Tuesday, July 15, 2008

'Masin Mulut'







Apa yang sering kita lafaz atau ucapkan serta apa yang selalu kita impikan dan inginkan adalah merupakan satu doa. Begitu juga dengan satu satu perkara yang paling kita benci tetap merupakan satu doa yang pasti anda perolehi...dengan izin Allah.





Hampir setiap hujung minggu suami saya memang suka bawa saya dan anak-anak pusing satu Lembah Klang untuk melihat lihat rumah-rumah banglo yang besar dan cantik. Bila melihat rumah-rumah yang begitu gah dan cantik, saya memang terpegun sekaligus kagum dengan kekayaan tuanpunya banglo-banglo tersebut."Mana mereka dapat duit banyak-banyak ni ya?" Pertanyaan saya hanya dibalas " ha ,besok i nak buat banglo macam nilah!" ataupun "ha, inilah banglo i besok!'. Setiap kali melihat rumah banglo yang cantik, itulah sajalah perkataan yang keluar dari mulut suami saya. Dan setiap kali tu jugalah saya rasa amat jengkel dan membantah. Alahai tak payahlah banglo, kalau mampu beli rumah teres pun dah 'besar rahmat', paling-paling pun berangankan rumah teres lot tepi tak pa jugak. Macam mana saya tak geram, berangan nak beli rumah banglo, sedangkan sewa rumah terespun silap haribulan boleh tertunggak. Saya sering ingatkan suami saya dan berkata" tak payahlah rumah banglo, kalau u mampu beli rumah teres lot tepi pun i dah bersyukur sangat, tu ha rumah teres lot tepi, cantiknya!".Sejak dari tu saya sentiasa menyimpan anganan untuk memiliki rumah teres lot tepi kerana saya memang minat sangat menanam pokok.Jadi biarlah ada sedikit ruang untuk saya bertanam pokok.





Itulah perkataan yang sering saya ucapkan dan akhirnya betul-betul jadi kenyataan. Walaupun pada mulanya saya dan suami hampir membeli sebuah banglo tetapi seperti telah ditakdirkan, kami hanya membeli rumah teres lot tepi. Tulah, kan dah 'masin mulut'. Walau apa pun saya amat bersyukur atas rezeki yang Allah beri. Alhamdulillah.






Ramai juga di kalangan teman dan kenalan saya yang sering mengimpikan nama untuk anak mereka seperti, sekiranya anak perempuan, mereka akan namakan semuanya dengan nama yang bermula dengan pangkal huruf, N, K, atau 'siti', 'nur', 'wan', 'puteri', iaitu dengan pangkal yang bermula dari huruf atau nama yang sama. Bukankah Allah itu Maha Mendengar dan Mengetahui apa yang tersirat dan tersurat. Maka Tuhan pun memakbulkan impian mereka untuk menamakan anak nama yang sama dengan mengurniakan anak pertama hingga sekurang-kurangnya anak ketiga dengan jantina yang sama. Dapatlah mereka memberi nama anak yang sama contohnya seperti, Siti Nurdiana, Siti Nuramira, Siti Nuradila dan ada yang sampai anak keempat dan kelima kalau ada, masih jantina yang sama.

Saya bercakap dari pengalaman saya sendiri. Walaupun tidak seratus peratus betul tetapi hampir semua kes kes begitu yang saya temui. Cuba anda ingat, siapakah teman atau kenalan anda yang kesemua anaknya sama jantina atau lebih ramai sama jantina. Tanyakan nama anak-anak mereka. Betul atau tidak seperti yang saya katakan. Nama anak mereka pasti mempunyai pangkal huruf yang sama atau seperti yang saya sebutkan di atas. Jadi fikirlah dua kali sebelum anda menyimpan impian untuk memberi nama anak dengan pangkal huruf yang sama untuk semua anak kerana impian anda merupakan satu permintaan atau doa. Lainlah kalau anda memang inginkan kesemua anak anda perempuan atau semua anak lelaki.




Bukan sahaja ucapan dan impian hati kita, malah kebencian atau tidak suka sesuatu juga merupakan satu doa. Ini berlaku kepada diri saya sendiri. Masa suami saya muda dan bekerja di sebuah syarikat dulu, dia suka mengajuk kawan sepejabat yang berketurunan jawa. Katanya orang jawa ni susah sangat nak cakap melayu dengan betul, keras lidah betul nak sebut perkataan seperti 'sha', 'za' atau 'fa'. Sebut perkataan Shah Alam pun jadi Sah Alam, sebut mesyuarat jadi mesuarat. Nak sebut Sharifah pun jadi Saripah. Panggil Zainal pun terkeluar jenal. Tambahan pulak ramai di antara pekerja di pejabatnya berketurunan jawa, memang suami saya cukup suka mengusik mereka.


Salah seorang pekerjanya yang berketurunan jawa bernama Saerah binti Kaslah. Wah macam nama Siti Saerah adik Siti Nurhaliza pulak. Bukan, bukan itu yang nak saya ceritakan. Pernah satu hari suami saya memanggilnya dan bertanya, "Saerah cuba kau sebut nama penuh kau banyak kali dengan cepat, kau tahu bunyinya jadi apa"? "Macam bunyi serah kalah kan, kau tahu tak kenapa bapa kau namakan kau Saerah"? "Manalah saya tahu"! jawab Saerah. Kemudian dengan selamba suami saya pun menerangkan. "Sebab mak kau dah 'serah kalah' dengan bapa kau, sebab tulah nama kau Saerah Kaslah.He..he.. suami saya ketawa geli hati. Saerah pun masam muka sambil berlalu dan sempat membalas 'kau ejek ejeklah orang jawa, nanti kahwin dapat orang jawa."Dengan bersahaja suami saya pun menjawab, "sorry orang jawa tak masuk dalam buku aku."



Tengok, 'masin mulut' Saerah ataupun memang Tuhan nak tunjuk. Mungkin akibat tak suka orang jawa, akhirnya suami saya pun bertemu jodoh dengan orang jawa. Sekarang barulah dia insaf dan menyedari yang wanita jawa ni lemah lembut, penyayang dan baik hati. Mungkin banyak lagi perkara sebegitu pernah terjadi dalam hidup anda. Seperti kalau benci sangat dengan orang pendek anda akan dapat suami pendek atau tak suka orang Melaka dapat isteri orang Melaka dan sebagainya. Dari pengalaman saya, biarlah apa saja yang kita impi dan ucapkan adalah perkara yang baik-baik sahaja dan jangan ada kebencian di hati ini. Insyaallah kita akan memperolehi segala perkara yang baik-baik dalam hidup kita.


Allahualam.






Hijrah nurani:


Firman Allah Ta'ala :

"Dan Tuhan kamu telah berfirman : Mohonlah kepadaKu, nescaya Aku memperkenankan permohonan kamu."

(Al-Mu'min: 65)



Bersabda Rasulullah s.a.w :

"Tiada yang boleh mengubah qadha' Tuhan, kecuali dengan berdoa, dan tiada yang boleh menambah umur, kecuali dengan beramal kebajikan".






Untuk hari ini saya sertakan resepi untuk membuat Grilled Lamb Chop yang biasanya saya sediakan untuk 'barbeque party'





Grilled Lamb Chop

Ingredients:-

2kg lamb chump chops

Marinade :-

4 tbsp light soy sauce
4 tbsp tomato sauce
4 tbsp oyster sauce
1/2 cup honey
2 tbsp black paper

Ground separately :-

8 cloves garlic
8 shallots
2 tbsp lemon grass (slices)
1 tbsp chopped daun limau purut (kaffir lime leaves)

Method :-

Combine marinade ingredients in a bowl then pour over lamb and blend well.Cover with cling film wrap. Refrigerate for several hours or preferably overnight. Then barbeque the lamb until meat is tender. Serve with black paper sauce, mint dip or mushroom sauce.


34 comments:

NaniRostam said...

I THOUGHT TAUHU BAKAR WAS NEXT ?? T_T. You always take nice pictures of our garden. People, my mom is secretly a good photographer, the pictures in my blog (of garden, sometimes cats), were also captured by her. Haha. Naughty Hanis.

NaniRostam said...

HAHA WRONG ACCOUNT. K K BYEBYE.

Hanis Zalikha said...

Hello. Haha.



Why am I like this T_T

Zaini said...

haha.

comot pnye budk.acc pon bole sala.heh.cutey.

-------------------------------------

aunty memang pandai berbelog (HZ punye term)lah.gaye penulisan yang padat tetapi rapi,combined with vibrant good pictures (pakai dslr kot),memang komplete packagelah.
heh.


"..akhirnya suami saya pun bertemu jodoh dengan orang jawa. Sekarang barulah dia insaf.."

haha.kelakar betol.

Anonymous said...

hi aunty! i love your blog,please do more recipes,bcs saye duduk overseas,tak reti masak!

Christian Girl in Harrods said...

Hahaha at Hanis. Mama Hanis, what title should I call you in a form of respect? hm, do let me know.

Saya suka baca postmu, sebab saya dapat belajar bahasa melayu, dan cara aunty tulis sangat teliti dan realistic, dan intellectual. Ok my bm is teruk dunno how I score in spm, until now it's an unsolved mystery! sigh. And new recipe!! :D Thanks aunty! I love your blog lah. ;)

kreazi said...

Hullo aunty, puas saya tunggu post kedua aunty! Berbaloi jugak nampaknya.. Hahahaha, memang percaya akan mulut masin.. kawan mak saya selalu kata dah besar nanti jangan kahwin mekanik sebab hari-hari kena cuci baju yang penuh dengan minyak/grease... memang betulpun akhirnya dia kahwin dengan lelaki yang bukak woksyop kereta!!! By the way, saya orang Melaka.. ada ke orang yang cakap tak nak kahwin orang Melaka? Prejudis kot? Orang Melaka penyayang, penyabar, suka berjimat and baik hati jugak!!! Hahahahaha...

vivien said...

kalau macam tu aunty I tak nak kahwin org kaya lah... hahahaha

Anna Teh said...

Akum Sheena, welcome to the world of web-blogging! So impressed with your blog. Orang selalu cakap like father like son but in this case like mother like daughter - both equally beautiful ...

Anonymous said...

nice pics auntie ;)
i adore ur words..by the way auntie ni fulltime housewife or a career woman?

Anonymous said...

hi aunty, i love how you elobarate on your thoughts. penuh ciri2 ke-ibuan. so lovely :-)

Actually the first thing i noticed about you is how beautiful and youthful you are! considering you have a grown-up daughter. aunty share lah your secrets awet muda.

Looking forward to that.

I haven't tried any of your recipes tho. Will do so one of these days.

Meantime, take care!

NaniRostam said...

Zaini : hehe.. x delah Hanis lagi pandai blog. aunty ni memang suka mengimbau kenangan lalu....

anon : thx...ala masak ikut resepi jer...semudah ABC.dgn syarat ikut instruction yg betul.selalulah mencuba. Practice makes perfect.pun,

siewkwan : Takpalah nak panggil kakak, aunty atau namapun tak pa.Terimakasih kerana sudi baca blog aunty.Apa pulak misteri, budak-budak skrg memang pandai BM.

Kreazi : Alamak salah cakap ke? Contoh saje..contoh.Adakan org x suka orang Kelantanlah, N.Sembilanlah, Peraklah..org cinalah,indialah, melayulah..kalau melaka tu, pernah saya dgr org kata mereka lantang, betul ke kreazi?

Viviensiu : Alamak ini kes satu dalam sejuta. U nak mana satu, u nak tuhan bagi 'opposite' ke atau yang 'masin mulut'?

Anna : Tak delah baru belajar ni..thanks for dropping by...

Lilylotus :thank you for ur kind words. I'm fulltime housewife.

Anon : Thank you my dear.

Tiada rahsia cuma tak tahu u boleh ikut ke tidak. Beranak banyak dan tak pernah ada maid. Jgn stress dan take things easy.

You should try my recipe, as with everything else, practice makes perfect. In future i'll have more recipes for u.

Anonymous said...

hi auntie. for the ingredients where you ground separately exactly when do you add it to the lamb? after marination and before barbequeing? when you say barbeque do you mean over the grills or we can actually stir-fry?

as for the previous recipe
1) how long can we keep the cake for?
2) we can actually wait for the cake to cool about 10 minutes before preparing the topping right?
3) what happens if you pour the topping before the cake is cooled?
4) after preparing the topping can we pour it on the cake straight away?
5) how do you get the topping on the sides of the cake??
6) after that those stuff like kit kat is entirely up to you right?

sorry for the many questions auntie =x

NaniRostam said...

Anon : Thank you very much for dropping by.May i know how old r u?

kreazi said...

Relax aunty, I was only kidding pasal orang Melaka.. hehehehe.. Orang Melaka lantang? Hehehehe.. all that I could say is..(a) Orang Melaka = baik hati and (c) Saya orang Melaka, so saya baik hati.. hahahaha.. so lame!

NaniRostam said...

Kreazi: Mungkin orang cina melaka tak kot.tetapi saya selalu dengar orang melaka 'outspoken'.tapi dari pengalaman saya orang yang mulut begitu selalunya hati mereka baik.

i ingat kreazi dulu orang Sabah, rupanya melaka patutlah muka macam baba nyonya.ada keturunan ke? saya amat meminati budaya mereka, terutama masakannya.

Anonymous said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kerana melawat dan memberi komen di blogspot saya.

Terima kasih juga kerana meluahkan kata dua minat terhadap Durian. Saya memang menjual Durian secara pajak kepada peraih.

Terima kasih sekali lagi dan saya amat menghargai jika dapat disebarkan juga kepada kawan-kawan.

Anonymous said...

hi auntie if you are talking about the anon who asked alot of questions which is me guess i shall use the nick pinklily from now on.. im 21! :) did i ask too much? =x

kreazi said...

Taklah outspoken sangat. In fact, saya ni pemalu, hanya pandai bergurau dengan rakan akrab saje.. suka usik orang and buat mereka ketawa.. kan best kalau nampak dia orang happy saje?

Orang Sabah? Alamak... satu lagi kes saya diumpamakan orang Melayu.. hehehehehe.. betul ke tak macam Cina? Baru 2 weeks ago ada orang komen macam ni! Mungkin cara saya berbahasa Melayu tak pelat kot!!! Hahahahaha.. Saya Cina tulen.. hehehe.. bukan Baba Nyonya atau dia orang panggil Peranakan. Tapi masa kat bangku sekolah memang fasih cakap bahasa Peranakan. Sekarang dah "karat" sikit!!! Oooohh... aunty suka ayam pongteh ke? Ataupun udang masak lemak? Cendol :)

NaniRostam said...

Kreazi : U suka usik orang mesti pasangan pendiam pulak kan.I paling suka makan, nyonya assam fish curry, Nyonya Spare Ribs curry, Acar ikan Tenggiri.Cendol memang favourite.Penang Road Cendol,di sini yang dekat Giant tu pun 'best'.

NaniRostam said...

Zaidi suhaimi gilong : Wah business durian tapi u bukan orang semenanjungkan. jauh tu. i ni satu keluarga hantu durian.lagi-lagi D24 ehmm mengancam betul.Insyallah i tolong sebarkan pada kawan2.

Anonymous said...

hi aunty! lynne ni. suka lah baca blog aunty. keep it up ok. oh peopleee... this is one lovely laydee.. :) masak sangat best dan sangat loving :)

-lynne-

Anonymous said...

Lynne : Assalamualaikum.

Terima kasih lynne. Lynne bila nak naik pelamin?

Habis MDG, ada projek lain ke?

Lynne bila naik pelamin? cepat2 tau, bagi tahu aunty awal ye, insyallah nanti aunty nak hadiahkan satu bekas hantaran untuk lynne.

Anonymous said...

salams aunty. projek lain ade la jugak. corporate video. yang lain2 tu keje2 studio. if aunty nak buat recording ke boleh la datang. studio kami baru siap renovate :) naik pelamin? hehe.. insya Allah if ada nanti lynne bagitau ye. tapi tak perlu lah aunty susah2 :)

-lynne-

NaniRostam said...

Lynne : tak pa tak susahpun.recording?sapa nak nyanyi ek?kalau berlakun aunty memang minat sangat2.ada contactke?

Anonymous said...

aunty minat berlakun ye? hmm.. contact ade. tapi takde lagi yang panggil casting. takpe member ramai slalu if ade casting slalu bagitau. if anythg nanti lynne sure inform aunty la ye. :)

-lynne-

Anonymous said...

hi aunty. i've started my own blog too. and you're the first person i linked too ;-)

Visit me at http://2good4me.wordpress.com/

I ♥ British Accent said...

Hi aunty..:) me so love ur blog.I'm definitely akn try buat lamb chop nih..nmpk yummy!and maybe you should publish ur own recipe book..hiks!

one more thing..me ske Philip(kucing).I got a persian too..I named it Iris(female).

keep in touch ya..tke care..*hug*

frogman said...

saya nak buat pengakuan,saya ni superficial,bila nampak orang gemuk jer,saya ejek.sigh...lepas ni dah tanak buat dah la...hehe

NaniRostam said...

anon : terima kasih byk. aunty akan selalu ke sana. nanti aunty akan link kamu juga.

Dilla : lamb chop tu, bahan dia tak mahal. Kenal tak sapa2 yang ada male persian untuk buat baka?

Frogman : Aunty kalau nampak orang gemuk, dalam hati, 'mesti dia mkn banyak kan?'Kenapa dia makan banyak?Sebenarnya tak bagus makan banyak. Sabda Rasulullah s.a.w. " Tidak ada suatu bekas yang dipenuhi oleh anak Adam lebih buruk dari perutnya. Memadai bagi anak Adam itu beberapa suap untuk menyambung hidup. Jika ini juga tidak mencukupi, , maka hendaklah sepertiga untuk makannya, sepertiga untuk minumnya dan sepertiga lagi untuk pernafasannya."

StanNero said...

huhuh..

betui gak.. ramai gak kwn saya jadik mcm.. xsuka n suka kutuk org kelantan last kawin gak..

Terbaru Manager sy pompuan.. asik dok kata org kelantan nie mcm nie la .. laki kelantan suka kawin byk la..last2 dia yg nak menikah ngan org kelantan hujung bulan 11 nie..

Bab nama pangkal nama tu sy nak survey balik..hehe..ada logiknya tu..

Unknown said...

OMG..i really love how u put your words and convey msg to ppl.. it's beautiful.. aunty,i wish i'll be like u. nway,hope all ur dreamss come true.. (even i know u banyak bersyukur pada limpahan Allah. it's just my doa for u). nice house.. :)

Anonymous said...

slm.entri auntie buat saya tergelak sebab sy pun org jawa :) saya pulak teringin nak bersuamikan org kedah, mcm auntie juga.mudah2an dimakbulkan,aminn

Anonymous said...

sy gelak bc entri ni sbb sy pun org jawa. mmg org selalu kutuk jawa kalau mereka tak tahu kelebihan org jawa kan auntie? hm sy plk berharap dpt kawin ngn lelaki dari kedah, mcm auntie juga:)