Inilah gajah yang ada di depan mata yang ingin saya perkatakan sebelum saya meninjau kuman yang jauh diseberang. Bila saya suruh anak saya basuh pinggan, kali pertama berteriak belum pasti datang, kali kedua menjerit belum tentu timbul, entah kali ke berapa barulah terdengar pinggan mangkuk berlaga di dapur.Wah seronok tengok anakku tunjuk kerajinannya sekali sekala. Ehm dah siap pun!. Saya pun menjenguk ke sinki dapur. Alahai kenapalah anak-anak ku ini, bila bagi tugasan tak pernahnya 'settle'. Pasti ditinggal sudu garfu, senduk, pisau dan perkakas dapur yang kecil-kecil. Siapa pulak nak sambung tugasan ni. Berat sangat ke tugas mengemas dapur. Kalau saya boleh buat sampai dapur kemas berkilat mengapa anak-anak baru suruh cuci pinggan mangkuk pun ada yang tertinggal.
Sambil saya meneruskan kerja-kerja yang tak selesai tu, saya berfikir, sebenarnya kalau semua makhluk Allah di atas mukabumi ini melaksanakan tanggungjawab mereka SEPENUH HATI segalanya menjadi mudah. Maksud saya, kalau anak-anak saya melakukan tugas mengemas dapur atau rumah dengan sepenuh hati kerana ingin melihat dapur atau rumah mereka sentiasa kemas pasti segala kerja itu menjadi ringan dan selesai dengan mudah.
Setiap yang bernyawa di atas mukabumi memang wajib melaksanakan tanggungjawab mereka. Begitulah juga kalau semua ibu-bapa melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya terhadap anak-anak pasti anak-anak akan menghargai dan menyayangi ibu bapa mereka.Kalau semua suami melaksanakan tanggungjawab terhadap isteri mereka dengan baik pasti jarang terjadi kes-kes penceraian. Kalau semua isteri taat melaksanakan tanggungjawab terhadap suami pasti rumahtangga aman bahagia. Kalau semua anak berbakti pada ibu bapa mereka pasti nasib ibu bapa terbela. Dan apa yang paling penting dalam hidup ini apabila kita MELAKSANAKAN TANGGUNGAJAWAB KITA KEPADA ALLAH S.W.T sepenuh hati maka dengan sendirinya pasti kita dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik terhadap insan disekeliling kita.
Semua ini berbalik pada soal hati. Tanyalah HATI, selidikilah DIRI. Adakah hati kita selama ini sudah cukup putih dan bersih. Adakah hati ini sebelum ini sudah sepenuhnya redha dan ikhlas? Adakah hati kita sudah cukup bulat?
Hati oh Hati. Betapa hati ini masih terasa kesayuannya di atas berlalunya Ramadhan yang berkat. Entah jumpa entah tidak Ramadhan tahun hadapan. Apatah lagi bila syawal yang mulia ini hampir berlalu. Sudahkah kita mengucup dan mencium tangan ibu dan ayah memohon keampunan dan restu darinya. Sudahkah kita bertemu semua kaum kerabat, jiran tetangga, handai taulan untuk memohon segala dosa dan kesilapan kita pada mereka. Pergilah kalau yang belum. Selagi kita ada kesempatan jangan disia-siakan.
Setelah sebulan kita berpuasa dengan penuh keimanan, Allah pasti mengampunkan semua dosa-dosa kita terhadap Allah kecuali dosa-dosa syirik dan dosa kita terhadap manusia. Maka satu syawal adalah hari baru bagi kita. Diri kita yang bersih namun masih belum bersih selagi kita masih ada dosa terhadap manusia dan belum dimaafkan.
Hati Oh Hati, betapa sedih dan terkilannya bila saya mendengar kisah seorang kenalan yang merayakan satu syawal di Australia kerana tidak mahu bertemu muka dengan anak-anak, adik-beradik, sanak saudara, bahkan ibu mereka sendiri hanya kerana wujud sengketa di antara mereka anak-anak beranak. Mengapakah begitu sekali sikap bila menjelang hari raya? Kalau boleh bersua muka dihari lain mengapa tidak di Aidilfitri. Adakah hanya kerana bertemu dihari-raya kita harus bermaafaan maka kerana kekerasan hati, kesempatan ini tidak ingin dipenuhi? Begitu sukarkah memaafkan? Atau hanya kerana terlalu tebal dendam di hati yang sukar dipadam atau terlalu besar ego yang susah di tepis maka hati tertutup untuk meminta maaf atau memaafi. Bukankah semakin berumur, semakin pendek umur kita. Ambillah kesempatan yang belum tentu kita perolehi di lain masa untuk bermaaf-maafan. Mereka itu manusia biasa sama macam kita, tidak pernah lepas melakukan dosa. Maafkanlah. Sedangkan Allah Maha Pengampun, apatah lagi kita hamba yang hina ini.
Satu syawal itu adalah merupakan hari yang paling menyentuh perasaan saya. Airmata mengalir deras sehingga terdengar sedu sedan menahan sebak bila mendengar khutbah raya. Terasa amat sayu dan insaf betapa diri ini hanyalah insan yang hina dan lemah yang terlalu banyak melakukan dosa kepada Allah S.W.T. Airmata ini jua begitu mudah melimpah tak terbendung ketika mengucup kedua tangan ibu yang telah tua memohon keampunan dan menyedari betapa selama ini terlalu banyak kita menyinggung dan menyakiti hati ibu serta mengabaikannya.
Bukankah satu syawal juga adalah satu hari yang doa kita Allah makbulkan, maka dengan rasa pilu dan sendu saya menadah tangan memohon keampunan Allah di atas segala dosa. Allahhuaakhbar, Allahhuakhbar,Allahhuakhbar, Ya Allah, ya tuhanku kau ampunilah segala dosa-dosaku, dosa yang besar mahupun yang kecil, dosa yang ku ketahui mahupun yang tidak kuketahui, dosa yang ku sengajakan mahupun yang tidak kusengajakan, dosa yang lalu mahupun yang belum. Allahhuakhbar,Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Ya Allah, ya tuhanku, kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku, kau kasihani mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sedari kecil. Allahhuakhbar,Allahhuakhbar,Allahhuakhbar, Ya Allah ya tuhanku, kau ampunilah dosa semua kaum kerabatku, jiran tetanggaku, handai taulan ku dan para muslimin dan muslimat sekeliannya. Amin Ya Rabbal Alamin.
Begitu pun syawal adalah merupakan hari yang paling menggembirakan kerana merupakan hari kemenangan menjalani ibadah puasa selama sebulan dengan rasa penuh keimanan. Apatah lagi buat anak-anak kita.
Kerana menyayangi dan mahu menggembirakan anak-anak, walaupun letih menyiapkan tempahan kuih raya dan persediaan hari raya masih belum hilang namun saya gagahkan diri bersengkang mata untuk menyediakan majlis hari jadi Hanis dan Alisya pada 11hb Oktober dan majlis harijadi Imarn dan Hafiiz pada 18hb Oktober.
Hidangan utama untuk majlis Hanis dan Alisya, Nasi beriani gam, ayam masak merah, kuah dhal, acar nenas, mee siam, nasi impit, kuah kacang dan fries.
'Party Pack' untuk tetamu kecil.
Mari bergambar dengan Aiskrim Malaysia.
Ala diet ke? Lepas makan ais krim malaysia terus nak balik?
Anak Audi, Ashwarai ini rasa sungguh terseksa di majlis hari jadi ni.
'Ee, hari ini banyak sangat jamuan hari raya, bukan i tak nak makan'
Seekor kumbang di antara kuntuman ros.
Amboi Alisya tebalnya bedak asas you, you ni yang 8 tahun ke atau yang 18 tahun.
Wah! awet muda rupanya you, Hanis...
Teka, siapa yang 10 tahun ni?
Wah kerusi meja dah sedia menunggu.
Apatah lagi yang ini.
Hidangan hari ini, nasi beriani gam lagi, ayam merah lagi, acar nenas lagi, mee siam lagi, fries lagi, yong tau foo, fillet of fish, nugget ketam, barbeque sausages, wantan, keropok lekor, tembikai, aiskrim malaysia, strawberry cheese cake, dark chocolate cake dan minuman pula manggo soda.
Hasil kerjatangan dan jerih payah Hanis Zalikha.
Ayam Masak Merah ni kegemaran semua tetamu tau.
'Macam nilah cara nak apply make-up'
'Lepas ni jomlah kita shopping kat Pavilion, kan duit raya you dapat banyak. rm 1200 tu... yang nenek you bagi rm1000, bapak you bagi rm200'
'Alamak Hafiiz, i rasa i yang gemuk nape pulak you yang kuat makan'
'Favourite di antara favourite' nih.
'Nak kena pandang atas ke? Ini lah akibat kalau photographer tu tinggi. Model la katakan.
Hai Alisya, baru enam hari lepas birthday you, takkan hari ni birthday you lagi.
Macam manalah nak pasang lilin tu cepat, Imran, kalau you biar mulut Alisya tu muncung depan api tu.
Yeay saya menang!
Sabar2 Deepavali lambat lagi.
Sukalah tu..sukalah tu.. Ada tak yang bagi magik kaler yang dah takde magik tu?
'Sorrylah semua pekerja i masih cuti raya, so you kena tunggu lama tau'.
'Kalau rumah i dekat dengan rumah you, mesti hari-hari i datang salon you. Free kan?
Bergembira nampaknya bermain permainan baru.
Kakak Hanis, game Charade peningkan kepala i lah, sebab dia orang ni lambat pick up.
Kepada semua yang membaca blog saya ini, ingin saya ucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Maaf salah silap di atas tulisan yang menyinggung perasaan. Insyallah, tahun depan, jika murah rezeki, saya adakan majlis untuk anak-anak, insyallah akan saya undang mana-mana pembaca yang sudi.
Tips untuk Hari Ini
1. Tips Untuk Ibu : Kalau anda mahu bayi anda cepat belajar berjalan usahakan membawanya memijak embun di atas rumput waktu subuh.
2. Bagi mengatasi masalah jerawat, cuba hancurkan panadol dengan air dan sapukan diatas kawasan jerawat sebelum tidur.
3. Untuk merawat dan mengelakkan jerawat, rajin-rajinlah mengambil supplement atau vitamin terutama zinc dan alfafa. Jenama Shaklee adalah antara yang terbaik.
4. Tugas-tugas mencuci bilik air akan menjadi lebih mudah apabila anda menggunakan pencuci Stain Killer keluaran Johnson dan menyental lantai dan dinding bilik air dengan menggunakan scrub pencuci periuk dan pinggan mangkuk yang biasanya berwarna hijau.
5. Amalkan membeli buah betik setiap kali ke kedai buah atau setiap kali anda ke pasaraya supaya anda boleh jadikan betik sebagai hidangan setiap pagi anda yang sihat selain daripada roti wholemeal, oats atau cereal.
6. Jangan buang susu segar yang tamat tempoh atau yang sudah masam. Simpan di dalam ruangan dingin beku dan keluarkan semula untuk digunakan sebagai yogurt dalam masakan nasi beriani atau nasi ayam dan hasilnya, masakan menjadi enak.
7. Terus simpan lebihan minyak sapi atau majerin di dalam peti sejuk, agar tidak berkulat dan tahan lebih lama.
8. Terus memangkas hujung-hujung pohon yang mengeluarkan bunga, apabila bunga sudah gugur agar bunga baru cepat bertunas semula.
9. Lebih baik mengenakan hukuman rotan daripada mengeluarkan kata-kata kesat atau maki hamun terhadap anak-anak. Kerana kata-kata kesat dan maki hamun akan selamanya mereka ingat hingga ke akhir hayat dan boleh menimbulkan dendam dan kebencian sedangkan kesakitan akibat hukuman rotan lebih mudah dilupakan.
10.Untuk menjadikan kucing kesayangan anda mepunyai selera makan dan berbadan sihat, berilah jenama Aim Kitten (chicken) walaupun untuk kucing dewasa.
Hijrah Rohani:
Firman Allah S.W.T:
"Adakah kemungkinan, jika kamu berkuasa bahawa kamu akan membuat bencana di atas muka bumi dan kamu akan memutuskan pertalian kekeluargaan kamu? Mereka itulah orang-orang yang menerima kutukan Allah, maka ditulikan pendengaran mereka dan dibutakanNya pemandangan mereka itu." (Muhammad:22-23)
Dan Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
"Barangsiapa suka usianya dilanjutkan, rezekinya diluaskan, dan dilindungi dari mati dalam keadaan tidak baik, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dan memperhubungkan tali kaum kerabatnya".
Dan Sabda Rasulullah s.a.w di dalam sebuah Hadis Qudsi:
"Berfirman Allah azzawajalla: Akulah Tuhan. Aku Maha mengasihani! Aku ciptakan rahim (kerabat) dan ambil perkataan itu dari namaKu. Maka barangsiapa yang memperhubungkan kerabatnya, nescaya Aku suka berhubung dengannya. Barangsiapa yang memutuskannya, nescaya Aku putus dengannya".
Sabda Rasulullah lagi:
" Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan kerabatnya.
Dan Sabda Rasulullah lagi:
"Kebajikan yang cepat menghasilkan pahala ialah membuat bakti dan memperhubung tali kerabat. Kejahatan yang cepat menghasilkan balasan ialah kezaliman dan memutus tali kerabat".
40 comments:
Aunty, your tips are so useful!! Thanks :)
And those food makes me hungry, I dun have those in Semenyih now...T_T
glorious food!...lucky them
suka gilaa lh bahagian tips ;)
thnks aunty.
aunty....im ur silent reader...suka tgk cakes tu ...mind teaching me tak...strawberry cheese cake & dark chocolate cake...tq...aunty ni such a wonderful mom.salute!!!
sure2..i will..sebab tgok akak punye kek memang nampak sangat sedap..n dulu pon ada amik resipi pizza dr blog ni tp takde ms nak try lg.
i think u r such a wonderful cook n super mom!..where did u learn all that?
n actually,i was surprised masa dpt komen akak..really appreciate that.
Hello aunty :) It's been so long since you last update. A good inspirational read. Uplate la more often ya..
gosh!
My favorite nasi briyani & ayam masak merah!
Nyam nyam...
=)
thanks for the tips, mmg sgt berguna.
siewkwan:Next time i'll intive you to my children's party.
jon jonson:i just try to make everything is the best for them.
i:Mudah-mudahan memberi sedikit sebanyak manafaat untuk kamu.
aisyah : terima kasih... resepi tu ada dalam majalah rasa keluaran Oktober.Tapi jadi tak jadi tu ikut tangan, kena selalu buat, ada trial and error barulah pandai.
FAZ: Kek tu memang yummy dan sedap. so far belum jumpa yang lebih sedap. Dah kematu tangan ni memasak. Adunan kek tu pun dah sebati dengan akak.Anak akak try buat pun tak boleh sama jadinya.Kek, Cookies atau pizza sekalipun kena selalu buat baru jadi perfect.Tak ikut resepipun 100 peratus, kadang2 pakai agak citarasa sendiri.
Brenda:I hope so that i hv plenty of time to sit infront of the laptop more often.
CaRoLiNe: I should hv invited you to my children's party.May b nxt time.
Sweettooth : Seronok mendengarnya.
banyaknya pesanan aunty..bagus la blog ni..baca pun terharu..huhuhu!!!!!!!!!!
suka sangat baca tips akak... nice blog la kak... harap selalu update
salam aidilfitri aunty!
hepi birthday kpd mereka2 yg berkenaan ;)
i akan dtg sume jemputan kerumah u aunty..hehe..moga bahagia selalu yer ;)
Assalamualaikum Aunty. Mintak maaf sebab tak dapat hadir ke majlis harijadi hafiiz dan imran. Mak saya suruh balik Ipoh untuk teman dia tengok tv hari tu.
Terima kasih atas tips yang aunty bagi ni.
Saya memang gemar cuci tandas. Cuci tandas tu macam sesi terapi untuk saya. Untuk tiles dalam tandas, yang dinding ke atau mana2 bahagian lain, saya selalu guna sapukan wax kereta. Memang akan berkilat sehingga silau mata dan kebersihan tu tahan lebih lama sebab kotoran susah nak melekat bila dah wax. Itu tip kerdil dari saya.
salam aunty,ketika saya remaja,mama saya sering menyuruh melakukan kerja rumah spt. membasuh pinggan, menolongnya memasak dll. tetapi saya lakukan dengan berat hati,kurang ikhlas,separuh jalan kerana merasakan benda itu kurang penting kerana saya masih muda. Kini saya belajar diluar negara lalu bersyukur kerana dengan suruhan mama dulu,saya mampu berdikari, memasak dan mengemas.It's true what they say, mothers know best.
wahh..
anak2 akak semua lahir Oktober la..Kira sy leh join la erk.. Sy pun baru ja lepas 15 Oktober yg lalu..
Betui la kata org Bintang Libra nie cantik luar dan dalam mcm anak2 akak nie. hakhakhak..
hello aunty,
i have been an avid reader of your blog as you are so generous in giving tips about cooking.
i would be leaving to melbourne for my studies soon, and one of my all time favorite Malaysian dish is ayam masak merah. I have tried making it before, but it didn't turn out so good.
would you be so kind to share some tips or recipe with me? I would really appreciate it. Thank you =)
eh i can see my relatives in thepics... maryam & zainab... lol
aunty,seriously saya tak baca entry ini sampai habis.
separuh jalan tapi panjang sangat so saya skip sampai bawah
.tapi saya rajin urut kaki mama saya.bagus tak?
tapi sangat malas kalau dia suruh belikan top up hphone.
aunty,apa tips kebahagiaan aunty?
dan juga tips kekal menawan.
=P
rasa bulan oktober dah habis...aunty...tolong...
uetoAya:Aunty ni pun mudah lalai, jadi selalu berpesan pada orang macam berpesan pada diri sendiri jugak.Hanya orang yang berhati lembut mudah rasa terharu.
dina: terimas kasih. Kalau ada kesempatan waktu memang selalu nak update.
lily lotus: sama-sama. okey2 tahun depan jangan lupa, jemput siap-siaplah.
Jebon:walaikummusalamwarahmatullah.Amboi manja emak kamu dengan kamu Jebon, tgk tvpun nak kamu temankan. wah2 anak mak ni.
T.S.D : Sebenarnya, seorang emak yang malas akan menjadikan anaknya rajin dan seorang emak yang rajin akan menjadikan anaknya malas.So, jadilah anak yang tidak mengambil kesempatan di atas kerajinan emaknya dan jadilah seorang ibu yang disayangi dan dikasihani oleh anak-anaknya.
StanNero: Selamat Hari Jadi yang dah terlambat. Bintang Libra ini mengikut pengalaman akak, bersikap penyayang, mesra, berterus terang (kadang-kadang mcm celupar), sensitif, suka mengusik, tak suka disuruh, suka dipuji,suka disayangi (manja),cemburu,gemar kecantikan.
shirley:thank you very much. no problem, i'll give the resepi in any my next post.
Anonymous:ha betullah tu, dia orang berdua tu best frenz Alisya,tido umah malam tu.You siapa ya?
Diloz:Bagi aunty, asalkan kita tidak membantah atau melawan cakap emak serta tidak pernah menyinggung perasaannya, emak akan tetap akan sayangkan kita walaupun kita tak lah rajin sangat.
Bagi aunty lagi, setiap keluarga yang bahagia, pasti di dalamnya, ada seorang ibu yang lemah lembut, mesra dan penyayang.
Petua untuk menjadi wanita sentiasa kelihatan anggun menawan ialah mempunyai ramai anak.
aisyah: ok insyallah tunggu di post akan datang ya.
terima kasih kak nani untuk semua nasihat2 kat sine. betul2 memberi saya peringatan that life is not about myself only. sometimes kita manusia lalai dan lupa tanggungjawap sebagai insan, anak dan juga isteri. any more tips on how to be a good wife? hehehe thanks!
aunty.. saya suka baca aunty. saya tahu pun melalui blog hanis (saya jumpa blog dia secara random).
saya suka bila aunty bagi tips.. very useful! saya sendiri pun minat bab2 masak ni.
keep it up aunty!
Balqiz : sama-sama. Memanglah balqiz, kalau semua untuk diri sendiri tak de maknenyer...satu jer..TAAT SETIA.
Alymia Nelyza :terima kasih.Wah baguslah kamu alymia minat masak. untung suami kamu nanti.
lapar dah ni!
huhuhu...
aunty, aunty memang model zaman 80 an ka?
p/s: terima kasih atas cadangan aunty untuk menjimatkan kos kahwin saya.
assalamualaikum aunty! selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin. suka sgt post aunty this time. keep writing ye aunty dah lama tunggu aunty update hari tu. lynne dah beberapa hari ni teringin nak makan ayam masak merah yg sedap :) jarang jumpa yg best. apa kata aunty post recipe ayam masak merah. tengok gamber2 pun dah terliur hehe.. oklah aunty. take care~
-Lynne-
salam auntie,
saya tersentuh dengan bingkisan2 berkaitan dengan silaturahim..saya skrg di dalam dilema tersebut, di mana parents saya lebih rela saya berpisah dengan plihan saya dari meredhai pernikahan kami. sungguhpun saya memilih untuk meneruskan niat untuk bernikah, mereka pula mengatakan bahawa sebenarnya saya telah memilih untuk meninggalkan keluarga. suatu krisis yang tidak patut berlaku, pada pandangan saya.
saya sangat setuju dengan kebahagiaan sesebuah keluarga terletak pada kekuatan seorang ibu, yang lembut, yang menyayangi.
saya adore para ibu di luar sana yang punyai ciri2 ini, kerana itulah aspirasi saya suatu hari nanti- untuk menyayangi dan menyokong anak2 saya.
semoga apa yang auntie titipkan di blog ini boleh menyentuh naluri lebih ramai lagi pembaca.
pastinya saya akan mengintai blog ini sentiasa untuk sumber ketenangan dari kacamata seorang ibu yang baik..
Ladynoe: Ala model sekejap jer, sempatlah masuk dua tiga majalah, buat satu dua fashion show dan masuk TV RTM, jadi pembantu rancangan TEKARIA. Baru dapat tawaran berlakun drama RTM, dah kena sambar, masa tu bakal suami tak benarkan takut dia melepas.
Sama-sama, nanti kahwin jangan lupa jemput tau.
Lynn : Selamat hari raya maaf zahir batin. Lama tak dengar khabar. Ayam merah tu, memang dah ada orang minta resepi tu. Tengah usahakan ni.
Let me remain a mystery : Dulu ada pilihan aunty yang emak aunty menentang dan aunty give up, mungkin sebab aunty anak ke 3 dan dah melihat pengalaman kakak aunty yang kahwin lari dengan pilihan sendiri dan memutuskan pertunangannya dengan lelaki pilihan emak aunty.So bila setiap kali aunty mula ada yang istimewa, aunty tanya emak aunty, lelaki tu ok ke tidak. Bila emak aunty setuju barulah aunty berkahwin.
Pada pendapat aunty, ibu mahu yang terbaik untuk anaknya. Mesti ada yang tak berkenan di hatinya sebab itulah dia menolak. Macamana pun perkahwinan yang bahagia adalah perkahwinan yang direstui ibubapa.
Sekarang setelah menjadi ibu kepada anak-anak gadis yang meningkat dewasa, ada jugak aunty tidak berapa berkenan dengan lelaki pilihan anak aunty. Tapi
anak aunty masih berdegil kerana di hatinya terlalu menyayangi dan di matanya terlalu baik lelaki itu.Jadi aunty fikir, biarlah kalau itu pilihan dia, terpulang pada dia menentukan masa depan dia. Bagi aunty, biarlah pengalaman itu sendiri yang mendewasakan nya. Ada satu ketika, seorang ibu perlu sedar yang anaknya berhak membuat pilihan sendiri dan dia hanya perlu merestui dan terus menyayangi anak-anaknya.
u are one cool mommy. sangat berharap my mom seperti aunty. dan aunty juga sangat pandai memasak. harap aunty dapat letak lebih banyak resipi kat sini, or better still, buat hands-on course. hehe.
masa membelek past entries aunty, saya terjumpa ini..
Dan Ibnu Abbas r.a. telah berkata : " Tiada yang akan menghalang seseorang dari berkahwin, kecuali lemah syahwat ataupun sifat durjana ".
terus saya berfikir, mungkin saya mempunya sifat durjana, sebab tu saya belum berkahwin walaupun umur sudah nak menjangkau 30.
doakan saya ya.
salam...
hai aunty...tiap kali baca ur blog sy akan dpt tips or inspiration baru..rase seronok sgt..tak sangka hanis ader super mom yg pndai bloging gak...hehehe...
how i wish klu sy pun dpt jadi cam aunty...rase cam ciri2 perempuan melayu terakhir tu smua ader kat aunty..supermom, nice and maintain menawan...untung ur famly ya..keep it up..
everyday sy x sabar nk baca blog aunty...hope leh update lbih kerap and more recipies!! :)
Mawar sari: Sifat durjana itu adalah sifat yang lagi seronok berfoya-foya kerana tidak mahu memikul tanggungjawab perkahwinan dan menganggap perkahwinan sebagai satu beban, gemar bertukar pasangan sesuka hati dan tidak mahu menghalalkan persetubuhan dan tidak mahu memperolehi zuriat hasil pernikahan agar dapat meramaikan umat.
Rasanya dalam kes mawar ni belum ada jodoh lagi. Atau pernah menangguhkannya.
Kalau mengambil kira tentang ajaran islam, pasti kita akan bersegera dalam 5 perkara :-
1. Bila buat berbuat dosa segera bertaubat.
2. Bila ada orang meninggal segera kebumikan.
3. Bila berhutang segera melangsaikan.
4. Bila mempunyai anak gadis cukup akil baligh segera mengahwinkannya.
5. Bila tetamu datang segera menghidangkan minuman atau makanan untuknya.
Insyallah kalau kita bersegera dalam lima perkara ini pasti sentiasa mendapat rahmat Allah.
Are-ya: Terima kasih banyak. Mudah-mudahan are-ya akan mendapat sedikit sebanyak manafaat dari tulisan, tips dan resepi di blog aunty ni.Insyallah.
salam akak....salam perkenalan..wah bestnyer masuk blogni banyak info boleh dapat..anywyas, saya link akaknyer blog nyer..
regards
hai...syok read ur blog. but nak tanya..ada any tips for jerawat nasi tak? & how nak ilangkan parut jerawat... TQ
wahh..x sabo nak tunggu resepi ayam masak merah tu..yeay!!
Anyhow,thank you a lots sbb sudi bg idea psl hamper tuh..really appreciate it..teruja nak buat nih..hehehe
hai kak salam perkenalan yer... wahh banyak info kat sini yang bleh d kongsi... :)
Nuttystudent :
Salam. Terimakasih.Terimakasih banyak mydear, nanti kalau tak sibuk insyallah akak link kamu jugak.
Lin :
Salam.Nak mengatasi jerawat nasi, elakkan ruang yang panas.(kalau boleh sentiasa duduk dan tidur dalam aircond). Rajin makan supplement zinc atau sumber2 makanan yang mengandungi zinc. Untuk menghilangkan parut jerawat, selain dari krim untuk hilang parut yang terdapat di farmasi dan kaedah yang lebih mahal iaitu rawatan pancaran laser, kamu boleh mencuba beberapa petua tradisi:
1. parut temulawak, campurkan kedalam putih telur dan badam kisar, pupurkan pada muka setiap pagi sebelum mandi.
2. Keringkan tulang sotong dan kikiskan menjadi debu. campur dengan air sejuk dan pupurkan pada muka.
3. Ambil kayu getah kering, bakar hujungnya sehingga pangkal kayu getah tersebut mengeluarkan buih. Ambil buih itu sapukan pada bekas jerawat.
Umie :
Salam. tunggu next post tau. Lepas kamu berkreatif buat hamper yang cantik2, kamu boleh buka business buat hamper.
Nasazfrog :
Salam. Terimakasih my dear. boleh kita saling mengunjungi. Cuma akak ni agak sibuk so sekali sekala jer dapat duduk depan laptop.
"Ee, hari ini banyak sangat jamuan hari raya, bukan i tak nak makan"
now we knew where HZ got her witty 'accent'.
=)
Zaini tau tak pe! hehe
salam...saya Liza...baru terbaca pasal kak noni dlm paper...you're are wonderful women and mom.....
salam..kak noni...thanks for you information kat blog kak noni nie...so useful
Post a Comment