Pasti anda ada banyak cerita untuk berkongsi dengan saya tentang apa yang anda rasa bertuah dan gembira atau rasa tidak seronok dengan apa yang dah pemimpin kita buat untuk kita.
Namun bagi saya ada satu perkara yang saya rasa tidak diaplikasikan sejajar dengan keperluan rakyat majoriti negara ini. Bukankah negara ini pernah diiktiraf sebagai negara Islam. Memang sepatutnya begitu kerana majoriti rakyat negara ini adalah beragama Islam.
Namun apa yang buat saya rasa amat tidak seronok mengenai satu perkara penting tentang ketidakpekaan kerajaan negeri terhadap kewajibannya memberi pendidikan Islam atau ilmu akhirat secara percuma kepada rakyatnya.
Memang amat mengecewakan bila negeri dimana tempat saya bermastautin ini mengiktiraf sekolah agama sebagai sekolah agama rakyat.Di mana rakyat terpaksa membiayai yuran pengajian bulanan. Dan guru-guru yang mengajar mendapat gaji bulanan mereka hasil kutipan yuran bulanan.Walhal sepatutnya sekolah agama dibawah tanggungan kerajaan seperti sekolah-sekolah kebangsaan dan yang seumpamanya.
Mengapa kalau betul ini negara Islam yang penduduk majoriti Islam, para pemimpin Islam negeri ini tidak boleh memikirkan tentang amanah yang dipikul tentang wajibnya mereka lebih mengutamakan pendidikan islam atau ilmu akhirat untuk rakyat mereka. Kalau kerajaan boleh ada peruntukan untuk sekolah-sekolah kebangsaan, mengapakah tidak langsung mengambil kira tentang sekolah-sekolah pendidikan Islam.
Rakyat pula terpaksa mengambil pelbagai alternatif untuk memastikan bahawa anak-anak mereka mendapat pendidikan Islam seperti yang dituntut oleh Islam itu sendiri.
Wajarkah para pemimpin islam negara ini melayan rakyat yang majoritinya Islam begini?
16 comments:
saya sangat bersetuju dengan aunty..kalau xde apa2 tindakan diambil kerajaan,mungkin satu hari nanti penduduk malaysia hanya islam pada nama sahaja..
betul kak,
pendidikan agama sepatutnya lebih ditekankan dengan begitu berat. Penekanan agama harus ada pada setiap remaja, budak2 dan mereka yg masih dalam mencari identiti sendiri. Yang masih lembut dan mudah dibentuk. Mereka inilah yang bakal menjadi pelapis untuk memimpin negara dan seterusnya menaikkan Islam sebagai agama rasmi kita. hmm.. siapalah saya untuk bersuara dengan lebih tinggi.
salam haji untuk kak nani dan family.
tapi kalau nak tunggu kerajaan start dulu kita kena fikir,
kerajaan tu siapa?
kerajaan tu kita,
kalau bukan dari diri sendiri create awareness siapa lagi?
start dari rumah.
sebab kerajaan tu punya ibu bapa,
ibu-bapa sebagai pendidik,
bukan orang lain.
Casendra : Saya amat berharap kerajaan lebih utamakan atau setidak-tidaknya menyeimbangkan keperluan agama kita sendiri kerana itulah yang sepatutnya kita dapat bila tinggal di negara yang penduduknya majoriti Islam.
Lotfi Lokman : Samalah. Sapalah kita untuk bersuara lebih tinggi. Sekadar suara halus minta pendapat je....walaikumussalam. Moga-moga tercapai impian akak sekeluarga untuk menunaikan haji di tanah suci Mekah. Amin ya rabbal alamin.
Tia : Taklah Tia, akak bukan kerajaan, bukan perdana menteri, bukanpun salah seorang dari para pemimpin yang boleh mengaplikasikan sesuatu tindakan kerajaan.
Hehe menteri kat dapur jer...
Yang akak ingin sampaikan ini, masa gawat 1997 hingga 2000 dulu...Liana dan Hanis terpaksa berhenti sekolah agama kerana kami tak mampu membayar yuran bulanan sebanyak rm100 sebulan.
Jadi akak rasa bukankah kerajaan perlu menyediakan sekolah-sekolah agama sama taraf macam sekolah-sekolah kebangsaan dan sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan, memandangkan kita NEGARA ISLAM.
salam,
saya cuma ingin bertanya,
pernahkah aunty terfikir bahawa wang dari pekerjaan hanis itu adalah wang yang halal? kerana pekerjaan hanis memerlukan hanis mendedah aurat (biarpun nampak tidak menggoda) untuk pandangan umum dan bukankah itu sama seperti menjual tubuh? saya pernah terlihat di mana isi dadanya hampir terkeluar dan saya berharap aunty dapat buat sesuatu mengenainya.
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223. menurut al-Haitsami di dalam majma’ al-Zawaaid: Rijal (perawi-perawi) hadith riwayat Ahmad semuanya sahih
Meandmarigold :
Assalamualaikum, mudah-mudahan kamu akan dirahmati Allah s.w.t.
Kiranya dia memang berdosa dan akan masuk neraka, maka saya harap kamu tidak terus cuba mengaibkannya dengan menuduh dia menjual tubuhnya dan kami memakan wang haram hasil daripadanya.
Assalamualaikum Aunty.
terima kasih sebab singgah blog saya. nanti mama saya nak ke bandung lagi. jom la sekali. :)
azreena
Azreena : Walaikumussalam.
Ya ke? Bila? boleh plan masa tiket air asia murah2.
Naklah naklah...
mama cakap dia nak ke sana tahun depan. tarikh tak confirm lagi aunty. nanti saya tanya mama balik.
hehehe. tu la pasal. nak kena carik tiket air asia murah dulu.
pape nanti saya gitau aunty, insyaAllah. :)
mahalnyer..kalau kat johor, still boleh tolak ansur..even takde duit..
hehe, takpe tu dulu kan?
sekarang hidup akak dah okay..kan?
Tia : Itu yang saya bangga jadi rakyat JOHOR...nak bersekolah agama tak membebankan. Taklah macam negeri tempat saya bermastautin ni, Shah Alam, SELANGOR ni, nampak je macam betul-betul negeri Islam...tapi rakyat yang berpendapatan rendah pun kena bayar sekurang-kurangnya rm50 yuran bulanan untuk bersekolah agama rakyat.
Kalau yang mampu tak jadi masalah, sekolah agama swasta yang yuran bulanan lebih rm200 pun mereka rasa murah.
Bagi rakyat yang tak mampu, langsung tak dapat hantar anak ke sekolah agama. Kalau anak seorang mungkin tidak begitu membebankan, tapi kalau dah tiga empat anak, sebulan rm200 bukan jumlah yang sedikit.
Alhamdulillah. Akak bercakap atas pengalaman akak masa mengalami kegawatan dulu dan sedihnya sampai sekarangpun kerajaan negeri tidak ada ura-ura memperuntukan BUDGET untuk sekolah agama harian sama macam sekolah kebangsaan.
Akak cuma mampu berdoa dan berharap satu hari nanti rakyat negara ni dapat ber sekolah agama dengan mudah seperti mereka bersekolah di sekolah kebangsaan tanpa perlu membayar yuran bulanan yang agak membebankan.
nani, I share your feeling and sentiment about sekolah agama coz saya pun born and bred di johor, attended sekolah biasa dan sekolah agama tapi sayangnya tak sampai ke tahap darjah khas, takda rezeki, sebab masa sekolah menengah kat asrama parents tak mampu nak spent extra untuk belanja harian keluar asrama tiap hari kerana adik beradik ramai, anywhere after trial and error anak2 sendiri kami hantar ke integrated islamic school, bukan nak menunjuk tapi sedar kami takda daya upaya dan ilmu yang cukup nak didik anak2. The fees are killing us, we have to forego a lot of things seperti bercuti, berlibur, belanja kena berhemah, tapi itulah pengorbanan, nak harapkan k'jaan selangor buat mcm di johor, ntah bila..maafle komen pjg giler as though ini blog sendiri..p/s anak2 you lawa macam emaknya, dan emaknya awet muda, apa rahsia?
bagus entry ni kak. memang betul cakap akak. dulu adik saya juga terpaksa berhenti sekolah agama kerana ibu bapa saya tak mampu bayar yuran yang memang melampau. Sebab sekolah swasta. Nak masuk sekolah agama rakyat ada ujian dan interviu yang dia terpaksa duduki namun gagal kerana dia bukanlah pelajar pintar. Memang sesuatu harus dilakukan oleh kerajaan negeri.walaupun begitu nasib sekolah agama rakyat sekarang agak terbela sedikit dari zaman pemerintahan kerajaan barisan dulu. saya nak cakap lebih2 pn kurang arif sebenarnya.
meandmerigold: kita sepatutnya sama2 berdoa supaya hanis atau sesiapa saja berubah bukan mengutuk dan menuduh yang bukan2. dosa dan pahala bukan hak kita utk tentukannya. Insya Allah mana tau satu hari nanti jika dia berubah mungkin jadi lebih baik dari kita semua.
askm autie..
Saya setuju degan kesedihan auntie berkenaan pendidikan agama yang agak terabai di mata kerajaan.. kalau adapun hanyalah sekelumit daripada usaha yang sepatutnya..
Saya harap pendidikan agama islam di malaysia dapat di beri percuma pada semua umat islam dari sekolah rendah hingga sekolah menengah..moga moga dimasa hadapan ada usaha kearah itu.
Ibu saya guru sekolah agama di Johor.
Walaupun kerajaan Johor tidak mengenakan sebarang bayaran tetapi kasihan bagi guru agama ini.Ibu saya guru besar di salah sebuah seklah tetapi dia hanya mendapat jawatan memangku sahaja. Lebih setahun menunggu untuk disahkan jawatan sebagai guru besar tetapi kerajaan seolah-olah tidak perihatin terhadap gurunya pula. Tanggungjawab seperti guru besar biasa, namun gaji dan sah jawatan masih sperti di takuk lama.
Kesian ibu kadang-kadang mengeluh banyak tugas tetapi gaji tidak setimpal dengan apa yg dibuat. Bukannya tidak ikhlas, tetapi kalau sudah brlarutan smpai bertahun , mungkin keikhlasan yg ada mungkin bertukar menjadi rungutan dan tidak puas hati
malaysia belum lagi sebenar2nya negara islam ...kalau di ikutkan maratib amal (boleh search di go0gle) malaysia mugkin setakat ini smpai ke masyarakat muslim ...masyarakat muslim bukanlah dinamakan atas dasar penduduk setempat itu semuanya muslim tp yang betul2 faham kepada islam itu sendiri ...mudah2an kita sama2 membantu islam dgn sebenar2nya , walau mugkin hidayah akan tiba menyinggah di hati kita berlainan masanya...tapi once hidayah datang moga kita 'grab' sungguh2....ameen
waallahua'lam
Post a Comment