Monday, August 11, 2008

Kuih Raya Online



White Choc Wonder, 50 pieces, RM28

Pejam celik pejam celik dah hampir setahun masa berlalu. Rasa macam baru sangat kami sekeluarga berpusu-pusu menaiki kereta pergi berbuka dan bersolat terawih di masjid. Alhamdulillah sejak berpindah ke kawasan kejiranan ini, kami betul-betul merasa nikmat menjalani ibadah puasa. Kami jarang berbuka di rumah. Hampir setiap hari setelah habis berniaga kuih-muih dan dadih di bazaar ramadan di USJ 4. saya terus bersiap untuk pulang. Sebelum masuk waktu berbuka saya sampai dirumah, anak -anak dan suami menanti untuk pergi bersama-sama ke masjid.


Nestum Raspberry, 50 pieces, RM28


Tahun ni saya tidak bercadang untuk berniaga di bazaar ramadan. Lagi pun saya dah siapkan contoh kek dan biskut hari raya untuk tempahan 'online' atau dari rumah. Jadi sesiapa yang ingin merasa dan menempah kek dan biskut hari raya silalah datang ke rumah saya.Untuk penggemar coklat, pelbagai jenis biskut yang enak dan penuh dengan coklat boleh anda tempah.Kesemua jenis biskut saya jual satu bekas berisi 50 keping dengan harga rm28.


Classy Pandan, 50 pieces, RM 28


Sewaktu kecil membuat persiapan hari raya, memanglah saat paling gembira buat saya dan adik-beradik yang lain. Seronoknya tidak terkata. Kakak sulung kami sanggup bersekang mata hingga ke jauh malam hanya semata-mata nak menyiap kuih-muih untuk juadah hari raya manakala ibu, sampai sakit-sakit tulang belakang menjahit langsir dan baju melayu dan baju kurung kami. Begitu juga dengan arwah ayah, tekun betul mengecat rumah, agar sempat siap sebelum hari raya.


Hazel Truffle, 50 pieces, RM28

Empat lima hari sebelum menjelang hari raya pula, kami sekeluarga bertambah sibuk. Mana nak kacau dodol, nak anyam ketupat, nak tangkap ayam untuk disembelih dan di buat rendang dan sebagainya.

Almond Tart, 50 pieces, RM28

Biskut Samperit, 50 pieces, RM28


Saya dan adik-adik saya memang tak pernah ketinggalan dengan projek kami. Sayalah anak yang paling nakal dan paling kreatif di antara kami adik-beradik. Nama je budak perempuan tapi perangai mengalah budak laki. Apa tak nya masa tu kami tak kan rasa meriah hari raya tanpa dentuman mercun atau meriam.Tak padan betul dengan usia, segala semak dan belukar saya redah semata-mata nak mencari batang buluh untuk dibuat meriam.Tak lelap tidur memikirkan mana siapkan meriam buluh dan bila pulak nak siapkan lampu raya. Habis aje waktu sekolah saya ke kebun belakang rumah memotong batang anak-anak pokok getah untuk saya jadikan tiang lampu. Masa tu nak beli lampu minyak tanah pun tak mampu. Mahu tak mahu saya berusaha jugak mengumpulkan bekas tin susu Cap Junjung untuk saya buat lampu raya.


Biskut Arab, 50 pieces, RM 28


Alhamdulillah namun rasa hairan juga, masa tu tak pernah pulak terjadi kes jari putus, muka terbakar akibat main mercun, main meriam atau lampu pelita seperti yang sering terpapar di dada akhbar dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Mungkin kanak-kanak dulu lebih berhati-hati dan tidak cuai agaknya.


Choc Crunchy, 50 pieces, RM28

Apapun semua itu sudah menjadi satu nostalgia bagi diri saya. Mungkin juga bagi diri kebanyakan kita, banyak lagi kenangan indah menyambut hari raya di zaman kanak-kanak. Siapalah yang tidak merindui hari raya di zaman kanak-kanak.Apatah lagi bagi saya yang sudah hampir 20 tahun kehilangan ayah yang tersayang. Beliau telah pergi meninggalkan kami, namun segala kenangan berhari raya bersama ayah ketika saya kecil tetap saya simpan kemas dalam ingatan. Setiap solat saya mendoakan agar ayah damai di sisiNya dan sentiasa mendapat rahmat dan keampunan dari Nya.



Chocolate Shortbread, 50 pieces, RM28

Yang nyata, zaman dah berubah dan duniapun dah maju, banyak antara kita tidak lagi bersusah-payah membuang masa membuat sendiri kuih muih dan juga persiapan untuk menyambut hari raya. Tambahan pula dengan harga bahan untuk membuat kek dan biskut yang tinggi melambung dan kebanyakan kita yang sentiasa kesuntukan masa. Rasa-rasanya lebih jimat dan berbaloi membeli yang dah siap.Jadi saya ambil kesempatan atas minat saya dalam bidang ini untuk memudahkan anda mendapatkan pelbagai jenis biskut dan kek untuk hari raya kali ini.




Mocha Almond, 50 pieces, RM28


Saya harap sudi-sudikanlah datang ke rumah saya merasa sekaligus membuat tempahan kek dan biskut untuk hari raya yang bakal menjelang tiba.




Choco Nozzle, 50 pieces, RM28


Beberapa jenis kek ditawarkan untuk tempahan adalah:

1. Carrot Cake With Cream Cheese

2. Bluberry Cheese Cake

3. Steam Fruit Cake (Kek Kukus Sarawak)

4. America Chocolate Cake

5. Walnut Chocolate Cake

6. Chocolate Butter Cake.


Untuk sesiapa yang berminat sila e mel saya shinarostam@yahoo.com

Terima Kasih.


Hijrah Rohani :

Firman Allah Ta'ala :-

"Wahai orang-orang beriman! Telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan ke atas umat sebelum kamu, moga-moga kamu bertakwa."

(Al-Baqarah:183)


Firman Allah Ta'ala:-

"Di dalam bulan Ramdhan itulah diturunkan Al-Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan dari petunjuk itu dan yang membezakan (antara kebenaran dan kesesatan)."


(Al-Baqarah:185)


Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Puasa itu adalah pendinding, maka apabila seseorang kamu menempuh hari puasanya, hendaklah ia tiada bercakap kotor, tiada berlaku jahat, dan tiada menjahili sesuatu hukum; jika orang mencercanya, atau mengajak berkelahi, hendaklah ia mengatakan:Sesungguhnya aku ini sedang berpuasa."


Sabdanya lagi:

"Mulanya (bulan Ramadhan) rahmat, tengahnya pengampunan, dan akhirnya merdeka dari api neraka."


34 comments:

Hanis Zalikha said...

mama hanis teringat masa hanis jual dadih kat depan sekolah diorang, budak2 laki yang comel2 tuh nakal, bila diorang nak beli diorang macam, "eh jom beli dadah jom, kakak ni jual sedap." haha rasa nak cubit pipi! kenangan woh semua tuh. pastu ada pompuan india yang masih hutang hanis 40sen. haha ingat! omg.

Zaini said...

=)

aunty ni btol2 model citizen.

"Saya harap sudi-sudikanlah datang ke rumah saya merasa sekaligus membuat tempahan kek dan biskut untuk hari raya yang bakal menjelang tiba."

=)

smoga ditmbhkn rezqi n pjg umo.=)





heh.

Brenda B said...

Helloo aunt,

I'm so suprise to see the comment that you left in my blog. Thank you :) I stalks your blog almost everyday, but you haven't been updating much lately :(

My mum is a fabulous cook, sometime you reminds me of her. I miss her so much. Oh yea, I do wanna place a booking for those cookies or maybe a cake, but, do I have to go to your house to get 'em? Is it far far away? They're so many choices and all of them seems so yummy and nice. Don't know which one to choose :)

Anyway, update more frequently :P

nv.vn said...

Hollaaaa auntyyyy.

Those cookies look delicious, even tho ive not tasted it yet. Haha.
Anyways,
does aunty bake 'kek batik'?
Its so hard to find it in Shah Alam or anywhere close.
By the way, all the best aunty.
:>

xx

I ♥ British Accent said...

hi aunty..=) tq for the comment ya..dilla doakn aunty murah rezeki.

btw,the cookies nmpk sdp..especially yg chocolate shortbread tu..hiks.

actually teringin nk blaja bake and all..tp..xjmp the right person..lol.

anyway,do tke cre & keep in touch..*hug*

Anonymous said...

Aunty.. Is it possible to send the cookies to Kuching??

Anonymous said...

klu order online, kena collect biskut tu personaly ke??

nv.vn said...

hey aunty!

thanks for the reply.
yes.
ive started to bake like 2 weeks ago.
since it tasted great, i got addicted to it already.
semangat sikit. haha.
<3

NaniRostam said...

Hanis : aa ah tahun ni hanis pergi jual dadih depan sekolah keb bukit jelutong lagi ya.

Zaini : Alhamdulillah, aunty pun sama mendoakan untuk zaini.

Brenda Ang : Bertuahnya ibu Brenda kerana anaknya masih mengingati dan menghargainya kerana walaupun separuh dari harta di dunia ini tak kan terbalas jasa dan kasih sayang ibu melahir dan membesarkan kita.

NaniRostam said...

Hanis : aa ah tahun ni hanis pergi jual dadih depan sekolah keb bukit jelutong lagi ya.

Zaini : Alhamdulillah, aunty pun sama mendoakan untuk zaini.

Brenda Ang : Bertuahnya ibu Brenda kerana anaknya masih mengingati dan menghargainya kerana walaupun separuh dari harta di dunia ini tak kan terbalas jasa dan kasih sayang ibu melahir dan membesarkan kita.

NaniRostam said...

Hanis : aa ah tahun ni hanis pergi jual dadih depan sekolah keb bukit jelutong lagi ya.

Zaini : Alhamdulillah, aunty pun sama mendoakan untuk zaini.

Brenda Ang : Bertuahnya ibu Brenda kerana anaknya masih mengingati dan menghargainya kerana walaupun separuh dari harta di dunia ini tak kan terbalas jasa dan kasih sayang ibu melahir dan membesarkan kita.

NaniRostam said...

Hanis : aa ah tahun ni hanis pergi jual dadih depan sekolah keb bukit jelutong lagi ya.

Zaini : Alhamdulillah, aunty pun sama mendoakan untuk zaini.

Brenda Ang : Bertuahnya ibu Brenda kerana anaknya masih mengingati dan menghargainya kerana walaupun separuh dari harta di dunia ini tak kan terbalas jasa dan kasih sayang ibu melahir dan membesarkan kita.

NaniRostam said...

EvonTheHawtness : Ada kek batik. nak order pun boleh. tunggulah aunty aka blog resepinya.

Dilla : Aunty doakan dilla pun murah rezeki. Aunty bercadang nak buat kelas masakan. bila jadi nanti aunty beri tahu. paling sedap 'butter pecan chocolate chip' dan 'pineapple tart'gambar belum ada.Diikuti Hazel Truffle, White Choc Wonder, Choc Crunchies, Chocolate Shortbread dan seterusnya.

NaniRostam said...

Ahlost : Alamak jauh tu. Kalau setakat dekat-dekat aunty boleh hantar.

Anonymous : kalau nak collet kat rumah aunty pun boleh atau nak aunty hantar ke rumah pun boleh.

vv said...

hi aunty!

aunty nie cantek arr.. pandai masak plak tu.. lemah lembut plak tu.. ibu yg mithali plak tu.. waaahhh.. nak jadi mcm aunty la in future! semoga doa ku dimakbulkan... amin!

hehehe..
semoga rezeki dan umur aunty dipanjangkan tuhan..amin!

NaniRostam said...

si kaki shopping : Terima kasih, aunty doakan yang terbaik untuk kamu.Semua yang aunty lakukan kerana menyayangi orang-orang disekeliling aunty. Mudah-mudahan aunty pun mendapat kasih-sayang drp mereka.

Anonymous said...

tq sbb link lily balik! hehehee..i'm so surprised u visited my blog n left a comment..(still terkejut ni)..hehe..i should call u sis lah instead of aunty..u look so much younger to be called as aunty..hehe..anyway klau sis nani wat open house..sureeee i dtg tanpa dijemput..hikss..(just kidding)..have a nice day ahead..!

Christian Girl in Harrods said...

Aunty, sampai bila ordering ini? I nak tapi skarang awal la...hm

Anonymous said...

Aunty, just sent an email to you :)

Umie said...

Assalamualaikum Aunty,
I was blog-hopping..suddenly dah landing kat blog aunty nie..hehe.. 1st time baca,terus jatuh hati nak baca next3x entry..Believe me, from ur writing itself mmg dah menunjukkan aunty nie lemah lembut & penyayang orgnye..beruntung ur family.. ur cookies mmg sgt2 menarik & yummy tp agak jauhle nak order dr aunty..I stay in BP..

p/s : Aunty, mind if i link urs to mine??

Brenda B said...

Hey aunt :P

I wanna get something, but I don't really know what to get. I like chocolates. Should I get the cookies or cakes? And when's the delivery and all? Is it possible to meet up somewhere cause I don't think I can come over to your house. I'm not sure where you live :) Those cookies look delicious :) Mouth watering. Makes me hungry everytime I look at it..

Chocolate Shortbread, Choc Crunchy,
Hazel Truffle, or Carrot Cake With Cream Cheese, Bluberry Cheese Cake, America Chocolate Cake, Walnut Chocolate Cake, Chocolate Butter Cake?

Suggestions?

nurdaniella said...

huu.. kalau bulan puasa tak leh la masuk blog ni.. mesti meleleh air liur nanti.. semuanya nampak delicious..

Fiqa said...

omigod auntieeeeee! the biscuits look so tempting.... and.... comel sebab decoration dieeeee.... heheee... niceeeee!

Anonymous said...

happy fasting to u n ur beloved family!

~ChEnTa~ said...

ouh..saya cemburu dengan hanis.
punyai mama seperti ini.. =)

ochs widdle said...

aunty..
happy fasting too
may god bless u..
btw..how much price for cakes order?

Ruch Mathers said...

auntie i sent an email weeks ago but no reply from u.still on ke my order?

Ruch Mathers said...

i nak yg

choc nozzle - 1 order
choc shortbread - 1 order

if possible can cod kat shah alam area x auntie?

NaniRostam said...

lily: hehe you sorang je panggil i sis nani. terima kasih ya.

siewkwan: kuih sampai lepas raya pun ada, cake ada sepanjang tahun.

ahlost: aunty cater area lembah klang and kl je buat masa sekarang. kalau you ke mari boleh lah cuba.

umie: okay akan bertukartukar link lah kita ya. terima kasih.

brenda ang: aunty suggest, untuk cookies, chocolate chip cookies yang paling anak-anak aunty semua suka sangat. kalau cake, carrot cake memang sedap.

nurdaniella: bolehlah cuba resepi aunty untuk juadah berbuka.

fiqa: taknak order ke fiqa? kan dekat saja.

lily lotus: terima kasih. selamat berpuasa!

chenta: aunty sama je dengan mama chenta, cuma aunty suka menyusahkan diri lebih sikit.

ochacha: 1kg RM45 saja. kalau nak order hantar no talipon di email aunty ya.

ruchiano: aunty dah check email berulang kali. hmm. try tinggalkan no hp di email aunty ya kalau nak order.

FAZ said...

aunty.u are such a wonderful woman.luv it when u cakap bout those islamic things.(i'm learning..)and also ur recipes.look delicious.

Hijabista2u said...

alaaa lambat saya dpt blog nih, saya da complete order dah...nxt yr insyallah

maktam_girl said...

kak nanie, saya nak oder kek, saya email akak tp akak tak jwb..

camne saya nak contact akak? tlg tinggal comment kat blog saya buleh ? TQ kak

. sha . said...

kalau x raya boley order kuih raye x aunty . ? huhu .

Jun said...

aunty, i came across your blog while reading hanis blog.. im interested in trying ur cookies.. bt im in australia at the moment.. will come back on dec.. so was wondering if u still take orders when im back in dec :)