Dari desas desus saya dapati ramai yang ingin mengasah skil memasak dengan mencuba reseipi pavlova. Tetapi ramai yang tidak berjaya menjadikan pavlova sama yang terdapat di Serai atau Alexis Restaurant.
Secara mekanismanya saya sendiri buntu mengapa ia tidak boleh menjadi sedangkan kebanyakannya mengikut sebijik-sebijik resepi di internet yang rata-rata saya tinjau itu memang lebih kurang sama.
So kira buat pavlova ni nasib-nasib nya...saya yang setiap hari membuat ini pun ada kalanya conpius bila pavlova saya tiba-tiba tak jadi ranggup walhal setiap kali itulah cara yang sama saya buat.
Minggu lepas saya membuat lebih dari 10 biji pavlova...maka syukur alhamdulillah cuma satu sahaja yang buat perangai. Saya rasa buat Strawberry Moist Chocolate Cake saya lebih interesting dari membuat pavlova biarpun nampak mudah tetapi agak berat tanggungjawab tersebut untuk dilaksanakan...huhu.
Bila saya bagai nak gila berkubang dengan putih telur dan rakan-rakannya maka anak saya Ahmad Imran merasa saya telah mengabaikan juadah manisan kegemarannya iaitu Puding Karamel (Puding Gula Hangus).
Oleh kerana dia yang dah kelaparan dessert dan tidak mahu menunggu saya yang asyik-asyik berkata "tunggulah nanti mama buat", maka dia dengan rajin membuat sendiri.....
Lihatlah hasilnya dan saya sertakan bersama-sama ini resepi yang paling mudah dan telus....sila buat sekarang juga ya.....
Buah-buah strawberry untuk pavlova saya.....
Sebahagian daripada pavlova saya....semalam......
Puding caramel hasil nukilan tangan Imran.....
RESEPI PUDING KARAMEL
Langkah 1...
Sediakan periuk pengukus di atas api dapur.
Langkah 2
2 sudu makan gula
Sebji loyang.
Cara-cara...masukkan gula di dalam loyang dan letak loyang di atas api dapur dalam masa lebih kurang 2 minit. Kacau gula sehingga berwarna kuning pekat keemasan. Angkat dan ketepikan.
Langkah 3
7 biji telur grade A.
1 tin susu pekat.
1 tin air (guna tin susu tadi)
1 sudu teh esen vanila (imported)
Cara-cara....dengan menggunakan sudu garpu, pukul telur menggunakan tangan sehingga sebati. Masukkan susu dan air....kacau lagi dan masukkan esen vanila. (Masa mengacau dianggarkan selama 5 minit).
Selepas itu tuang bancuhan telur tadi ke dalam loyang yang ada gula hangus tadi dan kukus.
Dalam masa 20 minit...angkat dan telangkupkan di atas pinggan besar. Potong dan sejukkan sebelum di makan.
Selamat membuatnya...semuga jadi dan sedap dimakan.





















