Thursday, January 12, 2012

Sayang Anak Sulong Ku Sayang

Membawanya tidak mudah. Melahirkannya penuh payah. Membesarkannya dalam keadaan serba susah. Masih jelas dalam kotak ingatan, di ampaian tersidai lampin lampin bersih buat menyalin setiap kali basahnya.Waktu itu diaper bayi memang tak mampu saya beli walau sudah lama wujud dikedai-kedai.

Meredah embun subuh di Taman Sri Rampai awal pagi harus dihantar ke rumah baby sitter kerana kami harus mengejar bas W12 ke Lebuh Ampang setiap pagi untuk kepejabat.

Hati memang menjerit. Kemudian saya akur pada ketentuan dan jodoh. Saya tidak seberuntung kawan-kawan yang berkahwin pada waktu sudah stabil atau memperolehi pasangan yang agak stabil dan layak untuk berkahwin.

Dalam keadaan rumahtangga terumbang ambing....hutang bertambah-tambah...nak makan pun harus meminjam..namun susu formula untuk Liana tetap saya usahakan  yang terbaik. Selagi ada daya, biarlah saya tidak bergaya, serba kurang untuk saya...namun untuk anak-anak saya cuba mengadakan segalanya.

Pejam celik dalam kepayahan dan cabaran..pasti yang paling manis adalah bila jiwa mampu memberi sepenuh kasih sayang pada Liana anak sulong kesayangan saya. Tipulah kalau sayang saya tidak terlebih padanya. Ibu mana yang tidak sayang lebih anak pertama. Apatah lagi Liana lahir di saat saya baru mengenal dunia dewasa. Pada usia yang semuda jagung saya diberi amanah oleh yang Esa untuk membesarkan dan menyayanginya. Tahniah saya ucapkan pada diri saya sendiri ketika melahirkan Liana pada usia yang muda, yang serba tiada namun mampu membesarkan Liana menjadi anak yang sopan, baik budi bahasa, patuh mendengar kata, rendah suaranya menjadi  halwa telinga ibunda...sejuk rasa hati mengandungkan nya.

Sedikitpun tidak pernah terbetik rasa mengkal terhadapnya. Secarikpun tidak pernah menyinggung rasa. Kalau putih  saya usulkan...putihlahlah yang dipilihnya.

Tahniah Liana menjadi anak sulong yang disayangi sepenuh raga oleh adik-adiknya..diharap dulu, kini dan selamanya..Seperti mana saya memahaminya...seperti itu dia amat memahami saya.

Siapa sangka 24 tahun berlalu begitu pantas. Kini saya harus melepas Liana dengan rasa berat namun gembira.Bila katanya dia mahu berumahtangga maka sayalah ibu yang paling suka. Segala persediaan dari segi wang ringgit, tenaga masa dan emosi saya peruntukan sepenuhnya bagi menjadikan majlis perkahwinannya satu hari yang indah untuk dikenang.

Selamat sudah...tarikh kahwinnya dekat dengan tarikh hari jadi saya....

Baru-baru ni Liana dan adik-adiknya berkongsi wang berpakat memberikan saya hadiah hari jadi sebentuk cincin berlian.

Katanya nak beli cincin untuk mama kerana mama tiada memakai barang kemas.Hati terharu...bila anak-anak ingin menggembirakan hati ibu.Walah anak-anak ku...bukan mama tak ingin memakai  tetapi mama lebih  rela keperluan anak-anak dan lain-lain untuk keluarga didahulukan. Biar mama tak pakai tas tangan idaman atau kereta impian asalkan....anak-anak cukup makan, tempat tinggal,  dan belajar dengan kelengkapan dan selesa.insyallah.



Sebentuk cincin berlian...hadiah harijadi daripada anak-anak tersayang....thank u so much my darling.


Juga sebotol minyak wangi hadiah dari kawan-kawan tersayang....terima kasih ela, zana dan yanti bersusah payah berkongsi untuk ini...thank u so much dear.

Dari Blog Seorang Teman Tersayang


Memadam Rindu

Engkau kuala sungai senjakala,
aku perahu payang lewat pulang,
engkau jala bertali sutera,
aku ikan emas di tangan orang.

Hati rindu ditabur garam,
purnama pecah di hujung dini,
aku pergi tidak berjejak,
engkau turut dalam mimpi

Aku gagak di hujung dahan,
engkau nuri di sangkar nasib,
aku lebah tidak berbisa,
engkau kuntum di pasu bonda.

Jantung berdegup berhenti sejenak,
akal waras menilik mendung,
kilat di langit tiada sudah,
sedang tempayan tetap penuh.

Engkau rumput di seberang,
aku pepatung hinggap sebentar,
engkau neon di tiang malam,
aku kelkatu mencari cahaya.

Rindu diurai disela faham,
sayang dibelah dibahagi rata,
rambut sehelai tersimpan kemas,
tiada juga tepung tertumpah.


Saifullizan Yahaya, Bidor, Perak - Mingguan Malaysia, 13 Nov. 2011








Kalau Itu Memang Kelkatu





Fitrahnya  memang begitu
apatah lagi hati kelkatu
payah merela segala yang jitu
ikut hati mati
ikut rasa binasa
ikut firasat tersesat
kalau mahu seribu daya
kalau tak sudi seribu dalih
kalau tak berkenan seribu alasan
yang tak memandang
diintai-intai
yang menunggu dibuat tak tahu
yang diingin bertambah dingin
walang.....
nama pun hati
apatah lagi kelkatu
jauh di dalam sukar diduga
apatah lagi mahu diteroka
tahu pilu dijeruk rasa
kalau memang tidak sejiwa
tambah lagi tanpa kimia
tak kan tercetus atom nuklear
tak ada TAUFAN GANAS melanda
penat lesu mulut berseloka
kasihmu tak bisa disanggar
jauh sekali ditarah di teroka
kelkatu yang melata
cahaya harapan itu membunuhmu
Rindu kau benam laut ke sepuluh
tersadai tersungkur
mana tangan mahu kau capai 
kalau yang ada sekadar melambai
menggelepar terkapai sayap pun bersepai
Nama pun kelkatu
hati sekecil kuman sebesar hama
tak siapa terkilan tak siapa terasa
tak siapa yang tahu.

oleh nani rostam, bukit jelutong, shah alam, selangor (nanirostam.blogspot.com) 12-01-2012

Sunday, December 11, 2011

Jemputan Ke Majlis Perkahwinan Liana Ezzana

Saya agak lega bila antara benda-benda seperti dibawah ni selesai. Yang belum selesai mengorder adalah kuih muih tradisional serta membeli barang-barang dapur seperti beras dan lauk pauk....Kad yang  last batch  harus saya pos paling lewat sampai hari rabu ni. Ada beberapa darling blogger saya sms alamat mereka tetapi malangnya telefon lama saya telah rosak maka saya tak dapt retrieve mesej tersebut. Untuk kesekian kalinya SAYA MENJEMPUT PEMBACA BLOG SAYA ke majlis perkahwinan anak saya pada 24hb Disember 2011. Tetapi undangan hanya untuk sesiapa yang sudi hadir dan sms nama dan alamat kepada saya.

Sekian wasalam.

Semuga hidup kita semua dirahmati Allah s.w.t. amin.






Hari tu bila saya tersilap pilih warna bilik alisya yang menjelma macam warna air bandung pekat...maka saya menyelesaikan masalah itu dengan memadankan langsir dan perabut berwarna putih serta bingkai gambar warna hitam agar dapat melembutkan merah bandung pekat kepada warna bandung tak jadi...hasilnya bilik cosy dan rasa nak tatap setiap hari....

Bilik pengantin yang  memerlukan sentuhan terakhir yang akan saya gambarkan sebagai 'getaway honeymoon'...


Friday, December 2, 2011

Persiapan Yang Belum Siap......

Assalamualaikum,

Mula mula pelamin pun tak nak. "Tak naklah pelamin ma...malu jadi macam pameran pulak duduk sanding atas pelamin. Last-last ada idea kata kena ada pelamin walau tak bersanding..untuk tangkap gambar...kang nak tangkap gambor tak da pemandangan yang cantik.

Kunun la kan.....

Last last...the very last minute semua benda nak buat. Yang kata tak nak sanding cuma nak tangkap-tangkap gambar tu agak berubah bila saya fikir pelamin tanpa bunga pahar/bunga telur macam tak lengkap...last-last pergi beli ready made bunga telur dan cadang nak kena merenjis lah tewww.


And the very last minute...buat make over semua bilik. Sekarang yang belum sentuh bilik budak lelaki. Rasanya bilik dorang kena makeover lepas kekna kahwin. Sebab masa begitu suntuk...dan rumah tak berapa nak siap...kad jemputan belum edar sepenuhnya.

Dikesempatan ini saya ingin mengundang teman-teman datang ke majlis anak saya. Sila sms alamat yang sudi datang. Insyallah ada kesempatan saya akan hantar kad undangan.




Diruang tamu saya bersidang untuk buat hantaran. Kerusi meja sedang deal dengan jiran untuk tumpangkan...

Guestroom dibawah saya tukar cat biru dan pintu serta kayu skirting sume kaler putih..serta  plastik siling. Katil tak berani tunjuk...sebab pak jenal tengah dibuai mimpi indah ler teww.

Pintu guest room dan pintu bilik air diruang makan saya tukar .

Rak buku saya ubah ke laluan antara bilik tidur di atas..

Katil alisya saya letak di luar tempat asal rak buku...

Bilik pengantin akan guna bilik saya.....langsir sedang ditempah.....

Bilik alisya saya buat makeover dengan menukar katil kepada king size, cat dinding kaler pink terang benderang sehingga pak jenal jadi mangsa saya dan berjanji untuk cat  putih semula...Cat pink tu memang tersilap pilih..sebab kalau pilih kat katalog memang akan jadi tak seperti yang dijangka....maka jangan percaya dengan warna dikatalog.

Saya tukar katil kepada king size sebab memang jadi habit anak-aak saya suka tidur berhimpit-himpit dengan saya sebab katil kami besar...jadi disetiap bilik saya letak katil besar...

Pintu bilik alisya dan pintu bilik saya saya tukar juga kepada warna putih.

Thursday, November 24, 2011

My Nuffnang Story

Assalamualaikum,

Rasa nak luruh jantung mengenangkan betapa bilah-bilah hari begitu cepat berlalu. Rupanya perkara paling sukar membuat persiapan perkahwinan adalah mengedar kad undangan. Banyak masa diperlukan khusus untuk mengedar kad.

Walau kini banyak orang ambil jalan mudah menghantar undangan melalui sms atau facebook tetapi saya dengan pemikiran kuno saya yang tak sudah-sudah ni tak puas hati kalau  mengundang tanpa kad.

Jadinya sekarang saya hanya mahu mengejar masa dan bukan membiarkan masa yang mengejar saya.

Apalah impian seorang ibu selain mengharap kegembiraan dan kebahagiaan anak-anak tercinta.

Baru pulang dari jakarta untuk membeli pakaian pengantin liana...dan segala apa yang perlu. Saya minta maaf kepada sesiapa yang mengemel dan sms saya tetapi boleh sempat berjawab. Insyallah...saya akan usahakan scepat mungkin dan sedaya upaya.

Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Hanis kerana mendapat 4 flat dalam final exam baru-baru ni.

Terima kasih juga pada Nuffnang yang berjasa memberi platform kepada begitu ramai blogger yang sebelum ini tak tahu pun yang berblog tu boleh dapat duit dan dengan itu sekaligus memberi peluang kepada Hanis Zalikha mendapat pencalonan sebagai "Most Influential Blog" yang bertanding di arena Asia Pacifik Blog yang melibatkan negara-negara seperti Singapura, Filifina, Australia, New Zealand, Thailand, Hongkong.

Jadi sebagai ibu harus saya beri sokongan sepenuhnya kepada apa-apa yang menggembirakan hati anak-anak. Kalau rasa mahu menyokong saya, sokonglah  Hanis Zalikha melalui penulisannya yang berjaya menyentuh dan menarik  ramai pembaca blog.

Hanis Zalikha dikenali melalui blog bernama ini belogsaya.blogspot.com.

Hanya vote di bawah ini, pilih blog pilihan (Most Influential Blog) dan tekan "CAST YOUR VOTE".

Sekian jutaan terima kasih atas kasih sayang anda semua.

 Tulus ikhlas dari hati seorang ibu.