Friday, May 8, 2009

Malangnya Kita Tidak Lagi Seperti Bayi Yang Suci Seumpama Kain Putih


Dari mula naluri saya bagaikan terasa bahawa teguran melalui sms itu berbaur sesuatu. Hati kecil saya berdetik yang ketidakpuasan hati perempuan itu, tidak akan berakhir begitu sahaja dan terhenti di situ.

Namun apalah upaya saya untuk menelaah hati orang . Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Saya juga tahu, bukan mudah untuk kita memuaskan hati semua orang. Kalau bukan ini, itu pula.

Sekalipun semua yang dilakukan itu untuk memuaskan hatinya yang sakit atau dendam terhadap saya, namun saya tetap memaafkan perempuan itu kerana mungkin dia tidak tahu dan tidak pernah mengalami macam mana rasanya berada di tempat saya.

Bertawakal sahajalah hati saya, bila melihat kesungguhannya yang tidak jemu-jemu menalipon dan melaporkan hal saya berniaga dalam bonet kereta kepada pihak majlis bandaraya . Sehinggakan hampir setiap hari penguat kuasa bandaraya berkampung di kawasan itu hanya untuk memerhati dan menangkap saya berniaga di situ sekaligus menyaman saya.

Malah ada suatu ketika bila mana kami tidak berniaga dan hanya duduk berbual di dalam kereta sambil menunggu budak-budak balik dari sekolah. Beberapa orang pegawai penguatkuasa bandaraya datang berlegar-legar di kawasan itu dan kemudian menjenguk-jenguk ke dalam kereta kami sambil memegang kamera. Saat dan ketika itu kami dapat rasa yang kami ni seolah-olah penjenayah yang sedang diburu.

Tidak cukup di situ, keesokkan harinya pula, akibat lewat datang mengambil budak sekolah, saya tidak dapat meletak kereta berdekatan dengan sekolah kerana jalan di depan sekolah sangat sesak ketika itu. Oleh itu saya terpaksa meletak kereta saya jauh dari kawasan sekolah.

Saya menyuruh Imran pergi mengambil budak-budak yang tidak tahu saya parking di mana, sementara itu saya pun buka bonet kereta sambil mengharap dapat jual aiskrim di situ. Oleh kerana jauh dari kawasan sekolah, maka tiada kanak-kanak yang datang membeli aiskrim kerana mungkin mereka tidak perasan atau tidak nampak yang saya ada menjual aiskrim. Sebaik sahaja Imran dan budak-budak yang menumpang kereta saya sampai, saya pun menutup bonet kereta untuk beredar.

Tiba-tiba ketika baru sahaja saya hendak menghidupkan enjin kereta, muncul dua orang pegawai penguatkuasa bandaraya yang entah dari mana mengintip dan bersembunyi datang menghampiri dan meminta kad pengenalan saya.

Waktu itu saya agak keliru kerana mereka tidak memperdulikan indon-indon motor itu yang sedang menjual aiskrim depan sekolah ketika itu.

“Puan, kami terpaksa pantau kerana ada seorang perempuan yang sekian-sekian, telah membuat laporan kepada pihak bandaraya yang puan berniaga aiskrim dengan harga yang mahal. Perempuan itu melaporkan lengkap dengan informasi kereta jenis apa puan pakai, nombor plet dan waktu bila puan ada depan sekolah. Malahan semalam ketika waktu tengahari kami memantau di depan sekolah, perempuan itu memanggil kami dan menunjukkan yang mana satu kereta puan".



Aduhai...tak da kerja lain ke perempuan ni....... Saya hairan dan dalam masa yang sama terasa juga kecilnya diri berada di bumi bertuah ini, berbanding pendatang-pendatang asing itu.

Pun begitu saya anggap apa yang terjadi ini adalah sebahagian atau sekelumit dugaan daripada rentetan hidup yang harus saya hadapi dan menjadikan saya tabah dan sentiasa belajar yang kerenah manusia di luar sana tu memang sukar untuk diduga.


Saya tetap bersyukur sekalipun jika tiada rezeki saya untuk berniaga aiskrim depan sekolah sambil menunggu anak-anak, namun aiskrim saya masih laris di kawasan tempat tinggal saya, selain daripada sibuk dengan urusan rumahtangga, menerima tempahan kek dan menjaga serta melayan anak-anak comel yang diamanahkan kepada saya. Alhamdulillah.



Hijrah Rohani :-

Firman Allah Ta'ala :-


" Hendaklah engkau bersabar, sedang kesabaranmu itu hanya kerana keredhaan Allah".


(An-Nahl:127)


Sabda nabi Muhammad s.a.w



"Bersabar terhadap hal-hal yang engkau tidak senang itu ada kebaikkannya yang banyak".



Kali ini cubalah resepi yang mudah tetapi manis dan lazat iaitu, Strawberry Fresh Creamy Trifle yang sejuk nyaman dan mengasyikkan bila dimakan di waktu hari –hari minggu yang panas terik kebelakangan ini.





Strawberry Fresh Creamy Trifle

Lapisan Paling Bawah

Susunkan kek sponge yang dipotong kiub memenuhi lapisan dasar di dalam mangkuk kaca kaserol. Sapukan di atas kek tersebut lapisan jem strawberry secukupnya. (Jem buah yang asli atau berkualiti).

Lapisan 2

Didihkan 1 tin susu cair ideal, 1 tin air, ½ tin gula pasir atau manis mengikut kesukaan. Apabila mengelegak masukkan 2 sudu makan tepung kastard yang telah dibancuh dengan ½ cawan air. Kacau tanpa henti dan tutup api. Sejukkan dan tuang setengah daripadanya ke atas lapisan kek yang telah di sapu jem. Simpan yang setengah lagi untuk lapisan seterusnya.

Lapisan 3

Putar 250gm fresh cream hingga kembang (fresh cream boleh didapati di kedai menjual barangan membuat kek. Sapukan separuh daripada krim yang diputar tadi di atas lapisan kastard tadi. Simpan separuh lagi untuk lapisan seterusnya.Tabur di atasnya hirisan buah-buah stawberi. (Kalau suka boleh tambah buah-buah lain seperti anggur, kiwi atau pic)

Lapisan 4

Sapukan baki lapisan kastard yang separuh tadi.

Lapisan 5 (Lapisan Paling Atas)

Sapukan baki lapisan fresh cream yang separuh tadi. Dan taburkan hirisan buah strawberi dan buahanggur. (Sejukkan di dalam peti ais semalaman sebelum dihidang)

STRAWBERRY FRESH CREAMY TRIFLE


Dalam masa seminggu dah 3 kali saya buat trifle ni!



Sekali-sekala tinggalkan dapur dan makan di luar untuk

meraikan besday Imran yang ke 12 di restoran Big Food


Luangkan masa untuk hadir majlis perkahwinan anak wak Samsudin
di dewan Guthrie


Melayan Qistina selepas mandi.

Dah susah sekarang nak pakaikan Dahleea diaper. Terpusing
ke kiri, terpusing ke kanan...




Yang ni paling bahaya. Jangan sampai ternganga bila memakaikannya
diaper. Pakai pancut jer.....

70 comments:

Foxy Farah said...

hugs.sampai hati dia sibuk sampai mcm tu sekali.saya berdoa dia dapat balasan yg setimpal dgn tindakan dia itu.thanks aunty for sharing.rasanya memang ramai dengki bila kita nak buat benda baik ni.take care!

Tujuh Kaki Dalam said...

kak, jgn mention lagi di mana akak berniaga.nanti tak pasal2 dia dtg jenguk dan report.

pastu nanti dia bgtau plak akak buat nursery haram dalam rumah.

hahahahaha!

apa punya busuk hati manusia kalau sudah busuk!

lebih busuk dr bangkai.

sabar kak (dan sy tahu akak memang sedang bersabar dgn jayanya)

sesungguhnya setiap perkara kebaikan itu pasti akan Allah uji. di mana ujian itu adalah utk menaikkan nilai kita di sisiNya jua.

bagi yg busuk akan tetap busuklah ia.

dan bagi yang ikhlas, maka ganjaran apa lagi yg di harap selain keredhaan dariNya jua.

syabas kak!!

Nani Rifai said...

Hi aunty, im a follower of your blog. suka baca, cause ada banyak unsur2 positive. no matter what bad things that has happened to you, aunty masih berfikiran positive.

im so happy for you.

sebab orang yang busuk hati, memang tak pergi jauh. hati dia akan tak tenang je.

but for you, moga2 tak dapat jual kat sekolah tu, aunty diluaskan rezeki kat tempat lain. kan?

:)

Brenda B said...

Oh dear.. *faint*

VimmiYasmin said...

Salam Kak Nani

kejamnya manusia itu.
saya tak dapat bayangkan bagaimanakah rupa bentuk hati dia.
dia sanggup menikam bangsa sendiri (kalo dia sebangsa dengan kita lah)
itu baru akak berniaga aiskrim dia dah mcm nak org gila sakit hati....
begitu banyak sekali jin jin kejahatan dalam tubuh badan dia

takperlah kak nani
akak maafkan jer manusia yg kejam camtuh
allah swt bagi balasan sekarang kat dunia je

ada balasan yg terbaik dari allah swt untuk kak nani sekeluarga


Strawberry Fresh Creamy Truffle
waLaWeh
sedap nyerrrrrrrrrrrrrrr!!!!
kalO lah saya berjiran dgn kak nani!!!!

Anonymous said...

biasalah tu makcik cantik,mostly orang melayu tak leh tengok orang lain maju sikit.mula la nak dengki.Sabar je.Allah tu sentiasa bersama dengan orang2 yang sabar.

p/s:mak saya pun jual aiskrim!=)

azmahal said...

Soleha women smile in trouble, gather strength from doa, grow brave by istighfar & solat. Stand firm n zikir when she sees & going thru painful test everyday..Selamat Hari Ibu

azmahal said...

Soleha women smile in trouble, gather strength from doa, grow brave by istighfar & solat. Stand firm n zikir when she sees & going thru painful test everyday..Selamat Hari Ibu

Khairani Bahaudin said...

salam kak...

ada orang kata dalam hidup ni hanya pasti ada sorang musuh yang akan meyusahkan hidup kita..

harap akak bersabar, orang dengki ada dimana-mana...

mulut jahat said...

aunty, sabar je lah. setiap org ada cabaran dalam hidup dia. cuma jenis cabaran tu je berlainan. ada orang yang memang dengki tengok kita bahagia, syaitan ada kat mana-mana. so sabar je lah. syaitan kat mana-mana, sama jugak macam rezeki. biar tuhan je balas dosa dengki orang tu :)

Eine Frau aus Botnang said...

Salam, resepi lazat kakak kali ini yang seperti mana saya kenali selama ini, namanya bukan lah truffle tetapi TRIFLE an English dessert yang berlapisan spong kek, pudding custard, fruitjam & cream . Truffle tu ada lah sejenis funghi cendawan yang sangat mahal digunakan dalam masakan culinari barat atau truffle which is normally associated with chocolate, hence the name chocolate truffle which is a type of chocolate confectionary. Minta maaf kalau saya macam nak tunjuk pandai pada kakak tapi saya hanya nak berkongsi dengan apa yang saya ketahui tentang TRIFLE ini. And btw, I love your writing too! Keep it up!

Anonymous said...

aunty seorang yg sangat sabar..melayu memang tk boleh tgk orang lebih sikit..mesti dengki..tkpe la aunty...rezeki ada dimana2.. biar kan perempuan hati busuk tu. :)

Hanafedora said...

biarkan perempuan hati busuk tu...jangan beritahu aunty berniaga kt mana...Melayu memang tk boleh tgk orang senang sikit..ada je yg akan dengki... bukannye aunty buat kesilapan yg melanggar hukum syarak pun jual aiskrim mahal tuh..

Anonymous said...

TAK TAHAN MELIHAT AISKRIM ITU MENGODA-GODA AKU

NaniRostam said...

Sebenarnya saya teringin nak jumpa perempuan tu, tapi susah nak terserempak, mungkin kerana dia tak selalu naik kereta yang sama tempohari. Kalau jumpa saya nak minta maaf pada dia sebab tak mampu nak jual aiskrim tu pada harga 30 sen .Kalau dia masih marah, saya nak cadangkan daripada dia buang masa menalipon dan buat laporan terhadap saya, kenapa tidak dia jangan buang masa tunggu anak depan sekolah dan ambil peluang berniaga macam saya maka dapatlah dia menjual aiskrim dengan harga 30 sen.Bersaing secara sihat. Maka tidaklahlah sia-sia satu rumah saya melekit, kuku ibu jari saya terhakis, jari jemari cramp, belum lagi sakit tulang belakang bila berjam-jam duduk memasukkan air dan memintal plastik sedangkan hasilnya asyik dok buat bayar saman...huhuk.


...Botnag : Haha terima kasih kerana membetulkan. Tiba-tiba saya blur dengan bunyi TRIFLE. Mungkin kerana saya cuma dengar resepi ini melalui telefon. Dah berpuluh tahun saya tak belek resepi ni dekat buku resepi.

Saya memang tak terfikir langsung yang bunyi tu bermaksud TRIFLE. suruh anak-anak check kat dictionary, mereka kata, betul la tu, betul la tu.

Bila u betulkan....ha aduh kenapa sasau sampai ke truffles nih.

Ydiana said...

Salam Kak Nani

Terharu sungguh mendengar cerita ini. Tapi itu semua ada dugaan... percayalah, sebab apa yg Allah izinkan diambil dari kita, esp. secara tidak adil, akan di balas dengan yang lebih2 baik lagi, insyaAllah. Yang membuat aduan tak tentu pasal, dengki tak sudah2, sampai indon2 yg terang2 illegal tu boleh terlepas, ada juga nanti 'ganjaran' dari Allah Ta'ala. Wallahu'alam.

Anonymous said...

omg.
why that perempuan are sooo dengki eh?
sabar aunty.
nanti mesti ada rezki lain yang Allah bagi.
:)

Irfa said...

salam kak nani..
manusia..manusia.

tp resepi akak ni sungguh mabeles

nurul said...

kalau gantikan fresh cream tu dn whipped cream bole x?

sedap x?

tukang jahit said...

tipikal melayu. tukang report melayu tukang bagi saman pon melayu. indon bermotor tu takde pulak nak saman ye? takpela kak. rezeki di mana-mana. btw, kek akak saya tak sempat makan, dihabiskan oleh adik2 kecil yang ganas dengan lahap sekali. isk isk.

NaniRostam said...

Mengenai resepi : Jika tiada fresh cream, boleh gunakan whipping cream. Bezanya fresh cream lebih rasa lemak dan manis.Whipping cream pula kurang manis dan agak ringan (kosong).

Resepi sangat simple dan kalau untuk anak anak, boleh ditambah biskut oreo yang telah di hancurkan ke atas lapisan fresh cream.

Sejukkan dan hidang. Selepas itu anda tak perlu membeli aiskrim 'Baskin Robbin' yang berperisa 'cookies n cream'.

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

sabar makcik. ini semua dugaan. everything happens for reason. semoge dimurahkan rezeki.

NaniRostam said...

Ni soomi yang beli kek akak hari tu kan? Bila nak order lagi?


La indon tu naik motor. memang dah terror dah....nampak kelibat kasut penguatkuasa tu je, tak cukup tanah dia lari.

Akak kalau naik motor pun kalahlah mat-mat indon ...lari budget nak anta duit ribu-ribu kat indon tuh.heheh

Ni dok kat kereta tunggu anak-anak balik sekolah. Macam mana nak lari...pasrah je la....

Rakyat malaysia nipun tak boleh nak buat legal. Apatah lagi rakyat yang illegal.Bukan tak cuba ambil lesen..tak boleh...tak da allocation lesen berniaga depan sekolah.

Memang tak logik. Meniaga aiskrim kalau tak depan sekolah...kat mana lagi yang laku uhuhuk....

Ulam Kerdas said...

wah..gile punyer busuk hati pompuan tu..

ini la melayu..bknnye nk tlg majukan bangsa sendiri...

sabar ye anty..

melelh air ni tgk pic trifle anty tu..ny try wat la nnt:d..itu pun kalo rajin.ehe

A.I said...

Alohai...banyak tul dugaan makcik cantek jelita ni. :(

Moose said...

Sabarlah aunty, mungkin ada hikmah disebalik yang terjadi. mungkin selepas ini, aunty harus lebih berhati-hati kerana seperti kata aunty, rambut sama hitam, hati lain-lain.

Ela Eman said...

as salam nani
i pun slalu gak kena benda-benda cam ni... tapi apa yang i boleh buat sabar jer la...
paling sakit bhati bila depan kita lembut lidah dari gigi... belakang kita, masyaallah...

murnie sangat said...

lazatnyer..agak2 kalau nak order trifle tu bleh tak puan nani?

farhazoeLa said...

auntie.. kesian auntie kene mcm 2.. anyway, x pe, kan auntie mom yang superb, so rezeki auntie sentiasa ada di mana-mana., kat rumah pun boleh jual jugak kan? hehe. saya suka respi kek auntie. best2, boleh try dekat rumah nanti.

faraulah said...

Kenapa lah ada lagi manusia yang busuk hati dan pendengki....

bersabar yer Kak Nani.

Doa orang teraniaya selalu dimakbulkan Allah..

. said...

sedapnya!
trifle tu buleh beli gak x?

Anonymous said...

hmm...memang ada manusia yang tak senang duduk tengok orang lain murah rezeki...instead of berusaha untuk cari rezeki dia boleh nak tutup periuk nasi orang lain...sigh...semoga Allah turunkan hidayah kepada dia agar belajar erti menghormati orang lain...bukannya jadi pengecut...baling batu n sembunyi tangan...be strong sis!

NaniRostam said...

Thank you miss f....

Tujuh Kaki Dalam.....akak harap daripada dia sibuk-sibuk hal org....sampai nilai brg 60 sen pun jadi isu....lebih baik dia duduk jaga suami dan anak-anak...lagi tenang dan bahagia hati tu kan.....


Zatty zatyl......akak ni tak lah kuat sangat...masih belajar untuk positive dan tidak berdendam.....cuma akak minta Allah bagi dia atau keluarga dia rasa macam mana rasanya kena intip, kena sergah, kena kepung, kena tangkap sekaligus kena saman...macam akak...semuga dia dapat hidayah dari itu.

Brenda.....memang pengsan.....


Vy....tuh baru business posen-posen..tuh!


Izunie.....mak pun jual aiskrim ke....business posen-posen jer kan....Kalau nak jadikannyer ratus-ratus.....kena beli peti sejuk besar.....duit jugak.....belum lagi sakit pinggang, sakit tangan...aduh...sapa-sapa yang banyak komplen tu, sendiri juallah...

serli said...

Hi auntyy : ) i dah try email u minggu lepas sebab nak order kek yang aunty buat. tapi takde reply, taktau maner nak contact. aunty tak check email dah eh?

eL said...

Akak, kalau akak boleh sabar sejak dulu, saya percaya akak juga akan boleh sabar sekarang dan masa depan. Doa saya mengiringi akak.

Saya baru je terfikir2 nak buat trifle weekend ni. Thanks kak for the recipe.

1989 said...

sedap nye gmbr trifle tuu
mnjilat jari btol
x saba nak buat

aitotyati said...

salam auntie.. sy ni pembaca senyap.. terjumpa blog aunti scr tak sengaja.. harap aunti sabar yer.. dugaan ni... smg aunti trs sukses!!!

The Cendol Champion said...

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
-Surah Al-Baqarah ayat 216

cikgu airin said...

hai aunty! this is my 1st time reading ur blog.

ermm... mule2 bace entry aunty ni mcm agak sadis... tapi resipi trifle itu adalah sbg pengubatnye. yummy!!

pasti akan cuba!

NONIE AZIZ said...

Itulahkan...benda kecik-kecik macamni pun nak berhasad dengkikan kak...tak pe rezeki mana-mana pun ada...rasa macam nak geget plak si Dahleea ni...

Aishah Nur Hakim said...

aduhai..
doakan aja tuhan buat perempuan tu lebih berjiwa tenang..supaya tak terganggu hatinya dengan kebahagiaan orang lain..

aduhai..
kalaulah umi saya pandai masak yg itu juga...
tapi sy tetap cinta umi saya..
(umi..soto umi rasa syurga!)
=)

semoga bahagia aunty..
tuhan sayang orang yang pengasih pada keluarga macam aunty..

*salam peluk cium*

sarah.sofea said...

salam aunty...wat a nice blog u got here...aunty, i nk tanyela, resepi trifle aunty tuh kan, first lapisan aunty ckp potong kiub sponge kek kan, sponge kek tuh kek span yg kite mkn tuh ke??means that we have to make the sponge cake dulu ke camaner???alamak, i xreti nk buat kek lah aunty, tp teringin sgt2 nk cube resepi trifle aunty tuh,blh x ganti dgn bhn laen??any suggestions x aunty?? ;D

f.i.e.z.a said...

sabar byk2 aunty.ada hikmah n rezeki lain yg menunggu..
nak cuba la buat trifle tu.hehe.thanx for sharing :)

anisizatyA.J said...

hi aunty..omg kesian aunty..hm..i hop eu will stay strong despite org mcm tu..things happen for a reason..jgn sedih2..in the end semua akan ok juga. :)

btw, thnks for the recipe..hehe

Tijah said...

aunty...

lebih kurang jer n3 kita niari kan? hehehe. takpe la...don't wrestle with a pig kan aunty? diorang tu jijiks sekali...

loooooveeee ur recipes!!!

shazrol said...

Salam aunty

Sekiranya tidak ada aral,sudikan kiranya membawa kedua-dua anak lelaki aunty untuk casting di studio saya. Sekiranya mereka memenuhi syarat yang terkandung dlm poster yg telah dibuat. Suka saya melihat mereka,ingin juga menguji kemampuan adik2 tu untuk pemilihan.

indeworkshop.blogspot.com (sila rujuk blog saya ya)

ikhlas
shazrol suhaime :)

s h e said...

Ya Allah kesiannya kat aunty.
Nape la busuk sangat hati sesetengah orang kat dunia ni?
InsyaAllah aunty, maybe ada ganjaran yang lebih besar dari Allah berkat kesabaran aunty =)

Atan said...

itu la orang yang ada PHD.. sakit sangat kalau tgk org senang sikit..
rezeki ada di mana mana..malah puan nani dah ada satu keluarga yang amat bahagia saya kira.itu rezeki yang orang lain tak de

PertMuffin said...

ibu hanis,
perempuan yang hodoh rupa dan hodoh hatinya memang akan selalu dengki pada perempuan cantik dan rajin. heh!
sila take note ya?

by the way, anggap la ini dugaan. sabar itu buahnya manis :)

belle said...

best nye tengok triffle tu...boleh gune any sponge kek ya?kek aunty yg choc tu ramai kawan saya suke...nabila

Princess Ayang said...

sy silent reader blog aunty n hanis..
kali ni tergerak nk tulis ntk aunty..
perkataan pertama yg kluar dr mulut sy slps bce entry nie "Astafirullahalazim"...
sy ingat dh abis kisah pompuan dengki tue.. tp lagi teruk.. sabar la aunty.. Allah bersama2 org yg sabar.
also thanks for sharing the recipe.. slalu buat jd xcantik.. try resepi aunty lak..

Niesa said...

Cian aunty kan.. takpe.. sabar separuh iman..
geram dgar cta aunty ni.. mgkin dia mash taktau apa kndungan eskrem aunty.. sbb tu dia rasa eskrem aunty mahal..
papun.. aunty sabar je.. Allah selalu bsama org yg sabar

rapheydhillo said...

sis nani,
rezeki ada dimana2.. mudahh-mudahan tak dapt kat depan sekolah, dpt pulak kat tempat lain.. sabar je ye!!

Rina Salleh said...

aunty,

whatever it is. rezeki ada dimana-mana. biarlah org yg dengki tu. mungkin ada yang lebih besar menanti;)


btw, i saw u and family at dewan guthrie bukit jelutong last time. teman mak saya pergi wedding anak kawan dia.

Unknown said...

YES ADA ALASAN NAK PERGI MELANTAK TRIFLE DEKAT RUMAH AUNTY SHEENA.

Unknown said...

auntie,
ada lagi org macam ni dalam dunia kan? singkatnya.
apa yg dia susah hati sgt kalau autie meniaga pun.bukan mintak duit dia.
apa salahnya buat budak2 hapi kan makan eskrim?
biarje la tgk dia nak pi smp tahap mana.jgn sampai dia sakit otak sbb aniaya auntie.
believe me org mcm ni mmg takkan puas dan sakit hati smp bila2.dia yg sakit. mental.

BYZURA RAZALI said...

Hi kak, nak tanya.castard tu akan jadi ala2 keras ke idak.Nape saya buat cair jer tak keras2....SOS!

BYZURA RAZALI said...

Hi Kak, nak tanya ni castard tu akan jd keras ke.Nape saya buat tak keras pun? Pls help me.....tq

-atiQah- said...

auntie...thanks for the recipe!
sedap betul nampak..saya pun selalu buat triffle, tp yg biasa je..

my mom suka makan triffle yg saya buat..nanti nak cuba recipe auntie ni..mesti lagi my mom suka mkn..hehe..

zura aini said...

ada juga manusia yang dengki macam tu kan.apa untung yang dia dapat?lainlah kalau akak bukak gerai depan sekolah, ada kuali minyak panas bagai yang merbahayakan kanak-kanak sekolah. Depan sekolah anak saya pun ada perempuan jual minuman dari bonet kereta, budak-budak dahaga sangat semasa tunggu bas dll. apa salahnya. Perempuan tu ibu tunggal, boleh pelihara anak-anak dengan hasil jual minuman, kita pun tumpang seronok tengok.

Anoko R. said...

cantik nye emak Hanis.
Cahaya solat

Stay Sane Mama said...

nak amik resepi ni leh tak?
nak letak kat blog.hee

lisa alias said...

rasa marah bila terbaca kisah mama kali nehh..memang tkde keje pompuan tu..busuk btl ati dia..biarlaa..ader balasan utk dia di akhirat nanti..tu laa kekdang sifat org melayu..tk blh nk lihat org lain maju..timbul PHD..tkpe mama..rezeki yg ALLAH SWT beri kt dunia nih ader byk..yg penting kita jgn pts asa..doa kesabaran dn ktabahan bt mama...

Mila said...

just bump into your blog and tersuka pulak baca your writing.
Sabar je lah ye...manusia ni mcm2 perangai. Maybe one day turn dia pulak... what goes around comes around. Tak tercapai akalku, ada manusia sanggup susah payah mcm tu sekali nak kenakan orang... dek kerana perasaan DENGKI. Sabar lah ye.
Nak exchange link...boleh?

Amirah Shaharuddin said...

salam...sy nk share xperience working wif non malay company. 1st day ble sy msk keje sy ingt company 2 malay sbb slalu iklan komersial mmg 100% malay n duta2 menggunakan bangsa melayu.pe yg sy nmpk stiap kali dtg general manager sume org hormat n pe yg company 2 amek pembekal sume 100% chinese.dia xkan amek yg malay.kt sini kita boleh lihat mereka tolong bangsa sendiri n tak hairan kalau sy katakan org cina paling pandai berniaga sbb mereka tlg bangsa mereka sendiri wlpn susah mana atau senang mana mereka.dan sekarang bila sy fikir2 balik selama ni sy pandang rendah pd kaum sendiri dan kebanyakan barang yg saya beli dari bukan melayu.dan saya sedar sy telah mengambil jalan yg sangat sangat sangat salah.dan selepas itu sekarang saya barang sy kebanyakannya dari barangan penjual melayu kerana saya sedar smpai bila bangsa saya nk maju kalo saya sendiri tak support.tolong jangan pandang rendah kepada peniaga melayu.tolng jangan dengki.hasad dengki tak membawa kita ke mana2.takkan masuk syurga jika terdapat sekuman hasad dengki dalam hati insan itu.saling hormat menghormati itulah kunci kejayaan dan kesenangan hidup didunia.tolonglah bangsa sendiri.buang sifat dengki.kalo kata mahal sangat aiskrim puan kenapa nk beli?kenapa boleh pula membeli barangan yg berjenama yang sangat mahal dan xnk buat aduan?kenapa tak reti menghargai hasil titik peluh bangsa sendiri?puan,saya berharap puan tabah.insyaAllah Allah akan menolong hambanya yang banyak bersabar :) thanx!

Fina Sfyna said...

hi aunty. fina ambek resepi tu trifle ye, nampak sedapp! tq :)

FaRrA DeeN said...

Salam akak.. For ur info, saya dh lama jadi follower x berdaftar dgn akak.. hehehe... Resepi trifle tuh plak farrah dah salin beberapa bulan yg lalu, n dah try hujung bulan Mei hari tu sempena besday my hubby yang memang suke makan puding!~ Tgh google resepi puding istimewa, alih2 jumpa yg paling spesel dlm blog akak... Thanks!~ Tapi xleh upload yg saya buat sebab digicam saya rosak... Thanks for sharing the recipe!~

Akak, nak mintak kebenaran akak (in advance) utk copy gmbr puding tuh okay?? Saya nak letak dalam blog saya... Boleh ya?? Tqvm!~

the-one-who-must-not-be-name said...

auntie...ari 2 kte wat triffle ni tp xjdk...cair cam air..pdhal gne sme sebijik cm resepi auntie..mak kte ckp mgkin kastard kte xpekat...sdey jek.......=(

cik kuali said...

salam kak nani,
nak minta izin ambik resepi dan gambar Strawberry Fresh Creamy Truffle!
thx!

Wan Collection's said...

busuk hati betul perempuan tuh. saya rasa mcm nak ganyang3 dia.

tetiba sy lg emo!