Saturday, October 9, 2010

HAPPY BIRTHDAY SI CANTIKKU HANIS

Malam tadi dah ingat nak wish besday Hanis. Ingat nak tunggu kul 12 baru wish. Dasar sekarang memang kuat tidur cepat...no merayap-rayap waktu malam dah...tak tahulah kenapa lately ni...macam malas sangat nak ronda-ronda...gi dengar muzik and tempat tempat yang sewaktu dengannya.

Lepas-lepas raya ni lagilah...nak pergi beli barang dapur pun giler malas dow.Agaknya tenaga dah dihamburkan sehabis-habisnya masa bulan puasa and masa hari rayatu kot.So macam lame giler...nak bubuh cream kat muka pun jadi malas....

Keluar-keluar...ronda-ronda...mengeteh semua ni sebenarnya motivasi untuk saya bermekap-mekapan. Bila dah rajin nak mekap maka rajinlah apply segala skin care nak bagi muka tambah anggun menawan. Kalau dok terperap kat rumah...kusam je muka tu...tak bagus..tak bagus...tak bagus...malam ni ingat nak kuar jugak ar.

Berbalik pada kisah kerana nak tunggu lepas kul 12...maka saya di landa wabak keterlupaan akibat tertidur.

Pagi-pagi terus saya call Hanis...tak jawab....tidoq lagi kot....saya pun hantarlah hepi besday wish melalui sms jer.

" Selamat hari tua.... hehe bye bye belas-belas...masuk puluh-puluh...heh dah bertambah umur. Moga bertambah matang....bertambah rezeki....bertambah ilmu...bertambah cekci (badan lah kan) bertambah cun...bertambah sihat...bertambah calon suami....paling penting bertambah iman pada Allah. amin. Hepi besday.Love from mama."

pas tu saya pun send.......

Hanis pun balas sms saya.....


" Thank you so much mama. Bertambah calon suami yang tak tahan tuh...."


Hehehehe....


Apa-apapun..dah rancang nak buat party untuk Hanis....tapi dia test sepanjang minggu maka.....tengoklah kalau masih ada mood.

Kalau tak kita gi fullhouse jer pekena mee kari tersedap di malaya.








HAPPY BIRTHDAY MY BEAUTIFUL DAUGHTER

Friday, October 8, 2010

Tips Kecantikan

Tiba-tiba rasa dah tua.Walau memang dah tua pun. Tapi sebab jiwa tu masih muda, buat-buat nak terlupa yang angka pada umur tu, kalau tonggang terbalik pun tetap mengatakan kau tu dah 44 tahun.

Terpaksa mengaku bila tengok segala huruf-huruf, angka-angka dan benda-benda yang tak berapa nak jauh tupun semakin samar. Kabur. Whuaaa....

Masa pergi Mid Valley tempohari...rasa dah tak tahan betul. Nak pijak eskelator pun teragak-agak. Nak pijak ke tak pijak?.....Nak pijak ke tak pijak?. Hish macam orang kampung tak pernah datang bandar aku ni....takut-takut pulak.Memangggg... kabur jer.

Emergency Nis!...jom cari kedai cermin mata!. Mata mama dah rabun tahap dewa ni. Tiba-tiba..ha'ah Hanis pun rabun....jomlah".

Sampai kat kedai England Optical, staff kat situ pun buat test, katanya " kakak tak perlu pakai cermin mata rabun kak...kalau setakat 75 ni ok lagi. Cuma akak ada masalah silau. Akak beli sunglasses jer... "

Bila dah pilih2....maka hatipun terpikat dengan satu sunglasses nih. So kopaklah rm250....bukanlah semata-mata mahu mengatasi masalah silau, nak melaram jer lebih...

Mula-mula jer bersemangat pakai...tapi bila bukak sunglasses nampak jelas bekas frame sunglases tu kat batang hidung tu maka jadi malaslah nak pakai lagi...maka duduklah sunglasses tu dalam dashboard kereta tak pakai-pakai....begitulah cerita yang sering terjadi...BELI TAPI TAK PAKAI.

Sebenarnya silau tu tak ada masalah...masalahnya memang RABUN.

Berbalik pada kisah Hanis....samalah ceritanya...power tak banyak so tak perlu cermin mata or contact lens.

Tiba-tiba teringat...dah lama kami tak minum air carrot. Dulu masa ada restoran...setiap hari suruh budak buat air...buatkan air carrot. Patutlah masa tu tak ada masalah rabun.

Saya pun berazam lalu berusaha bersungguh-sungguh...

Sekarang setiap pagi saya pastikan di atas meja mesti ada carrot jus untuk kami sekeluarga. Apatah lagi dengan harga carrot yang tak sampai 2 hengget sekilo maka saya akan memborong sebanyak lima kilo untuk stok seminggu.

Itulah kisah hidup saya....sekarang saya dah tak rabun lagi....dekat mahupun jauh....memang berkesan alhamdulillah.......heheheee.

Tetapi tak dapek den nak nolong Hanis.....kat UITM Segamat tu..... sapalah nak sediakan dia carrot jus....setiap pagi kan?

P/S Tips ini perlu disertai dengan jiwa yang kental dan consistent. Kalau setakat hangat-hangat taik ayam......bukan setakat rabun ayam....rabun yang belum tentu PERMATA HIJRAH berkesan memulihkan.






Hah.....tirulah macam saya.....................


Daripada beli benda merapu....cubalah beli benda-benda yang berpaedah ni.....jus apa pun pasti jadi kenyataan.

Thursday, October 7, 2010

Selamat Pengantin Baru

Lafazkanlah akadmu
meteraikanlah janjimu
memilikiku
menyatuimu
dengan redhanya Illahi


Warnai malammu
dengan merah inai
harumi siangmu
dengan semerbak kembang rampai
Hiasi kasurmu dengan ghairah kasih
Pecahkan sepi kamarmu dengan lagu cinta.


Sayang
Sambutlah dalamnya rinduku
Lepaskalah resahmu di dadaku
Mulai esokmu bersamaku
kita menyanding
disinggahsana cinta.









Sesiapa yang ingin menempah pastri hantaran perkahwinan sebagai hadiah untuk teman-teman tersayang, kaum keluarga atau hantaran kepada pihak yang satu lagi sila telefon kak nani di 0123959779 selain daripada strawberri coklat kek.

Terima kasih.

Selamat Pengantin Baru.

Wednesday, October 6, 2010

Mahu Tapi Malas. Sedar Tapi Cuai.

Dari tadi aku masih di sini
tak putus-putus berzikir
tak henti-henti berdoa
tak pernah letih meminta.

Dari tadi aku masih begini
rasa insaf menyelubungi diri
jadi takut tak semena mena
rasa kehilangan makin mencengkam
rasa seperti menunggu hukuman mati.

Dari tadi belum berganjak lagi
aku masih di sini
aku masih begini

Minta dariNya macam macam
mahu dariNya seluruh alam
dari tadi pun masih belum sembahyang
apatah lagi berwuduk

Berat kaki berat tubuh
jangan sampai berat hati.

Tak mengapa
macam manapun lemahnya kita
malasnya kita
mulakanlah dengan berwuduk
solat dan bersujudlah
belum terlambat

Percayalah
Allah Maha Mengetahui
akan hati hamba-hambanya yang lemah.

Hambanya yang mahu tapi malas
hambanya yang sedar tapi cuai
hambanya yang meminta tapi ego
hambanya yang memohon tapi sombong.

Apa hajatmu sempurnakanlah solat
Doamu pohonlah selepas solat
suarakan bahasa kitab Al Quran
Tahajud ditengah malam.


Allah Maha Mendengar.

Bukan Mudah Jaga Anak

















Kecut hati saya bila terbaca atau terdengar berita tentang kanak-kanak yang berada di bawah jagaan baby sitter mati akibat kecuaian baby sitter tu sendiri. Tak tergambar di benak saya macam mana perasaan ibu bapa mangsa.

Sebenarnya untuk mengasuh dan menjaga anak-anak kecil bukanlah satu perkara yang boleh dianggap mudah.

Pengalaman saya sebagai seorang ibu kepada 7 anak dan menjadi baby sitter kepada Dahlia dan Arissa seawal umur mereka 2 bulan mengajar saya bahawa menjaga kanak-kanak adalah satu perkara yang memerlukan commitment masa dan tenaga serta tidak boleh sambil lewa sahaja.




Tahun-tahun awal bayi membesar adalah saat yang paling memerlukan perhatian kita sepanjang masa.



Ketika memberikan bayi susu, kita perlu memangku bayi dalam kedudukan kepala bayi lebih tinggi dari tubuh bayi bagi mengelak bayi tersedak susu atau tercekik. Selepas memberi susu kita perlu mengusap atau menepuk perlahan-lahan belakang bayi agar bayi boleh sendawa dan mengelakkan kembung perut.


Bayi juga perlu sentiasa diperhati walaupun ketika mereka sedang nyenyak tidur. Kerana dalam tidur bayi boleh termuntah susu. Sekiranya kita terlambat menyedari maka mereka boleh mati akibat tercekik atau lemas.

Ada setengah ibu bapa yang hanya memilih baby sitter atau pusat jagaan yang difikirkan murah tanpa memikirkan dan mengambil tahu bagaimana anak-anak mereka dijaga. Boleh bayangkan tak, bila sebuah pusat jagaan kanak-kanak yang menempatkan 42 orang bayi atau kanak-kanak sedangkan hanya di jaga oleh 3 orang pengasuh. Nisbahnya seorang pekerja menjaga 14 orang bayi atau kanak-kanak dalam satu masa.


Memang tak dapat saya bayangkan....kerana saya yang cuma menjaga seorang bayi pun masih memerlukan bantuan dari anak-anak yang lain.










Tuesday, October 5, 2010

Hujung Minggu Yang Sesak

Assalamualaikum. Alhamdulillah minggu -minggu hari raya ni banyak terima tempahan kek. Banyak juga undangan jamuan rumah terbuka sehingga hujung minggu pun lalu lintas sangat sesak. Walau kelam kabut dengan kek, saya sedaya upaya memenuhi kebanyakan undangan. Tak baik orang dah jemput makan kita tak datang...kang susah-susah tuan rumah tu sediakan juadah....orang tak datang.Kesian membazir makanan.

Saya sememangnya beri keutamaan pada jiran yang dekat-dekat barulah pergi ke rumah saudara atau kenalan.Minta maaf kerana tidak dapat memenuhi semua undangan rumah terbuka oleh kenalan lain.

Banyak juga diantara kita, ambil ringan jemputan dari jiran tetangga. Lebih mengutamakan undangan kawan-kawan atau saudara mara yang tinggal jauh sedangkan rumah jiran di anggap kurang penting.





Sambil ke depan ke belakang singgah kat mimi jap....'posing untuk i Mimi!'.

Saya dan Faeza dari Telekom Bangsar...

Jauh triffle ni berjalan naik kereta dari bukit jelutong ke bangsar istmewa untuk Faeza.


Sarapan pagi yang dihadiri oleh tetamu-tetamu Liana. Lapar2....sampai tak bersalam dengan daddy dan mama liana.





Tuan rumah yang tak lepas peluang melihat nasi lemak sambal sotong.



Menjamu selera dirumah jiran depan nik dan aziz.....


Ada rupa sedondon tak?




Yeay sirap slurrppp....



'Ini kakak kita!'.









Di rumah zila...jiran depan rumah juga!.




Nasi Baryani antara juadah di rumah zila.



Tiga sederet...tenung apa tu?




Mengapa saya masih tiada dalam gambar?Kerana saya adalah photographer yang rajin.


Masih di rumah pakcik makcik depa Tun Hanif dan Toh Puan Hamidah.



Antara juadah di rumah Toh Puan.




Akhirnya saya ada dalam gambar....dari belakang pun jadilah....














Sunday, October 3, 2010

Rindu Masih Bertahta Di Hati













Hari tu bila zainal dijemput oleh seorang kawan lamanya ceo DRB Hicom Dato Seri Mohd Kamil Jamil ke majlis rumah terbuka DRB Hicom di hotel istana, saya berfikir wah!...ini bukan rumah terbuka...tapi hotel terbuka...




Maka istilah majlis rumah terbuka itu bagai tidak relevant dengan tajuk yang berkaitan dengan perkataan rumah itu sendiri. Atau mungkin lebih sesuai kalau itu dipanggil majlis makan buffet sempena hariraya.



Ok bukanlah itu yang saya nak gembar gemburkan di sini. Apa yang lebih membuat saya terfikir-fikir betul ke selama ini bila menjelang hari raya kita bersungguh mahu memohon kemaafan atas kesalahan kita terhadap orang-orang yang berada disekeliling kita



Setahu saya...dari pengalaman saya...kesungguhan memohon maaf dari seseorang di hari lebaran itu hanya pernah saya lihat ketika saya membesar di kampung saya dulu.




Dulu semasa dikampung adalah bagai satu perkara wajib setiap kali hari lebaran iaitu hari kita bukak buku baru maka kita harus memohon maaf di atas segala kesilapan kita yang telah lalu terhadap orang-orang yang kita kenali disekeliling kita.




Bermula dari selepas solat sunat hariraya....masing masing memasang azam untuk berkunjung dari sebuah rumah ke sebuah rumah lalu merangkumi kesemua rumah di kampung semata-mata untuk memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan zahir dan batin walau sengaja atau tidak serta minta dihalalkan makan minum.



Rasa seronok, bahagia dan amat melegakan kalau dapat beraya di semua rumah dikampung kami.



Kesungguhan memohon maaf memang amat ketara apabila sebelum meminta diri kami akan berkata ' makcik saya nak beraya!'....maka kami akan duduk dengan penuh sopan samada di atas lantai atau di atas sofa sambil tangan bersalam penuh tawaduk, penuh keinsafan dan keikhlasan memohon dimaafkan segala salah silap dan disambut pula dengan doa oleh orang yang kita pohon kemaafan itu.



Sekarang pula saya lihat kesungguhan memohon maaf dihari raya macam dah tak berlaku lagi. Kalau orang tak buat open house memang jauh panggang dari api lah kita nak beraya ke rumah dia.



Yalah kalau datang jauh-jauh kita macam mengharapkan...yang kawan tu buat makan-makan untuk kita..masak-masak untuk kita. Kalau tak da makan-makan...masak-masak maka tak terjejaklah kaki ke rumah orang tu.



Bukan ke sepatutnya bila kita nak meminta maaf atau beraya kita, kita telefon kawan tu kata nak datang beraya. Secara logiknya apabila kita ingin memohon kemaafan, kitalah yang berusaha untuk ke rumah kawan kita itu. Walaupun dengan senario sekarang ni...banyak orang mengelak untuk terima tetamu bila mereka tidak begitu bersedia. Maka konsep dan makna berhariraya itu sendiri menjadi semakin hambar ditelan dek zaman.



Kalau semata-mata ada open house baru nak beraya, sementara yang kawan tu pulak bila buat open house sahaja baru nak pelawa maka sedar tak sedar syawal berlalu namun kita masih belum bermaaf maafan. Lepas tu tak tahu bila lagi lah ada waktu dan kesempatan untuk meminta maaf. Bila bukan dihari raya rasa janggal kan... kalau saja-saja nak minta maaf. Kang tak pasal-pasal dikatanya kita ni buang tebiat.