipping cream yang telah diputar. Banyak whipping cream mengikut kesukaan anda. Taburkan kacang makadamia.

Lapisan ke lima - Tuangkan semula baki konyaku jelly tadi. sekiranya telah terbentuk menjadi jelly, panaskan semua agar dia sedikit cair dan tuang menutupi lapisan cream. Atur hirisan buahan peach dalam tin untuk hiasan paling atas. Tabur dengan buah strawberi segar. Sejukkan semalaman di dalam peti sejuk. Hidang selepas makan tengahari. Itu pun kalau boleh bersabar setelah bangun pagi dan menjenguknya di dalam peti sejuk. hehe.

24 comments:

Atiqah Ahmad said...

thanks for the recipe..=)
macam berminat jer nak order kek but skrg macam x berkesempatan jer..
insyaALLAH di masa akan datang memang nak order...

Qib said...

Hahah. mahal takpa., sebab dijamin sedap.,

suzz said...

Dah buat 3 kali! Memang best!

LynNda Ali said...

tq tq... insyaallah nk try.
nak order jauh sangat la pulak :)

.:Fae-Yust:. said...

Assakamualaikum Kak Nani Syomel,

I'm yr silent reader n being yr follower for lonh time ago. Last recipe triffle neh dah cuba, ermmm byk lagi nak kena improved! Kali nie nak cuba lagi...:) Yay, thanks akk for the recipe sharing. Luv u!

rina said...

tq... nanti nk try buat

syida said...

thanx 4 the recipe.. insyallah akan cuba kalau berkesempatan..

nak tanya.. sesetgh trifle.. kek span tu jadi basah... recipe akak ni mcm mana..

dan apa petua utk elak kek span basah..

thanx..

Cik Belle said...

Salam Aunty,

Saya ada email aunty regarding choc moist cake with strawberry tuh. Aunty check inbox nanti ya. Thanks. =)

JANNAHAKRAM said...

i like to read your blog
don't mind if i try this recipe
tq
:)

dina said...

kak, kalau ada gambar lagi menyelerakan... hehehee

elyse said...

Puan,cake tu mmg jual 2kg je ke?
1kg xbuat?

Ulam Kerdas said...

haha aunty,
last time sy buat x jd..TERMANIS sgt...sbb jem beli yg dlm botol jer..eheheh..

diz time copy recipy yg ni, hopefully jadi la kan..ehehe

NaniRostam said...

Syida, buat jem strawberi pekat dan likat adjust dengan bancuhan tepung jagung supaya kek tak basah.

cik elyse, 1kg ada tapi harganya rm45la sebab kos buat sama jer dengan 2kg.

Dina, gambar triffle tu kan dah banyak akak letak. check it out...

momo said...

jem strawberry tu kalau gune yg dh siap boleh ke?

Mariam Badidu said...

Thanks for the recipe. Nak try untuk raya haji ni! :)

kaka said...

aunty,kalau x gune pes strawbery bole x?

frhnad said...

aunty, sy dah try..sedap!!tp gune kiwi sbb strawberry dah habes

Wana Yusuf said...

Saya da ambik resepi tu,tinggal tunggu kesempatan nak buat je... emmm nampak macam menyelerakan!!
www.tipskecantikan-wana.blogspot.com

Perbendaharaan Malaysia said...

Aunty, whipping cream tu ade jual siap kat kedai ke kene wat sendiri?mcmane nak buat whipping cream tu?

Pretty-Jameela said...

kak nani,
kacang macademia tu kan mmg tak payah sangrai atas api kan macam almond? lepas beli, basuh2, potong2, terus letak kan? sebab x pernah guna macademia, konfius sket.. bila g kedai nak beli tgk dia letak dalam fridge x sama cam kacang laen..

cik tudung senget said...

puan,minta izin tuk letak link puan ni di facebook ye.boleh?

cLovErX said...

wahh..kak..ini dah bukan triffle lg dah..pentaffle da..sbb 5lapis..hhehehe..nice..

Cik Effie said...

salam kak...fi pernah try buat triffle but guna sponge cake jugak..vanilla sponge cake but tak jadilah..nanti bila dah jadi triffle tu, kek dia rasa kelat lepas tu macam bersabut at lidah..kenapa ek?

nurul said...

salam aunty..i really admired at your choc moist cake tu..bole aunty share resepi ta? i do love to bake very much...sye na tay mcm mne coklat cake bole moist sgt2 mcm yg aunty buat..if aunty dont mind , nie mail sye..trendy_faten@yahoo.com..thanks a lot..