"Mama, please come here, I need you.' sms daripada Hanis membuat saya tak senang duduk. Mula cadang memang nak temankan Hanis ke Kota Kinabalu untuk FFM 22. Tapi kenangkan tempahan kek yang banyak, kenangkan Daleeya dan Arissa, kenangkan transport budak-budak sekolah mana boleh cuti, maka niat nak ke Sabah tu saya padamkan cepat-cepat.
Tapi sms bertalu dari Hanis betul-betul buat saya serba salah. Saya tanya Liana, 'gurl boleh tak Liana tolong siapkan strawberry moist chocolate kek tu?' 'Liana tinggal nak coat cooking chocolate je' pastu, parutkan chocolate, tabur icing sugar dan hias dengan stawberry'. Saya pun ajar Liana macam mana nak potong kek tu, nak sapu melted chocolate.
Alamak baju nak pakai banyak yang belum basuhla...mesin pengering rosak pulak. Tak pa, malam tu jugak saya basuh baju-baju tu dan jemur bawa kipas. Keesokannya, sebaik kedai pakaian di Tesco, buka, saya pun menyerbu mencari dua pasang baju kurung pesak gantung untuk saya pakai di majlis-majlis FFM itu nanti.
Liana, Imran, Hafiz, Alisya, daleeya, arissa dan Khairi dah menunggu saya untuk terus bergegas ke terminal LCCT. Pergi ke kaunter tiket, dan terkejut sekejap...mahalnya tiket Air Asia ke Kota Kinabalu pergi 6 Ogos, balik 9 Ogos rm900 ++. Alamak dik tak da yang paling murah lagi ke dik? Ada tapi kena balik 10 Ogos harga rm719...
Nak beli ke tidak...orang beratur menunggu giliran panjang berjela. Okeylah dik, akak naklah pergi 6Ogos, pukul 2 dan balik 10 Ogos pukul 2 jugak.
Mak mana tak risaukan anak......tambahan lagi anak minta bantuan.
Bila terkenang baju Hanis dari CARVEN ONG dan CARL NG yang sangat vogue tu, saya terfikir, saya perlu ke Kota Kinabalu, semata-mata untuk make upkan Hanis.
17 comments:
Wah,bertuah hanis dapat Mama mcm akak...sungguh2 memberi sokongan moral,korban masa dan jiwa untuk anak tersayang...respek kat akak!
Salam sis...
Selama ni jadi ur silent reader je...tapi entry kali ni betul2 buat eynda meronta utk tinggalkan jejak...teruja sangat...terserlah sifat keibuan sis...eynda harap eynda boleh jadi macam sis jugak...rapat dgn anak-anak :-)
Btw....eynda stay dekat shah alam jugak...salam kenal...mana tahu jalan2 kat shopping mall shah alam kita berselisih bahu nanti ;-)
haha.. manjanya hanis..
caringnya aunty ni..
Camtu le 'mak' kan? amboiii si hanis ni pon, nk jugak mak dia yg tepek makeup ye. Sian kat maknya tak menang tangan! kihkih
Hanis, kamu wajib belanja mama baju raya tahu!
Eee.. Auntie shweeettt sangat~! Suka saya... :D
Alahai Hanis, bertuah dapat mama camni!!
jauh jurumekap kena terbang yer.
bertuah dapat mama sporting
kasih ibu
selain melukis kak nani juga pandai make-up kan orang...
ishhh... tabik springggg
such a lovely mom! u jalan kat red carpet tak sis..hehe
bertuah hanis dapat ibu mcm aunty..harap sy pun dapat beri sokongan moral utk anak sy mcm aunty jugak...
p/s:teringat penat jerih ibu mendidik sy..harus pulang ke kmpung ni..dah 2 minggu tak blk..huhu..
OKAY BELANJA BAJU RAYA KAKAK DAN MAMA TWIT CHOP
EH, NI HANIS TAU. TERGUNA ACCOUNT MAMA PULA. HEWEW.
Aunt..i miss my mama...
wa..wa..wa..
nak balik kampung
nak tempah kuih raya jauh2 ada cas penghantaran tak?hehe
Post a Comment