Sunday, April 11, 2010

Aku Wanita Biasa

Saya bangga saya orang jawa. Ehmm maksud saya perempuan jawa. Perempuan jawa ni seorang yang lemah lembut, peramah, rajin, penyayang dan lain-lain nilai-nilai yang positif.

Tetapi setakat ini saya kurang nampak sangat nilai-nilai positif pada lelaki jawa yang boleh membuat saya impress Atau mungkin saya harus impress kerana lelaki bangsa lain tidak terlalu menonjol seperti mereka. Selama ini saya hidup di sekeliling lelaki jawa yang salah seorang daripada mereka hanya sebagai pemandu teksi tetapi mempunyai empat orang isteri yang tinggal dalam sebuah rumah yang tak berapa nak besar. Lepas tu saya rasa janggal bila dia bergurau senda dengan salah seorang isteri beliau. Manakala isteri yang lain tengok TV sambil muka masam.

Seorang yang pernah jadi tunang kakak saya tetapi bila bersalam dengan saya punyalah lama sampai macam tak nak lepas ke apa ntah sehingga saya yang kecut-kecut perut bila tengok muka suami dah semacam je.

Seorang suami sepupu saya yang merenung saya sampai tak senang duduk saya dibuatnya ketika kami berkunjung waktu hari raya. Setahun selepas itu beliau berkahwin lagi satu dengan pembantu rumah sendiri.

Di kampung saya sendiri hampir setiap lelaki yang boleh dikatakan berjaya dalam hidup dan berjaya juga menambah bilangan isteri yang kadang kala sehingga mencukupi quota.

Tetapi mungkin itu secara kebetulan sahaja, yang kebetulan ianya adalah orang-orang yang saya kenali. Cuma seorang sahaja orang berketurunan jawa yang saya paling impress adalah arwah ayah saya. Beliau adalah seorang lelaki yang paling setia pernah saya kenali selain daripada suami saya. Mungkin kerana saya amat mengagumi ciri-ciri yang ada pada arwah ayah saya maka Allah menemukan saya jodoh dengan lelaki yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan arwah ayah saya.

Seorang lelaki yang disuruh mengisi butir-butir peribadi dalam sebuah borang.

Name: Suparman Bin Marto

Passport No : AK 654321

Race : Tak pernah.Tak mau jadi mat rempit.Tak mau mati katak.

Sex : Normal. Tiga kali seminggu kecuali time isteri cuti.

Saturday, April 10, 2010

Mertua Vs Menantu

Alahai tak lama lagi saya bakal jadi mak mentua. Maklumlah dua anak dara saya dah besar panjang. Memang dah patut pun berkahwin. Kalau orang dulu-dulu umur baya mereka tu dah beranak pinak. Tapi kalau ikutkan zaman sekarang ni umur macam-macam tu masih muda belia. Masih budak mentah. Letaklah mereka kat dapur memang tak jadi apa. Silap haribulan dia orang pergi cuci tangan beli makanan bungkus je.

Haha memang kuat berangan saya ni, tak ada satu kelibat pun yang datang nak meminang, nak jadi mak mentua apa ke bende? Calon menantu pun tak menentu lagi dah berangan nak jadi mak mentua.

Saya akui saya ni emak yang sangat berfikiran kuno. Kalau boleh secepat mungkin saya nak kahwinkan anak. Saya nak mereka ikut jejak langkah saya kahwin pada usia belasan tahun. Lagi cepat mereka kahwin lagi lagi senang hati saya.

Namun tak semua di antara kita ni boleh jadi mak mentua yang baik dan disanjung oleh menantu. Panduan buat semua para ibu-ibu yang mempunyai anak-anak dah besar panjang tu...buat semua bakal-bakal mak mentua, belajarlah untuk jadi mak mentua dan bukan 'ibu mertuaku'.

Sebenarnya untuk jadi mak mentua yang baik sangat mudah. Iaitu jangan banyak sangat interfere dalam hubungan antara anak dan menantu kita sekalipun hati tak berkenan langsung dengan gelagat menantu kita. Biar mereka belajar bertatih sendiri perlahan-perlahan dalam meiniti kehidupan rumahtangga tanpa perlu ada sebarang campur tangan oleh kita.

Saya berani mengatakan tidak ada seorang pun menantu yang sanggup dinasihati atau ditegur oleh ibu mertua mereka sekalipun mereka bukan perempuan sempurna sebagai isteri kepada anak kita.

Thursday, April 8, 2010

Ciuman Malam Pertama

Dua hari lepas semasa suami saya mahu ke pejabat, sebelum melangkah keluar dia mencium pipi saya. 'Ok dear i pergi kerja dulu'.

Saya terkebil-kebil bila suami berlalu pergi. Kenapa tak percaya? Memang tak percaya. Saya tiba-tiba rasa macam terbang di awang-awang....rasa macam itulah ciuman malam pertama. Rasa malu sangat kerana waktu dia mendekatkan mukanya ke wajah saya, saya cuba mengelak ke kiri dan ke kanan.' Hai nak cium pun tak boleh?'.

Bukan apa, saya macam dah terasa janggal sangat. Rasa-rasanya dah berkurun dia tak menunjuk sifat romantik macam tu. Bak kata pepatah saya dah jadi macam ala bisa tegal biasa.

Saya dah biasa dengan sikap suami yang selamba dan tiada sifat romantik terhadap saya. Saya lali dengan sikapnya yang sering nampak semua salah saya. Saya dah tak kisah sekali pun leterannya jadi halwa telinga. Saya tak tahu berapa dalam cinta dan sayang dia terhadap saya, tetapi cuma satu sahaja yang saya tahu, dia tak sanggup kehilangan saya walau dalam apa situasi pun.

Saya rasa saya tahu betapa sukarnya dia nak tunjuk sifat romantik pun sebab dia sangat malu berbuat demikian depan anak-anak. Jadi dek kerana anak kami ni ramai bagai paku bersusun, maka tidak ada satu peluang pun yang dapat digunakan untuk dia menunjukkan sifat romatiknya itu terhadap saya kerana kami sentiasa dikelilingi oleh kehadiran anak-anak.

Dalam hati tertanya-tanya kenapa baru sekarang dia mahu menunjukkan rasa kasih terhadap saya. Mungkin kerana dia baru menyedari yang saya semakin jauh darinya bila hampir setiap minggu saya keluar bersuka ria bersama kawan-kawan. Atau mungkin dia rasa cemburu bila saya dah tak boleh berenggang dengan internet. Atau mungkin hormon-hormonnya dah berubah...nak jadi muda kembali?

Tuesday, April 6, 2010

Jangan Cinta Kolestrol Jahat

Seorang rakan blog saya baru-baru ini didianogsis oleh doktor sebagai mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Saya ingin kongsikan beberapa saranan diet seharian untuk beliau dan juga para pembaca yang lain termasuk untuk peringatan saya sendiri.

JANGAN MAKAN!!!!!

1. Daging merah (sekali seminggu tidak mengapa)
2. Daging yang diproses
3. Daging organ dan bahagian dalam seperti hati dan limpa.
4. Kulit ayam atau itik.
5. Makanan bergoreng dan kuah berlemak seperti nasi lemak.
6. Produk tenusu yang tinggi lemak.
7. Kurangkan gula putih bertapis dan makanan berproses.
8. Buangkan pengoncang garam.
9 Minyak masak dan majerin, dan produk komersial yang mengandungi asid lemak trans (lemak berhidrogen dan separa berhidrogen).
10.Elakkan ikan masin, jeruk, belacan dan kicap komersial.
11.Makanan yang hangus kerana memanggangnya atau menggoreng pada suhu yang tinggi.
12. Hadkan makanan yang mengandungi bahan pengawet, pewarna tiruan dan perisa.


SILA MAKAN.......

1. Daging putih daripada ayam itik.
2. Ikan terutama sekali yang mengandungi lemak EPA (tiga kali seminggu seperti salmon, tuna, tenggiri, sardin dan hering).
3. Produk tenusu berlemak rendah.
4. Buah-buahan beraneka warna yang kaya dengan antioksidan daripada flavonoid dan karotenoid, vitamin B dan gentian (serat).
5. Sayur-sayuran beraneka warna yang kaya dengan beta karotena, vitamnin C, E dan B, gentian tinggi dan flavonoid.
6. Kacang dal dan kacang-kacang lain.
7. Majerin - pilih majerin lembut mono tak tepu yang bebas daripada asid lemak trans. Banyak gunakan minyak zaitun.
8. Bijirin, kacang-kacang dan legum.
9. Pasta
10.Bakar atau panggang makanan bukan menggorengnya.
11.Pilih karbohidrat kompleks seperti beras perang, capati, roti gandum asli, bijirin oats dan jagung.
12. Banyakkan makan bawang putih, bawang-bawang lain, halia dan kulat.
13.Minum lapan gelas air bersih atau air mineral setiap hari.


SELAMAT MENJAGA DISPLIN PEMAKANAN ANDA!!!!!

Monday, April 5, 2010

YUMMMYYYYY!!!!!







RESEPI CREAM PUFF



Bahan-bahannya :-


(A)


250 butter
500ml air
secubit garam
secubit gula


(B)


330 gm tepung rose (beli dikedai menjual bahan2 membuat kek)
1/2 tsp baking powder (ayak sekali dengan tepung)



(C)


8 biji telur grade A.


Cara-caranya :


Masak bahan (A) hingga mendidih.
Masukkan kesemua bahan (B), gaul cepat-cepat dan tutup api.
Kacau sehingga rata dan lembut.
Sejukkan adunan.
Bila dah sejuk masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul menggunakan hand mixer.
Masukkan kedalam piping bag yang telah diletak nozel (nozel boleh dibeli di kedai menjual bahan-bahan membuat kek)
Paipkan di atas dulang pembakar
Bakar selama 20 minit dengan suhu 160 darjah celsius.




Krim Custard


200gm gula (manis ikut kesukaan)
500 ml susu segar
100 gm susu tepung
4 biji telur (gred A)
80gm tepung jagung (likat mengikut kesukaan)
30gm mentega
secubit garam


Cara membuatnya :


Pukul telur
Masukkan kedalam bahan lain dan masak hingga pekat.
Masukkan tepung jagung yg di bancuh dengan sedikit air.
Apabila pekat masukkan mentega.
Kacau dan tutup api.
Sejukkan semalaman sebelum digunakan.

Saturday, April 3, 2010

Mak Andam Pengantin

Sebelum di kerjakan oleh Kak Nani

Selepas Kak Nani berpenat lelah



Kepada sesiapa yang berminat nak ambil khidmat saya untuk makeup pengantin, dinner, function dan sebagainya sila dengan hati terbuka menelefon saya untuk tempahan.

Friday, April 2, 2010

Beliau Sangat Pleasant



Siapa sangka semalam berjumpa hari ni dah tiada. Rezeki, jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Allah s.w.t. Hanya kita yang masih hidup ini bersedia atau tidak menghadapinya. Umur tidak menggariskan apa-apa. Kalau dah saat itu ajal kita...tak kira berapa umur pun, semuanya sudah ada ketetapan oleh Allah s.w.t.

Saya tidak mengenali allahyarham secara peribadi. Saya hanya meminati bakat seni yang dia ada. Buat pertama kalinya saya bertemu allayarhan ketika Hanis ada job dari Era untuk mengiklankan rancangan di Era yang melibatkan Din Beramboi dan Aznil. Pertama kali saya bertemu dengannya, allahyarham merupakan salah seorang artis yang sangat pleasant dan seronok berjumpa peminat selain dari Scha Al-Yahya, Zizie ezzette dan Fahrin Ahmad yang pernah saya temui ketika di FFM tempohari.

Ketika saya menemubual beliau, saya dapat merasakan sesuatu yang agak asing seolah-olah itu bukan diri beliau yang sebenar. Dan pagi Jumaat yang berkat ini bila saya mendapat berita beliau telah kembali ke Rahmatullah, saya berasa amat sedih dan hanya mampu mengucap Inna Lillahi Wa Inna Lillahi Ro jiun. DaripadaNya kita datang kepadaNya kita kembali. Al fatihah buat allahyarham Din Beramboi semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang saleh. Amin.