Tuesday, February 17, 2009

ADA JUGA PEREMPUAN YANG TAK BERAPA MAHAL, PEREMPUAN 30 SEN

BAB PERTAMA


Cuba kita fikir kenapa Allah bagi musibah. Banyak di antara kita mudah lupa yang Allah itu bagi apa-apa sahaja musibah kepada manusia itu adalah hasil dari perbuatan manusia itu sendiri. Kita tak ingat atau tak mahu sedar mungkin, yang kita ni pernah menganggu kehidupan orang, pernah menyakiti hati orang, pernah menyinggung perasaan orang, pernah membuat orang susah hati sampai tak senang duduk. Macam saya dulu, pantang je orang ajak gaduh saya ‘layaaann….’Maklumlah siapa tak geram, kita tak usik orang, orang usik kita. Masa itu setan pulak bertenggek-tenggek mengeletek hati saya supaya lawan balik. Sampai saya terlupa yang Allah tu ada.Allah tu Maha Kaya . Saya balas balik macam saya tak yakin yang balasan dari Allah itu lagi hebat .

Nak cerita balik pasal perempuan yang bagi saya sms layang tu pasal harga aiskrim saya lebih 30 sen dari harga aiskrim yang dijual di rumah. Saya tak tahulah apa motif dia. Samada di tu dengki ke, kedekut ke, atau duit 30 sen tu bagi dia macam 30 ribu ke atau geram sebab tak boleh tahan tengok budak-budak kerumun saya sampai tertanggal-tanggal sandal saya ke, atau saja-saja terlebih masa dan tenaga, tak tahu nak buat kat rumah atau kat pejabat sampai boleh terfikir nak cari no telefon saya dan sms layang kat saya begitu hanya kerana 30 sen. Dah tu selit jugak kata-kata yang menjengkelkan hati ‘janganlah ambil kesempatan ke atas kanak-kanak yang tidak tahu menilai wang’ yang bernilai 30 sen tu.

Apa pun motif perempuan 30 sen tu, dia telah berjaya membuat saya susah hati yang amat, membuat saya tak senang duduk memikirkan macam mana nak balas sms tu dengan kata-kata yang betul dan baik.Sampaikan malam tu punyalah tak senang hati saya dibuatnya, kuali pengukus yang telah berjasa selama bertahun-tahun tu terbakar dan bocor akibat saya asyik termenung sana termenung sini sampai terlupa apa yang saya masak di dapur. Sampai terlupa saya banyak tempahan kek coklat dan cookies.

Fikir punya fikir, saya tak salahkan perempuan 30 sen tu lagi. Saya yang bersalah kerana cepat sangat nak pergi jual ais krim sampai saya lupa nak baca ayat kursi lepas solat asar hari tu. Bukankan ayat kursi itu adalah pendinding dan senjata mukmin supaya terlindung dari segala perbuatan jahat dan hasad dengki, angkara manusia mahupun iblis. Saya yakin kalau saya tidak terlepas membaca ayat kursi setiap selepas solat pasti saya terhindar dari segala gangguan samada dari manusia ataupun jin dengan izin Allah.

Saya yakin itu kerana ada suatu malam itu, beberapa rumah jiran-jiran saya dimasuki pencuri yang mencuri kasut-kasut yang diletak di luar rumah.. Sedangkan kasut-kasut kami termasuk ada beberapa pasang kasut suami saya yang agak mahal memang letak di luar rumah sebab kabinet kasut pasang siap di rumah kami belum siap. Malam tu selepas solat isya saya baca ayat kursi dan yakin Allah akan melindungi rumah saya dan keluarga saya sampai ke subuh. Mungkin dengan kuasa Allah pencuri itupun langsung tak terfikir untuk mencuri kasut-kasut kami. Alhamdulillah.

Bercerita lagi pasal janji saya pada perempuan 30 sen yang saya akan jual aiskrim 30 sen , suami saya melarang saya layan perempuan 30 sen itu. Suami saya marah-marah , kalau nak harga 30 sen, bukan jual tepi jalan macam tu. Harga tu jual dari rumah bolehlah. Lagipun aiskrim you buat sedap, bahan-bahan mahal, buat apa you nak layan. Tapi sebab janji saya buat juga aiskrim air, gula dan perwarna dan jual harga 30 sen. Saya tulis besar-besar AISKRIM SIRAP BIASA 30 SEN. Dan di sebelahnya saya tulis AISKRIM BLENDED ISTIMEWA 60 SEN.

Allah itu Maha Kaya, Maha Pemurah. Kalau dia nak bagi kita rezeki, ada sahaja jalan ceritanya. Lebih orang dengki dengan kita lagi lebih rezeki Allah murahkan untuk kita. Rupanya perkataan 30 SEN yang saya tulis besar-besar itu memang jadi daya tarikan dan bertambah ramai pula ibu-bapa turut membeli. Tetapi tidak pula mereka membeli aiskrim sirap biasa itu kerana anak-anak mereka hanya mahu aiskrim BLENDED yang dah selalu mereka makan tu. Alhamdulillah, aiskrim 30 sen memang hanya buat ‘standby’ untuk mereka yang minat dengan air, gula dan pewarna sahaja, ataupun yang mengganggap wang 60 sen mereka itu boleh buat mereka papa kedana bila beli aiskrim yang lebih sedap. Dan poster yang tertulis besar-besar 30 SEN itu pula khas untuk tatapan orang-orang di situ yang tak senang duduk tengok aiskrim saya laris dan risau saya akan jadi kaya raya kerana jual aiskrim.

Dalam pada tu, ada seorang kanak-kanak perempuan datang dengan memegang wang 30 sen di tangan. Cik, cik, ada aiskrim 30 sen tak? Ada tu, nak ke? Kata saya sambil menunjukkan tong yang berisi aiskrim 30 sen. Setelah melihat aiskrim dalam tong, budak perempuan tu pun berkata, tak palah, sambil berlari ke arah ibu mereka. Mujurlah saya buat ‘standby’ aiskrim 30 sen tu untuk legakan hati orang walaupun memang tak laku.

78 comments:

Anonymous said...

salam...
teringin sgt nk mkn ais krim n kek coklat puan..
jangan dipikirkan sgt ttg perempuan 30sen tu.
ingat,rezeki ada dimana2...
akhir kata,Semoga success selalu n dirahmati Allah...

emly2175 said...

akak, pedulikan aper orng lain nak kata.. Tapi saya memang sedih bila lihat mentaliti orng melayu yg tak pernah berubah sejak merdeka.. Kaum Cina kat Penang boleh bersatu padu w/pun lain parti politik. Semuanye utk majukan kaum mereka.. Tapi kaum saya, sibuk hasad dengki ;(

ayat qursi tuh memang powerful.. memang tak rugi jika diamalkan selalu..

back to your icecream malaysia.. u make me wanna do my own ice cream malaysia..Not to sell but for own consumption la.. Boleh bagi resepi tak? Thanks..

Anonymous said...

Right on Mama for introducing options for the school kids on the choice of Msian icecream ... you not only allow the school kids to exercise their consumer rights on whether to consume premium icecream or otherwise .... you have also indirectly teach the kids value-for-money ...

as with our choice of international brand premium ice creams for eg : Baskins Robbins, Haagen Daaz and the likes ... i'm pretty sure the Honda lady doesn't mind spending her hard earned cash on these brand instead of our local brand so what is a mere RM 0.60 for good quality Msian ice cream :-) .. after all she is driving a Honda and not a local car ...

-all the best to Mama ..looking forward to ordering more of your raya cookies ... perhaps next time we meet at my office instead of GE Mall :-)



*theRose*

Anonymous said...

Sabar ye aunty.Sbnrnya bukan mudah nk meniaga,tebal muka pon iya..

Apa2 pon niat kita nk cari rezeki utk family,dorg tu bukan fhm.Aunty pon bukan jual mahal,oklah harga mcm tu:)

~Yg suka baca blog aunty n anak2:)

Anonymous said...

aunty!
suke la bace blog aunty. keep on blogging, n jgn pedulik ape org dengki ckp.btw, bila amalkan baca ayat kursi lps solat mmg rase tenang smpi ke waktu solat slpsnye.
i heart you, n always do! :)

A.I said...

Kalau laku pon, mungkin pompuan 30sen anak branak sepupu sepapat yg membelinye Makcik Cantek Jelita.. ;P

fazadilla said...

Assalamualaikum..

kak, biasalah manusia mana bole duduk senang bila lihat org lain lebih..x senang duduk bila melihat org lain berjaya..sedangkan kita sebagai manusia apatah lagi kaum sendiri sepatutnya berbangga melihat kaum sendiri berjaya..ini tidak!

apa pun, tabahkan hati..lantaklah orang nak kata apa..bila kita susah bukan dia yang beri duit..hehe

*suka dan terharu melihat ketabahan akak..meingatkan sy kepada mak sy :)

Annasue'G said...

org melayu selalu menjatuhkan org melayu...haihhhh~
takpe la,kite mencari rezeki yg halal utk family..kalo tak suka tak pyh beli.betul tak? pedulikan diorg,hasat dengki takkan penah habis... =)

Tujuh Kaki Dalam said...

dr apa yg saya baca, bhn2 aiskrim 60 sen tu akak dah boleh jual dah sebatang seringgit malah boleh hingga ke rm 1.50.

akak bukan sekadar berniaga aiskrim sahaja tetapi ada beberapa perkara juga telah berlaku:

1. akak sedang mendidik minda perniagaan dalam jiwa anak2 akak. ini sgt bagus kerana 9/10 punca rezeki ada dalam perniagan.

2. akak juga sedang memberi alternatif yg sihat buat anak2 sekolah untuk membeli jajan (kalau ada nama yg lebih baik sebab aiskrim akak lebih sihat dr penjaja yg lain) yg lebih bersih dan berkualiti. ini kerana makanan akan mempengaruhi hati. kalau beli makanan yg tak di jaga kualitinya bukn efek dr segi kesihtan sahaja malah juga rohani. syabas kak!

3. ada beberapa perkara lagi tapi tiba2 saya blur.adeh.hehe.

kepada mereka2 yg dengki dan sedang baca blog ini dan komen saya, carilah kerja yg lebih bermenafat. mengkritik bukan tidak boleh tetapi kritiklah secara hikmah dan adil. siasat dulu dan tanya elok2. dan yg penting jaga hati tu jgn ada hasad dengki. tau lah ada yg benci dan cemburu sebab tengok ada seorang wanita melayu yang cantik sedang membuang sifat malunya dan mahu pula menjual aiskrim di khalayak ramai. mesti makcik2 cantik yg lain tercabar. kan? kan? cantikkan jugalah hati2 kita wahai makcik2 cantik skalian.

baru berbaloi cantik yg Allah bagi tu.

(ok.saya pula yg emosi lebih.mana tak emosi.australia yg sedang di landa bencana kebakaran dalam beberapa hari sahaja kutipan derma mereka dah mencecah AUSD 91 juta. kita di Malaysia kutipan derma untuk Palestin dah ada berapa?dah tu bangsa sendiri nak maju ada plak dengki sebab 30 sen sahaja! aduhai mundur sungguh minda kita ni.)

Pink Mama said...

Kak Nani,

Kalau dah rezeki kita, tetap rezeki kita jugak walau bagaimana sekali pun orang nak kata/buat.

Teruskan usaha Akak. :)

dina said...

kak nani, kadang2 kita yang terlalu memikirkan untuk memuas hati semua orang. tapi bila kita hendak memuaskan hati orang kita rugi. saya setuju dengan suami akak, jangan dilayan perempuan 30sen itu. dan yang penting sekarang akak sudah terangkan kenapa aiskrim itu berharga 60sen. akak boleh tulis di banner yang aiskrim yang akak jual menggunakan bahan yang bermutu dan berkhasiat. menggunakan air yang di masak dan bersih. oleh itu nanti semua akan faham... kadang2 Allah mendatangkan musibah untuk menguji tahap kesabaran kita dan kewarasan kita dalam menghadapi ujian Allah... Wallahualam

I.L.Y.A.N.I.E said...

Sabar jek la kak.
Nasib baek akak standby, kalo x, lagi sakit hati org tuh.

Xpe. Allah itu Maha Adil.

Diberi dugaan kepada mereka yg disayangiNya.

=)

farhana zainal said...

hahaha..makcik 30 sen tu anta anak die suruh try tanye kot..hahaha..
anyway, good luck with your business. may Allah bless you. btw, cane nak order cake tu?? cam tringin plak..

p/s: kucing aunty tak de baby baru ke? nakkk...hehe..

Anonymous said...

assalamualaikum akak..

akak boleh x share resepi yang apple mapple tu nampak mcm sedap..jauh sgt la kalau saya nk pergi beli. saya kat pahang ni akak..

boleh la ye akak??

terima kasih.

Foxy Farah said...

am so proud of u aunty.alhamdulillah perniagaan semakin bagus pulak lepas idea tu.kalau dekat tempat aunty meniaga tu,nak juga saya beli.teringin nak rasa sangat.sure sedappp yg blended tu =)

Ida Raja Idris said...

hehe, takpe auntie. allah tu maha adil. semoga business auntie semakin berjaya! ignore saje org begitu...susah nk puaskan hati semua org.

Anonymous said...

Hehe..saya dapat agak..anak siapakah budak perempuan yg tanye pasal ais krim 30sen tapi tak jadi nak beli :P

MarlissaMusa said...

Alhamdulillah, semoga perniagaan aunty bertambah maju..Anjing salak bukit, bukit tak kan jatuh aunty..InsyaAllah..rezeki Allah sentiasa ada..

buat yang suka mengeji dan dengki,
biar Allah je yang balas..tak kuasa nak layan org otak sempit ni..hrm..

NSMY said...

sy respek la ngn auntie ni..
dah la rajin... pastu apa2 yg berlaku auntie redha dan percaya sume dtg dari Allah... byk yg sy blaja dari auntie sjk sy baca blog auntie dan anak2 auntie... i wish i was part of ur hepi family... :)
betul tu, sumtimes, apa2 perkara yg membuat kita susah hati selalunya sbb kita lupa pada DIA walau seminit...kalo ikutkan bukanlah susah hati sgt kalo stakat sms layang 30 sen tu kan auntie? itu cuma sebab dan akibat... sy tabik auntie!

yatie chomeyl said...

u go aunty. abaikan je sorang 2 yg dengki tu. Allah bg ujian utk hamba Nya yg dia yakin leh tahan dgn ujian tu. I guess u passed the test and move on ur lovely life :)

Anonymous said...

ambilah teguran itu sebagai pendapat..

kadang2 kita kna dgr juga pendapat org lain, saya rasa niat dia bukan nak cari gadoh, cuma memberi pendapat..

jgn di endah kan sgt pendapat itu jika ianya tidak betul dan berunsur fitnah..

bangga dengan auntie yg rajin membantu keluarga.. semoga sukses selalu...

Mieza said...

Assalamualaikum Kak Nani, hidup kita ini tidak akan pernah surut dengan cabaran. Hanya Allah yang lebih mengetahui niat ikhlas kita. Membaca blog akak membuatkan saya lebih gagah menghadapi cabaran di tempat orang. You are a strong woman keep moving on.

nino mok said...

Pompuan melayu 30sen tu blh dikategorikan melayu mudah lupa..

Buat akak Allah sentiasa bersama dengan orang2 yg sabar.

Saya percaya lepas ni aiskrim akan lebih kedeboooom lagi.

Anonymous said...

aunty...
sabar eh..sye slalu gak bca
blog aunty n hanis =)
biarlah dowang tu..

senyum² selalu...
aunty nmpak mude sgt tau!!
mcm tak caya aunty dah
ada anak dara besar² ;)

all da best aunty...
tuhan sentiasa di smping kita :)

Kekna said...

mungkin ada orang lain jugak yg dengki tgk bisnes kita, tapi samada diorang tak beli aiskrim kita or selidik dahulu sebelum tuduh yg bukan2.. tapi makcik Honda baru nih, tak penah rasa aiskrim tuh terus je tuduh melulu..si busuk hati yg unprofessional!

mama mmg pandai bertindak or menjawab bila ada orang cari pasal. I think I ikut perangai mama, cuma I lebih kasar la..mungkin darah muda..ececehh..(Hanis tak kan, dia ikut daddy ;p)

ms lolli said...

hmm..mula2 tak faham aper yang akak mengomelkan ruper nyer bila baca your daughter nyer blog baru faham..takper kak sabar ya..manusia sebegini tak patut di layan..diaorang tak tau nak bezakan quality sesuatu barang tuh..i know coz my mom pun berniaga jugak and dah lali dengar orang complaint nih..

so adat berniaga memang macam nilah..but keep it up ya..insyaallah kita akan dilindungi..

=)

Raz said...

truskan saje mama hanis..

jgn terlalu fikir ape kate org

LiLa said...

Kak Shina,
Pandai taktik akak jual sama ice cream 30sen (itu sepatutnya khas untuk anak, perempuan 30sen tu )Anyway, suka baca cerita kat blog akak.Apa pun jika niat kita ikhlas Allah akan balas yang baik2. Take Care!

xoxo,
Lila

faraulah said...

Salam. terharu saya baca tulisan akak..memang jenis manusia dangkal dan pendengki.. sebab tulah susah nak maju

Ulam Kerdas said...

hahaha..sy ade jugak baca pasal ni kat blog hanis...Gila lawak seh perempuan 30sen tu...

mayb die x pnh beli brg2 kat kedai kot.tat y la die ingat semua harga brg mcm zaman 80an kot..ahaha..lawak2...

kalo dia anta lg sms layan kat aunt..kim salam sayang ye kat dia...ahahah...

p/s: ignore jer org camtu aunt..:d

y@ni3 said...

salam aunty,suka baca blog aunt and anak2, sabar ya aunty, ini semua dugaan, yang penting aunty tahu apa aunty buat kan dan aunty ikhlas,bagi saya bahan2 yang aunty guna tuh pun bukan murahan tau!And and saya teringin sgt nak makan ais krim blended Malaysia yang RM 0.60 tu ya.. sebab macam best ja..Agak2 boleh jual kat ofis saya pulak tak? Hehe..Mesti ramai kott yang beli aunty!

Unknown said...

tu belom kira packaging lagi tuh... meh saya tolong design packaging, lepas tu silap haribulan buleh tarok kat tesko lagi... baik buat benda ni cepat sbelom wall's curik idea yg bernas ini lalu membikin benda yg sama.. idea pun rezeki jugek, dan rezeki jgn di tolak... lakukanlah ia... !!! ayoh!

Unknown said...

tu belom kira packaging lagi tuh... meh saya tolong design packaging, lepas tu silap haribulan buleh tarok kat tesko lagi... baik buat benda ni cepat sbelom wall's curik idea yg bernas ini lalu membikin benda yg sama.. idea pun rezeki jugek, dan rezeki jgn di tolak... lakukanlah ia... !!! ayoh!

m@Ri@ said...

kak...dulu pun mak sy juai eskrim malaysia ni...dah la sedap pastuh juai 10sen je..mmg tak berbaloi..so kami srh mak berhenti je juai..nak juai 20sen org mengata...susahkan org mcm ni..nak sedap tp nak murah..huhuh...

azimask said...

mama hanis... tak kesah laaaa apa org nak cakap... yg penting akak buat je apa yg akak rasa betul
kalau nak ikot cakap org nie sampai bila bila pun kita sakit hati
apa pun.. tingin nak rasa kek coklat akak..... nak beli mana yeee???

NONIE AZIZ said...

Assalamualaikum kak...

Laaaa...ada jugak orang macamni kak eik...Tak pe kak abaikan ajer dia tu jeles tu...

Lawat-lawat la blog nonie plak eik...hikhik

KV said...

saya dh baca cerita ni dlm blog hanis. Tak sangka rupanya mama hanis ada blog. Hehe
Dan lupa lak, salam kenal.
Insyaallah ada hikmah di sebalik kejadian.
Saya link blog awak,k.;)

Anonymous said...

Salam Kak Hanis, salam kenal. just knowing your blog from my sister nonie..www.amniey.blogspot.com. Bila free nak baca lagi you punya writing..

tungau sendirian berhad said...

salam aunty..

sy nak tanya nih.. kek tu bleh tahan tak kalo bawak masuk kapal terbang??

sbb nxt month sy nak fly balik kampung.. adik beradik asyik je cakap nak try kek aunty (derang penggemar blog anty)..

so kalo bole sy nak order kek kat anty bawak balik..

NaniRostam said...

Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang ikhlas memberi kata-kata semangat dan terima kasih atas rasa kasih sayang kamu walaupun kita kenal sekadar di dalam blog.

Buat Tujuh Kaki Dalam, kamu memang pandai memujuk hati.

Kesimpulannya, 'perempuan 30 sen' umpama satu daripada rentetan sepanjang perjalanan dan duri dalam daging yang tidak kita sedari mungkin dia adalah di kalangan orang disekeliling kita.

Setabah manapun seseorang itu, selagi mereka itu adalah manusia yang normal dan waras pasti akan rasa marah dan melenting bila menerima sesuatu teguran, apatah lagi kiranya teguran yang tidak berasas dan berbaur hasad.

Alhamdulillah saya dapat mengatasi rasa kejengkelan dan mudah untuk melupakannya kerana itu hanyalah sekelumit asam garam kehidupan yang tidak perlu melekat dalam fikiran.

Orang boleh kata apa sahaja. Dan kita sepatutnya boleh tangani apa sahaja cabaran asalkan jalan yang kita pilih adalah jalan yang lurus.

Sama-sama kita saling mendoakan.


Kalau ada sesiapa yang ingin resepi, insyallah saya akan blog bila ada masa nanti. Dan sesiapa yang mahu memesan 'strawberry Choc Cake' sila e-mail saya. Terima kasih.

Anonymous said...

aunty.

jgn la cepat menilai org mcm tu je.maybe die nk tegur je.takder niat pon.Tak baik nak besar2kan cerita sampai semua org tahu kan?

Anak aunty hanis tu pun mcm membesarkan cerita.tak baik mcm tu. Biarlah yang tak bernama tu..dia sekadar nak bg teguran sahaja maybe die tak pernah lagi rase aunty punye icecream tu..

aunty ur choc cake nampak best!!!

NaniRostam said...

Salam. saya tidak menilai sesiapa di sini. Saya berniaga mencari rezeki yg halal, tiada masa saya untuk menilai sesiapa. Merekalah yang banyak sangat masa untuk menilai saya begini begitu.

Membesarkan cerita tidak timbul kerana siapa mereka itu? Kami tak tahu mereka tetapi mereka yang tahu kami. Berani menegur tetapi takut memberitahu nama dan bersembunyi sebagai anonnymous dan disebalik no tel digi yang mudah di dapati di mana-mana.

Semua orang tahu cerita ini tetapi tiada seorang pun termasuk diri saya sendiri yang kenal siapa gerangan yang saya ceritakan.

Adakah saya mengenali kamu juga?

NaniRostam said...

Dina : Terima kasih atas pendapat kamu. Saya akui buat apa saya mneyusahkan diri jual aiskrim 30 sen, kalau aiskrim 60 sen saya memang laris. Permintaan melebihi pengeluaran. Dah tu seorang budakpun beli banyak2.Ada tu beli sampai 10.Ada juga mak-mak yang nak belikan anak kesayangan dia aiskrim, malangnya dah habis.So dia pun 'sound' saya dengan bengang 'lain kali buatlah banyak-banyak' Dah pulak!.

Tijah said...

makcik honda baru?

hehehe! mesti dia takut installment bulanan hondanya short kalau anaknya beli eskrem 60sen tu kan?

apakah manusia sebegitu???

Anonymous said...

haha..sabar jerlah..klau dah abis kena sound 'lain kali buatlah byk2!'
..mcm2 hal kan..takpe sis yg penting u sincere n enjoy doing it ;)

kicap said...

Teringatkan kak ngah saya..akhirnya beliau mati atau meninggal dunia yang mana hidupnya sentiasa bergantung pendapatannya kepada perniagaan makanan di Shah Alam. Kematian amat mengejutkan suaminya anak-anaknya serta banyak ahli keluarga saya mengesaki beliau disantau kerana bermusuh dgn jiran sebelah yang berniaga juga. Kematiannya sebulan selepas kejadian pergaduhan dengan rakan jiran perniagaan. Cuma saya dan abah saja yang tak menanggap bagitu hanya berpegang bahawa ajalnya telah tiba dlm usia yg agak muda.
Sejak hari itu suaminya cukup teruma dan pobia dalam dunia perniagaan makanan sehingga berpindah rumah dan pekerjaan.

Moralnya memang dah dasar orang Melayu sentiasa mendengki dan iri hati jika orang Melayu lain maju dan sentiasa sahaja berusha untuk mendengki. Saya amat berharap kakak sentiasa tabah.. moga beroleh kejayaan dunia dan akhirat..insyAllah .

p.s saya cadangkan kakak jual aiskerim yang harganya seringgit ke atas saja...buat power-power mesti orang ramai akan terlupa harga yang 30 dan 60 sen tu..kalau dia org cari yg harga sen tu , bilang dengan dia.. "dah habis" huhu

zura aini said...

kak ,
balasan Allah tu kan lebih hebat, biarkan je bila kita disakiti.

zura aini said...

kak ,
balasan Allah tu kan lebih hebat, biarkan je bila kita disakiti.

Anonymous said...

aunty, bagi saya aunty tidak membesarkan cerita. sebaliknya hanya berkongsi cerita..

keep sharing aunty, you never know who's life you are touching

herooftheday said...

as'kum auntie/akak :p good luck in ur ice cream biz...akak yg jual akak letak la harga.org xnak beli sudah.yg dengki tu,biar Allah jer layan.anyway,saya teringin gak nak rasa kek and cookies akak,insyaallah nnt saya order.wassalam!

Anonymous said...

bagi saya ia cuma pendapt,kalau makcik lebelkan dia sebagai melayu yang berhasad dengki,saya hendak lebelkan makcik dgn melayu cepat melenting boleh?

~anaisy~ said...

mintak permission utk link yer aunty... thanx =)

Hanis Zalikha said...

haha rezeki woh letak banner 'aiskrim 30sen available'.

mama, hanis tak faham bila orang tegur hanis, jangan mengumpat org tuh (perempuan 30sen) in public, mengumpat ke kalau hanis tak letak nama, dan takde siapa pun kenal, even kita pun tak kenal? mengumpat ke kalau hanis nak kongsi cerita jadikan pengajaran? mengumpat ke kalau seorang guru cerita tentang anak murid dia yang problemo kepada kelas lain, untuk tidak dicontohi?

ceh saja nak bandingkan dengan seorang guru. haha mentang-mentang pernah ajar diorang menari flo rida.

nanti nak gayut lah, kita chitchat azwan chihihi.

Mrs. Syakir said...

kak, blog akak ni best sgt. serius. ada unsur muhasabah diri dan cerita yg boleh dijadikan pedoman. Bukan macam penulis2 yg hanya memapar kemewahan dan kesenangan hidup saja. Bukankah Tuhan itu menuulis cerita yang menarik untuk umat-umatNya,kan? Tanhiah kak and teruskan usaha menjual aiskrim!

p/s kalau boleh share la resepi aiskrim apple tu. Teringin nak buat kt rumah.hehe.

kuizikel said...

wah tak sangka mak hanis ada blog.. cantik la, macam baju pon ada skin blog ni.. i like la.. rasa macam nak tiru utk blog sy..hehhhe

takpe auntie, jgn putus asa, org dengki tu biasa, ujian tu...sy pon nak beli aiskrim auntie tu, adoi tliur la, baru baca tu, klu dah rasa mesti hari2 beli 10 btg.. hihi.. (utk tgh hari jek, ptg beli lagi..)..

go go caiyo auntie...

azmahal said...
This comment has been removed by the author.
Maia said...

kak,
sabar je lah kak dengan orang2 yg macam tu.. ye.. Tuhan tu Maha Adil..

saya kecik2 dulu pun kadang2 jual eskrem seposen yg mak saya buat kat sekolah. kadang2 jual jambu air dari rumah nenek saya. best sebab nenek bagi free. jadi takde kos.. kos penat & malu sikit je lah.. hehehe..

azmahal said...

Salam Nani,

Ur cake and aiskrim malaysia are simply marvellous.

Pedulikan apa org nak kata, mmg susah nak puaskan hati semua org. Just do what you love to do!!

p/s - i have been ur silent follower and pls allow me to link yours to mine.

~cooper merah~

Brenda B said...

Sigh!

NaniRostam said...

Sebetulnya, apapun orang nak kata. Itu hak mereka, Mereka ada mulut boleh berkata, ada prepaid boleh sms. Terpulang macam mana kita menerimanya kerana semua cabaran mesti di hadapi . Usaha untuk berjaya harus digandakan. Dengan berniaga sedikit sebanyak saya tidak membebankan kewangan suami seorang.


Buat masa ini saya agak sibuk menerima tempahan kek strawberry coklat, kepada sesiapa yang order yang tak dapat saya penuhi mengikut masa yang sepatutnya, saya minta maaf dan saya harap anda semua tidak serik menempah lagi.


Buat Nor, saya rasa anda tidak pernah merasa apa yg pernah saya rasai, tidak pernah melalui apa yang saya lalui.


Tetapi itu hak kamu untuk melevel saya sebagai apa pun. Bila tiba nanti kamu di datangi musibah, gangguan, teguran dan hasad dengki dalam hidup kamu, semuga kamu boleh bertabah, berdiam diri dan tidak melenting macam saya.

Anonymous said...

read your daughter's blogpost regarding this ice cream thing too. she posted up what that lady said, and what you replied.

many are of the opinion that the lady in question is a spiteful malay. well,she COULD be. it could be too, judging from her manner of complaint, that she's just genuinely concerned. i don't know. i can't throw my opinion around because i don't know her true intentions. it was through a text message, was it not? did you TRY to interpret her words using various intonations? text messaging lacks in emotion, i trust you to be aware of that. you don't know for sure if she was of bitter intent. she did say maaf a few times,if i'm not mistaken. why MUST you take that negatively? don't you think that she COULD be really sorry that she's complaining about the price of your ice cream? she might not want to, but out of her honest point of view, she is saying something, and perhaps expecting a CORDIAL, RESPECTFUL answer from you.

i agree that the ingredients you use in the making of your ice cream are of good quality. they're not meant to be sold at thirty sen apiece. i definitely agree. BUT, i do not agree with the way you replied that woman's text message. it was crude, childish, and sarcastic. couldn't you have explained to her nicely as to WHY your sixty sen ice cream is priced as such? is that so hard to do?

i think not.

i am in no way against you selling homemade icy goodies. cari rezeki cara halal, plus the kids love them. right on for that.

but toksah la reply that lady's text in such a condescending way. you're just ASSUMING her intentions were bad, but you don't know for sure.

you talk quite a bit about Allah SWT and how you strive to be a better muslimah, etc etc. Islam teaches us not to judge people on first assumptions, nor does it tell us to jump our guns when we are not sure of something yet. before you launched that SMS comeback,you should've analayzed the lady's remarks from various persepectives first.

i hope that you will take this comment in a constructive manner, and not straightaway think that i am against you.

by the way,it's not nice to imply that sixty sen tu boleh ke make one miskin? sixty sen might not mean a lot to you and i, but it's still worth something.

Anonymous said...

You are A Great Mummy...!
You are an Amazing Wanita too..!

NaniRostam said...

Iza,

Semuga nanti bila anda dapat mengalami sendiri segala apa cabaran dan dugaan yang saya alami anda akan tahu bagaimana rasanya.

Malangnya selepas itu saya tidak bertemu semula dengan perempuan itu lagi sehingga kini. Bayang kereta dia pun saya tak nampak.Dan telefon yang digunakan pun telah tiada dalam perkhidmatan.

Kalau tak saya pun boleh minta maaf beberapa kali kerana membalas sms dia dengan anggapan negatif.

Anonymous said...

Saya setuju dengan pendapat iza. ramai peniaga saya jumpa akan tersinggung bilamana harga barangannya dipersoalkan. akan tetapi, dalam hal ehwal berniaga, pembeli ada consumer's rights. orang juga selalu kata, customer is always right.


Saya faham peniaga berasa rimas barangannya tidak diketahui kualiti sudah dihentam harga. saya tahu aiskrim puan nani mestilah sedap. Puan nani nampak sungguh sepenuh hati memasak.


Tetapi, memang cara isu ini diketengahkan rasanya terlalu emosi.


Saya tidak faham hal mencari nombor telefon puan nani, nombor yang diletak di blog hanis itu nombor siapa?


Saya kurang faham juga hal mengumpat ke kalau tak beritahu nama segalanya. Rasanya lepas sebut kereta honda, siapa yang bawak kereta honda lalu depan situ mesti risau kalau ada ibu bapa lain yang baca blog puan nani, takut juga orang ingat kita, yelah kereta jenama sama.


Takkan nak letak sticker "maaf, bukan saya pemilik kereta honda yang disebut puan nani di blognya". Jadi satu masalah pula kena tukar kereta lain. Menyusahkan orang lain juga.



Saya juga kurang faham, tidak segankah bising-bising sangat hal 30 sen? Orang hantar sms sikit, berjela-jela dijawabnya. Di blog anaknya ada, blog ibunya ada. Semuanya kerana nilai barangan lebih dari 30 sen. Tidak pernah terfikir kah orang lain habis dibomoh dan segala. Rugi bisnes berjuta-juta? Ada ditipu rakan kongsi? Kedai difitnah bermacam-macam lagi. Letih juga ya semua perkara hendak begini.Dugaan kecil sepatutnya menyediakan kita untuk dugaan lebih besar.


Kalau dugaan 30 sen pun begini gaya kelam-kabutnya, macam mana pula yang lain. Ya saya sudah baca hal gerai dirobohkan itu. Sepatutnya sudah ada pengalaman, bukankah akan lebih matang dalam bertindak? Umur pun bukan anak-anak lagi.



Saya tidak menyokong pihak di sana cuma saya rasa ada baiknya lain kali puan nani tidak keterlaluan. Kerana puan nani berniaga. Nanti kalau orang tak suka orang tak beli. Setiap pekerjaan ada dugannya.


Saya juga faham ahli keluarga akan sama saling sokong-menyokong. namun begitu, banyak sokongan pun tidak bermakna kita sentiasa betul bukan? Mujurlah ada juga yang menegur hal ini terlalu diperbesarkan.


Saya tidak ada apa masalah dengan puan nani cuma tentang hal ini, puan nani harus renungkan semula untuk lain hari. Bagus juga dengan teguran supaya bersabar.


Kerana bila ada yang menegur macam besarkan cerita, jawapannya bukan main juga, besarkan cerita ke tu? Besarkan cerita ke kalau itu ini.


Aduh, kalau diletak di internet ni satu dunia boleh baca. Tak pernah ke terfikir, puan nani dan keluarga ramai orang kenal. Cerita pula hal 30 sen. Aduh, seganlah. Yelah tak diketahui siapa orang sms itu, tapi sebagai yang bercakap panjang lebar, orang tahu itu blog hanis, ini blog puan nani.



Dua anak jiran main dan bergaduh. Anak si A memukul anak si B. Anak si B membalasnya juga. Dalam kehidupan biasa orang Melayu, masa kini, sering kita akan lihat, ibu bapa si A akan bermatian mempertahankan anaknya, kalau ada salah pun, mesti anak si B yang lebih. Anak sendiri buat tak apa, salah yang sama, tapi kerana anak sendiri, kita menangkan.



Harap puan nani dan keluarga tidak akan jadi begitu.


Saya ikhlas menegur. Dulu Puan Nani meminta maaf tentang sesuatu hal saya tidak ingat apa, saya rasa itu cukup terpuji. Biar kita buat baik Puan Nani, bukan tidak boleh bersuara, air muka mestilah dijaga juga. Semoga Puan Nani menerimanya dengan hati yang lapang.

NaniRostam said...

Siti Aishah pulak???

VimmiYasmin said...

Salam Kak Nani

Banyak2 bersabar yer kak!

NaniRostam said...

vimmiyasmin ; Terima kasih vimmi atas kata-kata semangat dari kamu yang dapat saya rasai terselit perasaan kasih sayang. Alhamdulillah.

Oh ya, saya bagi peluang dia baca, karangan 'contoh UPSR' dia kat tempat saya ni, biar dia rasa bahagia.

MrsNotSoCool said...

hehe aunty.. ni tetiba blh ke nak termengidam aiskrim 60 sen tuh?

maklumla.. preggie. (saja nak bitau preggie supaya dpt resepi..blh ke hehehe)

rasa klaka plus nyampah plak orang duk komen menegur aunty and hanis tapi guna anynomous cume nama berbeza.. ayat sama je rasanye. beza bahasa english malay je. gaya mengomen macam die plak yg terkena batang hidung. ke memang die? hahahah

Azfa Abdul Rahman said...

One of halangan utk org yg berniaga.. but if u ikhlas isya'Allah bisnes sentiasa maju...

NaniRostam said...

Azmahal : Salam. Terima kasih. Hai, terkilan hari tu, you datang rumah tak sempat nak ajak masuk, aiskrim pun banyak yang belum keras, cukup-cukup je bagi kat u. Insyallah bila i terima menantu, jangan lupa datang tau. Nanti hantar kad.

NuRul AiNa : Tulah aunty rasa, macam orang yang sama je....lobeh-lobeh pulak tu. Kalau jumpa nak je sekeh kepala heh.

Azfa : Betul. Kalau kita nak maju atau kaya memang banyak cabaran.

Kalau kuat teruskan, kalau lemah, orang memang tunggu kejatuhan kita.


Namun jangan lupa rezeki di tangan Allah. Kalau bukan di sini mungkin di sana. Kalau bukan di sana mungkin di sini. Heh macam cerita P.Ramlee pulak.

Pantang tengok orang maju ada je.. cuba kalau tengok business orang tak maju, pasti sinis pandangan, kesian, tak tahu berniagalah.makanan tak sedaplah. Kalau ikutkan dema serba tak kena teman dibuatnya.

kueh bakar said...

tidak memadam komen iza dan siti aisyah adalah satu keberanian...

Hanis Zalikha said...

hehe sape yang kelam kabut sekarang.

Ydiana said...

Setiap sesuatu itu ada hikmahnya...

Tapi zaman sekarang ni, apalh 30 sen tu, 60 sen pu dah kira murah lah!

a said...

makcik tinggal di mana ya?

dahulu semasa saya dan keluarga tinggal di pekan kecil di Pahang,
saya selalu tolong bonda saya buat aiskrim malaysia
masa tu jual harga rm0.20
macam-macam perisa ada (sirap, bandung, asam boi, jagung)
kadang-kadang saya tolong jiran sebelah jual keropok lekor dia
tetapi selepas pindah ke Kuala Lumpur pada tahun 1997, bonda saya sudah berhenti niaga aiskrim tu
bonda saya ambil tempahan kuih-muih dan masakan melayu

teringin jumpa makcik
mesti pandai memasak seperti bonda saya kan (angkat bakul mak sendiri nampak..hehehe)

:p

a said...

pembetulan,
bonda saya bagitau bukan rm0.20
tetapi rm0.10 (sekitar tahun 1995)~

nadiya zakariah said...

aunty..hmn..bg sy la kan..
pas sy bc msg dr pompuan 30sen tu..die x berniat nk tutup periuk nasik aunty..die just x paham knape harga 60sen sbenarnye..sbb tu die tanye..tp bg sy,cara die tanye mcm sopan je..xdela kasar n bhasa x sopan..
nk jd peniaga..kte kene positive thinker..trima dgn hati terbuke..
mmg aunty btul..lps tau ingredient die pon mmg logik je harga eskrem tu 60sen atau lebih..
klau sy jd aunty,sy blas msg mcm aunty jugak then bg eskrem free tuk pompuan30sen tu dgn muke tersenyum..
konfirm pompuan30sen tu sdar yg die tersilap menilai eskrem aunty n silap haribulan die plak borong eskrem aunty..
xpela aunty..aunty trima sbgai positif n jgn salahkan pompuan30sen tu spenuhnyer ye =)
ntah2 die baikjer..cuma konpius kt situ =p
gud luck aunty!!

mamaorg said...

mesti sedap eskrem malaysia akak tu. saya dulu masa 2008 pun ada jual eskrem kat opis. laku.seronok.

Unknown said...

sabar lah kak!!
memang ada jenis org macam nie...
x boleh tengok org senang sikit....