Friday, August 31, 2012

Mendapat Untung Yang Mudah Tetapi Kenapa Tidak Kita Usahakan





Assalamualaikum

Saya tahu ramadhan yang baru berlalu, tidak begitu indah buat saya, bila mana saya terlalu sibuk mengejar duniawi. Satu ketika pada ramadhan setahun yang lalu pernah berdetak dalam hati bahawa saya tidak perlu menjalankan perniagaan yang banyak mengambil masa saya untuk saya khusyuk menjalani ibadah di bulan puasa. Tetapi bila saat itu tiba, saya selalu tidak mengotakan apa yang saya azamkan.

Kini saya hanya mampu berdoa agar Allah Yang Maha Penyayang memanjang umur dan memurahkan rezeki  saya agar saya dapat bertemu lagi ramadhan yang akan datang dan dapat menafaatkan kemulian dan keindahan bulan Ramadhan.

Bersyukur lah atas rezeki yang saya perolehi di bulan bulan lain, yang mana di bulan ramdhan nanti saya hanya perlu berehat dan beribadah. Itu azam saya kali ini. Mudah mudahan Allah makbulkan.




Apapun  kedatangan syawal kali ini paling bermakna dan begitu menenangkan serta membahagia seluruh jiwa saya.

Bila mana saya dengan hati yang senang memohon kemaafan dan memaafi setiap orang yang saya kenali yang sebelum ini pernah menyakiti, mengecilkan, dan membuat saya terluka.

Saya tahu ego manusia amat tinggi. Biarlah mereka. Saya tertunggu juga kalau mereka-mereka ini sempena syawal yang mulia menjelang tiba mengambil kesempatan ini datang memohon maaf atau sekurang-kurangnya menghantar mesej mengucap selamat hari raya dan kemaafan. Nampaknya penantian saya hampa.

Dan saya merasa bersyukur kerana saya dikurniakan oleh Allah jiwa yang lembut, penyayang, tidak ego yang begitu mudah memohon maaf dan memaafi. Saya datangi mereka-mereka ini dengan jiwa yang ikhlas, mahu memohon kemaafan dan memaafkan. 

Indahnya hari raya tak akan dapat terucap dengan barisan kata kat apabila Allah bagi kita cabaran untuk kita berbaik dan menyambung sirahtulrahim bukan pada yang saudara mara, sahabat handai, rakan taulan yang memang sedia baik dengan kita, tetapi pada mereka yang sebelum ini tidak begitu baik dengan kita, pernah menganiaya kita, pernah menikan kita dari belakang... Itulah cabaran yang besar dan dapat meletakkan kita untuk memiliki sifat yang penyayang, pemurah dan rendah diri.

Kalau sebelum ini hubungan adik beradik, anak beranak yang tidak begitu baik, tidak membuat saya berputus asa, malah saya memulakan langkah untuk menyambung sirahtulrahim sesama kami. Alhamdulillah, kalau tujuan kita baik, Allah tahu hati ini, insyallah tiada sedikitpun jatuh rugi, malah keberkatan umur, murah rezeki dan doa yang dimakbulkan apabila kita punya usaha untuk menyambung sirahtulrahim yang terputus.

Percayalah....


Dan ramadhan yang lalu, terlalu banyak permasalah saya tentang kuih raya. Kalau orang menganiaya saya seorang...lalu secara tak langsung membuat saya menganiaya ramai orang. Maka saya pohon kemaafan, jangan bimbang semua yang terambil akan saya pulangkan. Sebab bukan sedikit, maka saya terpaksa mengambil masa, meneliti segalanya. Insyallah dalam jangka masa seminggu ini saya berusaha memastikan semua akan selesai.


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.






















































































































































Tuesday, August 21, 2012

Wibawa

Assalamualaikum

Siapa kata mudah menangani rasa marah...

Siapa kata senang  menhilangkan rasa kecewa

Siapa kata  akal boleh mengatasi perasaan

Kerana kita ni manusia lemah

hati tidak cukup sabar

perasaan selalu tak berarah


Bila marah reda

Kecewa lenyap

akal  mengimbangi perasaan

hati jadi tenang

setenang bayi lena dibuaian

maka kita adalah manusia yang 

yang berhati lembut

sebenarnya...

Thursday, August 16, 2012

Resepi Biskut Cornflakes Dulu Dulu


Musim hujan ni....ehmmm, saat yang saya paling suka sekali.



Bila bangun pagi, sambil buat kerja-kerja di dapur, tak pernah lupa menjengah ke luar tingkap dan paling suka tengok pokok-pokok yang saya tanam semua basah dan tampak subur di timpa rintik-rintik hujan. Kejap lagi bila matahari malu-malu menyelinap di celah-celah dahan pokok, tambah meriah tumbuhan di sekeliling mencari-cari makanannya.

Suasana sejuk dan nyaman dari dapur kesayangan saya ini membuat saya terkenang-kenang suasana sarapan pagi di UK.

Musim hujan begini, tumis-tumis bawang dan cili padi pun boleh menyebabkan seluruh kejiranan ini tersedak-sedak menghidu semerbak bau enak masakan.

Ni tengah perah-perah idea, punggah-punggah rak buku masakan. Apa lagi nak masak untuk budak-budak tengah cuti ni. Dia orang ni bila hujan-hujan begini tak ubah macam pirahna. Hidang lah apa je kejap dah licin.

Ok so hari ni saya buat biskut cornflakes yang sedap rangup.Saya bentuk agak besar ala-ala scone kegemaran orang putih untuk minum petang. Dah nak habis pun.....

Hehe..sebenarnya yang di satas nun adalah ulang tayang cerita bergambar...sebab nak berkongsi sedikit sebanyak resepi yang ada....sila sila ikut dan buat....tambah tambah kuih raya nanirostam tak cukup buat pelanggan tahun ini...mudah-mudahan tak mematahkan semangat saya dan anda semua untuk tahun depan. Begitulah caturan hidup...kita merancang Allah yang menentukan...kalau bukan rezeki, yang berada dalam genggaman pun boleh terlepas.


Resepi Biskut Cornflakes.
375gm butter
250gm gula icing
1 biji telur
2tsp esen vanila
475gm tepung gandum
50gm tepung kastard

50gm tepung jagung.

Pukul butter, gula icing, telur dan esen vanila kemudian masukkan ketiga-tiga jenis tepung.
Gaul dan bentuk bulat dan leper. Balik-balikkan ke atas cornflakes yang telah di ramas-ramas halus.

Bakar dengan kepanasan 170 darjah celsius selama 15 minit atau sehingga kekuningan.

Angkat dan sejukkan di atas redai.

TIPS UNTUK HARI INI.


Tepung - Ada pelbagai jenis tepung digunakan untuk membuat kek. Saya sarankan tepung hendaklah di ayak sebanyak tiga kali sebelum digunakan. Selain daripada dapat membuang sebarang benda asing yang terdapat di dalamnya, mengayak tepung beberapa kali dapat memerangkap udara serta menjadikannya ringan.


Kalau mahu kek anda lebih gebu dan cantik, gunakan tepung superfine bagi menggantikan tepung gandum.