Tuesday, September 2, 2008

Resepi Mee Siam untuk Juadah Berbuka



Pineapple Tart, 50 Pieces, RM30.



Pergi Giant sesak, keluar balik. Ke Tesco penuh, sampai troli habis, hampa. Berkira-kira untuk pergi ke Mydin, sampai di sana aduh! dalam hati berkata-kata, ramainya orang, macamlah semua dalam Mydin ni free. Kaunter juruwang janganlah cerita, bersesak-sesak dengan troli penuh menggunung.


Sebenarnya cuma nak cari ayam untuk goreng makan sahur tapi kaunter ayam tu, orang ramai beratur panjang, jadi saya beli ketam, udang dan sotong dan terus naik atas cari kain telekung baru untuk solat terawih.


Lauk untuk waktu sahur yang paling menyelerakan suami dan anak-anak hanya berkisar goreng kunyit atau goreng cili. Malam pertama saya masak ketam goreng cili, malam kedua saya masak sotong goreng kunyit, malam ketiga paru goreng sambal, malam keempat udang goreng kunyit dan untuk malam seterusnya akan bertukar-tukar dengan resepi yang sama. Lauk goreng berkunyit atau bercili itu selalunya saya gandingkan dengan sup sayur campur bebola ikan atau bebola tauhu.


Untuk anak-anak yang masih kecil saya pastikan stok susu segar, cornflakes, cereal dan oats segera sentiasa ada untuk mereka bersahur. Bagi menambahkan selera makan mereka diwaktu awal-awal pagi begitu, saya sentiasa menyediakan minuman milo ais untuk mereka.


Begitulah rutin saya dan keluarga saya bersahur setiap kali menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah, semua anak-anak saya sejak dari tadika sudah mula berpuasa penuh sebulan.


Bagi saya berpuasa itu sebenarnya bertujuan mendidik jiwa dan mengurangkan nafsu dan syahwat. Sebab berlapar dan mengosongkan perut itu meninggalkan kesan yang baik untuk menerangi hati nurani serta menimbulkan semangat pada anggota badan untuk beribadat. Manakala kenyang perut itu punca segala kekerasan dan kelalaian hati dan menimbulkan perasaaan malas untuk beribadat.


Dan berpuasa itu seharusnya melatih kita meninggalkan kemewahan dalam serba-serbi, seperti makanan dan minuman yang membuka selera dan yang lazat-lazat yang sekurang-kurangnya tidak melebihi kebiasaannya pada bulan Ramadhan malah sama saja pada bulan-bulan yang lain juga.


Untuk menghayati fadhilat sebenar puasa dibulan Ramadhan, saya tidak jemu-jemu melatih suami dan anak-anak agar selalu bersederhana dan berjimat cermat. Saya memang tak suka suami saya menjenguk-jenguk bazaar Ramadhan. Maklumlah segala macam jenis makanan dijual di situ. Bila perut tu tengah lapar hati mana tak cair, semua yang dijual nampak sedap belaka. Sedar tak sedar, tak cukup tangan kanan, tangan kiri pun sarat menjinjing beg-beg plastik berwarna berisi murtabak, roti boom, sup tulang,sup gearbox, nasi kerabu, nasi dagang,popia basah, otak-otak, laksam, laksa, air tebu, air soya dan sebut apa saja semuanya ada. Malang sekali sampai habis waktu sahur, semua makanan itu masih terhidang. Bukankah itu membazir namanya.


Saya selalu mengingatkan diri saya jangan jadikan bulan Ramadhan itu kebiasaan untuk menjamu selera dan menurut kehendak tuntutan nafsu syahwat yang tidak pernah dilakukan pada bulan selain bulan Ramadhan, sekiranya begitu maka sebenarnya kita telah diperdaya oleh syaitan yang sentiasa memendam perasaan dengki terhadap manusia sehingga lenyaplah segala berkat puasa mereka dan tidak lahir kesan-kesan puasa itu dari cahaya, khusyu' kepada Allah Ta'ala dan merendah diri di hadapanNya, merasa lazat dengan bermunajat kepadaNya dan menjadikan bulan Ramadhan sebagai amalan khusus untuk persediaan hari Akhirat.


Dalam bulan puasa ini eloklah kita banyak bersedekah dan memberi orang makanan untuk berbuka atau menjemput orang berbuka di rumah kita. Selalunya bila saya masak kuih untuk juadah berbuka, seperti kuih seri muka dan sebagainya, dalam satu loyang empat segi saya potong enam bahagian. Dua bahagian cukuplah untuk saya dan keluarga dan yang selebihnya saya berikan kepada jiran tetangga untuk juadah berbuka puasa. Mudah-mudahan selain mendapat pahala yang besar dan hubungan sirahtulrahim sesama jiran bertambah erat.



Hijrah Rohani :-

Allah Ta'ala ber firman :-

"Sesungguhnya kami turunkannya (Al-Quran) pada malam Lailatul-qadr. Tahukah anda apa dia malam lailatul-qadr. Lailatul-qadr itu lebih utama dari seribu bulan"

(Al-Qadr: 1-3)

Nabi Muhammad S.A.W bersabda :-

"Siapa yang mengundang orang berpuasa untuk berbuka, maka baginya pahala orang berpuasa
tidak dikurangi dari pahala itu barang sedikit pun"




Jika anda kebuntuan mencari resepi untuk juadah berbuka, cuba resepi mee siam ini, pasti anda menyukainya.


Mee Siam


Ingredients:-

250gm rice vermicelli or meehoon - soak 5 minutes and drain

200gm prawns



Pound :-

3 gloves garlic

6 shallots

1tsp preserved soya beans (tau cheong)

50gm dried prawns

12 dried chillies -soak



1/4 oil

5 cups stock or water


For Seasoning :-

3 tbsp sugar or to taste

2 tsp chicken stock granules

1/4 pepper

1tbsp Nampla (fish sauce)


For Garnishing :-

200gm beansprout - tail

2 pieces fried beancurd (tau kwa) - slice

chopped spring onions and coriander

limes (limau kasturi)

hard boil eggs - quarter

red chillies - slice

prawn boiled and shelled

shallot crisps

Boil prawn shells in 500 ml water the simmer for 10-15 minutes. Strain stock and add to main stock.


Method :-

Heat oil in a wok and stir fry ground ingredients until fragrant. Add prawns stock then bring to a boil, add seasoning and simmer for 5 minutes.


To serve put rice vermicelli and beansprouts into a noodle strainer. Scald in a pot of boiling hot water for a minutes then drain off excess water. Place into soup bowls and top up with the main stock and with all the garnishing.


10 comments:

Anonymous said...

;) great to c u update the blog
..dh tau mesti dgn another superb
recipe from u ;)
lily byk belajar dari aunty on
how to be a good mom!
take care..

Anonymous said...

hati dah mengidam idamkan jam tart aunty. hehe.

Christian Girl in Harrods said...

Awwww, sedapnya, so this is the authentic mee jawa?? I will try this aunty!! Terima Kasih, saya ni big fan of mee jawa, tapi yang pasal tu dijual kat coffee shop everywhere...-_-

Oh aunty, whenever there's a sale and a big crowd going on, I always think that are the things free? Why so many ppl are there then? haha

Anonymous said...

First time singgah sini...
menarik sungguh apa yang ditulis


http://www.ligakampung.com

NaniRostam said...

lily lotus: lily kalau you nak jadi emak macam i, you kena ada suami yang garang. so that anak-anak you ada lah orang yang dia nak takut.

faisol: sama-samalah faisol. selamat berpuasa.

rachel: oh you ke yang order tu? dalam perjalanan. sabar ya.

siewkwan: mee siam lah siewkwan. kenapa sesat ke mee jawa pula?

zool: terimakasih. saya sedang menuju ke tempat anda.

Vitamin Bonda 2u said...

Kagum sungguh dengan aunty. Saya nampak disini, aunty sgt merendah diri, walau dianugerahkan tuhan pelbagai keistimewaan. Saya akan jadi wife & good mum mcm aunty. (hari ni kena masak ler kat umah utk berbuka, tak leh nak beli kat pasar ramadhan). InysaAllah...

NaniRostam said...

about journey of two :Terima Kasih. Aunty pun masih belajar untuk jadi isteri dan ibu yang baik untuk suami dan anak-anak.Aunty harap kita boleh jadi isteri dan ibu yang lebih baik dari sebelum ini. Cuma kita manusia yang lemah dan harus sentiasa belajar menimba ilmu yang bermanafaat.Bagus tu masak yang 'simple dan sedap'.Selamat berbuka.

kuai said...

wah!.. Mee siam nampak amat sedap!!
Thanks for shearing..:)

selamat berpuasa..:D

e s t h e r b a b i e said...

Omg mak cik.. ur such a good cook. Envy ur anak anak.. I wish Im able to try ur cooking one day hehehehe

Hijabista2u said...

saya da dptkan dah buku nih, n da try beberapa resepi....