Friday, October 21, 2011

Check List Majlis Perkahwinan Liana

Assalamualaikum


Pantasnya waktu berlalu. Sedar-sedar dah seminggu saya abaikan blog ni. Hujung minggu yang lepas saya terlalu sibuk dan kini alhamdulillah masih sibuk. Sibuk dengan baking dan  perniagaan, serta hal-hal keluarga. Jika ada sesiapa yang terasa saya tidak melayannya atau mengabaikannya saya minta maaf sangat-sangat sebab memang sibuk. Kerana kesibukan saya adalah sumber punca rezeki saya. Alhamdulillah...semuga saya akan terus sibuk dengan hal-hal dunia dan akhirat sekaligus...

Apatah lagi masih pening memikirkan tentang hal-hal persiapan perkahwinan Liana...

Masih banyak check list yang belum di penuhi.

Alangkah bagusnya kalau anda semua dapat membantu saya memenuhi checklist yang belum selesai..


1. Catering dah confirm.
2. Canopy belum ditemui
3. Pakaian pengantin bersanding tengah mencari
4. Door gift dah ok
5. Thank you kad dah ok
6. Pelamin dah booking
7. Baju pengantin untuk bertandang dah booking
8. Baju nikah baru ditempah jahit.
9. Kad udangan belum siap ditulis nama jemputan
10.Kuih muih..terima kasih semua...insyallah akan dipilih dalam waktu terdekat.
11. Dulang hantaran masih mencari...ada sesiapa yang mahu menyewakan sila telefon saya.
12. Barang hantaran ....sudah disediakan oleh Liana dan tunangnya.
13. Orang-orang yang harus diberi tugasan belum finalise.
14. Bilik pengantin sedang di siapkan.
15. Mekap artis dah booking
16.Fotographer...dialu-alukan sesiapa yang sudi.
17. Pakaian keluarga mengikut tema sedang difikirkan.


Alamak ada lagi dua bulan....harap-harap sesiapa yang sudi menyumbang informasi dan sebagainya amatlah dialu-alukan.....

Sebelum tu...just layan gambar-gambar aktiviti saya pada hujung minggu lepas.....zasssss


Bila dengan bread pudding mcm orang mengidam.....anak-anak mungkin dah jemu..tapi saya belum

Teman Alisya di studio untuk suara YAYA kartun animasi BOBOBOI yang disiarkan setiap ahad jam 7 malam.

Bunuh waktu ketika menunggu Imran shooting iklan TESCO..di Avenue Segambut


Ye ye...Alisya dengan gaya street dance....

cantik kawasan shop lot ni

Si budak pemalu...

Hafiiz adalah abang kesayangan alisya walau...selalu menangis kerananya....

Nak senyum pun malu......

Anak bujang dan anak daraku.....

Imran sudah dimekap dan ready for the shoot.......

Anak bujangku di apit oleh dua dara jelita.....huhu

Untuk iklan back to school TESCO

Yang budak kecik pakai tudung tu anak cina...hantam sajala labu....

Lepas shoot dia  orang kelaparan..singgah di IKEA untuk mengisi perut mereka


Sampai rumah tengok kek besday Alisya sudah ready untuk celebrate malam tu...

Happy Birthday Alisya

Alisya atau YAYA


Sekali dengan besday kek Hanis....sebab nak celebrate sekali...

bunga ungu yang indah

Luar coating dengan whipping cream dan dalam adalah chocolate indulgence

Besday kali ni Hanis dapat dua biji kek sebab yang pertama tu rasa macam tak proper tak dapat celebrate....

Balik dari IKEA pergi ke rumah jiran depan untuk majlis doa selamat

Zila adalah jiran depan rumah....


Dapat jemputan dengan kad udangan..Zila dan Rosli yang akan  berlepas ke tanah suci mekah pada 30/10/11

Celebrate besday di RED BOX....















Friday, October 14, 2011

Kuih Muih Melayu Vogi The Vas

Assalamualaikum,


Ok post ini adalah iklan.

Saya ingin bertanya di sini ada sesiapa yang kenal atau tahu pembuat kuih muih melayu yang vogi the vas...sedap giler....seperti kuih tepung talam, talam ubi, kole kacang, cream puff dan sebagainya.

Kalau ada sila beritahu saya, sebab saya nak order untuk majlis perkahwinan Liana pada bulan disember nanti.


Thursday, October 13, 2011

Puteri Bongsu

Assalamualaikum,

Happy Birthday To You...Happy Birthday To You...Happy Birth To Alisya..Happay Bithday To You...Semuga Alisya panjang umur, murah rezeki, berjaya dunia akhirat..amin ya rabballamin.


12.10.2011 fuh lagi cantik nombor berulang besday Alisya kali ini...Alhamdulillah Alisya mencapai 11 tahun..Dalam semua anak saya, Alisya yang paling muda sudah earn income. Tak sempat buat kek untuk Alisya. Sibuk sangat..esok pun Alisya seharian ada BoBoBoi shooting dengan Majalah 3. Hari Sabtu pula harus menemani Imran shooting iklan TESCO. Maka weekend ini insyallah barulah saya bawa anak-anak celebrate besday Alisya dan Hanis di Luar...mungkin tengok wayang atau pergi Redbox.

Weekend lepas, seronok sungguh menghabiskan masa menemani Alisya shooting filem kru production yang bertajuk 29 February, di Taiping.

Saya tak tahulah anak orang lain. Anak saya memang nampak jakun sebab happy sangat bila dapat duduk hotel. Masuk jer bilik hotel, excited semacam...yeayy..."tido hotel'. Tambah bila saya tanya menu apa nak order dari room service.

Habis semua menu di sebutnya dengan satu nafas...heh..Kadang saya seronok melayan dia orang bila tengok dia orang happy sangat. Saya tanya apa nak order...bila tengok harga menu pulak tak da lah mahal sangat....

Petang tu sampai jer bilik hotel..saya dan Alisya terus tak turun-turun dah. Apalagi bila dapat tahu time shoot Alisya ialah keesokan harinya jam 5 petang. Sebelum naik crew production ada bagi tahu dinner dia orang akan hantar ke hotel.....tungu-tunggu tak da.....saya dan Alisya pun ...apa lagi godeklah menu paling menggoda....

Rupanya waktu sarapan pagi di coffee house lobby Hotell Traders, Kamunting Taiping baru kami tahu yang crew dah datang hantar makanan untuk dinner tapi disebabkan tiada siapa yang turun ke lobby maka makanan tak dapat di edarkan. Tak mengapa Alisya lebih suka yang saya order dari room service...bagi dia enjoy sekali sekala.








Rib Eye yang berharga rm29 boleh tahan combinasi dan rasa.

Aircond bilik hotel ni sejuk giler tapi ada hati Alisya nak order banana split..tapi dah habis maka order sundae pun jadik,..

Sukalah Alisya tu...bila waiter hantar makanan yang meriah macam nih..

Pineapple Fried Rice rm 10








Antara menu sarapan pagi di cofee house lobby hotel.....

Dah 11 tahun...pejam celik pejam celik....terasa baru jer tengok Alisya pakai baju kindergarden hari tu....

Lunch kami di bilik hotel...chicken chop rm 15

Rojak buah rm7...walau crew production ada menghantar makanan untuk tengahari tu...ikut jugalah kehendak Alisya yang teringin nak try chicken chop pula.



Sebenarnya mata dah ngantuk tu...bila siang suruh tidur tak nak!!!

Edry sedang mengarah dari monitor.....

Verandah rumah agam Pegawai Daerah yang tidak diduduki lagi...

Mujurlah ada lampu terang benderang oleh kru production, kalau tidak memang kawasan rumah yang terletak atas bukit ini scarymary...

Rumah agam yang kosong memang menyeramkan...

Shooting Alisya bersama kanak-kanak lain yang sedang duduk di taman sambil bernyanyi...

Sumpah menyeramkan...tiba-tiba saya terkucil..jebat.....lalu saya berjalan arah ke rumah agam ini..bertanykan pada budak-budak crew..tandas mana....dia orang tunjuk..tuuuuuu...dalam hati saya...amboi jauhnya kebelakang...saya beranikan diri...sambil membaca selawat....nak baca ayat kursi...macam bila dah takut..tak terkeluar dari mulut....mata memandangkan jugak sekeliling..ada sebuah rumah kecil yang diterangi lampu dari dalam rumah...saya fikri ini tentu rumah orang yang jaga rumah agam ini....selepas keluar dari tandas...tiba-tiba saya terkejut ...hah....bila terserempak dengan kucing hitam pekat tiada satu pun titik putih pun betul-betul berada di atas tangga  di tepi saya memandang saya dengan tajam..saya berjalan selamba sambil menaiki anak tangga..sekali lagi menoleh ke arah kucing hitam itu....kucing itu masih memandang tepat ke arah saya tanpa sedikitpun berganjak dari situ....kali ini saya terus berjalan..walhal niat tadi nak tegur kucing tu seperti yang saya buat selalu iaitu..'ai sayang buat apa tu'.....

Rupanya ketika saya bersembang dengan salah seorang watak extra iaitu penduduk tempatan situ mengatakan rumah ni 'keras' sebab dia yang semalamnya shooting waktu siang..balik rumah terus pegang anak...lalu malam itu anaknya menangis tak henti-henti sehinggalah bibiknya menyuruh dia mandi dan letak anaknya di tepi kakinya agar air mandiannya mengenai anaknya itu. Selepas tu barulah anaknya berhenti menangis.

Waktu itu saya diam sahaja..tidak berani untuk bercerita dengan sesipapun tentang kucing hitam yang saya lihat tadi..sehinggalah sampai di rumah baru saya bercerita.

Alisya dan kanak-kanak lain sedang menjalani latihan menyanyi beramai-ramai

Kena pakai baju kurung ni...untuk watak zaman 50-an...polka dot....

Bandar Taiping yang mula diintai malam...







Suka tengok  perkataan..Larut, Matang dan Selama...teringat baca buku sejarah sekolah menengah dulu.

Bandar yang didampingi bukit bukau.....

sore yang damai........

Remy Ishak yang sedang di dandan rambutnya untuk kelihatan lelaki di zaman 50-an

Bila terpandang di saya teringat aktor the ROCK.

In person....agak peramah



Amboiiii......akazzz!!!



Alisya dan Jasmine....jasmine yang  baik dan berbudi bahasa....

Amboii akakzzz!!!!


Gambar yang last ni biasa saya letak gambar pembaca blog yang saya temui...