Akhirnya ada satu perkara aku belajar dari suami. Mungkin kerana aku dilahirkan bulan Disember dan bukan bulan July seperti kebanyakan orang-orang yang terlalu rapat dengan aku iaitu hampirnya semua yang rapat dengan kehidupan aku lahir bulan July. Emak aku, suami aku, menantu aku, adik aku nana dan teman-teman yang paling dekat di hati aku lahir bulan July. Mereka ada satu sifat memang sukar mengungkap cerita peribadi mereka..apatah lagi yang bermasalah......kalau ada mungkin cerita yang cover-cover jer...Orang lahir bulan July pandai cover cerita peribadi tetapi pandai pula korek cerita orang...betul tak....hehehe ok sori bergurau
Aku belajar dari suami yang kukagumi kerana sukar bercerita hal peribadi...pandai simpan rahsia peribadi hinggakan kini dah hampir mengesot tua usia perkahwinan tetapi tak seorang pun bekas teman wanita suamiku dulu sebelum kahwin dapat ku ketahui siapakah gerangannya...so sampai sekarang aku masih assume yang akulah satu satunya perempuan yang dicintai oleh suamiku dari akil baligh hingga ke saat ini...fuyoh..ko mampu?
Sedangkan dipihak aku...tidak tertinggal seorang pun bekas teman lelakiku yang tidk diketahui oleh sang suami. Kalau ada yang aku buat-buat malas nak ingat...dia tolong ingatkan aku (rythmm lagu'tolong ingatkan aku')..
Ok mungkin sebab orang bulan Disember ni gemar bercerita, tidak suka berbohong atau tidak pandai menyembunyikan perasaannya.
Padan muka aku...olahkan semua yang dirasa, hamburkan segala yang dijiwa maka bila tak semua orang boleh menerima........hambek ko...
Memangkan...tak boleh nak puaskan hati semua orang...tetapi selagi aku masih mahu bercerita..maka selagi itu aku tak mampu (ko mampu?)nak menghalang adanya orang yang rasa haru biru dengan cerita ceritaku...
Tak mengapalah.
Aku mahu redha bila ada orang yang begitu membenci dengan ayat-ayat ku
Aku mahu redha bila ada orang mahu menyakiti hatiku dengan ayat-ayatnya
Aku memang mahu redha kerana manusia manalah tak ber DOSA.Tambah-tambah AKU.
Sebenarnya aku patut war-warkan rancangan bercuti ke London sebelum bertolak tapi cuak jugak rasa hati nak join JOM HEBOH...yalah JOM HEBOH setakat ni baru sampai di bandar-bandar di Malaysia ni...belum sampai lagi ke London...khen....
Oklah sebelum lidah aku berbelit speaking London macam Alisya...lebih baik aku berbalik kepada topik asal...walaupun idakler rajin aku nak menghurai pasal percutian aku ke London tetapi aku pasti akan bercerita dengan ribuan cerita sensasi hanya dengan menempelkan beberapa keping gambor bak kata pepatah London khen............ a picture tells a thousand words.
| Cun tak aku... |
| Cun tak anak aku... |
| Cun tak pagar aku.... |
| Cun tak bunga yang aku tanam.... |
| Ok-ok cukup cukup sudah..... |
Ok aku ni memang pencinta makhluk mahkluk yang berbulu-bulu gebu ni ya...termasuk si dia ni...alololololo si demok ni...rasa nak bawa balik....
Mak dan anak...oopps baju jer dekat sama...kulit idakler...
Di depan House of Fraser...tempat aku belikan handbag Long Champ merah untuk anak perempuan ku yang cantik rupawan, berseri bagai purnama penuh dipagari bintang, yang kini menjadi isteri orang...
Alisya menangis kesedihan akibat di bebeli oleh ku atas kecuaiannya menjaga bag belanja dari Gap...sekelip mata disambar oleh penyampun harun...yang aku sumpah seranah berbakul dalam hati...lepas tu aku pun lupa dan mahu redha bahawa mungkin kejadian hari itu berlaku kerana manusia mana tak buat dosa...tambah-tambah AKU.
Pernah tak dalam hidup aku boleh berenggang dari jalan jalan cari makan...
Cili jeruk yang rangup, dan segar bugar seperti bunga dari jambangan....
Inilah sebenarnya tujuan utama aku bercuti ke London. hehehe .setakat jalan-jalan cari makan kat Melaka...belum cukup cun...lepas ni aku nak jalan jalan cari makan kat Vietnam pulak...mudah tak aku jumpa makanan halal kat situ seperti mudahnya aku cari makanan halal di Kota London...
Aku dan bunga seperti romeo dan juliet....CINTA BETUL!!!
Alisya senyum!!!Jangan nak sedih-sedih lagi...ok dah mula senyum dan melupakan kesedihan atas kehilangan baju-bajunya yang kubelikan dari Kedai Gap..tak mengapalah.."Innalillahi wainnalillahi rojiun" itu sahaja yang mampu aku ucap apabila aku sedih kehilangan barang....segalanya dari Allah...insyallah Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik...lepas beristifar begitu...hati terus jadi tenang...masyallah..indahnya hati yang sentiasa redha dengan ketentuan Allah.
Kannnn.....
Ok hari aku bersantai berdua dengan Alisya....dari Whitton (rumah Hila) aku ambil train sampai ke Waterloo. Sampai di Waterloo tukar naik tube pulak guna Jubilee Line untuk ke Wesminster...sampai di Westminster tukar District Line untuk Ke Tower Hill.....here we are........orang luar panggil tempat ni London Bridge tetapi nama sebenarnya adalah Tower Bridge.
Hehehe bukanlah sebab takutkan papparazi...tetapi kat Kota London ni seronoknya redah hujan tanpa payung pun palo tak pulak poning atau demam....aku setakat tutup kepala dengan mafla....
Aku dan bunga...seciput pun jadilah....
Sebelum sampai di Tower Brigde, tersergam dengan gahnya sebuah Castle peninggalan nenek moyang mereka.
| Add caption |
Dari Station Tunnel Bawah Tanah Tower Hill kami melalui jalan ini untuk ke Tower Bridge....
Selesai berjimba jamba di Tower Bridge...kami meneruskan perjalanan ke St James Park Station untuk berjimba jamba di Buckingham Palace pula....
Tanpa sampai ke halaman Buckhingham Palace kami dah tersangkut dek begitu leka dengan bunga-bungaan tulip dan tupai yang begitu manja makan kacang dari tapak tangan Alisya..kami teruskan perjalanan bershopping di Oxford Street...
Sambil bershopping kami makan sahaja apa-apa yang dijual di tepi-tepi jalan oleh Pak-Pak arab...yummy sedapnya hot dog daging yang diperbuat dari daging segar.....