Sunday, October 9, 2011

9.10.11 Dah 21 Tahun.



Assaalamualaikum....

9.10.11 kan kemain sentap hati mak nak....tarikh cantik ni mesti ramai yang buat kenduri kahwin.

Tapi tarikh 9.10.11 yang cantik ni sebenarnya adalah tarikh lahir anak dara mak yang cantik tewww. Sapa lagi kalau bukan cik Hanis Zalikha.

Genap 21 tahun hari ni...dah cukup umurlah..Dah boleh pegang kunci. ....sentap hati mak kau nak...ingat pegang kunci rumah sendiri ke..kereta sendiri ke...rupanya kunci kebebasan. Ala anak mak sorang tak kisah pun tentang kunci kebebasan tu. Bukan perangai dia nak bebas-bebas ni...yang mak tahu dia ni kaki merap kat rumah...sekarang ni bila ada boperen barulah mak nampak dia keluar-keluar sket...itu pun suka nak bawa budak demok dan si alisya yaya tu...kalau tidak, mana nak keluarnya...anak mak sorang ni pemalu sebenarnya...kalau tetamu datang jangan harap dia tu rajin nak sambut tetamu...memang tak ar... pemalu.

Dulu masa nak masuk model pun..mak yang paksa-paksa. Bergaduh-gaduh lah dengan mak sampai nangis-nangis...kalau tak kerana mak paksa dia jadi model...agaknya dengan dia dengan mak sekalipun tak akan kenal blog memblog ni....heh.Ya lah mak bukan saja-saja tak ada kerja nak paksa anak. Mak paksa dia masuk pertandingan tu sebab cuma nak aim kat hadiah wang tunai dengan kereta nissan tu jer. Almaklum lah kereta buruk wira mak tu selalu meragam. Jadi mak bagi semangat kat dia 'nanti kalau Hanis menang pertandingan tu, Hanis ambek hadiah kereta, mama ambek wang tunai rm10 ribu tu.

Memang dah takdir hadiah utama tak dapat...alhamdulillah dapat juga tempat ke tiga hadiah rm6000. rm2000 dia ambek, rm2000 bagi daddy dia...mak dapat jugak rm2000. Daddy dia yang tak setuju mak paksa-paksa anak tu pun dapat syer jugak..


Lepas tu mak suruh dia buat blog. Mujurlah masa kat akademi pertandingan model tu dia ada merisik-risik tentang macam mana nak bukak blog ni. Alhamdulillah dapat jugak membuka hatinya dan menggerakkan mindanya untuk bukak blog...sekali dengan mak...sekali dengan adik beradik....nasib baik daddy dia tak bukak blog kalau tidak.......daddy dia tu boleh tahan knowledge dan idea yang bernas...cuma tak rajin nak menulis...huh.



Oklah masa tengah taip ni mak kat taiping teman alisya shooting. Ni tengah lepak kat bilik hotel. Hotel Traders ke apa ntah..sejak datang merap dalam bilik...shooting nanti pukul 5 petang.

Nak wish Hanis 'Hepi besday Hanis, Semuga panjang umur...bertambah iman, murah rezeki, dapat suami yang beriman , dan semuga Hanis berjaya di dunia dan akhirat. Amin ya rabballamin.



Semalam sebelum bertolak ke Taiping mak buatkan Hanis Besday Kek. Hari ni nanti balik dari UiTM Segamat tu (hari ni last bye-bye Diploma...welcome to Degree) nanti Hanis makanlah kek tu ya...lusa besday Alisya...insyallah kita sambut sama-sama..


Sama-samalah kita menatap gambar-gambar Cheese Oreo Chocolaty Cake ciptaan mak....terbayang-bayang tak sabar nak balik nak makan kek ni......yummy....






























Friday, October 7, 2011

Album Pengantin

Assalamualaikum...

Renjis-renjis dipilis....
ditepungilah tawar...
hai beras kunyit ditabur....
disirami air mawar....

Ok bersambung akan datang insyallah..sebab yang ini cuma Majlis Pernikahan Aen, dari Klang.

Saya suka merias wajah pengantin agar betul-betul nampak oustanding...nampak anggun pengantin dan bukan mekap biasa-biasa. Saya suka mekapkan pengantin agar bila orang pandang pengantin tu rasa tak jemu.

Dulu masa saya kecil perkara paling indah bagi saya adalah pergi mengikut emak mengadiri jemputan majlis perkahwinan.

Selain suka benar dapat beli aiskrim malaysia perisa nenas, durian dan santan gula melaka yang panjang sedepa, perkara kedua adalah begitu asyik memandang pengantin tak berkelip-kelip sambil dalam hati berkata-kata..'cantiknya pengantin ini'.

Perkara ketiga pastilah melihat kugiran kampung yang masa itu masih berkonsep pop ye ye....oh yeah!!!

Perkara keempat dah tentu bau nasi minyak yang harum semerbak yang kini seperti jarang ada lagi dimajlis-majlis perkahwinan. Al maklumlah zaman saya kecil...nasi minyak lauk-pauk semua dimasak sendiri secara gotong royong. Makanya bila tepat jam 10 pagi nasi minyak sudah mula tanak dan lauk pauk sudah siap dimasak...sementara aromanya semerbak memenuhi rumah pengantin.

Cuma mujurlah kini bau aroma harum nasi minyak selalu juga dapat saya hidu ketika makan nasi arab di saba. saba je ler....




























Makeup oleh : nanirostam (www.nanirostam.blogspot.com)
Tel No : 0123959779
Emel : shinarostam@yahoo.com
Photographer : Nur Sarah Alisya (Yaya : pelakon boboboi)

Salmon Grill Cincai



Assalamualaikum...

Mak sibuk sensorang...tak da sapa nak tolong. Jadi  berbulan mak tak masak. Bila pergi supermarket...nampak sayur fresh...geram jer tengok...nampak udang rasa nak masak lah..goreng-goreng bodoh pun berselera makan kan.

Semangat beli. Penuh satu troli. Sampai rumah barang nak masuk peti sejuk pun siang bertukar malam masih jugak tak masuk. Tu dia punyalah sibuk. Jadi angan-angan tinggal angan. Esok tu keluar kan lauk...ingat nak masak...banyak sangat halangan masuk balik...Kerja dia keluar masuk peti sejuk...kalau dah berminggu last destination bakul sampahlah jawabnya.

Nak buat apa pun...semangat kena kuat...kederat kena ada dan yang penting tangan dan kaki kena jalan. Jadi demi tak nak nampak sangat macam perempuan tak guna...mak gagahkan juga badan capai ikan salmon ni dari peti ais ni masak grill.Dah seminggu tak masak...memang rasa macam isteri tak guna, emak tak guna, perempuan tak guna....jadi tak nak rasa sampai tak guna macam tu...mak masak jugak..

ok mula-mula

perap ikan dengan lada hitam, bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk halus.

panas kan kuali non stick...bubuh sedikit butter dan goreng ikan secara grill sehingga masak.

bila dah masak ketepikan.


(Bahan untuk kuah)

tumiskan bawang putih, bawah merah, lada hitam yang telah halus ditumbuk di dalam dengan menggunakan sedikit butter.

masukkan sos wosthershire (sila betulkan ejaan) dan sos tiram.

masukkan air, sedikit gula dan serbuk ayam.

renih sehingga likat.

tuangkan ke atas ikan dan hidang.



Sedap sangat.......





Thursday, October 6, 2011

From Taiping With Love


Assalamualaikum.....

Mula-mula saya harus puji Alisya (kadang-kadang tetamu kanak-kanak yang datang rumah...yang dah mendengar sendiri..depan mata..suara alisya melakonkan watak yaya...maka budak-budak tu semua melopong macam tak percaya atau tak dapat membayangkan yang itu yaya sebab yaya pakai tudung (skop) tetapi mula percaya bila dengar suara yaya itu maka melekatlah nama yaya di hati budak-budak tu)...Lepas tu panggil yaya..yaya..huhu.

Ok yang pasal nak puji tu..kerana Alisya berbakat ambik gambar (fotographer cilik) selain dari berbakat menari dan berlakon. Oh ya...alhamdulillah Alisya terpilih berlakon dalam filem terbitan KRU Studio....alololo...cuma watak extra jheww...sentap mak kau nak.....ingat watak pelakon pembantu ker...(sambil hayun hujung tapak tangan cecah kedua belah bahu gaya johan raja lawak). Ok hari sabtu ni saya dan alisya pergi bercuti makan angin..di taiping untuk shooting filem 29 februari....sesekali ku terasa teringin....(nada lagu shima) lari dari kesibukan hingar bingar kota...kesibukan mencari wang yang tiada noktahnya selagi jasad masih bernyawa...apa kata kali ni mak pulak mencutikan diri secara tak langsung.....setuju?...kalau tak setuju tak dapek den nak nolong....

Baeklah tuan puan...kita layan gambar-gambar hasil seni fotografi Alisya....






Kuat berangan...ambek gambar sendiri pun jadi.....

Kamera DSLR tu beli pakai duit dia sendiri.....mama dia syer separuh...

Mimi adalah kucing yang buat hal dia sendiri...tak angkat pot keadaan sekeliling....

Jaguh adalah kucing jantan yang sentiasa bersih dan wangi walau sejak lahir tak pernah mandi kot....

Noughart adalah kucing yang sangat comot walau selalu dimandikan.....kesian dia baru-baru ni kena siram dengan minyak atau air panas oleh saiton durjana yang buta perut...nanti saya post entry tentang itu....

Hanya Alisya boleh buat si demok tersenyum begini chak!!!

Kalau Alisya suruh buat apapun dia ikut...

Namun berpuluh kali pergi casting iklan tak pernah dapat sebab tak faham arahan...

Bila alisya suruh buat apa tanpa ada orang lain....ikut jerrr

Saya suka gambar yang ni....nampak ketawa santai sangat...

comelnyer anak dara bersila......

macam mokcik-mokcik 

Pandaikan Alisya tangkap gambar!!!!






SEKIAN TERIMA KASIH.

Berad Puding


Bread puding

Bread puding


Bread puding


Bread puding

Creamy Vanila Sos


Berad puding

Bread puding with vanila sos

Saja sebut bread puding banyak-banyak kali...sampai tertaip berad pudding....memang berad ini minah.

Setiap saat saya asyik mengidam bread puding buatan saya dimakan dengan creamy sos vanila yang sejuk macam aiskrim...dingin enak melalui tekak perlahan-lahan dengan nyamannya.

Bila nampak jer bread puding atas meja dalam hati mesti jap lagi nak makan...pastu makanlah....pastu kenyang....pastu teringin lagi tapi masih kenyang....dalam hati malamlah nak makan...pastu masih kenyang...pastu makan...pastu kenyang...pastu makan....

Tak pa esok makan lagi...walah...sejak tinggal tiga empat kerat yang menghuni teratak ni....satu tray bread puding macam tu boleh tahan seminggu....

Dan bila dah habis...teringin lagi...teringin lagi...teringin lagi....waduh ini berad puding memang berad..memang berhantu....sedapnya yummy-yummy.

Ok sesiapa yang nak order bread pudding bersos vanila krim...boleh telefon saya 012 3959779. No ni juga untuk order COLLAGEN DUST ya...sesiapa diluar sana yang menjual COLLAGEN DUST jangan mudah percaya dikhuatiri menggunakan nama COLLAGEN DUST tetapi hanya tepung.

COLLAGEN DUST adalah product yang dijual hanya oleh kak nani dan hanis....jadi ingat NO TELEFON ini 0123959779 ingat COLLAGEN DUST ingat Kak Nani.