Sunday, February 3, 2013

MAAFKANLAH BILA HATI TAK SEMPURNA MENCINTAIMU

Wednesday, January 30, 2013

Berlemah lembut Sesama Muslim Tegas Terhadap Kafir





Assalamualaikum


Betapa indahnya berkasih sayang sesama muslim..menjaga siratullahrahim....terima kasih Uztaz Kazim Elias semua ceramahnya begitu menyentuh hati kembali sedar betapa selama ini kita manusia yang alpa dan harus perbaiki diri dan iman...

Subhanallah.




Friday, January 25, 2013

10 Keutamaan Bersolat Jemaah Di Masjid








Assalamualaikum,

Mudah-mudahan kita mendapat manafaat dari perkongsian ilmu ini..amin.


1. Balasan Pahala kebaikan sebanyak 27 kali ganda.

Rasulullah (sallAllahu alayhi wasalam) bersabda: “Solat jema’ah lebih utama dari solat sendirian sebanyak 27 kali ganda”
(Al-Bukhari)


2. Setiap langkah menghapus dosa
3. Hanya dengan datang awal - duduk menunggu solat - kita akan mendapat pahala seakan-akan dalam solat
4. Malaikat berdoa untuk orang yang solat di masjid

Rasulullah, Muhammad (sallAllahu alayhi wasalam) bersabda: “Solat jema’ah melebihi solatnya seseorang di dalam rumahnya dan solatnya di dalam bilik sendiri sebanyak 25 kali ganda.
Jika seseorang dari kalian berwudhu lalu dia memperbagus wudhunya dan dia datang ke masjid semata-mata hanya untuk solat, maka tidaklah dia melangkahkan kakinya satu langkah pun melainkan Allah telah mengangkat darjatnya dan menghapus dosanya (untuk setiap langkah) sampai dia masuk masjid.
Apabila dia telah masuk masjid, maka dia sudah berada dalam (hitungan) solat selagi solat tersebut menahannya (di masjid);
dan para malaikat akan berdoa untuknya selama dia masih berada di tempat Solat: “Ya Allah, ampunilah dosanya. Ya Allah, keruniailah dia selagi dia tidak berhadas.”
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)


5. Janji daripada Allah - Balasan pahala yang hebat

Rasulullah bersabda, “Jika orang-orang mengetahui pahala yang ada pada (mengumandangkan) adzan dan (solat di) saf pertama, kemudian mereka tidak mendapat peluang (melakukan) tersebut kecuali hanya dengan mengadakan undian, maka mereka pasti mengadakan undian.
Jika mereka mengetahui pahala yang ada pada tahjir (datang pada awal waktu), nescaya mereka pasti akan berlumba untuk itu (solat pada waktu awal).
Jika mereka mengetahui pahala yang terdapat solat Isya’ dan solat Subuh, nescaya mereka pasti mendatanginya meskipun terpaksa merangkak (ke masjid)”
(Al-Bukhari)

Rasulullah bersabda: “Barangsiapa solat Isya’ secara berjemaah, maka (balasan pahalanya) seolah-olah dia telah mengerjakan solat separuh malam.
Dan barangsiapa solat Subuh secara berjemaah, maka seolah-olah dia telah mengerjakan solat sepanjang malam itu”
(Muslim)

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya dua solat ini (Isya’ dan Subuh) adalah solat yang paling berat bagi kaum munafik. Seandainya kalian tahu (pahala dan kelebihan) yang terdapat di dalamnya, nescaya kalian pasti mendatanginya meskipun dengan terpaksa merangkak.
Sesungguhnya saf pertama itu laksana para malaikat. Seandainya kalian tahu keutamaanya, nescaya kalian pasti mendatanginya lebih awal.
Sesungguhnya salatnya seseorang bersama seseorang yang lainnya (secara berjemaah) itu lebih suci daripada solat sendirian, dan solat bersama dua orang lainnya itu lebih suci daripada solat bersama satu orang, dan (jema’ah) yang lebih banyak lagi itu lebih disukai oleh Allah”(Abu Dawud, An-Nasai)


6. Allah GEMBIRA menyambut hambanya datang ke Masjid

Rasulullah bersabda, “Tidaklah seorang Muslim berdiam di masjid untuk solat dan dzikir, melainkan Allah berseri-seri (gembira menyambut)nya, sebagaimana keluarga orang yang ditinggal berseri-seri menyambut kedatangan orang yang meninggalkan mereka” (Ibn Majah, sahih)

7. Janji sebuah rumah setiap kali pergi dan pulang ke masjid

Rasulullah bersabda, “Barangsiapa pergi dan pulang dari masjid, maka Allah menyediakan untuknya tempat di syurga setiap kali pergi dan pulangnya” (Al-Bukhari)

8. Amalan yang paling dicintai Allah - solat awal

Dari Abdullah ibn Mas’ud, dia berkata “Aku pernah bertanya kepada Nabi (SAW), ‘Amalan apakah yang paling dicintai oleh Allah?’
Beliau menjawab, “Solat (tepat) pada waktunya”
Dia bertanya lagi “Lalu apa?” Beliau menjawab
“Kemudian, berbuat baik kepada kedua orang tua.”
Dia bertanya lagi: “Lalu apa?” Beliau menjawab lagi, “Jihad fi sabilillah”
(Al-Bukhari, Muslim)


9. Rasulullah murka kepada mereka yang tidak ingin keluar untuk menunaikan solat jemaah

Rasulullah bersabda, “Tidak ada solat yang paling berat bagi kaum munafik melebihi solat Subuh dan Isya’. Jika mereka tahu (kebaikan) yang ada pada keduanya, maka mereka pasti mendatanginya meski harus dengan merangkak.
Sungguh aku bermaksud menyuruh mu’adzzin untuk iqamat lalu aku menuruh seseorang untuk mengimami jama’ah, kemudian aku akan mengambil obor api, lalu ku bakar rumah orang-orang yang tidak keluar untuk solat setelah itu”
(Al-Bukhari, Muslim)


10. Orang yang mencintai masjid dijanjikan naungan Allah pada Hari yang tiada naungan daripada kepanasan matahari selain daripada naungan-Nya

Rasulullah bersabda, “Tujuh (golongan) orang yang akan diberi naungan oleh Allah dalam naungan-Nya pada Hari (Qiyamat, di mana) tiada naungan melainkan naungan-Nya, iaitu:
1) Ketua/pemimpin yang adil
2) Seorang pemuda yang membesar sejak kecil dalam ibadah kepada Allah
3) seorang yang hatinya tergantung (cinta) kepada masjid-masjid
4) dua orang yang saling cinta-mencintai demi Allah - keduanya berjumpa dan berpisah kerana Allah
5) seseorang lelaki yang digoda oleh seorang perempuan bangsawan yang cantik, menolak godaan perempuan itu dan berkata “sesungguhnya aku Takut kepada Allah”
6) seseorang yang bersedekah dengan sembunyi sehinggakan tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dikeluarkan oleh tangan kanannya
7) seseorang yang ingat (/ berzikir) kepada Allah dalam keadaan bersendirian sehingga melelehkan airmata dari kedua matanya”
(Al-Bukhari, Muslim)



“Di rumah-rumah Allah (masjid) yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya & berzikir kepada Allah di dalamnya;
Di mana Nama-Nya di-Besarkan pada pagi dan petang

(rumah dipenuhi) Lelaki-lelaki yang kuat imannya - yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah,
Dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan Hari - di mana hati dan penglihatan akan bergoncang

(Mereka mengharapkan) supaya Allah memberikan balasan kepada mereka (dengan balasan) yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan,
Dan supaya Allah menambah kepada mereka lagi dari limpah Kurnia-Nya
Dan sememangnya Allah memberi Rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya tanpa hitungan batasan”
(Quran Surah An-Nur : 36 - 38)

“Janji daripada Allah - Allah tidak akan sekali-kali gagal dalam janji-janji-Nya,
Tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”
(Surah Ar-Room 30:6)

Ustaz Kazim Elyas OMBAK CINTA YANG MENDAMAIKAN

Sunday, January 20, 2013

Mohon Pada Mu

Bismillahirrahmanirrahim



Allah Maha Lembut terhadap hamba hambaNya.

Dia memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya 

dan Dia Maha Kuat lagi Maha Perkasa.




                                                                                                          (Al-A'raf: 23)
Amin ya rabbal alamin

Saturday, January 19, 2013

Mohon Pada Mu

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah
curahkanlah hidayahMu 
kepadaku
untuk melakukan amal perbuatan
serta perilaku yang baik.
Tiada yang memberi petunjuk untuk melaksanakan perbuatan
serta perilaku yang baik kecuali Engkau 
dan jauhkanlah buruk perilakuku dan perbuatan dariku dan
tidak ada yang dapat menjauhkan aku daripadanya kecuali Engkau.

Amin ya rabbal alamin.

Thursday, January 17, 2013

TIPS KECANTIKAN MENGAMBIL SUPPLEMENT TOUJOURS SKIN.



Assalamualaikum


Dikesempatan ini setelah lebih tiga tahun saya mengamalkannya, saya bahagia dengan kesihatan tubuh badan saya, sakit sendi sendi lutut yang berkurangan dan pulih, resdung yang tanpa saya sedari sembuh sepenuhnya, kulit keseluruhan tubuh badan terasa halus mulus, garis garis kedut ditepi mata yang pudar, bentuk tubuh badan semakin langsing dan berbentuk, pinggang yang agak ramping, badan yang semakin pejal, tetiba adik saya nadia yang dah lama betul tak mengurut saya, bila mengurut beri komen 'badan nani sekarang pejal ya', patern tidur yang lebih teratur, rambut yang tidak gugur, selera makan semakin dapat dikawal.


Setiap pagi selepas subuh saya melakukan sedikit senaman regangan di depan cermin. Sebenarnya kalau kita jaga solat lima waktu ditambah solat sunat maka senaman regangan tubuh badan kita lebih dari cukup. Namun kalau ditambah dengan sedikit kerajinan bersenam atau buat brisk walk disekeliling kawasan perumahan ini stamina menjadi woot wooot (bak kata alisya bagi menyatakan walah)... Kemudian saya bancuh air panas dan bubuh madu serta perahan lemon (lemon saya ambil dari belakang rumah yang saya tanam sendiri dah berbuah lebat) untuk menurunkan dan mengekalkan berat badan. Selepas itu saya bancuh air jus oren bersama satu sudu teh TOUJOURS SKIN. Kemudian saya tinggalkan sebentar untuk mandi pagi. Selepas mandi, sambil lalu, saya capai minuman jus yang sudah dibancuh tadi bersama satu sudu teh kecil TOUJOURS SKIN dan minum dengan happynya sebab merasa benefitnya yang sangat bagus untuk tubuh badan saya. 

Sebelum berpakaian saya menyapu slimming krim di kaki dan perut. Kemudian setelah mencuci tangan saya menyapu toner, krim mata, krim anti penuaan. Kemudian saya sapukan pula krim siang.

Saya tak berasa lapar dan hanya mengudap makanan berunsur bijirin, buah buahan seperti oren, persimons, avocado dan epal sambil membalas emel. Waktu tengahari saya hanya masak sedikit nasi, sup sayur dan ikan goreng atau sardin serta ayam atau daging utnuk hidangan yang lebih kurang sama setiap hari.

Kecuali jika saya sibuk saya hanya makan sedikit makanan berat dil luar.

Disebabkan makan TOUJOURS SKIN itu saya hanya mengambil meal utama sekali sehari. Waktu malam saya hanya dinner dengan salad atau sayur sayuran sahaja. Selera untuk makan nasi sangat berkurangan. Alhamdulillah...akibat diet yang begitu teratur saya tidak mudah mendapat sakit.

Jika ada sesiapa yang berminat untuk saya kongsikan amalan saya mengambil TOUJOURS SKIN setiap hari sila emel ke shinarostam@yahoo.com untuk info lanjut atau telefon 0123959779. Dari 21/1/2013 sehingga 1/2 /2013 sesiapa yang membeli 3 botol sekaligus mendapat harga promo. Sila check di emel shinarostam@yahoo.com. Terima kasih pada pelanggan baru saya yang buat entri khas untuk saya. Kebetulan saya ada masa dan buat link khas untuk dia.






Selain di panggil AVON untuk jadi modelnya, Majalah Midi panggil saya buat fashion photoshoot juga...Kadang kadang nak tergelak pun ya...usia menjangkau ni baru dapat jadi model....bak kata Alisya woot woot mama jadi model...Alhamdulillah berkat makan TOUJOURS SKIN dimurahkan  rezeki olehNya.

Gambar candid oleh Ahmad Imran ketika saya bersiap untuk ke Majlis Perkahwinan Betty Banafe. Kalau dulu saya tak berapa gemar pakai baju kurung sebab nampak tuwe tapi sekarang koleksi baju kurung saya berderet dah....

Hanis pun grooming dek makan TOUJOURS SKIN


Hanis sebaris dengan primadona walau cuma memakai baju simple giler macam nak pergi tidur...apa da...merendah diri sangat sampai nak pakai baju diva the  vass pun malu...Alhamdulillah kesan memakan TOUJOURS SKIN.

Meihat gambar ni saya bayangkan  Hanis sebagai  tuan puteri raja siam hehe sebab dia pakai kebaya yang diperbuat dari kain sutera siam  kegemarannya....