Wednesday, September 17, 2008

Peminta Sedekah dan Sekeping Pizza


Menjadi seorang isteri, ibu, tukang masak, tukang kemas, tukang kebun, tukang solek biarpun melelahkan tapi saya bahagia. Maksud saya, dah banyak kali saya cuba lari dari tugas-tugas yang tak pernah putus, misalnya pergi ke rumah adik saya dan bermalam di situ supaya dapat menikmati rehat tanpa gangguan. Pernah pulang sendirian ke kampung untuk melapangkan fikiran dan minda serta mengimbau zaman ketika membesar. Pergi membeli belah ke Bandung bersama hanya dua orang anak dara saya. Pergi ke bercuti sambil membeli belah ke Vietnam bersama suami.



Namun tak sampai dua hari, saya dah merindui untuk menjenguk masakan di dapur, saya rindu hiruk-pikuk jeritan anak-anak, saya rindu geselan kucing-kucing di kaki meminta makanan, saya rindu menyambut pulang suami dari kerja, saya rindu bercerita dengan suami hal anak-anak sepulangnya suami dari kerja, saya rindu untuk menyiram daun-daun yang bertunas dan pokok yang menghijau di laman belakang rumah saya, saya rindu nak mencangkul tanah menanam pokok-pokok baru, saya rindu duduk-duduk di laman depan rumah sambil menghidu harum bunga cempaka, saya rindu mendengar anak-anak mengadu itu ini dan celoteh mereka, saya rindu bersolek di bilik saya, saya rindu nak mengubah kerusi meja di ruang tamu saya, saya rindu bersolat di tepi katil saya, saya rindu nak menghantar anak ke sekolah. saya rindu melayan anak-anak saya makan, saya rindu pergi ke Tesco Extra untuk mendapat stok harian barang dapur sambil menjenguk di rak-rak 'reduced price', saya rindu untuk mengemas rumah, mencuci tandas dan dalam ertikata sebenar saya merindui aktiviti rutin seharian hidup saya. Kerana itulah kehidupan saya, itulah jiwa saya itulah cinta saya.



Setelah hampir suku abad, saya berkahwin dan mempunyai anak yang ramai, pasti terlalu banyak onak duri dan gelombang kehidupan saya rasai. Dan bukankah pengalaman mengajar kita erti kehidupan yang sebenar. Namun saya memandang dan menerima segala keadaan dengan fikiran positif.



Kalau dulu, saya suka menyimpan segala perkara negatif di dalam hati yang mungkin akan menjadi dendam kalau terus menyimpannya, namun sekarang semua itu dapat saya lepaskan. Kalau dulu, ada kenalan yang sombong dan tidak mahu bertegur sapa maka sayapun tidak ingin untuk menegurnya, namun sekarang saya akan cuba berbuat baik dan beramah mesra tanpa rasa dendam.



Kalau dulu saya geram bila jiran bagi balik bersusun tiga empat pinggan tanpa berisi walau satu biji buah limau pun walhal bercerita masak kari ayam satu periuk. Kerana bagi saya setiap pemberian perlu dibalas.Kerana persahabatan itu perlukan hubungan dua hala.Kalau sehala takkan menjadi. Namun itu dulu, sekarang bila saya menghantar makanan atau memberi sesuatu kepada kenalan, saya tidak mengharap apa-apa balasan. Saya ikhlas kerana keikhlasan itu dapat membersihkan jiwa. Kalau mereka membalasnya, saya bersyukur, kerana mereka menghargai dan menyayangi saya.



Saya tidak lagi teragak-agak untuk menghulur sedekah kepada sesiapa yang datang meminta terutama orang yang pertama datang untuk hari itu. Saya tidak suka merasa syak wasangka buruk terhadap pengemis seperti sesetengah orang yang tidak puas hati kerana pengemis itu berpendapatan tinggi sehingga mencapai ratusan ringgit untuk satu hari. Bagi saya, kalau mereka mempunyai rasa tidak puas hati terhadap pendapatan pengemis, mengapa tidak mereka sahaja duduk di kaki lima itu dan mengemis di situ, insyallah mereka juga pasti memperolehi pendapatan yang sama seperti pengemis itu.



Kerana saya selalu mengingatkan diri saya, setiap sedekah yang saya hulur disambut tangan Allah yang Maha Suci sebelum tangan peminta sedekah. Dan apa yang saya dapat rasakan, setelah bersedekah itu hati saya begitu lapang, gembira dan bahagia. Saya langsung tak terkilan, walaupun di tangan saya tidak ada walau sesen pun lagi. Saya terharu kerana dapat melakukannya. Itulah sebenarnya nikmat bersedekah dengan ikhlas. Saya sentiasa percaya malah akan ada rezeki didatangkan oleh Allah. Saya yakin tidak akan jatuh miskin atau papa kedana hanya kerana kita bersedekah. Dan dalam kehidupan ini kita tidak akan mati kelaparan hanya kita bersedekah. Bukankah sedekah itu menolak bala. Tidakkah anda ingin menolak bala yang anda takuti dalam hidup anda. Dan bukankah kebahagiaan hati yang sebenar, adalah apabila kita membahagiakan dan menggembirakan hati orang-orang disekeliling kita.





Dan dengan sedikit ilmu dan pengalaman yang saya miliki, mengapa tidak saya kongsi bersama anda untuk anda jadikan panduan dalam kehidupan seharian.



1. Untuk Panduan Dan Tips Masakan/Di Dapur :-



a) Sekiranya anda mahu puding karamel (puding gula hangus) yang anda buat menjadi lebih licin dan cantik, gunakan susu pekat manis F&N.



b)Jangan buang lebihan sambal belacan atau sambal tumis yang tidak habis. Simpan di dalam peti sejuk dan boleh digunakan semula dalam tumisan anda dalam banyak jenis masakan seperti kuew teow goreng, mee goreng, nasi goreng dan sebagainya.



c)Kalau anda mahu stok ikan yang anda beli di pasar sentiasa segar dan tahan lama, terus menyimpanya di dalam ruangan sejukbeku tanpa menyiangnya terlebih dahulu.



d)Untuk mendapat doh roti yang naik dengan sempurna, rehatkan doh tersebut di bawah tuala lembab dan letakannya di atas peti sejuk.



e)Lain tangan lain jadinya, walaupun resepi yang sama. Sebenarnya setiap kali menumis sambal atau kari, pastikan anda menumis sehingga naik minyak dan harum baunya kerana masakan yang berbau enak pasti enak rasanya.



f)Sekiranya anda membuat kek, pastikan dulang pembakar di sapu mentega terlebih dahulu sebelum diletakkan kertas minyak di atasnya.



g) Kalau anda mahu biskut coklat chip yang anda buat lebih enak dari famous amos, tukarkan penggunaan serbuk koko kepada serbuk milo dan gunakan hanya kacang pecan.



h) Puding roti yang enak dan gebu bukan di buat menggunakan roti biasa tetapi roti crossaint.



i) Untuk menghasilkan dadih susu yang asli, hanya gunakan susu segar sahaja dan campurkan satu cawan gula dan satu cawan 'coffee mate' untuk setiap paket dadih segera (termasuk gula yang disertakan di dalam paket itu).



j) Membeli dengan lebih bijak. Mayonis yang enak dengan harga yang jauh lebih rendah adalah jenama Kimball.



k)Anda tidak akan tersilap, bila membeli yogurt jenama Dutch Lady kerana anda tidak ingin mencuba jenama lain kerana yogurt jenama Dutch Lady memang menyelerakan.





Di sebabkan post ini sudah terlalu panjang, untuk tips dan panduan kategori selain masakan akan saya tulis di post akan datang.

Hijrah Rohani :-

Firman Allah Ta'ala :-
"Tidakkah mereka mengetahui, bahawasanya Allah menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan Dia menerima sedekah-sedekah, dan sesungguhnya Allah Penerima Taubat dan Penyayang".
(At-Taubah: 104)

Sabda Rasulullah s.a.w:-
"Tiada mensyukuri Allah, siapa yang tiada berterima kasih kepada manusia".



Pizza bukan sesuatu masakan yang susah untuk disediakan. Di sini saya sertakan resepi pizza yang anda boleh buat sendiri di rumah.


Pizza Stuff Crust


Dough Base :

1/2 tsp dry yis (mauripan)
60ml UHT milk
45 ml lukewarm water
1tsp sugar
1tsp plain flour

180g plain flour
1/2tsp sugar
1/2tsp salt
1/2 tbsp margarine

Filling :

2 - 3 tbsp tomato paste

Slice thinly :

1/2 red capsicum
1/2 green capsicum
1 Bombay onion, sliced thinly into rings
2 chicken sausages, sliced
1 can of button mushroom sliced
3-4 slices beef pepperoni
200g grated mozzarella cheese
Dash of ground black pepper
Dash of Italian Herbs

To Make dough base, sprinkle yeast granules over lukewarm water. Add a sprinkling of sugar an a little flour and set aside for about 10 - 12 minutes.

Sift flour into mixing bowl. Add sugar nd salt to mix. make a well in the centre, pour in the frothy yeast mixture and add in the milk. Mix together and knead until a smooth dough is formed. Leave aside and cover with a damp tea towel.

When the dough doubles in size, punch down the dough and leave aside again for 10 to 15 minutes. Remove dough onto lightly floured surface. Roll out dough into a round piece about 3mm thick. Put the piece of round flat dough onto a lightly greased baking tray. Prick the base of the dough with a fork.

Brush the base of the dough with the tomato paste. Spread the sliced vege around the dough. Add sliced sausage and ham and sprinkle liberally with grated mozarella cheese. Sprinkle with ground black pepper and Italian herbs.

Bake pizza in a preheated oven at 180'C for about 15 to 20 minutes or until golden brown in colour. Remove pizza from oven, cut with a pizza cutter and serve immediately.




35 comments:

bec said...

i love ur recipes! gonna try making one myself anytime this wk.
But i have a little suggestion to make on ur new background. It kinda hurt my eyes after reading for too long.
maybe a darker color? just a suggestion. tak perlu follow juga tak apa2 :D

lily lotus said...

cantiknya ur new layout ;)

Zaini said...

"Membeli dengan lebih bijak. Mayonis yang enak dengan harga yang jauh lebih rendah adalah jenama Kimball."


auntie..erm..kalo bli yg bren cap ayam cam Tesco, Giant nye in house bren aci x?

takoot xsdp la.sy mmg mnt btl ngn mayo nih.

pnh nk cbe bli.tp takoot xvalue for money.manetau,auntie pnh cbe trai experiment ke.eheh.

FAZ said...

aunty,i found ur blog thru ur daughter's blog.thing i luv most in ur blog is the hijrah nurani selain all those recipes.by reading the firmans,walaupun ringkas,but it made me think.thanks a lot.

Hanis Zalikha said...

YA ALLAH COMEL SUNGGUH LAYOUT INI

BaLQiz said...

Saya suka layout ini! Peaceful and calming. I like!

And thank you for pointing out about "givings" and such. At times we forgot the value of giving and only expect to receive. Getting reminders such as this helps to dawn back what matters most. Thank you!

Syarifah Hadli said...

Ouhhh. Cik Nani. Apakah maksudnya meletak gambar Pizza Stuffed Crust dibulan mulia iniii!

Ketabahan berpuasa saya sama level dengan ketabahan kanak kanak darjah dua. Memang teruk.

Eh. Saya juga suka pergi Tesco. Mak abah saya juga suka. Kami semua sukaaaa.

Saya akan cuba juga buat Pizza seperti gambar di atas!

Brenda Ang said...

Hehe, I like the layout too :) I agreed with everything that you said in this entry. Giving but expect nothing in return. Give sincerely. Also, I used to dislike certain people because of the way that they are. Some act like they didn't even see you, etc, but right now, I'm just trying to be nice to everyone regarding how they act towards me. There is this person that I don't really like. Hearing news about this person can instantly make me mad. I know we have to love our neighbour, love our enemy, and hence, I'm trying to love this person. It's really hard when you don't even like them in the first place, but I'm trying. It's good that we have no 'dendam' and 'perasaan dengki' towards each other. Haha, you're my new idol now. Someone I looked up to. I live far away from my parents and siblings and I get lost sometimes. Now, haha, thought it may sound funny, but reading your blog keeps me grounded and stayed on my feet. Going towards the righteous path :) Anyway, blog more often when you can o^^ I'm going back to my studies now. Exam tomorrow :(

Rachy said...

aunty i believe that if you act according to your heart you will never go wrong.

layout ni tentu anak anak yang pilih kan? ;)

NaniRostam said...
This comment has been removed by the author.
NaniRostam said...
This comment has been removed by the author.
NaniRostam said...

Bec : cubalah resepi-resepi di sini, kalau ada apa nak tanya, silakan.

Lily Lotus : Terima kasih. Saja nak tukar pemandangan. Hijau tu menyejukkan mata kan?

Zaini : Kalau inhouse brand tu memang murah tapi rasanya kureng.

Jenama yang paling famous tu rasanya sedap tapi harganya terlalu mahal. Kalau dulu harga tu tak byk beza, tp skrng bila dah laku di naikkan terlalu berbeza. So yang sedap dan murah seperti yang cik Nani sebut tu.

Faz : thanks alot for dropping by.

Hijrah Rohani tu saya khususkan untuk diri saya sebenarnya. Agar selalu jiwa sentiasa mengingatiNya.
Bukan mudah nak memupuk keimanan dalam dada, ada suatu ketika, tiba2
datang malas nak bersolat, selamba giler. tiba2 dah jadi orang lain.Merujuk ayat2 dari AlQuran tulah yang dapat menarik kembali saya jadi diri saya yang sebenar.Sebenarnya saya adalah hamba Allah yang sentiasa takut mati tanpa persediaan.Saya gerun dengan seksaan kubur tapi dalam pada masa yang sama saya ada kalanya kalah berperang dengan syaitan. Sebab tulah setiap masa saya mahu bertaubat.Setiap masa saya mahu membersihkan hati agar syaitan tidak bertahta di hati saya.Insyallah.

Hanis Zalikha : ha ah.

Balqiz : tk sudi singgah. Betul, kita ni kan manusia yang lemah, kadang kala boleh tersasar jugak. Sayapun sentiasa belajar untuk mendidik hati supaya ikhlas dalam semua hal.

Sharifah Hadli :Cik Nani tak da maksud apa-apa kecuali nak bagi tahu bila Cik nani tersedar, pizza tu tinggal satu 'slice' (gambar yang paling last tulah tinggal Cik Nani punya) ish ish depa ni tak patut betoi.

Brenda Ang: Saya gembira kamu pun rasa dan lakukan apa yang saya cuba selama ini.

Rachy : Betul tu. Betul juga apa yang kamu agak, anak-anak punya pilihan tu.

siewkwan said...

Aunty, thanks for this recipe, have been dying to find out how to make a decent pizza, well, I have to say, you are a God-sent!! :D So talented gila!! :)

Thanks again aunty, and also, the wonderful encouragements you always give in my humble blog! :)

LiLa said...

Sis nani,
Nice & cute blog... This is my 1st bloghopping on urs...but terus tertarik :) Keep on blogging.

Anonymous said...

Salam Aunty,

Im a sporean but residing here in Karachi. I bloghopped to ur blog from ur doter's site.

Love reading ur posts! InshaAllah I will try baking the Butter Choc Cake :)

Salam Ramadhan!

Wana

capik79@yahoo.com said...

gud one, selalu saya beli base dia kat giant je....kene cube try test nih

fallen angel said...

i really love your blog. :)
i think u're a superwoman.hehe.

Umie said...

Salam aunty,

Wahh, baru brpa hari x jengok blog nie,dah cat baru baru ye! 'rumah' baru utk raye ke nie?? hehe

btw,tips2 aunty tu mmg sgt2 useful..TQVM sbb sudi kongsi ilmu dgn kitorg..(",)

Oklah,Salam Ramadhan & Salam Aidilfitri utk aunty sekeluarga..

nanna said...

kenapa post nie sangat best...auntie, aper yg aauntie tulis kat atas tadik memang sangat kene dengan saya..sebba saya selalu being negative. selalu rase buruk sngke kat orang. tadi tengah bengang2, tak sangke ALlah nak tunjuk saye ketenangan, saye bukak blog nie, tibe2 auntie buat post mcm nie. i felt like crying. in fact ive already tearing inside. thinking that, perasaan tak baik tu bukan tak boleh berubah. soo....ill try to put things into perspective bck and be someone more matured n rational. thanx auntie for this post. it really means alot.at least to me.. :)

n the pizza looks so yummy..better try this. hehe.

selamat hari raya auntie! n ur so lucky to have such a beautiful family n home :)

MiSsY FaRaH said...

salam aunty.i bought the magazine when hanis mentioned that u were in em.n thank u for explainin bout the butter detail =) n others as well.if u dun mind,farah nak link kat blog aunty to mine.thank u and have a pleasant day ahead.(",)

dina said...

saya memang tak tahu buat pizza tapi lepas baca di blog akak, saya jadi yakin! Thanx

sweethOneY said...

salam cik nani (:
1st time jenguk sni, best laa blog ni..suka tgk resepi2 tu sme n nak try..penah try buat pizza, tp x berapa menjadi ):

nak try lg sekali la..
nk tny la auntie, yang crust tepi tu kan..letak ape? cheese ker?

Nadia said...

Aunty, boleh tak postkan recipe chocolate chip cookie yang sedap? sangat teringin nak cuba buat sendiri!

Starry Eyed said...

Hi Aunty,

I love your writing sbb bile aunty tulis mcm boleh nampak the sincerity..

Dulu saya pun rase betul ke org ni pengemis.. sbb selalu dgr ade sindiket la.. derang sebenanye tak buta n mcm2.. tp lepas bace entry ni baru saya terfikir.. betul jugak.. bape ratus sgt dia dpt n takkan tu pun nak dengki kan..

thanks aunty for the input and im loving the tips u're sharing :)

NaniRostam said...

Siewkwan : selamat mencuba resepi pizza.

Lila : terima kasih daun keladi.


Wana : terima kasih. jangan lupa guna majerin brand Planta.mesti sedap.

Capik79 : mesti jadi...

Fallen angel : wow superwoman tu orang kuat. Saya ni kuat jugak.kuat berangan.

Ummie : terima kasih selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Nanna : Cik Nani pun bukan kuat dan tabah sangat. Tapi pelan2 cik Nani selalu pujuk hati ni, bukan mudah. pujuk lagi.sakit hati.geram pun ada. pujuk lagi.selagi nyawa dibadan tugas kita adalah memujuk dan mendidik hati agak sentiasa berlapang dan redha.Berjayalah kita hendaknya.insyallah.Cik Nani ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin.

Cik Kiah said...

salam...

aunty,i have tried ur pizza recipe...tapi kan....

1)the dough tak fluffy macam dalam gambar ni...sebab kurang yeast ke?

2)how long do i need to wait for the dough to double its size?

thank you,aunty!

Pink Mama said...

Hi, your blog is so pretty. CAn I link yours to mine?. TQ

StingRay said...

haha..nak masak sendiri kompem hangus....tgk pizza ni sedap lak....



solution?...



pizza hut jugak aku cari.....sigh....

StanNero said...

Xsangka plak dadeh segera boleh dibuat dengan susi asli campuq coffe mate untuk lagi sedap ..

Sy akan cuba dan update kat blog sy..

Thank for da tip.. 1stime singgah nie..

NaniRostam said...

Cik Kiah : Guna yis segera, mauripan.beli kat kedai jual barang kek mesti boleh jadi insyallah. Pas tu letak doh atas peti sejuk dan 'cover betul2' dengan kain tuala good morning yang lembab tunggu agak2 15 minit.

Pink mama : thank u thank u, u r welcome my dear.

Sting ray : Kalau buat sendiri, jadi sedap pada pizza hut, mesti bangga tau, dahlah kembang-kembang hidung bau aroma pizza tu, ditambah kekaguman ahli keluarga terhadap bakat kita.ishk-ishk tak tau nak habaq.

Stannero : Memang. Tukarkan susu cair kepada susu segar sepenuhnya tanpa air dan tambah cofeemate.Memang lazat.Cuba jangan tak cuba tau.

MamaFaMi said...

Salaam sis...

Only recently, I managed to try out your pizza resepi setelah diprint out berkurun lamanya... hehehe.. very nice and soft indeed. Terima kasih banyak-banyak dan harap dihalalkan resepi ini yang telah ditepek at my blog ya.. Moga ilmu yang dicurahkan dapat dimanafaatkan oleh lebih ramai yang lain.

nur afiqah said...

sedap sgt nampak pizza auntie!! berkilat2...x sabar tunggu duit masuk nk try buat...saya pelajar di luar negara jadi tak dapat la nak merasa stuffed crust sebab pizza hut x halal..tapi dgn resepi auntie ni, dapat la saya merasa :))). weeee! terima kasih auntie. saya sgt suke semua nasihat2 auntie. sgt lembut n memberangsangkn :). menyentuh jiwa. terima kasih auntie.

Peri PiA said...

Salam

saya pon beli mayo jenama kimball :)

ya Allah bestnya tips2 memsk Pn Nani

yatt said...

Salam..

Seronok sya baca blog Pn Nani....minta izin ye utk share post Pn d Fb saya..tq.

yatt said...

Salam..

Seronok saya bace Blog Pn Nani...smoga apa yg Pn lakukan d berkati Allah..minta izin share blog Pn d Fb saya..tq.