Saturday, October 27, 2012

Empat Sekawan Beraya





Assalamualaikum



Alhamdulillah..aidil adha kali ini meriah dan rasa bahagia sangat. Kawan-kawan baik yang jauh beribu batu yang begitu terasa kuat kasih sayang dan prihatinnya, Kawan kawan rapat yang berada di sekeliling yang begitu menyayangi dan selalu merindui saya. Giler apa kami setiap hari kalau boleh nak berjumpa dan tak leh nak tunggu kalau berhari hari tak berjumpa. Dan uolls semua yang tak jemu-jemu menjenguk blog saya ini. 

Dan yang paling bererti haruslah tak lama lagi saya akan bergelar nenek. Rasanya kalau panggilan makcik pun dirasakan panggilan untuk orang tua tua apatah lagi panggilan  nenek. Kalau panggil nenek harus saya wujudkan wajah nenek kebayan dihadapan cucu saya nanti. Tetapi disebabkan nak nampak tak tua sangat, ada setengah lebih rela dengan panggilan nenni. Uiks macam nama saya pulak.

 Liana pula cadangkan anaknya nanti panggil saya ninda...walah Liana pun nak panggilan nenek untuk saya panggilan yang vogue...

Tetapi tetiba Alisya datang kat saya dan bertanya"mama nanti anak kekna panggil mama Opah tau!". Hah!! saya sedikit terkejut dan terkebil kebil bijik mata memikirkan panggilan Opah untuk saya. Kemudian saya jawab oh iye ke...wah Alisya pun dah jadi makcik ni..Makcik ALisya!".

"Ish mana boleh itu adik Alisya, kenalah panggil Kak Alisya.....kan Alisya selama ni nak adik..!

Oklah Alisya mama pun rasa panggilan Opah tu tak relevant dengan darah keturunan mama sebab mama orang jawa asli. Mak jawa bapak pun jawa. Nyai jawa Ya-i pun jawa. Makanya biarlah nanti insyallah anak kekna akan panggil mama NYAI. Akan panggil cik mimah, nyai mima, panggil cik midah, nyai midah dan panggil cik peah nyai peah. Baru betul. Kalau tetiba anak kekna panggil cik mimah opah mimah, cik mimah pun akan terkebil kebil janggal pulak sebab seumur hidup dia cuma dengar perkataan opah hanya dari dalam drama minggu ini di RTM bertajuk OPAH 30 tahun yang lepas.

Dan di sebabkan kekna anak sulong maka tak da sorang pun adik kekna akan dapat pamggilan WAK. Bak kata daddy apa wak-wak burung wak-wak  ke! waktu mama panggil semua pakcik makcik mama dengan panggilan wak kerana mak mama adalah anak bongsu.

Yang bagusnya anak kekna akan panggil adik beradik Alisya dengan panggilan Cik.  'Cik Alisya, cik Hafiz, cik Hanis, Cik Khairi, Cik Imran. Khenzzz

Happy menjadi mak sedara ya Alisya....pasti Alisya  lebih menyayangi  anak saudara berbanding kalau punya adik sendiri yang Alisya inginkan selama ini. Pasti daddy lebih menyayangi  cucunya berbanding daddy menyayangi anak sendiri. 

Yang penting mama dapat gelaran baru iaitu Nyai. Tetiba tak sabar nak jadi nyai. Nikmat mana yang mahu kudustakan.

Oh ya...raya gaji kali ni  saya nak berkongsi resepi brownies buatan Hafiiz yang mendapat pujian semua tetamu yang ngap-ngap dap hmm dap hmm.....

The Yummy Brownies

Butter 1 bar (250gm) 
Cooking chocolat 450gm
Tepung gandum 2 cawan
Cocoa powder 1 cawan
Telur 3 biji
Gula pasir 11/2 cawan
Baking powder 1/2 sudu teh
Esen Vanila 1 sudu teh
Sedikit garam.

Cara-caranya.....


Sediakan loyang 9 inci.Sapu butter dan bubuhkan kertas minyak.

Panas butter dan cooking chocolate dalam periuk sehingga cair dan sebati. (Sepatutnya kena buat double boil) tetapi Hafiiz buat direct atas api. Kemudian angkat.
Masukkan gula dan kacau dengan senduk sehingga sebati. Setelah suam suam kuku masukkan
telur sebiji demi sebiji dengan pemutar eletrik. Masukkan esen vanila dan garam.

Akhir masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder tadi. Kacau rata. Masukkan kekacang seperti walnut, badam dan kacang pecan yang telah dicincang banyaknya mengikut kesukaan.

Masukkan dalam loyang dan bakar dengan suhu 150 darjah sampai masak dengan mencucuk menggunakan lidi sate. Sekiranya sudu sate bersih brmakna brownies anda telah masak.

Sejukkan, potong dan hidang. Boleh dimakan dengan karamel butter atau aiskrim.







Brownies berada di tingkat tengah...manakala yang paling atas adalah red velvet cuppies yang sekarang menjadi kepakaran Ahmad Imran. Imran buat lagi sedap pada saya buat. Maka sesiapa yang mahu membuat pesanan Red Velvet Cake boleh membuat pesanan sekarang. Pavlova dan biskut makmur hasil air tangan saya.


Hidangan hari raya haji untuk tetamu. Nasi Baryani, Kambing Baryani, Nasi Impit, Lemang, Ketupat Daun Palals, Rendang Daging, Ayam Merah, Kuah Kacang, Kuah Lodeh, dan kuih muih...

Tak ramai yang saya ajak. Kecuali yang memang selalu keep in touch. Zee, Anje, Sherryn. They are my best frenz. Datin Nora Shamsuddin (tak da dalam gambar) adalah kawan baru saya. Zafran adaah kawan Hanis (tak da dalam gambar) (merangkap jiran di Bukit Jelutong) Hanis cakap mentang mentang dah beli rumah baru di Bukit Jelutong kalau boleh setiap hari nak ajak Hanis gi bekpes sama-sama, Ummi dan Faizal pengarah drama yang sedang meningkat naik dan adik beradik saya.







Hanis dan frenzz....Ummi dan hasbennya Faizal, adik Faizal serta anak lelakinya....


Anje, anak Anje, Nana dan Iskandar serta Zee Sinclair


Empat sekawan....


Empat sekawan nyah...we are best frenzzz.

Sherynn dan anaknya Amanda.....



Anak Ummi..ethan...pandai heret bantal cari tempat landing...



Baik punya landing....





Bakal ibu ......dan bakal bapa...tahniah!!! uolls.



Sapa kata saya kisah sangat dipanggil aunty...Faizal yang berumur 40 tahun ni pun panggil saya aunty sebab semua orang itu adalah kawan Hanis walau sebaya saya harus panggil Aunty. Makcik sudey.....


Hehe tara kuca tara kucaca...kami bergebang dari tenghari sampai ke malam...walah....



Ala takkan dalam rumah jer...jom jom kat luar...beza umur antara kami adalah jarak sepuluh tahun (lebih dan kurang ya...) Tapi antara kami panggil nama sahaja...no kakak-kakak or adik adik or makcik makcik......Sherynn 28, Anje 38, nani 48, Zee 58.  Sherryn, baru 28 tahun, disebabkan dia kawan saya kawan Hanis panggil dia Aunty...ko mampu....







Anjelina yang mengayakan busana muslimah...sherynn tersilap panggil dia musalmah!!


Sherynnn...lentik hang nyah...jangan dok gegar pintu gerbang tuh...

Posing maut kau nyah...ko mampu...












Sofi anak saudara saya....



Kakak saya..kak mimah

Hidayah anak saudara saya..


Hakim pun anak saudara


Midah adik saya....



Nana adik bongsu saya...Nur Umairah yang tak berapa sihat
Amirul anak saudara saya....

Thursday, October 25, 2012

Saya Dan Faizal Ismail (FBI)




Assalamualaikum,


Kalau ikutkan diri saya, saya harus 24 jam berada di rumah agar sentiasa boleh online dan membalas semua emel.

Tiba tiba tengahari tu, Hanis beriya iya mempelawa saya untuk menemaninya ke satu event Petronas. Saya katakan padanya sorry mama banyak kerja. Terlalu banyak. Mama tak leh pergi  mana mana.

"Ma, nanti mama menyesal tak ikut. Pastu saya bertanya event apa, kemudian Hanis memberitahu event tu ada Scha ada Awal. Ok tak pa..mama tak nak pergi. Ada Faizal Ismail ma, Hanis beriya-iya mengajak tanpa putus asa. 

Saya masih enggan. Tak pa mama tak boleh.. mama banyak emel nak kena balas ni...

Mama, mama kena pergi temankan Hanis, jugak.

Setelah dirayu rayu di paksa paksa akhirnya saya terpaksa mengalah dan mengupah Imran membalas emel saya dengan bayaran balas satu emel 20 sen.

Kami pergi ke event Petronas di Delicious Jalan Tun Razak.

Bila balik dari event tu..saya rasa lega kerana emel saya lebih separuh dapat dibalas oleh Imran. Kemudin saya bertanya Im dah kira berapa mama kena bayar gaji Im. Imran jawab rm75. 

Walah memang sebenarnya saya tak boleh pergi mana-mana kerana kerja saya adalah membalas emel dan menulis blog dengan beberapa assignment blog yang meruntun jiwa jika tak dapat disiapkan mengikut deadline yang disediakan.

Makan makan yang disediakan memang best giler. Tu yang saya terpaksa buncitkan perut. Walah makan makan free ni insyallah tak akan saya bazirkan. Orang kata rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. Buncit pun buncitlah.


Sebenarnya, petang tu ada cerita antara saya dan Faizal Ismail...tetapi macam tak boleh nak ber cerita kat sini...justeru tak semua cerita boleh kita kongsikan diblog...nanti jadi KONTROBESI..pulak.







 Hanis bersama para penyokongnya yang menang untuk bersamanya dalam amazing race menuju ke utara minggu depan...anjuran Petronas







Hanis bersama para penyokongnya yang mengundinya....


 Saya bersama syura....dari talent agency....


Terseksa saya menahan gelak dek usikan faizal ismail yang buat saya tak kering gusi dengan celotehnya....