Wednesday, February 8, 2012

Hidup Untuk Makan Atau Makan Untuk Hidup...Sila Huraikan...Soalan Ini Tiada Moneydrop



Assalamualaikum,

Orang kata makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Saya pula ambil kedua-duanya sekali dan olah menjadi sesuatu yang membuat hidup ini lebih bermakna.

Begitu sinonimnya perkataan makan dan hidup. Berkisar soal makan, banyak orang menegur mengapa anak-anak masih kurus melidi walhal aktiviti harian saya adalah tentang makan. Mungkin kerana saya ada satu sifat yang tidak suka memaksa.  Sejak anak-anak kecil saya tidak pernah risau atau memaksa bila anak-anak tidak mahu atau tidak kuat makan.

Saya dah masak, saya dah hidang...nak makan...makan, tak nak makan sudah!!

Bila saya amalkan sikap 'take it easy' begitu,  sudahnya anak saya Liana membesar dengan kurus keding (tetapi sekarang tidak lagi!!).

 Sediakanlah segala macam makanan, biskut, tit bit, desert asikrim atau apa sahaja, memang lapuk tak bersentuh.Tambahan lagi dia anak pertama. Mungkin belum muncul adik-adik yang lain maka, keinginan untuk makan memang kurang. 

Namun nampaknya tidak begitu...walau anak saya berderet, penyediaan makanan tidaklah membebankan seperti sesetengah ibu bapa. Ada tu anak cuma 4 orang tetapi masak 1 ekor ayam tak cukup untuk lauk sampai ke petang. Anak-anak dia orang memang kuat makan.Sorang-sorang makan habis dua tiga pinggan sekali hadap.Lepas tu belum kering basuh pinggan dah mengadu lapar dan cari nasi lagi... Kus semangat!!. 

Rupanya sikap saya yang tidak gemar memaksa anak-anak makan itu membuat anak-anak saya jadi tak kuat makan. Namun apabila anak-anak meningkat remaja  saya sering  masak  pelbagai hidangan lauk untuk makan tengahari semata-mata nak tarik selera anak-anak makan. 

Selain tak mahu anak-anak rasa jemu dengan masakan di rumah, saya juga sering bawa anak-anak 'explore' makan di luar.

Saya gemar menyediakan hidangan makanan yang enak-enak dan memperuntukan belanja makan hidangan diluar untuk keluarga kerana waktu makan adalah saat yang sering kami sekeluarga dapat bersama-sama.





Kami makan  di Pastis, The Garden.

Club Sandwich....kegemaran anak-anak yang suka makan makanan seperti pizza, burger dan makanan berasaskan roti.

Di Pastis, membunuh masa dengan menconteng-conteng di atas kertas putih yang dijadikan alas meja dan dikhaskan untuk menconteng sementara menunggu hidangan sampai.

Alisya baru selesai shooting rancangan Berita Adik di TV9 sebagai Pembaca Berita/Pengacara

Suka tangkap gambar Alisya pantang nampak kamera...sentiasa bersedia...


Sentiasa....


Dalam kentang, topping cheese...apa ke nama...brule..?

Daging hitam ni sebijik yang macam makan kat rumah orang kenduri...

Tambah seorang jadi sembilan..kami semua...alhamdulillah...minta-minta tahun depan bertambah lagi ahli keluarga insyallah.

Alisya dan Hafiiz memang rapat....ni Hafiiz cuti balik dari asrama memang berkepit budak dua ni...

Alisya makan seciput macam tu pun tak habis...ada satu habit makan selalu tak habis...agaknya cukup dengan menatap makanan terus rasa kenyang....

Hidangan hari tu...ikan siakap stim limau, ikan siakap masam manis, sayur brokoli campur dan buah nenas dengan cili gula...

Siakap stim limau....resepi insyallah akan menyusul.....

Sarapan pagi...cucur udang, sandwich tuna dan caesar salad.

Hidangan lunch, kari ayam, sambal udang, sawi goreng, ikan sardin goreng kunyit dan cili masin .

Ikan sardin goreng kunyit dan cili masin adalah antara kegemaran saya...

Kualiti time....


Photo of the day

Bila tak sempat masak, singgah makan ketika ambil Alisya balik dari sekolah....

Kari ikan, sambal ikan bilis petai, sayur campur jagung dan kacang peas, sering tidak ketinggalan ikan sardin goreng kunyit, cili masin, dan sempat saya buat kuih sagu gaul kelapa parut dessert kegemaran Alisya.

Resepi akan menyusul kemudian insyallah.

Makan buffet di Red Box sambil berkaroke seisi keluarga....malam tu sungguh hebat dengan suara Hanis sebagai shiela hamzah dan suara Alisya sebagai jacklyn victor...Liana sebagai Ning Baizura agak pancit kerana Liana seperti saya suara hanya sesuai bawa lagu-lagu lelaki iaitu rock 80an seperti hattan, awie, rahmat, dan slam...pheeewwittt!!!!!

Sunday, February 5, 2012

Wadah Kehidupan....

Bermanik-manik bergolek arah selatan
semalam rembis hujan menghakis tepian
anak anak kecil
yang meningkat dewasa
tua beruban
bermandian
syukur nikmat tuhan
walau mengalirnya hanya satu di sini
masuknya lesu
keluarnya laju
semua itu nikmat tuhan
memberi aku ketahanan
syukur aku masih bernafas
kaki mampu menampung arus
tangan teguh mengepung empangan
walau hampir pecah
syukur tak sampai berdarah
hati terus pasrah
pada Allah aku berserah.

Saturday, February 4, 2012

Video Klip Ramlah Ram Sesaat Kau Datang




Assalamualaikum,


Sepatutnya Hanis dapat job ni...jadi model video klip lagu ni....berlakun sebagai fotographer yang datang ambil gambar tetiba, pengantin lelaki adalah bopren di and dia pakai baju pengantin sebab membayangkan dia yang bersanding disebelah pengantin lelaki...

Sayang Hanis tak available waktu tu ...sentap hati mak nak...  sebab kiter minat lagu ni...kalau tak dapat tengok Hanis setiap kali tengok video klip lagu ramlah ram ni...huhu



Sunday, January 22, 2012

Ku Di Hukum Manusia..Tolong Teruskan Hidup..Jangan Sebut Nama Ku...





Cukup kau tahu
yang ini bukan dendam
jangan pura-pura
dungu
pekak dan
bisu

cukup kau tahu
apa dalam hati ku
jangan buat-buat
jadi baik
jadi palsu
aku tahu
tuhan tahu

cukup kau tahu
kau dengar saja laguku
 aku maafkan kamu...





Thursday, January 19, 2012

Cucur Bawang Jer....




Sediakan tepung, bawang hiris, bawang goreng, air, garam dan perisa.

Bancuh semua sekali, kecairan mengikut citarasa anda. Garam dan seerbuk perasa secukup rasa, kalau mahu bubuh secubit (atau kurang secubit soda bikarbonat)



Goreng hingga kekuningan



Untuk sarapan pagi atau minum petang





Apa yang istimewa sangat cucur bawang ni? Tepung dengan bawang jer kan...tak da ikan bilis, tak da udang...

Begitulah alkisahnya disebabkan cucur bawang ini begitu sinonim dengan kenangan zaman silam maka memang ramai yang gemarkannya....kalau makan cucur bawang teringat dulu-dulukan...

Orang dulu , mungkin yang sedaerah, sewaktu, sesusah macam  saya, yang merasakan ikan bilis pun tak mampu dibeli, udang apatah lagi, maka cucur yang biasa disediakan oleh mak-mak didapur dah tentu cucur bawang....

Baru saya bercerita teringat-teringat dalam kepala cucur bawang yang saya buat tadi, terasa memanggil-manggil dah berapa kali dok menelan air liur....kejap ya...kejap jer...huhu

Ok saya pun tak naklah kedekut resepi kan. Selagi ada resepi yang sedap-sedap insyallah pasti saya kongsikan. Seronok tengok orang buat resepi saya hasilnya menambat hati suami, hati anak-anak.

Sampai ada seorang pembaca blog saya (lelaki) meminta resepi kuih kasui daripada saya. Bila dia buat, dia kata itulah kuih kasui yang paling sedap di daerah kluang pernah dia makan. Walah..kagum anak bini, dapat ayah pandai masak. Saya dengar turut seronok. Insyallah nanti bila saya ada masa saya buat kuih kasui dan syer di entri. Tetapi nak buatnya tu yang tak tahu bila...huhu.

Wednesday, January 18, 2012

Sarapan Pagi Ni....Teringat Saya Masa Dikampung



Assalamualaikum,

Pagi-pagi seronok benar kalau dimulai terus dengan  kerja...sambil balas emel, jenguk blog Hanis, blog Alisya
Barulah dapat tahu yang anak-anak ni ada cerita mereka sendiri. Baru perasan selain dari status FB...sambung dalam blog meluahkan perasaan untuk menghadapi exam hari ni..(Alisya kalau baca ni, mama memang sentiasa doakan Alisya dan anak-anak mama yang lain periksa score semua subjek dapat A. amin).

Terjenguk sana, terjenguk sini sampai kat satu blog ini cerita pasal status student u dalam FB yang berbunyi "Najib come to our campus..lets bom his helicopter". Benarlah bak kata pepatah ibunda, terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan atau kata-kata padah selalunya. 

Ada tu pulak yang komen





people nowadays dah tak ada sense of humor. tak faham sarcasm and cant take a simple joke.



Hello.....tak kisahlah joke ke apa ke...tak kisahlah kes anwar ibrahim ke, najib ke, tak kisahlah ke amalina ke, siti nurhaliza ke.. CUBA KITA NI JADI MANUSIA sentiasa cuba meletak diri kita ke dalam situasi mereka, agar kita sentiasa memahami kalau kita jadi mereka apa yang akan kita rasa, kalau orang buat macam tu terhadap kita?

Jadi pagi-pagi yang indah ni...selain saya tiba-tiba teringat sambal tumis udang semalam, lalu kawan FB saya kak Maria dari Cardiff, Wales bagi ilham untuk buat lempeng. Sedap kan lempeng cicah sambal tumis ikan bilis. Maka saya tambah bilis goreng dalam sambal udang semalam....

saya tinggalkan juga komen di blog tu.....

sebagai penambah sarapan pagi ini.

 Blogger NaniRostam said...




Cuba kau jadi tetamu...n tiba-tiba tuan rumah tu buat status nak bom kau...apa perasaan...

atau yang jadi tetamu tu mak bapak kau...adik beradik kau...kecut perut dow...lawak tu mesti susah nak buat kau gelak...
18 January


So di sini sapa-sapa yang tulis komen diatas tu jangan marah ya...jangan tak faham sarsacm...jangan pula can't take a simple joke....SEBAB SAYA PUN CUMA JOKE-JOKE di blog saya ni....







Ok saya bagi resepi cara-cara nak buat lempeng ni....tepung gandum, air, whipping cream dan sedikit garam (air mengikut kecairan tepung, lagi cair lagi lembut jadinya lempeng tu).Blend semua sekali dan lebarkan di atas kuali yang dibubuh sedikit minyak masak.)