Friday, July 25, 2008

Seni Reka Hiasan Dalaman



Dah lebih seminggu saya tak kemas kini blog saya ini. Bukan sebab tak da apa nak tulis atau berkongsi cerita cuma terlalu sibuk dengan hal anak-anak dan rumahtangga. Mana nak kemas, nak masak, nak berkebun, nak ke pasar, nak menghantar anak ke sekolah, nak menghantar anak ke kolej, ke show, photoshot, ke event. Haha sibuk betul....memang, memanjanggg..... sibuk. Walau sesibuk mana pun saya cuba jugak sekali-sekala menjenguk blog-blog di sini.


Kalau nak bercerita pasal soal mengemas dan menguruskan rumah tangga, rasanya tak kan habis. Bak kata orang putih "never ending story". Ambil masa sehari suntuk pun belum tentu saya dapat mengemas rumah dengan sempurna. Tingkat atas tak siap lagi, dah terpaksa berlari turun bawah untuk menyediakan makanan pula. Sambil tu, capai lah apa sahaja yang sempat dan patut di buat.

Dah cukup waktu, kena hantar anak sekolah sebelah petang dan ambil yang sekolah sebelah pagi pula. Bila sempat sambunglah mengemas, kalau tidak tertangguh sampai berhari-hari. Bila pandang saja rumah bersepah, dalam hati berkira-kira 'bila aku nak kemas ni ya?'

Pun begitu, saya patut bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang pandai berdikari, termasuk yang paling kecil sekali. Sejak berumur 6 tahun Alisya sudah menunjukkan sikap rajin dan berdikari. Mungkin kerana saya memang tidak pernah mempunyai pembantu rumah, jadi dia tahu serba sedikit membuat kerja-kerja rumah. Untuk bersiap diri ke sekolahpun dia jarang meminta bantuan saya. Cuma bila waktu nak mandi, dia mahu saya yang memandikannya atau mandi bersamanya. Dia juga selalu memastikan kamar tidur sentiasa kemas dan teratur tetapi kadang kala datang juga 'angin sepoi-sepoi bahasa'nya tu. Masa tulah dia datang kepada saya dan dengan lemah lembut berkata, "mama...aa.. hari ni boleh tak tolong kemaskan bilik Alisya?'. Ok..boleh.. jawab saya dengan pantas. Seronok juga sekali-sekala mengemas kamar tidurnya yang comel ni.

Almari baju yang kecil begini mudah diubah-ubah dan tidak menyempitkan ruang.


Sebenarnya nak kemas bilik Alisya ni bukanlah susah. Saya sendiri yang pilih 'design' dan perabut biliknya, agar tampak cantik, selesa dan hias aturnya mudah untuk dikemas.


Selain menambah karektor pada ruang kamar tidur, sudut bacaan amat penting untuk memupuk minat membaca di kalangan anak-anak.



Ketika saya bercadang mahu menghias dan menentukan 'design' bilik tidur anak-anak, yang lain semua menolak. Hanya Alisya seorang menurut apa sahaja 'design' pilihan saya, untuk kamar tidurnya. Anak-anak yang lain, masing-masing ada idea dan angan-angan sendiri ke atas apa yang mereka inginkan untuk bilik mereka.Yalah anak-anak sekarang, ramai yang lebih bijak dan kreatif dari ibu bapa mereka sendiri.

Warna polos begini mudah disuai padan dengan kebanyakan perabut dan perhiasan lain.


Kalau ikutkan hati, memanglah semua hiasan bilik tidur untuk anak-anak biar saya yang tentukan. Namun saya ingin lebih bersikap terbuka dan memberi peluang kepada anak-anak terutama anak-anak yang meningkat dewasa, agar mereka gembira kerana dapat mengembangkan daya kreativiti dan imaginasi mereka untuk bilik tidur mereka.


Saya bingkaikan lukisan abstrak bermotif bunga hasil kerjatangan Alisya yang membuat ruang kamar tidur lebih santai dan ceria.

Untuk tidak terlalu cenderung dengan satu-satu tema sahaja, maka bilik Alisya, saya suntikan sedikit konsep inggeris dan tema berwarna putih yang menjadikan konsep 'mix n match'. Konsep sebegini berjaya menghasilkan bilik tidur tampil bergaya, cantik dan selesa.


Bukaan tingkap yang luas sangat penting untuk membenarkan pengaliran udara dan menyejukkan ruang.

Apa yang lebih penting, Alisya sangat suka dan gembira dengan hiasan kamar tidurnya. Bagi saya kita tidak perlu berbelanja besar untuk membeli barangan perhiasan rumah yang cantik dan sesuai.

Apa yang kita perlukan ialah kreativiti dan bijak membeli. Saya tidak beli sesuatu barangan itu sekaligus atau yang datangnya dengan 'set'. Biasanya saya akan meninjau-ninjau harga barangan ketika jualan murah dan tidak terburu-buru dalam membeli sesuatu.Saya hanya beli sesuatu barangan itu bila saya rasakan ianya berbaloi.

Meja biasa dan kerusi rotan yang saya cat putih, saya jadikan meja belajar sekaligus meja berdandan.


Salah satu koleksi dari barang terbuang yang saya kutip menyuntik warna merah dan menyerlahkan suasana kamar tidur, Alisya.




Selain dari itu, saya juga gemar mengutip dan mengumpul barangan lama dan antik yang terbuang. Bagi saya untuk mereka seni hiasan dalaman agar ruang di rumah tampak elegan dan mewah kita tidak perlu berbelanja besar. Dengan hanya sedikit kerajinan, kreativiti dan kebijaksanaan dalam memilih perhiasaan, anda boleh menghias rumah setanding dengan pakar senireka hiasan dalaman.

Bekas buah-buahan yang dihasilkan dari kayu jati saya temui terbiar dan saya cat semula.

Pasu berukiran Bali juga saya temui di sebuah gudang kosong dan cat semula agar coraknya tampak menyerlah.

Masih boleh bergaya dengan koleksi barangan kristal yang saya beli di kedai barangan terpakai dengan harga yang sangat murah.



Hijrah Rohani :-


Firman Allah Ta'ala:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jangan suatu kaum menghina kaum yang lain, sebab mungkin mereka yang dihina itu lebih baik pekertinya dari orang yang menghina. Jangan pula kaum wanita yang satu menghina kaum wanita yang lain, barangkali mereka yang dihina itu lebih baik pekertinya dari yang menghina ." (Al-Hujurat:11)




Dan Sabda Rasulullah s.a.w:

"Kedua-dua orang yang maki-memaki itu adalah laksana dua syaitan yang masing-masing tuduh-menuduh, dan dusta-mendustai."



RESEPI HARI INI

Saya memang suka dengan hampir semua jenis masakan india. Namun saya tidak selalu mencuba resepi masakan india kerana agar sukar mencari bahan-bahan ramuannya. Di sini saya sediakan resepi mudah untuk anda cuba iaitu sejenis manisan kegemaran anak-anak saya.



Gulab Jamun

(Rose flavoured Sweet Balls in Syrup)




Syrup:

1 cup castor sugar

500ml water

few drops rose essence




Sift:

Full cream Milk Powder 400gm

Self Raising Flour 165 gm

Coffemate 30gm



Ghee 2 tbsp

Condensed Milk 1/2 cup

Evaporated Milk 2 tbsp

Enough olive oil for frying




Method :



1.Combine sugar and water in a saucepan and bring to a boil until sugar dissolved. add rose essence and set aside.

2.Put sifted dry ingredients into a mixing bowl. Rub in ghee to combine. Add condensed milk and enough evaporated milk to mix into a firm and pliable dough. Form into balls the size of large marbels.

3.Deep-fry in olive oil over a low heat until the gulab jamun turn a dark golden brown. (The frying has to be done over a gentle heat). Drain the gulab jamun on absorbent paper then place them into prepared syrup. Soak until they are soft and spongy. Allow to cool completely and serve at room temperature or slightly chilled.


26 comments:

Zaini said...

sy betul2 envy dgn uncle skrg.







haih~(mengeluh pjg) ^^

Christian Girl in Harrods said...

Wow, aunty, Alisya's room memang cantik dan kelihatan selesa. :)Saya inginkan bantuan aunty dalam perhiasan dan kemasan bilik kamar saya sekarang...

Anonymous said...

hello auntie. i like reading your blog. bnyk mana paragraphnya pun, it has never stopped me to read until the bottom and the last line. it calms me too, in a way. your kids are very lucky to hv a mother like you.

:)

Anonymous said...

hi aunty. aunty punya rumah dan garden sangat lawa and well maintained. kawasan rumah neighbourhood mane eh ni?

Anonymous said...

aunty! tunjuk bilik hanis yg messy tu! ahhahaha

Hanis Zalikha said...

"Salah satu koleksi dari barang terbuang yang saya kutip menyuntik warna merah dan menyerlahkan suasana kamar tidur, Alisya."

BARANG TERBUANG? Omg thats my kemahiran hidup punya project T_T

OMG ANONYMOUS YANG ATAS HANIS NI SUMPAH ORANG DALAM. Okay overreacting abit. Anyway, saya bagi kamu satu tip ya anonymous, do educate your family members on your standard of tidiness :P

NaniRostam said...

Zaini : dah kahwin ke belum? kalau belum, cari calon isteri yang ada rupa. Sebab kebanyakan perempuan yang ada rupa ni tak mau kalah dalam segala hal..so suamilah yang untung....hehe aunty gurau je..

siewkwan : Boleh.Tak jadi masalah.

anon : terima kasih. aunty pun bertuah sebab dapat anak mcm anak2 aunty sekarang.

anon : kami tinggal di shah alam.
Aunty ni memang penjimat, so semua buat sendiri. Tapi seronok tengok hasil titik peluh sendiri.

anon : Hanis suka konsep vintage. Dia memang nak blog pasal bilik tidur dia. So aunty tak bolehlah blog lagi sebab itu material untuk blog dia.

NaniRostam said...

Hanis : Projek Kemahiran Hidup tu mama nampak dalam plastik sampah, masa tengah buang sampah. so mama dapat idea "eh masih elok ni, cantik kalau letak kat bilik Alisya."

Anonymous said...

hye aunty..cool nye dpt mom cam aunty. sporting abis. =) n yes la rumah aunty lawa sgt2. n besar sgt.banglo ke aunty? saye salute aunty. ^.^

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
NaniRostam said...

dee : Terima kasih. Bukanlah sporting sgt..
Sebagai ibu, kenalah sokong apa saja bidang yang diminati anak-anak asalkan mereka pandai menjaga tingkah laku.Dan aunty bangga anak-anak aunty masih perlukan aunty kemana saja mereka pergi.Tak dalah rumah teres tu. Itupun syukur tak perlu menyewa lagi.

Anonymous said...

Saya respek kakak..

kreazi said...

Wah aunty, seronoknya bila I tengok kamar Alisya.. I love happy colours :) And the food section is excellent with the step by step illustration :)

Anonymous said...

I respect you aunty. Hanis is very fortunate to have a mum like you. Hanis sure inherited your creativity ;p

Anonymous said...

memang supermom lah aunty nani nih..hehehe

NaniRostam said...

Zaidi suhaimi gilong :terima kasih. durian dah 'buang buruk' ke?

Kreazi : Memang i pun suka, tengok warna2 ceria. Selalu, baring-baring di katil Alisya, teringat yang kita kecik2 dulu, tak pernah ada bilik sendiri, tidur ramai2 adik-beradik.

Tahniah.u pun dah start serious nak bake ni.Utensil pun baru lagi.Kalau isteri pandai masak suami tambah sayang.Apatah lagi anak-anak.

Janice : Thank you very much. Ya u r right may be because she is close to me.

Izad :Tak de lah izad. Aunty tak larat nak jadi supermom.Aunty buat sekadar yang terdaya.Yang penting kita buat dengan ikhlas segalanya jadi cantik.

kreazi said...

Saya pun semakin percaya teori yang simple macam ni - kalau kita selalu surrounded by happy colours, mood kita pun jadi ceria. And yes, I baru saje dapatkan oven, so utensils semua pun berkilat lagi! Sekarang baru nak start belajar baking, melalui trial and error.. Suami dah bimbang perut buncit dia akan makin buncit!!!

Anna Teh said...

Akum Sheena, thanks for linking me! Nak ambil kesempatan ni to invite the whole family over on 18 Aug untuk tahlil koko. Make sure Hanis datang jugak, okay? Take care from Ann & family ...

Anonymous said...

Kreazi : Haha perut buncit tak pa, asalkan u tak kisah memandangnya, pandangan org lain tak berapa penting kan!kan!

Ann : Walaikumusalam, insyallah, i bawak satu family. pukul brape ya?

Anonymous said...

kemas dan memenuhi citarasa saya

Anonymous said...

Hi Aunty! Saya suke sangat rumah aunty, pandai aunty wat interior decor sendiri, rumah nampak cozy sangat.

Saya baru nak belajar masak, masih gune yang perencah2 instant lagi. Da bookmark da blog aunty untuk future reference, hehe. Bertuah anak2 and hubby aunty dapat ibu and isteri yang sporting :)

NaniRostam said...

Zaidi, terima kasih, kemas bilik budak-budak ini teringat masa kecik2 main pondok2 guna daun pisang buat atap.

Kellie : terima kasih.Bagus tau kalau kellie sudah mula minat masak. Kalau tak tahu boleh tanya aunty. anytime.

Anonymous said...

aunty, i like your design.
mungkin aunty boleh jadi pereka dalaman yg famous macam eric leong. XD

NaniRostam said...

Cheryl : Aduh, i tak da kelayakan tulah. Sekadar syok sendiri sahaja.

Sheherazade said...

Salam

owh inspired :)

Elizabeth Adat said...

Hai kak..salam perkenalan ya..pagi tadi beli newpaper berita harian..dri situ nmpak akak..jadi alis cari akak kat blog..akhirnya jumpa.. terjua sgt dpt berkenalan ngan akak..suka sgt nengok rupa akak,cantik sgt..alis pon obses sgt ngan kecantikan dan menghias rumah..akak ada fb x..bole lah kita share idea deco2 ya..nanti jgn lupa follow blog saya ya kak..tq..